Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Kerajaan tak de duit ke, bakal guru ramai menganggur
- Linguaphone menipu dan memaksa pelajar IPTA untuk membeli produk mereka
- Kerajaan BN zalim, bodoh, paksa anak yatim sertai PLKN
- Elaun tak dibayar, jasa guru tak dihargai
Kerajaan tak de duit ke, bakal guru ramai menganggur Posted: 05 Oct 2011 06:33 AM PDT Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Aduan Rakyat Online kerana menyediakan perkhidmatan ini. Saya mewakili kawan-kawan KPLI yang lain ingin menarik perhatian pihak bertanggungjawab tentang kelewatan penempatan bagi bakal guru KPLI SR ambilan Jun 2010. Kami telah menamatkan kursus di seluruh IPG pada bulan Mei 2011 tetapi sehingga kini kami masih belum dipostingkan. Untuk pengetahuan pihak aduan rakyat, ada di kalangan kami lepasan ipg ini yang telah berkeluarga dan menanggung bebanan hutang yang banyak. Bila diajukan pertanyaan kepada pihak berkenaan tentang posting kami, jawapannya tetap sama iaitu dalam proses, tengah diuruskan dan tidak boleh bagi tarikh yang tepat tentang posting kami. Itulah jawapan yang diterima oleh kawan-kawan saya bila berurusan dengan pihak yang berkenaan.. Kami bukan mahu menyalahkan mana-mana pihak tetapi tolong prihatin terhadap nasib yang menimpa bakal-bakal guru yang malang ini..nasib kami seakan tidak terbela.. Sekian terima kasih…kerjasama pihak tuan amat dihargai… By: li bdk kpli 2010 Kelewatan posting KPLI SR ambilan Jun 2010 October 5th, 2011 http://www.aduanrakyat.com.my/kelewatan-posting-kpli-sr-ambilan-jun-2010 Jangan lupa baca artikel Kementerian Pelajaran tunggang langgang, TPM sibuk politik di http://amkns.blogspot.com/2011/09/kementerian-pelajaran-tunggang-langgang.html |
Linguaphone menipu dan memaksa pelajar IPTA untuk membeli produk mereka Posted: 05 Oct 2011 06:32 AM PDT October 5th, 2011 - Linguaphone mensasarkan pelajar IPTA/IPTS untuk membeli produk bantu belajar bahasa Inggeris dengan memaksa pelajar secara psikologi. Saya bekas pelajar Politeknik Ungku Omar telah terjebak dalam kontrak produk ini. Perkara ini berlaku pada tahun 2009. Mereka membuka booth dan menunggu pelajar habis kelas untuk menperkenal produk mereka. Ketika itu saya bersama 2 lagi rakan telah dipaksa untuk duduk dan dengar butiran produk tersebut. Saya dan seorang rakan diberi kepada seorang petugas lelaki, manakala seorang lagi rakan dengan petugas wanita. Saya dan rakan berkeras tidak mahu membeli kerana kami tidak mempunyai wang. Kami dipaksa untuk membayar pendahuluan sebanyak RM110, dimana jumlah keseluruhan produk itu adalah RM2999. Kami meminta untuk menghubungi ibu bapa untuk bertanyakan pendapat mereka namun diherdik oleh petugas terbabit dengan mengatakan 'ibu bapa tak kan tak bagi anak beli benda untuk belajar macam ni, kalau macam tu tak guna jadi mak ayah la' menyebabkan kami berasa sangat tertekan. Kami cuba lari namun dengan tiba tiba petugas wanita tadi memberitahu bahawa rakan saya yg bersamanya telah membayar deposit untuk kami berdua. Saya tergamam dan tidak dapat berbuat apa apa, dan terpaksa menandatangani kontrak tersebut. Selepas membawa pulang alat tersebut, sangat mendukacitakan apabila alat tersebut langsung tidak berfungsi. Kami berasa tertipu dan membuat aduan kepada pensyarah. Pensyarah kami meminta untuk deposit kami dipulangkan dan kami memberi semula barang itu, namun kami dimarahi dan petugas mengeluarkan kata kata kesat terhadap kami dan sejak dari itu, mereka kerap telefon dan memaksa kami membuat bayaran setiap bulan sebanyak Rm150. Kami tidak mengendahkannya kerana alat tersebut tidak berfungsi dan ini menyusahkan kami yang terpaksa menanggung hutang semasa baru berumur 18 tahun ketika itu. Selepas beberapa bulan, mereka menelefon dan meminta kami pulangkan alat tersebut ke main office mereka jika mahu membatalkan kontrak, tetapi wang deposit tidak akan dikembalikan. Kerana tidak mahu disenarai hitam, saya dan rakan menghantar barang tersebut menggunakan pos laju pada penghujung 2009. Selepas itu pihak Linguaphone senyap begitu sahaja dan tiada panggilan telefon mahupun surat seperti dahulu. Saya fikir barang tersebut telah sampai dan kontrak telah ditamatkan sepertimana yang mereka janjikan. Walaubagaimanapun, pagi ini saya dihubungi pihak mereka dengan menggunakan nombor 012 9882360/ 0125012362 dan 0122367743 yang mengaku mereka dari Linguaphone. Mereka mengatakan saya tidak memulangkan barang tersebut dan akaun saya telah tertunggak. Saya terkejut dengan apa yang berlaku. Sekarang telah masuk penghujung 2011, tetapi baru sekarang mereka menghubungi saya dan mengatakan barang tidak sampai. Saya mengatakan barang tersebut telah dipos sejak 2009 dan mengapa baru sekarang mereka telefon. Petugas tersebut memberitahu saya sepatutnya menghantar terus ke pejabat utama mereka di Kuala Lumpur sedangkan pada 2009 mereka menyuruh saya menggunakan pos laju sahaja. Mereka seakan akan mempergunakan kuasa mereka untuk menjerat saya dalam perkara ini sedangkan barang telah 2 tahun saya serahkan. Mereka memaksa saya menyemak di pejabat pos untuk mengesan barang tersebut. Saya menghantar barang itu di Ipoh, dan mereka mendesak saya untuk segera berurusan dengan pejabat pos di sana. Ini menyusahkan saya kerana saya berada di Pulau Pinang dan telah tamat belajar di sana. Mereka juga mengugut untuk 'blacklist' akaun saya di bank sekiranya barang tersebut masih mereka belum terima. Saya bingung kerana barang tersebut saya telah hantar dan bukti slip pos telah hilang kerana perkara ini telah lama berlaku. Mereka memaki hamun saya didalam telefon bila saya mengatakan mereka memaksa saya membeli, sekarang memaksa saya lagi. Saya berang dengan tindakan tersebut dan mahu pihak mereka diambil tindakan sewajarnya kerana saya pasti bukan saya sahaja yang mengalami nasib ini, pasti ramai lagi diluar sana menghadapi masalah yang serupa. Saya berharap pihak aduanrakyat menyemak aduan lain yang banyak mengenai Linguaphone ini kerana ia seperti tiada kesudahan malah semakin ramai yang terkena. By: noramira http://www.aduanrakyat.com.my/linguaphone-menipu-dan-memaksa-pelajar-ipta-untuk-membeli-produk-mereka |
Kerajaan BN zalim, bodoh, paksa anak yatim sertai PLKN Posted: 05 Oct 2011 02:07 AM PDT Aduan Rakyat 5 Okt 2011 - Saya sebagai seorang penduduk Malaysia, saya ingin mengadu bahawa saya telah membuat satu pemohonan untuk di kecualikan daripada latihan khidmat negara atas sebab sebab tertentu langsung tidak di ambil peduli oleh pihak kementerian . Saya adalah seorang anak yatim sejak kematian ayah saya ketika saya berumur antara 4 tahun , iaitu tahun 1995 . Saya memikul tanggungjawab menyara keluarga saya setelah saya bekerja di sebuah syarikat penerbangan selama setahun . Pada tahun 2008 saya pernah manjalani latihan khidmat negara selama seminggu dan saya di kecualikan kerana doktor mengesahkan saya mempunyai penyakit asthma dan tidak layak mengikuti latihan tersebut , tetapi tiada kenyataan bertulis daripada doktor yang bertugas di kem pada masa itu . Setelah beberapa tahun kemudian , pihak PLKN memanggil semula untuk menjalani latihan tersebut . mereka mengatakan bhawa pemohonan pengecualian saya pada tahun 2008 tidak di terima , padahal saya tidak memohon untuk di kecualikan pada masa itu . Sekarang saya sudah mempunyai komitmen seperti membayar ansuran kereta dan motosikal setiap bulan . tambahan pula saya masih lagi dalam 1 tahun kontrak bersama syarikat penerbangan tersebut . Adalah sukar untuk saya memcari jalan untuk menyelesaikan masalah kewangan dimana saya terpaksa bercuti untuk menjalani latihan tersebut tanpa gaji selama 3 bulan . Selain daripada itu penagguhan ini adalah diluar pengetahuan saya. Apabila saya menghubungi pihak JLKN kuala lumpur , mereka langsung tidak melayan panggilan saya . mereka menyatakan bahawa pekerja swasta tidak akan dilayan kecuali pekerja kerajaan dan mereka meminta supaya saya mencari jalan sendiri . Saya sudah memberitahu bahawa saya tidak dapat mencari mana-mana tempat untuk meminjam duit , tetapi mereka masih lagi tidak peduli . saya berasa sedih kerana saya baru sahaja hendak memulakan hidup yang baru dengan keluarga saya setelah lama hidup dalam kesusahan . Saya juga telah menghantar surat pemohonan untuk di kecualikan dari latihan tersebut kepada kementerian pertahanan malaysia pada tarikh 13 september 2011 , tetapi tidak mendapat jawapan dari mereka . dan pada hari ini saya menghantar lagi surat permohonan kepada menteri pertahanan dan berharap pemohonan saya kali ini diluluskan . Saya amat berharap aduan saya ini boleh membantu .sesungguhnya setiap rakyat mempunyai hak untuk bersuara dan menegakkan keadilan . By: Sonia Suhaila Pemohonan tidak dilayan oleh kerajaan http://www.aduanrakyat.com.my/pemohonan-tidak-dilayan-oleh-kerajaan |
Elaun tak dibayar, jasa guru tak dihargai Posted: 04 Oct 2011 08:16 PM PDT MOHON BAYARAN ELAUN TANGGUNGJAWAB DISELESAIKAN SEGERA -MOHON penjelasan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pelajaran berkenaan kedudukan bayaran Elaun Tanggungjawab (ETJ) bagi semua GPK Tkn 6 dan Guru Kanan Mata Pelajaran (Ketua Bidang sekolah gred B) yang hingga kini belum menerima bayaran berkenaan sedangkan bagi jawatan Guru Penolong Kanan lain (PK 1, PK HEM, PK Koku dan PK Petang serta GKMP sekolah gred A sudah lama menikmati bayaran itu). Jawatan disandang berkait rapat dengan memikul tanggungjawab dan seharusnya mereka yang menyandang jawatan berkenaan diberikan bayaran sama seperti rakan lain yang memegang jawatan sebagai penolong kanan atau ketua bidang tanpa sebarang pengecualian. Dicadangkan kepada pihak berkenaan agar segera menyelesaikan perkara ini bagi memuaskan hati semua pihak. PK PRIHATIN, Kuala Lumpur, 5 Okt 2011 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MohonbayaranElaunTanggungjawabdiselesaikansegera/Article SEKOLAH BAGAI TAK HARGAI JASA GURU SAYA ingin menarik perhatian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berhubung isu pemberian markah untuk prestasi guru. Saya mengajar Bahasa Inggeris (BI) di sekolah rendah luar bandar di daerah Kuala Lipis. Sekolah ini tidak pernah ada seorang pun murid mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR apatah lagi lulus 100 peratus dalam BI. Namun tahun lalu seorang murid mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR dan lebih membanggakan pelajar sekolah ini lulus 100 peratus dalam subjek BI. Rating sekolah ini pun naik mendadak. Penduduk kampung buat kenduri kesyukuran. Malangnya kejayaan bersejarah ini tidak pula dicerminkan oleh markah prestasi yang saya peroleh, iaitu 84 peratus. Kejayaan dikecapi tidak datang begitu saja. Ia adalah hasil usaha membuat kelas tambahan, buat asrama mini tidur dekat sekolah dan pernah juga buat kelas tambahan waktu malam. Guru sanggup mengorbankan masa bersama keluarga demi mendidik anak bangsa. Segala penat lelah mendidik anak bangsa seolah-olah tidak dihargai pihak sekolah. Pihak sekolah memberikan sijil penghargaan 'telah dianugerahkan guru cemerlang' kerana lulus 100 peratus Bahasa Inggeris, namun markah hanyalah 84 peratus, tidak begitu cemerlang. Saya ingin bertanya kepada KPM bagaimanakah markah menilai prestasi guru? Saya tidak meminta markah 100 peratus tetapi biarlah berpadanan dengan penat lelah saya. Saya percaya ramai juga guru menghadapi masalah sama. Bukan tidak ikhlas tetapi hargailah dengan sewajarnya. GURU YANG BINGUNG, Kuala Lipis. 5 Okt 2011 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sekolahbagaitakhargaijasaguru/Article |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan