The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
| 400 Peneroka Felda Gugusan Chini saman Felda sejumlah RM200 juta Posted: 31 Oct 2011 05:05 PM PDT Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda PKR Pahang menerima serahan Borang Waran Untuk Bertindak dari Sdr Zul, Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Cabang Pekan. Majlis nbak dimulakan, hadirin diminta memenuhkan Dewan. Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR memberikan ucapan Ahli-Ahli Panel: Sdr Zaidi Ahmad, Pengarah JPRP PKR Pahang, Sdr Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda PKR Pahang, Sdr Rebin Birham, Sdr Roslan Tahir, Ketua PKR Cabang Pekan, Sdr Rabidin Kasmawi, Ketua PKR Rompin merangkap AJK Biro Masyarakat Felda PKR Pusat. Suhaimi Said menyampaikan ucapannya Rabidin Kasmawi memberikan ucapan Sdr Roslan Tahir memberikan ucapan Blogger Wan Fauzudin tidak henti-henti mengambil gambar, lepas ni mari kita tengok semua blog jagaannya Sibuk mendaftarkan kehadiran dan mengisi borang Waran untuk Bertindak Petugas-petugas bekerja keras mendaftarkan setiap yang hadi r 31.10.11 Felda Chini 3, Pekan: Seramai 400 orang peneroka Felda di Gugusan Chini telah memenuhi Markas PAS di Felda Chini 3, Pekan untuk mendengar dan menyertai Dialog yang dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat Cabang Pekan. Mereka datang seawal jam 3.00 petang lagi untuk turut berdialog dengan ahli-ahli Panel yang terdiri daripada Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pahang, Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat, Sdr Zaidi Ahmad, Pengarah JPRP PKR Pahang, Sdr Rabidin Kasmawi Ketua PKR Cabang Pekan merangap AJK Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat, dan Sdr Roslan Tahir, Ketua PKR Cabang Pekan. Peneroka-peneroka datang dengan penuh harapan bahawa mereka juga ingin terlibat menyaman Felda berhubung dengan manipulasi peratusan perahan KPG. Di kawasan Chini peratusan perahan KPG adalah sekadar 18-19% seperti peratusan-peratusan yang diperolehi di Felda kawasan Jengka sebelum peneroka-peneroka Jengka mengambil tindakan menyaman Felda. Alhamdulillah, kini peneroka-peneroka di Felda Jengka sudah pun memperolehi peratusan perahan KPG diatas kadar 20-21% setelah mereka mengambil tindakan saman terhadap Felda. Peneroka-peneroka Felda Chini juga berhajat menyaman Felda untuk tempoh selama 15 tahun kebelakangan dan dengan jumlah 400 peneroka yang terlibat jumlah tuntutan mereka mencecah RM200 juta, termasuk saman berhubung buah-buah reject didalam jangka tersebut. Mereka akan turut menyaman buah reject kerana buah-buah reject itu turut diproses oleh kilang sedangkan peneroka-peneroka tidak mendapat apa-apa menfaat darinya. Setelah majlis dialog itu, wakil-wakil dari masyarakat Felda Chini Timur meminta supaya Majlis Dialog yang sama dapat dibuat di Rancangan mereka dalam masa yang terdekat. Mereka menyatakan bahawa ratusan peneroka dari Chini Timur akan menyerahkan borang Waran untuk Bertindak. Mereka tidak kesempatan untuk menghadirkan diri di Felda Chini 3 pada hari ini. Sementara itu, Tuan Haji Hamidin seorang peneroka dari Felda Keratong 10 menyampaikan hasrat supaya dialog seperti hari ini dapat diadakan di Gugusan Keratong dan beliau menyatakan bahawa setakat hari ini sudah terdapat 300 orang Peneroka di Gugusan itu sudah pun menandatangani borang Warant to Act melantik Peguam untuk turut menyaman Felda didalam isu peratusan perahan KPG. Semua peneroka yang terlibat telah melantik Tetuan Daim & Gamany, Kuala Lumpur untuk mengambil tindakan bagi pihak mereka. |
| Mak Long melanjutkan pelajaran ke Melbourn Australia Posted: 31 Oct 2011 04:28 PM PDT Ayah Ngah, Annuar, Mak Long, Aki dan Wan di Air Port LCCT sementara menunggu penerbangan Mak Long saya. Ibu, Annuar, Ayah, Mak Long, Aki, Wan dan saya Mak Long, Annuar dan saya Mak Long dan Annuar Saya sedih kerana Mak Long pergi ke Melbourn tetapi dia enggan saya pergi bersama. Saya pun nak belajar juga di sana, saya nak belajar A,B,C.... Pada 29hb Oktober 2011, Mak Long saya berlepas ke Australia untuk menyambung pelajarannya di bidang undang-undang. Oleh kerana Mak Long pergi atas perbelanjaan sendiri, maka dia akan membuat Master secara berperingkat-peringkat kerana kos pengajian keseluruhannya boleh menelan belanja RM200,000.00. Mak Long tak mampu. Semasa di Australia, Mak Long juga telah diberikan peluang untuk menjadi Arbitrator kerana selain dari Undang-Undang, Mak Long juga ada kelulusan di bidang Arbitration, tetapi oleh kerana Mak Long berada di Australia sebagai seorang student, beliau tidak boleh mengambil sebarang bayaran untuk menjadi Arbitrator, beliau terpaksa memberikan khidmat secara percuma. Mak Long akan kembali semula ke Malaysia didalam bulan Februari untuk sessi ini sebelum pergi semula ke Australia menyambung pelajarannya. Saya kesian kepada Aki. Aki saya terlalu aktif didalam politik, setiap hari dia ada-ada aja program di seluruh pelusuk tanah air. Saya nak bermanja dengan Aki pun hanya dalam masa sangat terhad. Tetapi oleh kerana Mak Long tidak ada di pejabat, Aki terpaksalah memberikan tumpuan di pejabat, dan dapatlah saya dan Annuar bermanja lebih sikit masa dengan Aki - Aina Syazrin. |
| You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Kita imbau kembali detik bersejarah 1 Mei 1886, bagaimana atas semangat memperjuangkan hak asasi telah mencetuskan Revolusi Perindustrian. Ketika itu, seluruh kesatuan-kesatuan pekerja dari Amerika dan Eropah telah berkempen menuntut hak mereka bagi mengurangkan masa bekerja dari 16 jam kepada 8 jam sehari dan segala jenis penindasan oleh majikan.
Dia terbukti dalam Suruhanjara Diraja sebagai pelaku yang menumbuk sehingga menyebabkan kecederaan dan mata lebam pada Anwar Ibrahim (gambar kanan) ketika soal siasat dijalankan di lokap ketika itu.
Kita juga tidak akan lupa bagaimana media-media arus perdana ketika itu bertalu-talu menyerang institusi beraja secara terang dan lancang. Apakah ini perbuatan menghina raja? Tentu sekali ya!
Kembalilah kepada asas perjuangan hak asasi, ia adalah keperluan dan keutamaan semua kita. Jauh lebih mendasar kepada hak-hak kita sebagai rakyat yang perlu dipelihara sebaik mungkin melampaui batas agama, bangsa mahupun ideologi politik. Dan kita takkan mendengar lagu-lagu Inonesia yang lain selain dangdut dan keroncong, juga filem-filemnya yang hebat melainkan setelah rakyatnya membebaskan diri dari cengkaman orde baru lantas merampas kembali hak asasi mereka untuk bekarya, dan lagi dan lagi…!