The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
- Kempen untuk mansuhkan Hutang Peneroka Felda masuk ke hari ke 30
- Minggu yang paling sibuk bermula 10hb September
- Majlis Terima Kasih kepada Laily
Kempen untuk mansuhkan Hutang Peneroka Felda masuk ke hari ke 30 Posted: 07 Sep 2011 04:19 PM PDT Pada hari ini genaplah satu bulan kempen yang dijalankan oleh Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat menuntut supaya semua hutang peneroka Felda dihapuskan. Tuntutan bagi penghapusan Hutang Peneroka Felda ini bukanlah dibuat atas alasan politik atau emosi tetapi berlandaskan bahawa sehingga setakat ini Felda gagal mengeluarkan Penyata Kira-Kira Pendapatan dan Tanggungan Peneroka-Peneroka. Didalam Penyata yang dikeluarkan oleh Felda hanya diletakkan item tanggungan sahaja tetapi tidak diletakkan item pendapatan. Bahkan Felda gagal menyatakan bahawa wang tanam semula yang dicarumkan oleh Peneroka sebanyak RM17,000.00 yang dikutip dari Peneroka selama 15 tahun itu dimasukkan kedalam Kunci Kira-Kira. Apabila seseorang Peneroka Felda itu menyerahkan ladang masing-masing untuk ditanam semula oleh Felda maka Felda/Felda Technoplant telah mengeluarkan perbelanjaan untuk menebang pokok-pokok asal, menyediakan anak-anak sawit/getah untuk ditanam, menyediakan pagar jika diperlukan, menyediakan baja dan racun, mengupah untuk tanaman semula dan menjaga/mengurus ladang yang ditanam semula itu; disamping itu mengeluarkan elaun sara hidup mengikut peringkat-peringkatnya bermula dengan elaun yang agak kecil dan sehinggalah RM1500.00 setiap bulan apabila ladang sudah mulai mengeluarkan hasil. Perlu diingat bahawa daripada keseluruhan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Felda/Felda Technoplant itu termasuk juga wang caruman peneroka yang disimpan oleh Felda sebanyak RM17,000.00. Penyata Hutang yang dikeluarkan oleh Felda menimbulkan syak wasangka daripada Peneroka-Peneroka kerana dalam tempoh 8 tahun selepas ditanam semula, peneroka-peneroka dikenakan hutang sehingga RM95,000.00. Bererti daripada ladang seluas 10 ekar milik peneroka-peneroka tersebut tidak mendatangkan walaupun 1 sen pendapatan kepada peneroka-peneroka itu. Peneroka-peneroka akur bahawa dalam tempoh tahun 1 hingga ke tahun 3 selepas tanam semula, tidak ada pendapatan yang diperolehi dari ladang-ladang itu (namun caruman peneroka sebanyak RM17,000.00 itu perlu diambil kira). Peneroka akur bahawa dalam tempoh itu segala perbelanjaan termasuk elaun pinjaman sara hidup ditanggung oleh Felda. Tetapi apabila masuk tahun ke-4, ladang-ladang mereka sudah mengeluarkan hasil, dan paling minima pada tahun ke-4 itu, ladang-ladang mereka sudah boleh mendatangkan pendapatan tidak kurang dari RM2000.00 sebulan, dan ladang-ladang yang sudah matang setelah masuk tahun ke-5 dan seterusnya boleh mendatangkan hasil tidak kurang dari RM5000.00. Maka jika hutang peneroka Felda didalam tempoh 8 tahun itu sudah meningkat kepada RM95,000.00, mari pula kita lihat berapakah pendapatan Peneroka Felda setelah 4 tahun ditanam semula, kenapa hutang mereka tidak ditolak dari pendapatan? Tahun keempat, dianggarkan pendapatan peneroka hanya sekadar RM2000.00 sebulan, maka didalam tempoh satu tahun adalah RM24,000.00. Tahun kelima, dianggarkan pendapatan peneroka hanya sekadar RM3000.00 sebulan, maka didalam tempoh satu tahun adalah RM36,000.00. Tahun keenam, dianggarkan pendapatan peneroka hanya sekadar RM4000.00 sebulan, maka didalam tempoh satu tahun adalah RM48,000.00. Tahun ketujuh, dianggarkan pendapatan peneroka hanya sekadar RM6,000.00 sebulan, maka didalam tempoh satu tahun adalah RM72,000.00. Tahun kelapan, dianggarkan pendapatan peneroka hanya sekadar RM7,000.00 sebulan, maka didalam temph satu tahun adalah RM84,000.00. (Peneroka-Peneroka yang tanam sendiri berpendapatan jauh lebih tinggi daripada yang dianggarkan itu). Apabila dihetungkan semua pendapatan peneroka mulai tahun ke-4 hingga tahun ke-8 setelah tanam semula adalah RM264,000.00. Kenapa pendapatan sebanyak RM264,000.00 ini tidak diletakkan didalam Kunci Kira-Kira (dan jangan lupa wang caruman peneroka sebanyak RM17,000.00) menjadikan jumlah kesemuanya adalah RM231,000.00. Maka apabila ditolak pendapatan peneroka (termasuk wang caruman sebanyak RM17,000.00) sejumlah RM231,000.00 dengan hutang yang tertanggung oleh Peneroka, Felda masih terhutang dengan peneroka sebanyak RM136,000.00. Diatas landasan dan fakta inilah Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat menuntut supaya Hutang yang dikenakan oleh Felda kepada Peneroka dihapuskan. Samada Peneroka akan memfailkan saman bagi menuntut hutang Felda kepada Peneroka adalah satu kajian yang lain yang akan diperincikan setelah mendapat laporan daripada pihak-pihak pakar dibidang survey dan perakaunan. |
Minggu yang paling sibuk bermula 10hb September Posted: 07 Sep 2011 04:02 PM PDT Sepanjang minggu ini Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat telah mengaturkan program yang padat di Negeri Pahang bermula pada 10hb September 2011. Kawasan Parlimen Rompin akan dikunjungi dengan 6 dialog dan 6 ceramah dan diikuti oleh Pekan (11hb September 2011), Maran dan Jerantut (12hb September), Temerloh dan Kuala Krau (13hb September), Bentong dan Bera (14hb September), Cameron Highlands, Lipis dan Raub (15hb September) dan Paya Besar (16hb September). Seramai 40 orang tenaga Penceramah akan turun padang terdiri daripada pimpinan Biro Masyarakat Felda dari Negeri Johor dan Negeri Sembilan dan selebihnya pimpinan Cabang di Negeri Pahang. Dengan program ini sebanyak 72 ceramah dan dialog akan diadakan di rancangan-rancangan Felda dan perkampongan Orang Asal di Negeri Pahang, dan semasa lawatan ini, beberapa buah Ranting baru telah dikenalpasti untuk dirasmikan. Semua tenaga penceramah akan berkumpul di Felda Keratong 6 untuk makan tengah hari sebelum berlepas ke destinasi masing-masing. Program ini disambung lagi dengan Ceramah oleh YB Azmin Ali di kawasan Felda Palong pada 17hb September 2011 dan di Felda Tersang 2, Raub pada 18hb September 2011. Rumah terbuka PKR Cabang Kuala Krau akan diadakan pada 18hb September 2011 di Pejabat PKR Kuala Krau pada jam 5.00 petang - 7.00 malam dengan tetamu khas terdiri daripada Dato Fauzi Abdul Rahman, Chegu'Bard, YB Chan Ming Kai, dan Rebin Birham; manakala YB Sivarasa, Peguam Latheefa Koya, dan Peguam T. Kumar akan bertandang ke Felda Jengka 6 untuk menerima tambahan peneroka-peneroka sekitar Jengka bagi memfailkan saman kerana manipulasi peratusan perahan KPG. Sehingga hari ini peneroka-peneroka yang mendaftar untuk menyaman Felda diatas kes tersebut dari kawasan Jengka (diluar DUN Jengka) telah meningkat kepada 1004 orang, jumlah yang teramai setakat ini berbanding dengan tuntutan-tuntutan yang difailkan oleh peneroka-peneroka Felda Maokil, Felda Serting 1 dan 2, dan Felda Kemahang 3. |
Majlis Terima Kasih kepada Laily Posted: 07 Sep 2011 03:48 AM PDT |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan