Rabu, 7 September 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Setetah 400 tahun, PKM serah kemerdekaan Malaya

Posted: 06 Sep 2011 10:38 AM PDT

Pada tahun 1611, Parti Komunis Malaya dengan bala tenteranya telah berjaya menawan Malaya dan sejak tarikh itu PKM menjadi Penjajah yang sangat zalim. Segala hasil mahsul Malaya dipunggah ke luar Negeri, rakyat Malaya diletakkan didalam perkurungan, dan pemimpin-pemimpin Malaya yang terdiri daripada pembesar-pembesar Inggeris diletakkan di rumah pasung dan ribuan mereka ditahan tanpa bicara di kem-kem tahanan yang berselerak di seluruh Negara.

Jika mahu diukirkan pengorbanan rakyat Malaya iaitu terdiri daripada rakyat English, Welsh dan Scottish, sebesar perpustakaan Universiti Malaya itu pun tidak cukup besar untuk memuatkannya.

Queen Elizabeth yang ditabalkan sebagai Raja Tanah Melayu pada tahun 1953 terpaksa berjuang bermati-matian mempertahankan Malaya.

Parti Komunis telah merampas segala kekayaan Negara ini; mereka membuka lombong bijih timah, membuka estet getah, tetapi hasil mahsulnya tidak digunakan untuk pembangunan tanahair, semuanya diangkut keluar.

Parti Komunis pula dibantu oleh pengkhianat-pengkhianat bangsa terdiri daripada Dato Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Tok Gajah untuk mengekalkan Malaya terus dijajah oleh PKM.

Alangkah deritanya seluruh rakyat Malaya khususnya dari kaum Welsh, English dan Scottish, dan penyokong-penyokong perjuangan rakyat yang terdiri daripada orang-orang Gurkha dan Fiji, serta pendokong-pendokong perjuangan rakyat yang terdiri daripada kaum Australia dan New Zeland; tetapi mereka berjuang habis-habisan untuk mencapaikan Malaya Merdeka.

Dengan kehebatan perjuangan itu menyebabkan Parti Komunis tidak mempunyai keupayaan lagi, maka dirundingkan kemerdekaan Malaya dengan Queen Elizabeth mewakili rakyat Malaya dan Parti Komunis diwakili oleh Musa Ahmad dan Chin Peng untuk memberikan kemerdekaan tanah air.

Maka pada 31 Ogos 1957, dengan penuh upacara gilang gemilang, Bendera Parti Komunis Malaya diturunkan di Padang Selangor dan dinaikkan Union Jack menandakan berakhirnya penjajahan PKM keatas Malaya.

MERDEKA, Malaya Merdeka, itulah sejarah gemilang kemerdekaan tanah air.

Sumber sejarah: UMNO Librarian.

Generasi Baru Felda di Kota boleh membawa perubahan kepada pemikiran Peneroka di Rancangan

Posted: 06 Sep 2011 04:42 AM PDT

Haji Suhaimi Said mempengerusikan mesyuarat
Sdr Rebin Birham, dua dari kanan, menerangkan sesuatu untuk pertimbangan mesyuarat

Bertempat di sebuah Restoran di Bukit Raja, Kelang kami mengadakan mesyuarat diantara Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, Parti Keadilan Rakyat, Sdr Rebin Birham, Setiausaha, Sdr Zabidie Abas, Pengerusi Hal-Ehwal Generasi Kedua Felda bagi Biro ini, Sdr Shamsudin, mewakili anak peneroka Felda di Perantauan, bagi membincangkan untuk mengadakan Majlis Silaturrahim untuk generasi baru Felda bertempat di Shah Alam.

Turut hadir adalah Ustaz Shamsul dan Sdr Nagib.

Setelah berbincang, kami bersetuju untuk mengadakan Majlis Silaturrahim untuk anak-anak Peneroka Felda di Perantauan khususnya mereka yang bermastautin di Negeri Selangor dan Lembah Kelang dan juga mereka yang berkerja di Selangor dan Lembah Kelang.

Tarikh yang dipersetujukan adalah pada 1hb Oktober 2011 bermula jam 4.00 petang, dan tempat yang dipersetujukan adalah beberapa alternatif Dewan-Dewan yang ada di Shah Alam, Selangopr termasuk Dewan di Seksyen 18.

Majlis itu akan dirasmikan oleh salah seorang daripada Anggota MPP PKR Pusat, dan setelah perasmiannya, akan dibukakan untuk dialog diantara Biro ini dengan generasi baru Felda.

Ide untuk mengadakan Majlis ini tercetus apabila anak-anak Peneroka Felda pulang berhari raya dan mereka merasakan bahawa ibu bapa mereka lebih mahu mendengar hujah dari anak-anak mereka yang pulang dari Perantauan. Ibu bapa (peneroka-peneroka Felda) merasakan bahawa anak-anak mereka yang bertugas di Lembah Kelang khususnya terdedah kepada pelbagai maklumat, dan maklumat-maklumat itu penting untuk mereka membuat pegangan.

Anak-anak peneroka ini telah menghubungi Biro Masyarakat Felda supaya Biro ini dapat mengadakan Majlis Silaturrahim dikalangan anak-anak Peneroka Felda yang bermastautin dan yang berkhidmat di Negeri Selangor dan Lembah Kelang.

Mereka yakin bahawa ibu bapa mereka di Rancangan Felda di seluruh Negara boleh mendengar penerangan daripada anak-anak mereka sendiri daripada hujah-hujah yang didatangkan oleh penceramah-penceramah dari Pakatan Rakyat.

Kepada peneroka-peneroka dan generasi kedua/ketiga yang mempunyai anak-anak dan saudara-mara tercdiri daripada generasi baru Felda yang berada di Selangor dan Lembah Kelang boleh menghubungi Biro ini untuk memberi maklumat mengenari anak=anak mereka yang tinggal di Selangort dan Lembah Kelang, dan generasi baru Felda yang berada di Selangor dan Lembah Kelang boleh menghubungi Sdr Rebin Birham di talian 0193572986 untuk menyertai Majlis Silaturrahim tersebut.


Tiada ulasan: