The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
- YB Azmin Ali di Felda Tersang, Raub
- Rumah Terbuka PKR Cabang Kuala Krau - 18.9.11
- 1056 Peneroka Felda Kawasan Jengka Saman Felda Sejumlah 510,048,000.00
YB Azmin Ali di Felda Tersang, Raub Posted: 18 Sep 2011 08:35 PM PDT Azmin Ali bergambar bersama anggota-anggota Wanita PKR Pahang, Majlis ini dianjurkan oleh Wanita PKR Pahang. Wanita PKR Pahang bersama YB Azmin Ali Tahniah kepada Wanita PKR Pahang yang berjaya menganjurkan Majlis Rumah Terbuka di Felda Tersang 1. Seekor lembu telah ditumbangkan. Kehadirannya cukup memberangsangkan, dan kawalan Polis cukup ketat. Di pintu masuk ke Felda Tersang telah diadakan sekatan bersejarah untuk satu-satu Majlis Sambutan Hari Raya. 40 orang anggota Polis terlibat dengan setiap kenderaan yang melalui sekatan itu akan diberhentikan, soalan-soalan ditanyakan, dan keadaan ini merupakan sebagai kawasan "war zone" di Iraq. Kononnya Ordinan Dharurat hendak dimansuhkan mengikut kata Isteri Rosmah, tetapi sekatan jalanraya yang melampau-lampau ini tidak membayangkan bahawa Negara ini mahu menuju kearah pemulihan demokrasi, bahkan Demokrasi makin terancam. Bagi saya sendiri, saya telah memohon maaf untuk tidak hadir ke Majlis ini. Kami baru selesai mengadakan jelajah Pahang selama 6 hari dengan setiap hari dapatlah tidur tidak lebih dari 3 jam sehari, kemudian diikuti pula dengan Program Hari Raya di Felda Palong 5 dengan tetamu khas YB Azmin Ali. Saya sampai dirumah jam 4.00 pagi 18.9.11 itu, kemudian berlangsung pula program penyerahan Borang Perlantikan Peguam di Felda Jengka 17 pada jam 11.00 pagi, diikuti dengan program Rumah Terbuka Aidilfitri di PKR Cabang Kuala Krau dimana saya menjadi Tuan Rumahnya. Penganjur Majlis di Tersang pinta juga saya hadir kesana untuk berucap walaupun saya berkali-kali mohon maaf untuk tidak hadir kerana begitu keletihan dan mengantuk yang amat sangat, saya mohon untuk berehat kerana selepas 20hb September 2011 ini hinggalah kepada 27hb September 2011, saya akan menghadiri setiap hari Majlis-Majlis yang sudah tentu saya akan dapat sampai di rumah jam 3.00 atau 4.00 pagi. Abang Ali berkeras mengatakan bahawa peneroka-peneroka Tersang 1 tetap mahukan saya hadir untuk berucap. Saya sampai di Majlis itu jam 9.45 malam, pada waktu itu wakil ANAK sedang berucap. Ucapannya dipendekkan oleh Pengerusi Majlis dan dipanggil YB Azmin Ali berucap. Sehabis sahaja YB Azmin berucap jam 10.45 malam, Pengerusi Majlis terus menutup Majlis, walaupun YB Azamin Ali mengumumkan didalam Majlis itu bahawa saya akan berucap selepas beliau. Kemudian ramailah peneroka-peneroka Tersang semacam marah kepada saya kerana enggan berucap, Abang Ali dan JK PKR Cabang Raub pula datang menemui saya dan memohon maaf diatas kesilapan teknikal. Bagi saya ucapan dari wakil ANAK dan YB Azmin Ali itu sudah memadai tak perlu ditokok tambah lagi, hanya yang saya kesalkan kenapakah saya semacam dipaksa pinta juga hadir untuk berucap walaupun saya sudah menyatakan keadaan saya yang begitu letih dan mengantuk, tetapi apabila saya sampai di Majlis itu, saya tidak dipanggil untuk berucap. Saya balik semula ke Temerloh dengan keadaan letih dan mengantuk tetapi apa boleh buat terpaksa jugalah memandu, dan banyak kali berhenti rehat di tepi jalan, melelapkan mata barang beberapa minit dan menyambung semula perjalanan saya ke Temerloh, dan sampai di Temerloh lebih kurang jam 3.00 pagi. |
Rumah Terbuka PKR Cabang Kuala Krau - 18.9.11 Posted: 18 Sep 2011 05:15 PM PDT YB Chan Ming Kai, ADUN Pulai, Perak hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PKR Kuala Krau pada 18.9.11, dari kiri Haji Suhaimi Said, YB Chan, Haji Abdullah, Rebin Birham, Aliayasak, dan duduk adalah Sdr Bala, AJK PKR Cabang Kuala Krau, beliau sudah satu tahun tidak dapat menggunakan kakinya kerana kemalangan jalanraya. Hj Suhaimi menyambut ketibaan YB Chan Ming Kai Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR berucap, beliau sendiri adalah generasi kedua dari Felda Palong 10, Jempoh dan anak muda ini berjaya menubuhkan ranting-ranting PKR disemua rancangan Felda DUN Palong. Duduk dari kiri: Haji Suhaimi Said, Rebin Birham, Jahidin (Naib Ketua PKR Ranting Kg Orang Asli Mendoi), berbaju Melayu dan bersongkok dibelakang adalah YB Chan Ming Kai. Rebin Birham Haji Abdullah Simat, AJK PKR Cbg Kuala Krau bergambar dengan YB Chan Ming Kai Hadirin sedang menjamu selera Ketua Penerangan PKR Kuala Krau, Ramlee Idup senyum puas hati dengan kejayaan Hari Terbuka Kuala Krau, bersamanya adalah Sdr Kamarudin, Ketua Penerangan PKR Jerantut. Tekun mendengar ceramah Tekun mendengar ceramah YB Chan Ming Kai memberikan ceramahnya yang menyenangkan YB Chan Ming Kai, dan dibelakangnya, Pak Jabit. Haji Abdul Rahim mewakili PAS Kuala Krau Sdr Rosli Ahmad, Ketua PKR Cabang Kuala Krau Haji Abdul Aziz, PAS Cawangan Kg Kuala Mai, Kuala Krau YB Chan Ming Kai bersama Pak Jabit YB Chan Ming Kai Menjamu selera - semua ada, nasi impit, lemang, pulut panggang, mee hoon goren, agar-agar, beranika jenis kuih muih, mewah. Menjamu selera Beratur menunggu giliran untuk mengambil makanan Rebin Birham, Mat Yee, Ketua PKR Ranting Matau merangkap AJK PKR Kuala Krau, Razak Hussain, Timbalan Ketua PKR Cbg Kuala Krau, Sdr Mohamad, Ketua PKR Ranting Palong 5. Ambil makanan, jangan tak ambil, seronoknya apabila Majlis seperti ini dihadiri oleh rakan dan taulan. Mengambil giliran untuk mengambil makanan Majlis Rumah Terbuka PKR Cbg Kuala Krau berjaya. Saya ucapkan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan Majlis ini dan yang lebih khusus kepada semua anggota yang menyumbangkan berbagai jenis makanan, dan terima kasih kepada YB Chan Ming Kai, Sdr Rebin Birham dan Pak Jabit yang menjadi tetamu khas didalam Majlis ini. Terima kasih, dan kepada semua saya dan keluar ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. |
1056 Peneroka Felda Kawasan Jengka Saman Felda Sejumlah 510,048,000.00 Posted: 17 Sep 2011 10:34 PM PDT Penyerahan tambahan Borang Perlantikan Peguam seramai 345 orang oleh Wakil Peneroka Felda Jengka 17 kepada Sdri Latheefa Koya, Pengerusi Biro Guaman Parti Keadilan Rakyat Latheefa Koya sedang menerangkan prosedur mengenai saman peneroka terhadap Felda untuk kefahaman peneroka-peneroka yang menyaman Felda. Sehingga ke saat akhir masih ada peneroka memasukkan Borang Perlantikan Peguam diserahkan kepada Sdr Bostamin Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak bagi menyaman Felda. Sdr Razali Ithnain menerangkan mekanisme bagaimana jumlah sebanyak RM483,000 ditetap sebagai jumlah setiap peneroka menyaman Felda. Razali adalah bekas pegawai MPOB. Jawatankuasa Bertindak yang mewakili peneroka-peneroka untuk menyaman Felda, berbaju kuning adalah Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR dan disebelah kanannya adalah Sdri Latheefah Koya, peguam yang bertindak mewakili peneroka-peneroka. Seramai 345 orang lagi Peneroka Felda dari kawasan Jengka yang menghantar buah sawit kepada 3 kilang Felda di kawasan ini iaitu Felda Jengka 8, Felda Jengka 3 dan Felda Jengka 18 hari ini menyerahkan Borang iaitu Waran Perlantikan Peguam. Penyerahan ini disempurnakan pada jam 11.30 pagi di Markaz PAS Felda Jengka 17. Dengan penambahan 345 orang peneroka itu maka jumlah keseluruhan Peneroka Felda dari kawasan Jengka untuk menyaman Felda adalah 1056 orang, jumlah ini adalah terbesar jika dibandingkan saman yang dikemukakan oleh Peneroka-Peneroka Felda di Felda Kemahang 3, Felda Kemahang 1, Felda Kemahang 2, Felda Maokil, Felda Serting 1, Felda Serting 2, Felda Palong 9, Felda Palong 5 dan Felda Palong 6. Jumlah tuntutan yang dikemukakan oleh 1056 Peneroka ini adalah sebanyak RM510,048,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sepuluh Juta, Empat Puluh Lapan Ribu) merupakan jumlah terbesar yang pernah dituntut oleh peneroka-peneroka Felda terhadap Felda. Peneroka-peneroka menuntut kerana peratusan perahan KPG buah sawit mereka telah dimanipulasi oleh Felda dan Kilang-Kilang Felda disamping itu mereka juga menuntut buah sawit yang ditolak oleh Kilang Felda kononnya buah-buah itu mengkal, muda dan tangkal panjang walhal buah-buah ini diuji di makmal dengan peratusan perahan sebanyak 20%. Buah-buah sawit dari kawasan ini telah dihantar ke Makmal dan telah disahkan bahawa peratusan perahan KPGnya tidak pernah jatuh dari 27% sedangkan Felda hanya membayar kepada peneroka-peneroka diatas kadar perahan antara 17%-19% dan oleh kerana itu mendatangkan kerugian yang amat besar kepada peneroka-peneroka. Kiraan selama 15 tahun kerugian yang ditanggung oleh peneroka-peneroka adalah melebihi RM400,000.00 bagi setiap peneroka. Peneroka-peneroka yang menghadiri Majlis Penyerahan Borang Perlantikan Peguam hari ini juga diberikan taklimat oleh Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR mengenai Hutang yang dikenakan oleh Felda keatas peneroka-peneroka yang menyerahkan ladang mereka untuk diuruskan oleh Felda dan anak syarikat Felda iaitu Felda Plantation. Haji Suhaimi menerangkan bahawa sesungguhnya peneroka-peneroka tidak pernah berhutang kepada Felda tetapi sebaliknya Felda yang berhutang dengan peneroka-peneroka. Selepas 8 tahun Felda menjalankan tanam semula keatas ladang-ladang peneroka, hutang yang ditanggung oleh peneroka-peneroka yang dikenakan keatas peneroka-peneroka adalah berjumlah antara RM80,000.00 hingga RM120,000.00, sedang jika dikiran pendapatan yang diperolehi oleh peneroka-peneroka yang tanam sendiri, dalam tempoh itu tidak kurang dari RM240,000.00. Jika ditolak hutang peneroka-peneroka dan disesuaikan dengan pendapatan yang patut diperoleh oleh peneroka-peneroka maka Felda masih terhutang dengan setiap peneroka sebanyak RM120,000.00 hingga RM150,000.00 (minima). Oleh kerana itu peneroka-peneroka yang menerima Penyata Hutang dari Felda hendaklah menuntut Kunci Kira-Kira (tanggungan dan pendapatan) agar ketentuan hutang dapat dilihat dengan jelas. Jika Felda gagal menyerahkan kuci kira-kira tersebut maka peneroka-peneroka tidak perlu mebuat sebarang bayaran keatas hutang yang dinyatakan oleh Felda kerana seungguhnya Feldalah yang berhutang dengan peneroka-peneroka. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan