Jumaat, 7 Oktober 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Lagi mangsa diperdaya Linguaphone

Posted: 06 Oct 2011 11:33 PM PDT



7 Okt 2011 - Pemulangan Linguaphone . Saya telah membeli produk linguaphone dan saya ingin memulangkannya kembali kerana saya baru tersedar bahawa produk tersebut tidak dapat membawa kebaikan kepada saya. Saya juga merasa seperti ditipu dan dipaksa untuk membeli produk tersebut.

Jurujual yang menjual produk linguaphone ini menahan saya dan rakan-rakan yang lain dengan mengatakan bahawa dia ingin membuat soal selidik sahaja.Tetapi dia tidak pula mengatakan ingin menjual produk. Apabila kami tidak mahu membeli mereka menahan kami dan seperti memaksa kami untuk membeli produk ini sehinggakan kami tidak mampu lagi untuk menolak.

Mereka juga turut menggunakan kata-kata yang sangat manis untuk mempengaruhi kami yang kurang pengetahuan tentang produk ini supaya membelinya. Malangnya, ada diantara rakan-rakan saya yang baru tersedar bahawa mereka ditipu dan ingin memeulangkan produk ini, ada diantara mereka yang dimarahi oleh jurujual.

Jurujual tersebut juga tidak mengendahkan panggilan kami untuk bertanyakan tentang kaedah memulangkan produk ini.

Saya dan rakan-rakan yang lain sangat berharap dapat memulangkan produk linguaphone ini dan mendapatkan kembali wang deposit yang telah kami bayar sebanyak RM299.

Kami juga sedar bahawa kami tidak akan mampu membayar harga produk ini yang mencecah ribuan ringgit kerana kami masih lagi belajar.

Saya sangat berharap agar pihak aduan rakyat dapat membantu untuk menyelesaikan masalah yang kami hadapi.

Sekian terima kasih.

By: Amirah

http://www.aduanrakyat.com.my/pemulangan-linguaphone

Aduan sebelum ini : Linguaphone menipu dan memaksa pelajar IPTA untuk membeli produk mereka di http://www.aduanrakyat.com.my/linguaphone-menipu-dan-memaksa-pelajar-ipta-untuk-membeli-produk-mereka

Hanya Mat Sabu boleh selamat ramai graduan menganggur

Posted: 06 Oct 2011 09:04 PM PDT



Begitu banyak keluhan bakal guru graduan KPLI, TESL, UPSI yang menganggur ketika ini, bukan sebulan dua, tapi bertahun, bukan seorang dua tapi beribu. Walaupun banyak aduan dalam media keluhan mereka ini, tapi seolah-olah kerajaan buat pekak telinga. Apakah khidmat Mat Sabu diperlukan untuk membuka mata dan telinga pemimpin negara?

Sepertimana nasib balu polis Bukit Kepong yang tak dapat pencen dan pusara Bukit Kepong yang begitu daif sebelum kecoh isu Mat Sabu dan Bukit Kepong.

Abang Mat Sabu tolonglah para graduan ini. Hanya suara Mat Sabu yang mereka boleh harapkan sekarang ini.

Kisah ramai para guru graduan TESL menganggur di http://amkns.blogspot.com/2011/10/guru-amerika-diagungkan-guru-malaysia.html

Kisah ramai para guru graduan KPLI menganggur di
http://amkns.blogspot.com/2011/10/kerajaan-tak-de-duit-ke-bakal-guru.html

Gambar Pusara Bukit Kepong yang daif di http://amkns.blogspot.com/2011/09/pusara-bukit-kepong-menyedihkan-tidak.html

Graduan ISMP terperangkap dengan pengangguran
7 Okt 2011

Ribuan graduan ijazah sarjana muda pendidikan (ISMP) kini seolah-olah terperangkap dalam dunia pengangguran apabila gagal ditempatkan sebagai guru dan dalam masa sama sukar diterima di sektor swasta.

Penyelaras Gabungan Graduan ISMP Malaysia (GGIM) Abdul Rahman Usman berkata, masalah itu berpunca daripada penempatan mereka sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) yang masih belum diumumkan.

"Pihak GGIM juga berpendapat graduan ISMP mempunyai latihan yang khusus dalam bidang pendidikan dan mereka tiada ada pilihan lain selain menjadi guru memandangkan ijazah mereka yang khusus dalam bidang pendidikan menjadikan mereka sukar untuk diterima dalam pasaran kerja semasa.

"Buktinya ramai Graduan ISMP di tolak mentah-mentah oleh majikan swasta atas alasan tidak kekal lama dan akan mengambil hak graduan bidang lain," Abdul Rahman.

http://malaysiakini.com/news/177961

Saham Mat Sabu melonjak naik di Rembau

Posted: 06 Oct 2011 06:55 PM PDT




Program Ceramah di Rembau Lancar - Puak Pengacau GAGAL!!
Oleh EDYES @ edyesdotcom.blogspot.com

6 Oktober 2011

Alhamdulillah, Abg Mat Sabu tetap hadir ke Rembau dengan selamat walaupun diancam oleh puak-puak yang serba-serbi tidak bertamadun. Di atas kawalan keselamatan yang baik dari SAMM dan Unit Amal, semua program berjalan lancar di pentas walaupun terdapat kekecohan diluar pagar tempat ceramah.

Kedatangan lalat sememangnya tidak diundang. Cubaan untuk membuat kacau menjadi sebaliknya apabila puak PERKAKAS yang datang berarak hanya seramai lebih kurang 20-30 orang bertempiaran lari hampir 2kilometer.

Ini berikutan kerjasama utuh di antara SAMM dan Unit Amal bersama penduduk tempatan mula bergerak ke arah puak pengacau. Habis semua banner-banner berkos tinggi yang dibawa berarak oleh puak pengacau ditinggalkan di atas jalan. Lintang pukang mereka lari seolah-olah tak cukup tanah, walaupun sebelumnya menggelarkan diri mereka pahlawan. Ini pahlawan tahi kucing! Mungkin mereka akan gunakan efek ubat batuk sebagai alasan mengapa mereka cabut lari.

Pertembungan kali ini tidak seperti apa yang berlaku di Seremban tempohari.

Puak pengacau tidak sesekali berani mengambil risiko membaling batu kerana jumlah mereka jauh lebih kecil berbanding anak muda dan penduduk tempatan yang bangkit pertahankan Md Sabu yang ketika itu duduk di pentas ceramah.

Syabas kepada penduduk tempatan kerana bermatian pertahan Md Sabu, yang dialu-alukan sebagai tetamu kehormat.

Merujuk dari akhbar Sinar 6 Oktober 2011, puak 'geng jahat' mengeluarkan kenyataan mahu mengumpul sejumlah seribu bekas perajurit bersama mereka. Nyata 'geng jahat' tidak diberi sambutan oleh golongan bekas perajurit malah ramai juga bekas perajurit yang hadir terus mendengar ceramah Md Sabu.

Perajurit juga bersama Mat Sabu kerana jika ruyung sejarah tidak dipecah oleh beliau, maka bekas-bekas perajurit ini pastinya kurang diberi perhatian sepertimana yang dilaporkan - 70% dari mereka hidup menderita.

Perkasa dah lari meninggalkan panji berupa banner-banner yang mahal. Itulah lemahnya jika datang dengan niat dan tujuan yang jahat, itulah natijahnya ketika hadir hanya berikhlaskan wang ringgit.

Banner-banner tersebut kemudiannya dirampas selepas ditinggalkan berterabur di atas jalan. Ada di antara mereka yang keciciran handphone jenis nokia edisi paling cokia buat penyendal pintu, aduhai rata-rata pencacai yang hadir itu juga orang yang susah serba ketinggalan. Kalau sokong Umno BN menjadikan pencacai ini kaya-raya, itu tidaklah mengapa.

Kekecohan berterusan di kawasan yang agak jauh dari tapak ceramah yang juga dipenuhi wanita dan kanak-kanak. Ini merupakan satu kejayaan buat SAMM, Unit Amal dan penduduk tempatan kerana dari sudut ini walau pembaling batu bertaraf olimpik sekalipun tidak mampu sampai batunya di tapak ceramah.

PERKASA berkumpul tidak mahu pulang dan kembali berterabur lari apabila kami menghampiri. Begitulah keadaan berulang kali berlaku.

Akhirnya che'GuBard meninggalkan pentas dan tampil ke zon kekecohan untuk selesai masalah. Sebagai perunding berkaliber dan dihormati, puak pencacai diberi peluang menghantar wakil bagi menyerahkan memorandum kepada Abg Mat.

Sifirnya mudah, kita cukup bertamadun untuk berbincang dan penyerahan memorandum adalah suatu yang tidak perlu dihalang. Namun di atas ancaman awal dan kejadian baling batu di Seremban, keadaan itu memaksa SAMM dan Unit Amal memastikan kedudukkan Perkasa jauh dari pimpinan dan orang awam di tapak ceramah. Difahamkan ketika itu Abg Mat telah sedia untuk menerima memorandum.

Selaku pemimpin yang cukup berpengalaman menghadapi pelbagai krisis serta konfrontasi, che'GuBard berjaya mengawal keadaan lalu membenarkan 2 orang wakil dari Perkasa bagi menghantar memorandum. Che'GuBard juga meletakkan tanggungjawab penuh supaya kedua-dua wakil tersebut tidak diapa-apakan.

Hasilnya kedua-dua wakil Perkasa itu berjaya dibawa masuk bertemu Abg Mat dan turut menyerahkan memorandum. Namun mereka 'dibasuh' kaw-kaw oleh Abg Mat dalam pertemuan itu.

Abg Mat tidak bagi peluang selain memberi tarbiyah tentang apa yang sebenarnya berlaku dan menyindir keras salah seorang wakil berusia muda kerana tidak berusaha mencari kebenaran selain hanya tertumpu kepada Utusan dan TV3.

Tertekan dengan pidato Abg Mat hingga apa jua yang mereka celah dijawab kemas oleh Abg Mat, kedua-dua wakil akhirnya meminta maaf kepada Abg Mat sebelum mereka beredar. Dengan muka yang pucat wakil-wakil pencacai meninggalkan tapak ceramah juga diiringi oleh che'GuBard dan SAMM bagi memastikan 'tetamu' tidak diundang ini berjaya keluar.

Selesai semua masalah, program ceramah diteruskan. Kelantangan che'GuBard dan Abg Mat berpidato sedikit pun tidak terjejas dengan kejadian sebentar tadi. Dari aspek ini dapat kita lihat bahawa kehadiran puak pengacau untuk mengganggu majlis adalah satu usaha yang GAGAL dan memalukan melayu Umno.

Difahamkan juga beberapa laporan polis telah dibuat kerana kononnya ada di antara pencacai-pencacai barua British ini tercedera. Itu mereka punya pasal sebab masuk kawasan orang mencari pasal. Ketika lari lintang pukang, ada antara mereka yang terjatuh dan ada juga yang tersembam ke dalam longkang. Nasib kau lah labu.

Ada juga seorang aktivis blogger yang dipukul dari belakang menggunakan haler (pembesar suara). Tetapi sebab itu blogger aktivis fisabiLillah, maka Allah pun turut melindungi pejuang jalanNya dan ia sedikit pun tidak terkesan. Cuma sedikit hairan Perkasa yang kononnya berani, rupanya hanya berani memukul dari belakang dan menggunakan haler sebagai senjata.

Justeru itu, sebagai sebuah negara yang punya undang-undang, Abg Mat akan tetap menyampaikan pidatonya di bumi mana sekalipun. Sesungguhnya rakyat terbanyak bersama Pakatan Rakyat, ia termasuklah bekas-bekas perajurit yang menunjukkan signal jelas tiada ruang buat pencacai menghasut mereka. Allah juga bersama pejuang yang menegakkan jalanNya!!

Kepada para pembaca yang budiman, tidakkah anda tertanya-tanya di manakah gerangannya pak polisi?? Barangkali tertelan ubat batuk gamaknya...

Sumber : SINI

Tiada ulasan: