Isnin, 26 September 2011

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


RM100 Juta Hasil Judi Digunakan Untuk Pendidikan

Posted: 26 Sep 2011 06:34 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Sekurang-kurangnya RM100 juta daripada keuntungan aktiviti perjudian akan disalurkan kepada sekolah-sekolah vernakular dan mubaligh menerusi "perbincangan rapat" bersama komponen Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Perdana Menteri (gambar) berkata demikian selepas melancarkan dana Community Chest yang diuruskan oleh sebuah konsortium ahli-ahli perniagaan yang membayar lebih RM2 bilion kepada Pan Malaysian Pools Sdn Bhd (PMP) milik bilionair Ananda Krishnan tahun lalu.

Dana pendidikan didukung oleh Putrajaya itu diketuai oleh Tan Sri Lim Kok Tay dari Genting, yang menyumbangkan sumbangan awal RM26 juta kepada 61 sekolah hari ini, kebanyakannya bagi sekolah vernakular dan menjanjikan minimum RM100 juta setiap tahun mulai tahun depan.


"Dana ini akan diagih-agihkan menerusi perbincangan rapat dengan parti-parti seperti MCA, Gerakan dan MIC dan juga pertubuhan bukan kerajaan bagi memastikan ia diagihkan dengan adil," kata beliau di SJK (C) Confucian petang ini.

Langkah kerajaan mengehadkan pembiayaan kepada sekolah-sekolah vernakular telah menjadi punca rasa tidak puas hati di kalangan komuniti Cina dan India.

Akhbar Straits Times melaporkan bulan lalu bahawa eksekutif-eksekutif kewangan yang terlibat dalam perjanjian itu percaya ia boleh memperbaiki penerimaan Barisan Nasional (BN) di kalangan masyarakat Cina dan India yang sokongan mereka beralih kepada Pakatan Rakyat dalam jumlah yang banyak pada pilihan raya umum 2008.

Najib yang dijangka memanggil pilihan raya umum ke-13 dalam waktu terdekat menambah, "penyelesaian kreatif" akan melengkapi usaha kerajaan dalam memastikan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua.

"Kami tidak boleh memenuhi kesemua keperluan komuniti," katanya.

Kata Najib, adalah penting "model-model baru" diusahakan untuk mencapai apa yang kerajaan sasarkan.

Selain Lim, lembaga pemegang amanah terdiri daripada timbalan pengerusi Genting Tun Hanif Omar, Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong, ketua Kumpulan Lion Tan Sri William Cheng dan Tan Sri G. Gnanalingam dari Westports.

Genting memiliki separuh daripada Jana Pendidikan Malaysia, konsortium yang membeli PMP.

HUDUD BAGI BUKAN ISLAM

Posted: 26 Sep 2011 06:20 AM PDT

Najib mungkin tak bagi bonus dan naik gaji kakitangan awam

Posted: 26 Sep 2011 06:19 AM PDT

Pemberian bonus dan kenaikan gaji kepada kira-kira 1.2 juta kakitangan awam masih menjadi teka-teki apabila Datuk Seri Najib Razak, semalam enggan mengesahkan atau menafikan kesediaan kerajaan berbuat demikian dalam Bajet 2012.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata sebarang keputusan pemberian bonus dan kenaikan gaji bergantung kepada kemampuan kerajaan.

Saya punya pendirian, apa-apa yang akan diumumkan dalam bajet tidak akan dibocorkan lebih awal lagi.

Kalau kita mampu (berikan bonus dan kenaikan gaji), kita buat, kalau kita tak mampu kita tak buat, katanya selepas membuat tinjauan mesra dan merasmikan Karnival 1Malaysia Tanjung Tualang di sini, sempena lawatan turun padang sehari ke Perak, semalam.

Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli, beberapa Menteri Kabinet serta Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Kampar, Datuk Lee Chee Leong.

Perdana Menteri ditanya sama ada kerajaan berada dalam kedudukan berkemampuan untuk memberikan bonus dan kenaikan gaji dan elaun seperti diperkatakan beberapa pihak.

Semalam, akhbar ini melaporkan kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Najib dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat pada 7 Oktober ini.

Ditanya pula sama ada bajet kali ini akan memberi banyak kejutan, Najib berkata: Saya tidak tahu, tunggulah dulu, saya gemar membuat kejutan, katanya.

Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan kerajaan melalui bajet berkenaan akan memberi tumpuan mengukuhkan permintaan dalaman berikutan persekitaran luaran yang lemah dan tidak menentu.

Kita perlu bersandar kepada permintaan dalaman, jadi bajet ini mesti merangsangkan pelaburan dan mesti membawa kepada keyakinan pengguna untuk terus belanja dengan secara berhemah supaya ekonomi domestik atau dalaman kita ini terus berpaksi kepada permintaan yang kukuh sama ada dari segi pelaburan mahupun dari segi penggunaan.

Keduanya, kita telah menetapkan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) untuk memerangi kenaikan harga dan kos hidup rakyat, jadi kita tengah tengok bagaimana kita boleh bantu melindungi rakyat daripada kesan negatif, katanya

PENGGANTI MB HARAM...

Posted: 26 Sep 2011 06:15 AM PDT

HUDUD TAKKAN DILAKSANAKAN-NAJIB

Posted: 26 Sep 2011 06:14 AM PDT

Tiada ulasan: