PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah. |
Hampir 4,000 pengundi berusia lebih 100 tahun di Sabah Posted: 17 Sep 2011 09:06 AM PDT (Oleh: Masdar Wahid) SABAH: KEADILAN Sabah mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi tarikh akhir mengenai pengesahan status pengundi melebihi 100 tahun di negeri itu. Ini kerana kata Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Dr Roland Chia Ming Shen, wujud pertambahan pengundi berkenaan di negeri itu yang mencecah hampir 4,000 pengundi. "Sebagai contoh, pengundi melebihi 100 tahun semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi tahun lalu hanya 156 orang. "Namun, penemuan KEADILAN yang terbaru mendapati jumlahnya melonjak 170 pengundi," katanya dalam satu kenyataan. Pada PRK Batu Sapi 2010, KEADILAN tewas dalam saingan tiga penjuru berdepan BN dan Parti Maju Sabah (SAPP) dengan majoriti 6,359. Menurut Roland, peningkatan pengundi melebihi 100 tahun itu dibimbangi merupakan 'pengundi hantu' yang kerap menjadi 'simpanan tetap BN' dalam pilihan raya. Selain itu, katanya terdapat tujuh lagi Parlimen yang memiliki pengundi melebihi 100 tahun iaitu Parlimen Sandakan seramai 198 orang, Tuaran (203), Semporna (221), Silam (224), Kota Kinabalu (231), Kudat (246) dan Tawau (264). "Manakala 18 Parlimen lain turut memiliki pengundi melebihi 100 tahun berjumlah 2,124 orang," katanya. Secara keseluruhan katanya, hampir 4,000 pengundi berusia melebihi 100 tahun wujud dalam daftar pemilih SPR di negeri itu. "Buat masa ini, hanya itu jumlah yang berjaya kita kesan melalui sistem SPR dan kita bimbang jumlah itu mungkin lebih besar kerana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak akan buat apa sahaja untuk menang dalam pilihan raya. "Ini terbukti dengan ucapannya yang akan mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun," katanya. Sehubungan itu, beliau mendesak SPR segera menjelaskan isu itu kerana Pilihan Raya Umum (PRU) bakal diadakan bila-bila masa dari sekarang. Pada 5 September lalu, Pengerusi SPR Sabah, Datuk Md Idrus Ismail berkata, jika PRU diadakan November, hanya pengundi yang berdaftar sehingga September tahun ini sahaja yang layak untuk mengundi. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=20341 |
You are subscribed to email updates from PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan