The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
- Cerita-cerita semasa Jelajah Pahang
- Jelajah Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR berakhir di Kg Paya Bungor
- Kini Dan Silam: SYABAS KEMENANGAN PENTING RAKYAT YANG CINTAKAN DEMOKRASI
- Kini Dan Silam: AKU SEORANG KOMUNIS
Cerita-cerita semasa Jelajah Pahang Posted: 16 Sep 2011 08:01 PM PDT Apabila saya sampai di rumah Rosni Arshad, Keratong 6, Muadzam jam 2.00 petang pada 10hb September 2011, sudah ramai tenaga penceramah dari Johor, Negeri Sembilan dan Pahang sudah berkumpul disana. Datang jugak SB, bertanya-tanya buat apa, program dimana. Eh--eh, Hari Raya, Rumah Terbuka, Sdr Rosni menyediakan beranika jenis makanan dan kuih-muih raya, mereka juga dijemput makan. SB-SB ni adalah anak orang kampong juga, mereka kena mencari berita politik untuk dilapurkan keatas, itulah kerja mereka, dan kalau mereka masih takut kepada Tuhan, laporlah yang benar-benar berlaku, jangan tokok tambah, jangan dusta dan jangan bohong semata-mata kerana nak cari/kejar pangkat. Saya tahu bahawa SB-SB cukup suka baca blog saya ni, sebahagian daripada apa yang mereka nak laporkan keatas, mereka petik saja dari SB ini. Saya pun hanya menceritakan yang benar sahaja, iaitu program yang kami anjurkan, ceramah yang kami anjurkan, dan untuk Rompin saya nyatakan bahawa ada 6 ceramah siang dan ada 6 ceramah malam pada 10hb September tu. Terkejar-kejar SB nak cover tempat ceramah itu, dan memanglah mereka tak dapat cover semuanya. Disetiap tempat ada program kami semasa jelajah itu, maka adalah SB-SB datang. Semasa di Felda Triang 3, sibuk benar SB ni ambil gambar. Cukup melucukan apabila mereka nak ambil gambar Pak Jabit semasa Pak Jabit mula-mula nak berucap. Pak Jabit berhenti berucap dan terus posing untuk SB-SB itu dan Pak Jabit lawa mereka supaya buat rakaman dekat-dekat sikit, takut nanti tersilap rakam. Di Kg Chuat pula, ada 3 orang SB datang, wah dari setiap sudut tubuh saya SB ambil gambar, cantiklah gambar-gambar saya tu, sebab saya pun tak dapat nak ambil gambar saya dari belakang, dari depan, dari dereng, dan dari segenap penjuru tubuh saya. SB yang datang ke Kampong Chuat itu berasa serba salah. Kami datang dengan dua buah kereta, satu yang saya pandu, satu lagi dipandu oleh Sdr Romani. Saya parkir kereta saya dipangkal kampong dan Romani pula terus ke dalam kampong. Kereta mana nak diikuti oleh SB ni. Kereta saya? Sdr Romani hantar 4 orang wanita dan anak-anak mereka ke rumah ditempat saya menunggu. Romani sendiri mengadakan pertemuan dengan orang-orang Asal didalam kampong. Kemana SB ni nak pergi, nak tunggu saya dengan 4 orang wanita dan anak-anak atau nak ikut Romani. Mereka pun dah tersilap langkah, semasa mereka sampai ke kampong itu, kami belum tiba. Masa kami tiba di Kg Chuat, SB ni sudah nak keluar dari kampong dan berselisih dengan kami, mereka pusing balik, nak tau sungguh apakah yang akan kami lakukan. Tetapi apabila saya dan Romani berpecah, tak tentu keruan dan ketahuan SB-SB ni. Akhirnya lepas satu foto saya satu foto lagi diambil. Lepas ni tentu banyaklah gambar saya di Pejabat SB Bera, elok juga supaya ramai sikit polis tahu gambar pemimpin PKR, bukan tak handsome kami ni, handsome jua, dan tentulah ramai pula anggota Polis yang akan undi PKR. Di Triang 3, semasa ceramah baru dimulakan saya dapat sms menyatakan ISA akan dihapuskan, saya menerima berita ini dengan tiada apa-apa kepercayaan pun, tetapi jika benar, ini bererti bahawa perjuangan rakyat menuntut supaya ISA dihapuskan telah berjaya. Kemudian saya terima lagi sms menyatakan bahawa Seksyen 27 Akta Polis akan dimansuhkan. Ha..ha.. ini bagus, kalau betul, kerana demokrasi Malaysia ni dah jadi cacamurba, nama aja demokrasi, tetapi isinya adalah dictatorship. Perlembagaan Persekutuan kata rakyat diberikan kebebasan untuk berorginisir, bebas berkumpul, bebas berucap tapi nak berkumpul ada Seksyen 27 Akta Polis, ini tak boleh, itu tak boleh, nak ceramah tak boleh, nak bercakap tak boleh, nak berhimpun tak boleh, nak berarak tak boleh, demokrasi taik kucing. Mungkin mereka akan batalkan Seksyen 27, tapi Seksyen lain pulak akan dibuat untuk mengekang kebebasan sesuai dengan dasar UMNO/BN yang takut kepada rakyat. Sangkaan saya sangat betul. Najib kata ISA akan dimansuhkan, tetapi undang-undang yang ketat lagi akan dibuat, dua undang-undang ketat akan dibuat menggantikan ISA. Ini maknanya, ISA dihapuskan, tetapi roh ISA yang lebih ketat akan diperuntukkan. Di Kg Mendoi, Kuala Krau 3 orang SB datang. Saya kenal mereka, saya bersalam dengan mereka, saya bersalam dengan mereka bukan kerana mereka tu SB, tapi mereka tu manusia yang ada nafsu, ada kemanusiaan, ada sifat baik dan ada sifat tak baik, macam manusia lain juga. "Tuan Haji berceramah disini. Malam ni ada berapa ceramah?" tanya SB tu kepada saya. Saya jawab, "malam ni tak banyak ceramah, ada 12 sahaja". Dia tanya "Tuan Haji Ceramah disini aje ke?" Saya jawab "PKR menyiapkan 40 tenaga penceramah hari ini, jadi saya hanya disini sahajalah, yang lain-lain tu ditempat yang lain." 3 orang SB tu tunggu hinggal ceramah kami berakhir. Dan tentu dia akan lapurkan keatas bahawa pada ceramah di Kg Mendoi itu, seorang budak umur 3 tahun yang mengetuai laungan REFORMASI sebanyak 3 kali. Mungkin dia belum pernah tengok, dan sudah pasti orang lain pun belum pernah tengok kerana yang melaungkan laungan Reformasi itu adalah kanak-kanak Orang Asli berumur 3 tahun. Parti Keadilan Rakyat adalah sebuah parti politik yang sah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan, Perlembagaannya diluluskan secara sah, dasar perjuangannya diluluskan secara sah, dan perjuangannya adalah untuk mendapatkan pemerintahan Negara ini melalui jalan demokrasi iaitu melalui Pilihanraya. Apa nak surukkan, dan apakah yang hendak diintai dan disiasat oleh SB? Menghabiskan masa dan merugikan duit rakyat sahaja menghantar SB-SB ini ke Majlis-Majlis PKR kerana kami adalah parti yang halal dan sah disisi undang-undang, tetapi kalau mereka nak belajar berpolitik, elok jugalah mereka datang ke Majlis-Majlis PKR kerana ilmu politik ini mereka tidak akan dapat belajar dari Majlis-Majlis UMNO. Didalam Majlis-Majlis UMNO mereka akan belajar ilmu politik jahat sahaja, siapa nak jadi pemimpin, pemimpin mana nak rusuah nak tumbangkan pemimpin mana, pemimpin mana yang kaya ada kereta mewah, ada isteri mewah, itu saja politik UMNO, yang lain tu, politik UMNO adalah politik ugut, ugut ini dan ugut itu, tak sokong tak dapat ini dan tak dapat itu. Macam mana pemimpin UMNO menjadikan orang UMNO sebagai ikan Talapia, tabur makan, tabur umpan, kemudian tangkap dan dimakan, itulah politik UMNO, dan politik macam itu, SB-SB sudah faham sangat kerana dalam Jabatan Polis pun berlaku cerita-cerita macam mana kaki bodek nak naik pangkat. Jelajah Pahang selama 6 hari oleh Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR adalah satu kememangan rakyat. Jika ada kesempatan masa sebelum PRU akan datang ini, satu siri lagi lawatan kerja ke Pahang oleh Biro ini akan diadakan sekali lagi. Amin Ya Rabbal 'Alamin. |
Jelajah Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR berakhir di Kg Paya Bungor Posted: 16 Sep 2011 07:35 PM PDT Enam hari berturut-turut, bermula dari 10hb September 2011 hingga 16hb September 2011, seramai 40 orang tenaga penceramah dari Johor, Negeri Sembilan dan Pahang, secara bergilir-gilir, Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR telah menjelajah seluruh Pahang dengan mengadakan ceramah dan dialog. Bermula di PKR Cabang Rompin pada 10hb September 2011 dan berakhir di PKR Cabang Paya Besar pada 16hb September. Ceramah dan dialog telah diadakan pada jam 4.00 petang manakala ceramah diadakan pada waktu malam bermula jam 9.00 malam. Didalam jelajah selama 6 hari tersebut 20 ceramah telah diadakan di rancangan-rancangan Felda di Rompin, Pekan, Maran, Kuala Krau, Bentong dan Bera; manakala 11 ceramah dan dialog diadakan diperkampongan Orang Asal, kesemuanya 31 ceramah dan dialog dapat diadakan dalam tempoh 6 hari tersebut. 3 buah Ranting baru bagi Parti Keadilan Rakyat telah berjaya ditubuhkan didalam jelajah ini iaitu sebuah ranting di Rompin, sebuah ranting di Maran dan sebuah ranting lagi di Paya Besar. Ranting-ranting tersebut adalah di Kg Dong (Rompin), Kg Bangas (Maran) dan Kg Paya Bungor (Paya Besar). Jelajah ini bermula dengan bergaya dilancarkan di Felda Keratong 6, Muadzam Shah, Rompin pada 10hb September 2011 dan berakhir di Kg Paya Bungor, Paya Besar pada 16hb September 2011. Mengakhiri jelajah ini adalah penubuhan sebuah Ranting Parti Keadilan Rakyat di Kg Paya Bungor yang mempunyai 56 orang Anggota, dan pimpinan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal yang menghadiri Majlis Perasmian Ranting PKR Kg Paya Bungor adalah Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro; Sdr Ab Kadir Abd Manap, Setiausaha Kerja Biro, Sdr Bostamin Bakar, Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pahang, Sdr Rabidin Kasmawi, AJK Biro dan Ketua PKR Cabang Rompin dan Pn Fatimah Bahsin, JK Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pahang. Walaupun terdapat beberapa kelemahan disana sini, secara keseluruhannya Jelajah Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR ke Negeri Pahang adalah berjaya, dan dapat menemukan pimpinan Cabang-Cabang untuk perjuangan parti. Selepas ini Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal akan menjelajah pula ke Negeri Perak dan Selangor dan sekretariat Biro sedang mengaturkan jadual lawatan untuk dikemukakan kepada pimpinan Biro di Negeri Perak dan Selangor. |
Kini Dan Silam: SYABAS KEMENANGAN PENTING RAKYAT YANG CINTAKAN DEMOKRASI Posted: 16 Sep 2011 06:22 AM PDT |
Kini Dan Silam: AKU SEORANG KOMUNIS Posted: 16 Sep 2011 06:19 AM PDT |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan