Khamis, 22 September 2011

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Gempur Selangor: Gagal Jawab Isu Atau Kerana Poket Sudah Terdesak?

Posted: 22 Sep 2011 06:26 AM PDT

Oleh: sripetaling

"Kuala Lumpur,21hb Sep 2011. Umno dilaporkan akan berkampung di Selangor dalam usaha merampas semula Selangor dari Pakatan Rakyat. Cuma persoalan yang bermain di dalam pemikiran kita ialah kenapa UMNO beria-ria dan ghairah sangat ingin merampas Selangor dari Pakatan Rakyat?

Demikianlah persoalan yang dibangkitkan oleh Nazmi bin Nik Din, Penolong Setiausaha Dewan Ulamak Pas Pusat ketika diminta mengulas tentang laporan bahawa UMNO akan menggempur Selangor.

"Apakah yang menyebabkan UMNO lebih menumpukan kepada negeri Selangor berbanding negeri-negeri lain yang juga turut menyaksikan kedudukan UMNO semakin nazak tetapi UMNO lebih gemar memilih Selangor?" Tanya beliau lagi.

"Pada kebiasaannya apabila sesuatu tempat itu digempur ianya memberikan satu petunjuk bahawa tempat itu adalah kubu kuat lawan, adakah ini bermakna mengikut risikan UMNO Selangor telah bertukar menjadi kubu kuat Pakatan ?"

"Adakah kedudukan UMNO telah tergugat? Dan soalan yang paling penting, adakah orang Melayu Selangor sudah tidak percayakan lagi UMNO dan mula mengalihkan sokongan mereka kepada PAS yang dilihat lebih berwibawa dalam membela isu-isu Islam di Malaysia, bahkan kepimpinan PAS adalah gabungan para Ulamak dan professional yang tidak ada dalam UMNO?"

"Ataupun UMNO telah mula sedar bahawa senjata telah mula makan tuan? Semua isu-isu yang dibangkitkan oleh UMNO di Selangor nampaknya mula terpalit kepada UMNO semula, bermula daripada isu khinzir suatu ketika dahulu sehinggalah kepada isu pada hari ini. UMNO dilihat mula 'rimas' dan'tak selesa' dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat akhirnya memaksa mereka untuk melancarkan gerak gempur" tambah beliau.

"Kesemua isu-isu Islam yang dibangkitkan oleh UMNO nampaknya membuka pekung UMNO selama ini yang gagal membela umat Islam. Rakyat Malaysia nampaknya sudah mulai celik, rakyat Malaysia sudah tahu membezakan kepimpinan PAS yang digambarkan melalui kepimpinan yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memerintah Kelantan dengan pemerintahan Islam yang amat berbeza sama sekali dengan kepimpinan UMNO di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka" ujar beliau lagi.

"Satu persoalan lagi,sama ada kita perasan ataupun tidak, UMNO nampaknya lebih ghairah menumpukan kepada negeri-negeri yang agak 'berduit' seperti Pulau Pinang dan Selangor, adakah ini adalah petunjuk bahawa poket UMNO juga turut 'terdesak' dan 'longlai'?

"Allah Maha Berkuasa, Kalau Dia mahukan kebatilan itu tewas maka makhlukNya pasti akan melutut walaupun sebelum ini amat bongkak dengan kekuasaan dan kekayaan".ujar beliau.

Sumber: http://wargamarhaen.blogspot.com/

Tiada ulasan: