The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Meneruskan ziarah ke DUN Jenderak Posted: 04 Sep 2011 04:00 AM PDT Haji Suhaimi Said bergambar dengan Norwawi Ralit, Ketua PKR Ranting Felda Jenderak Selatan didalam lawatan ziarah Hari Raya petang tadi (4.9.11) Program ziarah Haji Suhaimi Said membawanya ke Kg Paya Rekoh ke rumah Sdr Rosli Panjang, Ketua PKR Ranting Kg Rekoh, hadir sama adalah Sdr Ahmad Abu, Ketua PKR Ranting Beredut dan Setiausaha Ranting Beredut, Sdr Awang Endap. Di belakang Haji Suhaimi adalah Sdr Ramli Saad, AJK PKR Ranting Rekoh. Haji Suhaimi sedang menyampaikan baju baru kepada Setiausaha Ranting Beredut. Haji Suhaimi Said menyampaikan baju baru kepada Rosli Panjang, Sdr Ahmad Abu memerhatikan. Sebelum ke Kg Rekoh, Haji Suhaimi Said pergi ke Majlis Kenduri kahwin anak Alias dan Yatie di Felda Jenderak Utara. Didalam foto bersama-sama Amar, anak Hafez dan Zaidah dan anak Nieta dan Nasa. Bergambar bersama Pak Jabit dan Hafez Harun, Setiausaha PKR Cabang Kuala Krau di Rumah Alias Yasak di Felda Jenderak Utara. Pak Jabit sedang menyatakan sesuatu kepada Nieta, Kak Hendon dan Zaida. Setelah menghadiri 2 Majlis Kenduri Kahwin di Temerloh, satu di Kg Batu 5 dan satu lagi di Taman Sri Kerinau, saya dan Kak Hendon terus ke Felda Jenderak Utara ke Majlis Perkahwinan anak Alias Yasak dan Yatie Ghani. Alias Yasak adalah AJK PKR Cabang Kuala Krau manakala Yatie adalah Naib Ketua Wanita PKR Kuala Krau. Semasa di Rumah Alias, saya menalipon kepada Sdr Ahmad Abu untuk bertemu dengannya, dan meminta keizinannya kalau pertemuan itu boleh diadakan di Rumah Rosli Panjang, Kg Rekoh. Ahmad Abu adalah Ketua PKR Ranting Kg Beredut manakala Rosli Panjang adalah Ketua PKR Ranting Rekoh. Saya, Kak Hendon, Nieta dan suaminya, Nasa sampai ke Kg Rekoh jam lebih kurang 3.00 petang. Disamping menyampaikan baju-baju baru kepada Rosli dan juga kepada Awang Endap, Setiausaha PKR Ranting Beredut, saya juga memberitahu bahawa PKR Cabang Kuala Krau akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasanya pada 8hb September 2011 jam 8.30 malam kepada Rosli dan Ahmad Abu dan menjemput mereka untuk turut hadir selaku Ketua-Ketua Ranting. Selepas perjumpaan ringkas itu, saya dan rombongan terus pergi ke Felda Jenderak Selatan bertemu dengan Sdr Norawi Ralit, Ketua PKR Ranting Felda Jenderak Selatan. Kuih Raya masih ada dan kami dijamukan dengan kuih raya. Kami kemudiannya pergi ke Kampong Mendoi tetapi Ketua Ranting, Daud Cham tidak ada di rumah; dan kami menemui Sdr Jahidin, Naib Ketua PKR Ranting Mendoi, dan saya menyampaikan baju-baju baru kepada beliau. Malangnya bateri kamera saya sudah habis, dan tak dapatlah gambar bersama Jahidin diambil. Didalam perjalanan pulang ke Temerloh, kami menalipon Sdr Leman, Ketua PKR Ranting Paya Pelong, tetapi dijawab oleh anaknya bahawa Leman bin Lebai tidak ada di rumah, dan untuk itu, saya akan pergi semula ke Paya Pelong hari esuk (5.9.11). Itulah perjalanan ziarah saya hari ini. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan