Selasa, 27 September 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Askar kita dizalimi, tiada yang prihatin nasibnya

Posted: 27 Sep 2011 02:00 AM PDT



Kesian sungguh membaca kisah di bawah ini. 18 tahun berkhidmat dalam ATM diberhentikan sebab gemuk. Tak boleh ke di tukar unit lain atau di hantar kursus atau kaunseling untuk kuruskan badan? Sedangkan pegawai SPRM yang terlibat dengan kes samun hampir RM1 juta hanya ditukar jabatan.

Mungkin bekas tentera ini tak dapat pencen. Dahlah tak sempat dapat pencen, pampasan pun belum diterima walaupun dan 9 bulan. Zahid Hamidi apa sudah jadi? Sibuk dengan Bukit Kepong ke?

***************
ASKAR GEMUK INGIN PEMBELAAN

Tujuan surat ini ditulis adalah untuk meluahkan apa yang terpendam selama hampir setahun.

Saya adalah saudara kepada seorang bekas anggota tentera yang terkilan dengan pengurusan Kem Bukit Keteri.

Saudara saya telah berkhidmat selama 18 tahun tetapi diberhentikan atas alasan masalah kegemukan.

Bagi pengetahuan pihak tuan, dia diberhentikan sembilan bulan lalu. Apa yang menjadi masalahnya sekarang adalah wang pampasan untuk bekas tentera yang telah diberhentikan ini masih belum diberi.

Bila ditanya, alasan yang diberi ialah "dalam proses", sedangkan sudah sembilan bulan berlalu.

Di sini masalahnya ialah bukan wang semata-mata tetapi nasib yang perlu dibela dan nafkah anak-anak seperti makanan, pakaian, yuran sekolah, belanja dapur dan sebagainya.

Saya sebagai saudara dekat melihat sendiri kesusahan keluarga saudara saya itu, amat terkilan dengan pengurusan kem terbabit.

Saya berharap perkara ini dapat diatasi dengan segera.

FIZA, Perlis

FORUM UM
26/9/2011





**************
SPRM TUKAR TIGA PEGAWAI DITUDUH SAMUN PENGURUP WANG
2011/09/25

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan tegas menukar tiga pegawainya yang disyaki menyamun pengurup wang rakyat asing pada 15 September lalu, ke bahagian pentadbiran jabatan itu.

Tiga pegawai SPRM yang dilaporkan bertugas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya sebelum ini ditahan kerana disyaki menyamun seorang pengurup wang rakyat asing kira-kira RM900,000 pada 15 September lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SPRMtukartigapegawaidituduhsamunpengurupwang/Article

Tiada ulasan: