anjung setiawangsa |
- SAYA LAWAN ORANG JAHAT, SAYA TAK TAKUT - DSAI
- Keraguan Di Sebalik Fitnah Bodoh Papa Gomo Dan TV3
- Fitnah Versi Ke-2 Dan Kaitannya Dengan 16 September
SAYA LAWAN ORANG JAHAT, SAYA TAK TAKUT - DSAI Posted: 18 Sep 2011 10:06 AM PDT
Tayangan terbaru pada video fitnah yang cuba untuk mengaibkan Ketua Pembangkang itu sedikit pun tidak memberikan kesan kepadanya. Video terbaru itu yang disebar blogger pro-Umno tanpa sebarang tindakan tegas daripada polis, memaparkan Anwar keluar masuk lif bersama Datuk Shazryl Eskay. "Saya tak susah hati, saya lawan orang jahat. Yang bawa kes ini adalah ustaz baru Umno, Syeikh Abdul Rahim Thamby Chik," sindirnya merujuk kepada bekas Ketua Menteri Melaka itu. Eskay dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik adalah sebahagian trio Datuk T yang memfintah Anwar. Beliau berkata demikian pada ceramah Pakatan Rakyat anjuran Unit Penerangan Kerajaaan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya 17 September lalu. Kata Anwar, beliau sudah biasa dizalimi tetapi tidak mahu hak rakyat terus dicabuli kerajaan Umno BN, sesuka hati. "Kalau zalim pada saya, saya maafkan tetapi jangan rampas hak rakyat," kata Anwar. "Saya hairan mengapa Najib takut sangat bila setiap kali video yang disebarkan tak dapat respon rakyat sebaliknya dia pula yang kena," tambah Anwar lagi. Dalam isu lain, beliau menempelak Najib yang kononnya mahu menghapuskan keperluan memperbaharui permit penerbitan setiap tahun sedangkan akhbar rasmi KEADILAN sehingga kini tidak diberi permit. Jika Najib benar-benar percaya kepada kebebasan bersuara, katanya, Perdana Menteri itu tidak menghalang permit akhbar yang mengkritiknya. "Kata media bebas tetapi Suara Keadilan tak diberi lesen penerbitan. Najib juga bayar CNBC untuk memuji-muji Najib," katanya merujuk usaha Perdana Menteri itu melobi mendapat slot televisyen antarabangsa. | ||
Keraguan Di Sebalik Fitnah Bodoh Papa Gomo Dan TV3 Posted: 18 Sep 2011 08:35 AM PDT Nampaknya, isu "video seks" yang dikatakan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini nampak semakin panas apabila ada blogger pro kerajaan mendedahkan satu rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang kononnya kelibat Anwar bersama sahabat karibnya Datuk Eskay, ketika memasuki apartmen di Ampang lokasi kejadian seks yang dihebohkan sebelum ini. Malah adengan Anwar dan Eskay masuk dan keluar dari lif apartmen berkenaan telah diulang-ulang oleh TV3 berdasarkan kepada sumber dari blog Papa Gomo. Ulangan itu bagi mengesahkan bahawa pelaku seks berkenaan adalah Anwar Ibrahim. Maka terkejutlah seluruh rakyat Malaysia yang menyaksikan Buletin Utama TV3 malam tadi. Ada yang percaya dan ada juga yang sangsi dengan pendedahan terbaru itu. Sekali imbas memang nampak jelas wajah dan susuk tubuh Anwar bersama Eskay. Malah, gambar CCTV berkenaan juga dalam keadaan berwarna yang memudahkan lagi untuk kita melihat raut wajah kedua-dua individu berkenaan. Namun persoalannya, benarkah apa yang dilihat itu adalah Anwar dan benarkan adengan itu telah dirakamkan ketika hari kejadian seks yang dilaporkan oleh Datuk T sebelum ini. Semua ini mengundang seribu kemusykilan kerana banyak perkara sebenarnya. Masalahnya, kenapa dalam keadaan sekarang masih ada lagi cerita video seks Datuk T ini dimainkan. Bukankah ia sudah menjadi siasatan pihak polis?. Jika benar pun ada bukti kelibat kedua-dua individu terbabit seperti yang didedahkan oleh Papa Gomo, kenapa video CCTV itu tidak dijadikan bahan bukti di mahkamah?. Kenapa perlu didedahkan lagi kepada umum. Bukankah ini menunjukkan dengan jelas kepada kita bahawa Papa Gomo, berpakat dengan pihak tertentu dan dibayar untuk menghasil serta mendedahkan apa jua maklumat baru sama ada yang diperolehi secara sah atau direka bagi didedahkan kepada pihak media terutamanya TV3. Maknanya TV3 dengan mudah menyiarkan "berita sampah" itu, tanpa ada tapisan semata-mata mengikut arahan orang kuatnya yang khabarnya telah dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri sejak awal tahun ini. Cuba lihat rakaman video terbaru kononnya melibatkan perbuatan seks Anwar Ibrahim dengan pelacur Cina terbabit. Inilah dia wajah si Papa Gomo yang diberi hak terbitkan video seks Anwar Dan sekarang, mari kita lihat betapa Papa Gomo telah gagal menyiapkan skrip dan jalan cerita adengan ini dengan baik sebenarnya. Banyak kekeliruan dan penipuan yang telah dilakukan bagi membuktikan kononnya pelaku seks itu 100% adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kami bukan mahu berpihak kepada sesiapan dalam hal ini. Namun, kebenaran perlulah ditegakkan demi Islam dan keadilan. Tambahan pula sekarang umat Islam masih berada di bulan Syawal yang mulia ini. Makanya, amatlah tidak wajar Papa Gomo mendedahkan video ini dengan kerjasama TV3, sedangkan dia sendiri terkeliru dengan beberapa adengan yang jelas mengelirukan serta tidak kena pada tempatnya. Sama ada beliau sedar atau tidak, hanya mereka yang celik mata dan hati sahaja dapat menilai kebenarannnya. Banyak kekeliruan daripada kebenaran yang dicari oleh Papa Gomo berlaku terhadap adengan yang dipaparkan. Antaranya ialah:- Cuba lihat masa Anwar dan Eskay tiba pada lif iaitu 22:09:30 (kiri atas) dan 22:09:31 (kanan atas) ketika mereka berdua memasuki lif berkenaan. Kemudian cuba tengok ketika pintu lif itu ditutup tiba-tiba tertera masa 22:52:19 (anak panah kuning pintu lif tertutup). Kemudian cuba lihat masa seterusnya gambar yang terakhir (kanan bawah) ketika Anwar dan Eskay keluar dari lif masa yang tertera ialah 22:52.25. Ini bermakna , Anwar dan Eskay dipercayai masuk lif dan naik ke atas sekitar 6 saat sahaja lamanya. Bagaimana ini boleh berlaku?. Ini kerana kaunter masa yang disediakan itu adalah diedit sedemikian rupa pada video berkenaan untuk menunjukkan seolah-olah kejadian itu berlaku mengikut masa yang telah ditetapkan. Sekarang cuba kita lihat pula masa ketika Anwar berada dalam bilik dengan bertuala (bawah kanan), masa yang ditunjukkan ialah 22:26:10 iaitu jarak masa yang terkurang daripada ketika mereka menaiki lif. Maknanya masa sudah berundur ke belakang pula. Kesilapan ini walau pun kecil kata Papa Gomo, namun ia sungguh melucukan. Persoalannya juga, jika ada CCTV menunjukkan Anwar dan Eskay masuk lif dan keluar lif maka sepatutnya mestilah ada juga CCTV "pelacur Cina" yang dikatakan itu masuk serta keluar lif?. Kenapa Papa Gomo tidak menayangkan CCTV wanita tersebut jika benar beliau berada bersama Anwar semasa kejadian. Satu persoalan penting yang perlu dijawab juga ialah berkenaan dengan pakaian Eskay itu sendiri. Cuba lihat ketika dia mula-mula masuk ke dalam lif dimana beliau berbaju gelap, tidak bertalipinggang dan baju tanpa kolar (T-Shirt ala baju yang sering dipakai oleh lelaki India). Namun, anehnya keetika tiba di dalam bilik berkenaan baju Eskay telah bertukar menjadi putih berkolar dan kelihatan dia bertalipinggang dengan baju masuk ke dalam. Begitu juga dengan rambut Anwar ketika mula-mula masuk ke lif yang jauh berbeza dengan rambut bergunting ala askar ketika berada di dalam bilik tersebut. Semua ini menimbulkan keraguan dan kemusykilan apakah benar video yang dipaparkan itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. [Dengan beberapa penjelasan ini, diharap ianya dapat meredakan sedikit kekeliruan akibat pendedahan yang dibuat oleh Buletin Utama TV3 malam tadi. Laporan yang hanya dibuat berdasarkan kepada rujukan blog Papa Gomo itu adalah satu tindakan biadap terhadap media arus perdana seperti TV3 sebenarnya. Mereka langsung tiada etika dalam penyiaran dan sewenangnya melakukan tindakan atas arahan pihak tertentu dalam usahan menjatuhkan musuh politik pemimpin negara. Lantaran itulah kita tidak hairan blog Papa Gomo dijadikan bahan rujukan ilmiah oleh TV3 dalam keadaan ia jelas menimbulkan keraguan. Tindakan TV3 juag mencerminkan bahawa media itu kini 100% dikuasai oleh kerajaan UMNO BN, selain RTM. Sepatutnya mereka perlu ada panel penilai untuk melihat kualiti dan kesahihan berita yang mahu dipaparkan. Jika itulah caranya, maka tidak hairan selepas ini lebih banyak ceramah pembangkang akan dipantau oleh TV3. Malah, banyak lagi kes-kes kecil akan diperbesarkan bagi menjatuhkan imej para pemimpin tertentu di dalam Pakatan Rakyat]. Sumber - PahangDaily | ||
Fitnah Versi Ke-2 Dan Kaitannya Dengan 16 September Posted: 18 Sep 2011 08:30 AM PDT ISU 16 September 2008 masih banyak diperkatakan. Ada yang percaya, ada yang tidak percaya. Barangkali ramai juga yang keliru mengenainya. 16 September bukan isu politik antara Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional semata-mata. Ia lebih besar dari itu. Ia merupakan hari ulang tahun pembentukan Malaysia yang mencakupi Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Manakala 31 Ogos adalah hari ulang tahun kemerdekaan Semenanjung daripada penjajahan British. Namun 16 September tidak pernah dijadikan cuti umum berbanding 31 Ogos. Hanya selepas diperjuangkan Pakatan Rakyat, barulah diisytihar tarikh tersebut sebagai cuti umum. Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak harus berterima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana lebih dahulu mengiktiraf mereka berbanding Umno-BN. Sudah tentu apabila menyentuh isu 16 September, subjek utama yang diperkatakan adalah Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ada rakan bertanya, mengapa hendak dibangkitkan perkara yang sudah tidak jadi. Tidak kurang juga ada pihak yang menghentam dan mengkritik Anwar, termasuk kalangan pemimpin BN yang mempermain-mainkan isu 16 Septemder. Pada hemat penulis, ianya wajar ditulis semula sebagai satu bahan rujukan penting dalam menganalisis kecenderungan ahli-ahli politik Malaysia, khususnya Ahli Parlimen (MP). Persoalan utama yang harus difikirkan adalah, apakah Anwar yang mencari MP BN ini aau mereka yang datang mencari Anwar? Apakah Anwar yang didakwa kemaruk dan gila kuasa ataupun mereka yang takut segala jawatan, kuasa, harta dan sebagainya akan lenyap jika Pakatan Rakyat menerajui negara. Selepas hampir tiga tahun sejak Pilihan Raya Umum 2008, laman Wikileaks mula mendedahkan fakta-fakta mengenai mengenai kecenderungan besar MP BN untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi menubuhkan kerajaan baru pada 16 September 2008. Isu ini timbul kembali apabila Wikileaks mendedahkan, ia mempunyai maklumat yang sahih mengenai rundingan beberapa pihak dalam BN, khususnya dari Sabah dan Sarawak untuk keluar BN, masuk Pakatan Rakyat. Dalam satu laporan, ia memetik kata bekas Ketua Menteri Sabah, Dato' Salleh Tun Said Keruak, memberitahu pegawai kerajaan kedutaan Amerika Syarikat bahawa lebih dari separuh dari 25 Ahli Parlimen BN Sabah, sedia untuk meninggalkan BN. Malah kabel tersebut memperkukuhkan bukti, dalam banyak pertemuan pemimpin-pemimpin Umno-BN Sabah, antaranya pada 18 hingga 20 Jun 2008, yang menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak menyokong Perdana Menteri ketika itu, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Bagaimanapun Salleh yang kini Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah mendakwa laporan Wikileaks tersebut tidak berasas. Namun Salleh menyatakan, beliau ketika itu masih ingat pihak tertentu berusaha keras untuk memujuk MP Sabah, tetapi mereka gagal. Pada waktu itu (selepas PRU Mac 2008), semua orang kelam kabut dan terkejut. Pakatan Rakyat terkejut kerana tidak menjangkakan akan mendapat sokongan besar rakyat, manakala BN kelam kabut dan hampir meroyan apabila hilang majoriti dua pertiga di Parlimen serta hilang kuasa di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor (selain Kelantan yang BN hilang kuasa sejak 1990). Habis semua tersentak. Terutamanya MP BN yang faham 'pencak silat' politik. Mereka tahu dan sangat-sangat sedar bahawa Pakatan Rakyat adalah suatu force yang amat besar. Mereka memahami soal ini, sekaligus dengan beberapa petunjuk politik yang jelas menunjukkan kerajaan BN sudah hampir dipenghujung hayat. Justeru selaku ahli-ahli politik yang sedar, mereka tidak ada pilihan lain. Mereka tahu jika mahu terus berpolitik, Pakatan Rakyat adalah future platform, bukannya BN. BN hanya tinggal 140 kerusi, manakala Pakatan Rakyat menang 82 kerusi. Pakatan Rakyat hanya perlu 30 kerusi untuk mendapatkan simple majority. Jika Wikileaks mendedahkan separuh dari 25 MP BN Sabah sudah sedia untuk menyeberang, selebihnya dari mana? Saya percaya, Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak dan juak-juak di sekelilingnya tahu apa yang saya maksudkan. Selain Sabah, wakil-wakil BN dari Sarawak, komponen BN di Semenanjung, malah MP Umno juga turut sama berminat untuk menyeberang. Jika fakta ini betul, soalnya berapa orang yang hendak menyeberang ke Pakatan Rakyat? Siapa yang hendak defect? Ataupun harus juga dipersoalkan mengapa mereka tidak menyeberang? Sebelum Wikileaks membuat pendedahan lebih menggemparkan, elok juga dianalisis isu 16 September ini dengan lebih mendalam. Persoalan pertama adalah jumlah. Daripada pengamatan saya, lebih 40 orang MP BN yang cenderung kepada Pakatan Rakyat. Hal ini disedari dan pernah diperkatakan oleh mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis di London, semasa isu ini hangat diperkatakan. Nama mereka tidak perlu didedahkan. Mereka daripada Sabah, Sarawak, Semenanjung. Terdiri daripada kalangan pemimpin utama dan bekas pemimpin utama parti komponen BN. Lebih mengejutkan ada kalangan mereka Menteri, Timbalan Menteri dan MP biasa. Mereka-mereka ini mengadakan perundingan dengan Anwar di beberapa tempat. Dalam dan luar negara. Antaranya di Singapura, Hong Kong, Bangkok dan beberapa tempat lain. Malah ada yang berani berjumpa secara terbuka di beberapa tempat dalam negara. Saya teringat kata seorang Timbalan Menteri kepada seorang pemimpin utama Pakatan Rakyat di Parlimen. Beliau mengatakan, "Jika Pakatan Rakyat sudah mempunyai 29 orang MP, you masukkan nama I untuk cukupkan 30 orang." Pada ketika itu Pakatan Rakyat sudah boleh menubuhkan kerajaan. Tetapi disekatn dengan serangan siang malam terhadap Anwar dan tuduhan liwat kedua yang dihadapkan kepada beliau oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan. Dakwaan liwat terhadap Anwar dibuat pada 28 Jun 2008. Tetapi plot untuk mengenakan beliau sudah dirancang lebih awal. Plot ini diberitahu oleh seorang bekas Menteri yang paling berpengaruh kepada Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa sekitar April 2008. Kata beliau kepada Husam ketika itu,"Tidak ada jalan lain untuk menyekat kemaraan Anwar. Jika Umno-BN mahu kekal berkuasa, Anwar harus dikenakan tuduhan liwat (kali kedua) dan Anwar harus disumbat dalam penjara." Jelas daripada kata-kata pemimpin ini. Plot atau konspirasi untuk mengenakan Anwar sudah dirancang berbulan lebih awal daripada dakwaan dibuat oleh Saiful? Soalnya Mengapa Saiful terbabit? Saya tidak mahu mengulas lanjut hal perbicaraan dalam mahkamah. Tetapi yang jelas, apabila tuduhan seorang itu meliwat seseorang, ia harus dibuktikan secara klinikal. Secara klinikal, kes ini tidak harus wujud, kerana doktor pertama yang memeriksa Saiful selepas dakwaan meliwat dibuat, secara konsisten mengatakan, tiada kesan tusukan di dubur Saiful. Logiknya, jika dubur Saiful tidak ditusuk, mana mungkin kejadian liwat berlaku. Kes ini tidak seharusnya wujud, tiada bukti kukuh dan kes ini harus dibuang. Berbalik kepada Saiful. Mengapa beliau terlibat dan apa pembabitannya dengan 16 September? Mengapa Najib menemuinya pada 24 Jun 2008, dua hari sebelum kejadian liwat didakwa berlaku atau empat hari sebelum laporan polis terhadap Anwar dibuat? Hakikatnya ialah ,Saiful bertugas mengikuti majikannya (Anwar) dan merekod banyak pertemuan Anwar dengan pemimpin-pemimpin Umno-BN di banyak tempat. Dalam dan luar negara. Secara tidak langsungnya, nama, lokasi dan butiran pertemuan diadakan, ada dalam pengetahuan Saiful. Oleh itu Najib tidak boleh kata (pada 24 Jun), bahawa beliau tahu Anwar akan meliwat Saiful pada 26 Jun, kerana pada tarikh beliau menemui Saiful, kejadian belum lagi berlaku. Najib harus tahu dan sepatutnya sudah diberitahu Saiful tentang butiran pertemuan Anwar dengan MP-MP Umno-BN. Walaupun mungkin semua perundingan tidak diketahui Saiful, tetapi dipercayai sebahagian daripada nama-nama pemimpin berkenaan, ada pada pengetahuan Saiful. Justeru, jika hendak diperincikan lebih ramai yang berhasrat hendak meninggalkan BN. Tetapi hasrat dan usaha mereka tersekat apabila Anwar dikenakan pertuduhan kedua. Dalam keadaan kuasa penuh menguasai polis dan kehakiman ada pada tangan PM, maka kedudukan Anwar pada ketika itu tidak kukuh jika mereka hendak berhijrah ke Pakatan Rakyat. Lagipun kebanyakan MP ini banyak kepentingan yang hendak mereka lindungi. Mereka tidak sanggup mengambil risiko. Mereka tidak mahu gamble. Umno-BN tiada pilihan lain untuk terus berkuasa selain terpaksa 'memenjarakan' Anwar. Jika Anwar masuk ke 'dalam' Umno-BN berharap, Pakatan Rakyat akan berpecah. Walaupun rencana 16 Septembert 2008 gagal diteruskan. Ia tidak berjaya memperkukuhkan BN, jauh sekali untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat. Hasrat 16 September akan tetap diteruskan. Bukan semata-mata untuk menantikan penghijrahan MP BN, tetapi ia akan dirayakan dalam erti kata kemerdekaan yang sebenar bersama seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, tanpa ada perasaan rasis dan diskriminasi. |
You are subscribed to email updates from anjung setiawangsa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan