Isnin, 26 September 2011

anjung setiawangsa

anjung setiawangsa


AGENDA SELANGORKU: PELAN TINDAKAN DAN VISI TIGA TAHUN 2011-2013

Posted: 25 Sep 2011 06:39 PM PDT

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah melancarkan Agenda Selangorku pada 16 September 2011 sempena sambutan Hari Malaysia perinkat Negeri Selangor.


PILIHANRAYA TEMPATAN
Pihak Berkuasa Tempatan yang berkhidmat harus bertanggungjawab penuh kepada rakyat.  Sekiranya Pihak Berkuasa Tempatan gagal menjunjung amanah yang diberi rakyat, rakyat berhak memilih pimpinan yang baru.

Pilihnraya tempatan pertama dirancang akan dilakukan di Petalin Jaya pada tahun 2012.

GAJI MINIMA
Rakyat yang bekerja berhak mendapat gaji yang mencukupi dan sesuai dengan kos keperluan harian yang semakin meningkat.

Demi memenuhi dasar Pakatan Rakyat yang menekankan kepentingan gaji minima, semua anak syarikat kerajaan negeri akan implementasikan gaji minima RM1,500 berkuatkusa 1 Januari 2012.

INFRASTRUKTUR
Rakyat berhak mendapat kemudahan infrastruktur yang sempurna dan sentiasa dipelihara dengan baik.

RM1 juta diperuntukkan kepada setiap kawasan Dewan Undangan Negeri untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya, jambatan, longkang, dan sebagainya di bawah selian pihak berkuasa tempatan.

RM5 juta diberi untuk pembangunan Kampung Baru manakala RM4 juta diperuntukkan untuk pembaikan jalan-jalan di kampung tradisi.

KESELAMATAN
Kerajaan negeri akan memfasilitasikan usahasama dengan penduduk-penduduk serta sektor swasta untuk membiayai keselamatan bagi kawasan-kawasan yang memerlukannya. Projek pertama akan diadakan di Subang Jaya.

Kerajaan negeri akan terus menawarkan polis bantuan untuk membantu polis dan pihak persekutuan untuk menjaga keselamatan rakyat di Selangor.

Sebanyak RM3 juta diperuntukkan untuk pemasangan CCTV.

PERUMAHAN
Setiap rakyat Selangor berhak mendapat perumahan yang mecukupi pada harga yang berpatutan.

140 projek perumahan dibiar terbengkalai akibat kegagalan kerajaan terdahulu. Di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, 23 daripada projek-projek tersebut dipulihkan dan disiapkan, melibatkan 9,179 rumah.

Pengusaha ladang wajib memenuhi keperluan Skim Perumahan Pekerja Ladang. Sebanyak RM2 juta diperuntuk untuk membina Hostel Anak-Anak Pekerja Ladang.

Rumah Mampu Milik seluas 50-1,000 kps berharga kira-kira RM100,000 akan dibangunkan dan disasarkan kepada mereka yang berpendapatan antara RM2,500 dan RM5,000 sebulan. Sejumlah 11,000 unit akan dibina setiap tahun oleh PKNS di awasan seperti Ulu Selangor, Gombak, Kota Kemuning, Hulu Langat, Petaling dan Shah Alam. Projek sulung telah bermula di Bangi.

sumber: Selangor Kini

Tiada ulasan: