Anak Muda Kampung Nak Senang |
Guru Amerika diagungkan, guru Malaysia bangsat ke wahai TPM? Posted: 06 Oct 2011 01:03 AM PDT Begitu ramai bakal guru Bahasa Inggeris, bakal guru lepasan KPLI sekarang ini menganggur, Muhyiddin dengan bijaknya nak ambil 300 guru Bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat. Memang betullah kata Muhyiddin , Malaysia pernah dijajah, dan mungkin terus dijajah agaknya. Hebat sangat ke guru Amerika tu, hinggakan ramai anak bangsa kita dibiarkan menganggur? Kita di Malaysia ni belajar American English atau English English? Apa guna tanya rakyat untuk input Belanjawan 2012, sedangkan masalah bakal guru yang dah lulus KPLI dan TESL ini dibiarkan menganggur? Mana PERKASA dalam isu ini, atau PERKASA hanya jagoan Ampangan? Kisah beratus bakal guru Bahasa Inggeris TESL masih menganggur di http://amkns.blogspot.com/2011/10/ramainya-bakal-guru-menganggur.html Kisah begitu ramai bakal guru KPLI 2010 menganggur di http://amkns.blogspot.com/2011/10/kerajaan-tak-de-duit-ke-bakal-guru.html Kisah Muhyiddin nak ambil 370 guru negara asing ajar Bahasa Inggeris di http://amkns.blogspot.com/2010/10/370-guru-pengajar-asing-muhyiddin.html MELAKA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan membawa masuk kira-kira 300 penutur jati bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat bagi membimbing para pelajar tempatan dalam mata pelajaran bahasa itu mulai tahun depan. "Program itu akan mula dilaksanakan pada 2012 dengan kos hampir RM18 juta," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Pendidikan Melaka 2011, di sini, hari ini. http://www.bharian.com.my/articles/300gurupakarBahasaInggerisdibawamasuk_Muhyiddin/Article/ |
Ramainya bakal guru menganggur, Muhyiddin tidur ke? Posted: 05 Oct 2011 09:05 PM PDT SAYA mewakili beratus pelajar TESL tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amat kesal dan kecewa dengan apa yang berlaku kepada kami. Lebih setengah tahun kami menganggur. Bayangkan, guru menganggur sebegini lama? Ia belum pernah terjadi. Enam tahun kami belajar dalam bidang ini dan ini yang kami terima. Pengangguran beramai-ramai. Apabila kami hubungi KPM, mereka tak tahu nak jawab apa. Kononnya sebelum 10 Oktober kami akan ditempatkan di sekolah. Tapi semalam Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong cakap tidak tahu bila? Pihak KPM perlu fikir, ada di antara kami yang merupakan anak sulung atau anak tunggal dan keluarga bukan dari golongan senang. Malahan ada juga ibu bapa yang sedang sakit dan memerlukan rawatan. Mereka mahu cepat ditempatkan di sekolah-sekolah supaya nanti boleh buat pinjaman untuk menampung kos rawatan. Kami sukar mendapat kerja kerana majikan mahukan pekerja yang boleh bekerja dalam jangka masa yang lama sedangkan kami tidak tahu selama mana kami boleh bekerja kerana terikat dengan kontrak KPM dan akan dipanggil bila-bila masa sahaja. Dan sekiranya kami tidak bekerja dengan KPM, kami perlu membayar sebanyak RM130,000 untuk membatalkan kontrak. Ini tidak masuk akal kerana kami dibiarkan sebegini lama dan tidak boleh bekerja. Diharapkan luahan perasaan kami ini dapat disiarkan dan mendapat perhatian pihak KPM. GURU TERANIAYA Guru-guru Bahasa Inggeris tertekan setahun menganggur 6 Okt 2011 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1006&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm Jangan lupa baca artikel Kementerian Pelajaran tunggang langgang, TPM sibuk politik di http://amkns.blogspot.com/2011/09/kementerian-pelajaran-tunggang-langgang.html Juga Kerajaan tak de duit ke, bakal guru ramai menganggur di http://amkns.blogspot.com/2011/10/kerajaan-tak-de-duit-ke-bakal-guru.html |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan