Rabu, 21 September 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kerajaan sudah lupakah jasa Polis Marin?

Posted: 21 Sep 2011 01:16 AM PDT



Ha ha ha, tak payah cerita pasal Bukit Kepong. Ini pasukan Polis Marin yang begitu banyak berjasa kepada negara sejak sebelum merdeka kenapa tiba-tiba lenyap pada tahun 2011? Adakah Polis Marin ini umpama habis madu bukan lagi dibuang sepahnya tapi lesap terus, tanpa muzium khas bagi mengenang jasa Polis Marin.

Sila baca keluhan perintis pasukan Polis Marin dan lain-lain anggota di bawah ini.

REMEMBERING THE MARINE POLICE
September 21st, 2011

PROTECTOR: The sacrifices of the officers and men of the Marine Operations Force must not be forgotten

I WOULD like add to your article on the history of the Royal Malaysian Police's Marine Operations Force, which I had served for 33 years.

I was the commanding officer, Northern Malaya, followed by commanding officer, Southern Malaya, inclusive of Eastern Peninsula, and later, the commanding officer for Sabah Marine Police.

Altogether, within these three responsible areas, I was reappointed after my retirement as my services were urgently needed to lead some of the critical areas within the force.

I am sharing experiences for the future generation to remember the sacrifices made by those behind it.

In short, the MOF came into being at that time when the police felt the need for a profesional organisation to be set up after anticipating future problems along the coast. The country needed a unit that is dedicated to the defence of the country's waters from enemies and threat efficiently.

It was the year 1947 and the MOF back then was a branch, similar to other branches in the police force, such as the Special Branch and Criminal Investigations Department.

The task was to police the sea as stipulated in the Police Act.

The police commissioner then, through the chief secretary, appointed British Royal Navy officers, some retired, to helm the new branch. The branch was given the Sea Defence Motor Launches and Harbour Patrol Launches to conduct their operations.

The launches were based at Gelugor, Penang, a former Royal Air Force Air-Sea Plane sea base, and Tampoi, Johor Baru, rice godown and a defunct match factory, both in Skudai, Johor.

The ratings and officers were then selected and crewed the MRNVR ship HMS Kedah while Penang Habour Board Crew were recruited to join the Marine Branch.

I recalled some of the crews even sailed to Sri Lanka (at the time known as Ceylon) with the ship.

My appointment as patrol supervising officer was in 1954. All of us, Malaysians, gradually took over as commanders of the launches after having undergone seagoing training. The first four were Syed Mansor, myself, Woodworth and Yong. I later became chief of north marine division in 1957 and south division in 1960.

It is not because of glory that I write this letter but more for everyone to remember the sacrifices made by officers and ratings of the time.

We went through the period from the Emergency, Indonesian Confrontation, Communist insurgency, and also controlled the influx of illegals and piracy.

Despite having limited resources, the MOF then was able to protect the country from its enemies.

Let us not forget their sacrifices and placed them at the rightful place in history.

Supt (B) SK Puvaneswaran
http://www.mmail.com.my/content/82707-remembering-marine-police

KHIDMAT POLIS MARIN TAMAT SELEPAS 63 TAHUN
2011/07/29

KUALA LUMPUR: Mulai Ahad ini, perkhidmatan polis marin yang sudah wujud lebih 63 tahun akan dihentikan dan tugasannya diambil alih Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).

Keputusan menamatkan perkhidmatan polis marin yang ditubuhkan pada 1 September 1947 dibuat Kabinet, baru-baru ini. Akta Polis 1967 dan beberapa akta lain yang berkuat kuasa masih mengekalkan kuasa polis di seluruh negara, termasuk perairan wilayah negara, sehingga 12 batu nautika dari pantai.

Sepanjang perkhidmatannya, anggota polis marin mengharungi era pasca Perang Dunia Kedua, Darurat pada 1948 hingga 1960, Konfrontasi Indonesia, pemberontakan Komunis di Sarawak pada 1960-an, kejatuhan Indo China dan pelariannya, pelarian Filipina dan masalah rompakan di laut Sabah.

Polis marin juga bertanggungjawab membanteras kemasukan pendatang asing ke Sabah dan Semenanjung selain memerangi kes penyeludupan.

Mulai 1 September ini, polis marin hanya dikehendaki melaksanakan tugas penguatkuasaan di semua sungai termasuk kuala sungai, tasik, pulau dan keseluruhan kawasan darat pantai negara serta kawasan pelabuhan.

Komander Pasukan Gerakan Polis Marin, Datuk Isa Munir, berkata PDRM sudah menghentikan semua tugas rondaan dan operasi penguatkuasaan di laut sejak awal tahun ini kerana tugas berkenaan diambil alih APMM.
Sebagai contoh pada 25 Julai lalu apabila sebuah jongkong nelayan dengan empat orang dirompak di laut Tawau, Sabah, polis marin tidak lagi bertindak seperti dulu.

Namun, PDRM masih menjalankan semua tugas penyiasatan dan kawalan keselamatan di laut yang diserahkan kepada APMM hanyalah penguatkuasaan.

Dalam kejadian itu, seorang ditembak dan dihantar ke hospital Tawau, dua selamat sementara seorang lagi masih hilang. Semua mangsa diarah terjun ke laut.

Difahamkan, polis tidak menjalankan operasi dan rondaan di laut disebabkan arahan Kabinet yang mengehadkan perkhidmatan mereka di sungai, tasik, pulau dan pelabuhan saja, selain semua aset polis marin diserah kepada APMM.

Bagi pegawai dan anggota polis marin tindakan mengehadkan tugas mereka amat menyedihkan kerana sudah tidak dapat lagi menjalankan tugas selama ini.
"Jika bulan puasa lalu, ada anggota terpaksa turun ke darat mencari juadah berbuka, namun pada Ramadan ini, ia tinggal kenangan.

"Tiada lagi anggota bertugas di laut yang berbuka dan bersolat maghrib serta bertarawih di atas kapal seperti sebelum ini," kata seorang anggota.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Khidmatpolismarintamatselepas63tahun/Article

WAJARKAH POLIS MARIN DIKETEPI?
17 February 2010

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bahawa kerajaan akan menyerapkan aset Polis Marin dan Jabatan Perikanan ke dalam Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) untuk mengelak pertindihan pelaksanaan tugas dan untuk menjadikan APMM sebagai agensi maritim yang tunggal, amat mengelirukan.

APMM hanya ditubuhkan dalam tahun 2005 sebagai agensi maritim ala Coast Guard (Pengawal Pantai) seperti di Amerika Syarikat dan lain-lain negara yang tidak mempunyai polis kebangsaan.

Justeru bagaimana sebuah badan penguatkuasa yang berasaskan penugasan tentera laut yang baru sahaja ditubuhkan wajar mengambil alih penugasan dan aset pasukan Polis Marin, yang telah wujud lebih dari 60 tahun? Ia menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan pesara polis yang bimbang tindakan ini akan melemahkan pasukan, justeru boleh menjejaskan pengawalan keselamatan dalam negara.

Polis Marin bukan sahaja di antara beberapa cawangan dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tetapi adalah keperluan operasional PDRM untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya seperti yang termaktub dalam Seksyen 3 Akta Polis 1967.

Polis Marin sedia mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang penugasannya. Ini sehaluan dengan matlamat PDRM ia itu mengesan, menyiasat kejadian kejadian jenayah, mengawal dan menjaga ketenteraman awam, menangkap dan mendakwa pesalah di bawah undang undang yang memberinya kuasa, mencari dan mendapatkan bahan-bahan risikan mengenai ancaman kepada keselamatan negara.

Jika penyerapan ini berlaku bermakna PDRM akan hilang sebahagian daripada cawangan yang penting dan boleh juga menjejaskan kekesanan pelaksanaan tugas PDRM keseluruhannya.

APMM berasaskan ketenteraan laut, walhal Polis Marin penugasan kepolisan. Kedua-dua tugas ini jauh berbeza dan boleh juga bercanggah antara satu sama lain. Begitu juga akan berlaku kepada pegawai dan anggota, khususnya APMM yang berasal dari Tentera Laut.
Jenayah yang berlaku di laut sering bermula dan berakhir di darat. Bagi Polis Marin, mereka adalah sebahagian daripada PDRM dan mudah mendapat maklumat serta pelbagai kerjasama daripada rakan rakan di Ibu Pejabat Kontinjen Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah dan di balai-balai polis.

APMM akan mengambil masa lama bukan sahaja untuk memahami selok belok perlakuan jenayah yang menggunakan laut sebagai kawasan kegiatan mereka, tetapi juga akan mengambil lebih lama dalam mengumpul data dan pengalaman bagi memastikan tugas dan tanggungjawab yang baru dapat dilaksanakan dengan berkesan.

PDRM masih memerlukan satu cawangan untuk penugasan di perairan. Jika aset mereka diserapkan kepada APMM, PDRM mungkin akan mencari dan mendapatkan aset serta keanggotaan baru. Sudah tentu ini semua akan menimbulkan kesulitan dan merumitkan segala usaha untuk mencegah jenayah, apatah lagi dalam mengawal ancaman kepada keselamatan negara.

Perlukah membuat perubahan yang tidak akan menguntungkan? Jika penyerapan yang dicadangkan ini adalah dari satu pasukan yang kurang mantap kepada yang lebih mantap, sudah tentu satu perkara yang baik. Tetapi APMM tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam pengawasan, pengawalan dan pencegahan jenayah dan tidak mempunyai back-up yang matang.

Diharap pucuk kepimpinan PDRM dan Kementerian Dalam Negari prihatin dengan senario pengawalan jenayah pelbagai bentuk dari pandangan yang lebih luas. Ini kerana kemungkinan akan timbul kesan negatif.

Seperti yang dijelaskan ketika ditubuhkan, APMM seharusnya bertanggung jawab di kawasan perairan melebehi 12 batu dari pantai. Tidak perlu mengganggu pelaksanaan tugas dan tanggung jawab PDRM, sebaliknya ia wajar lebih diperkemaskan. Negara masih memerlukan Polis Marin.

Perbesarkanlah APMM tetapi jangan sentuh hak PDRM. Wujudkan sistem kerjasama ke arah pencapaian hasil kerja yang lebih bermakna.

Zulkifli Abdul Rahman
Shah Alam, Selangor
http://perkhidmatanawam.blogspot.com/2010/02/wajarkah-polis-marin-diketepi.html

APMM Ambil Alih 91 Kapal Marin Dan Kastam 15 Ogos
July 27, 2011

KUALA LUMPUR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan mengambil alih 91 kapal daripada Pasukan Gerakan Marin (PGM) dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) mulai 15 Ogos ini.

Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish berkata sebanyak 60 kapal diambil alih daripada PGM manakala 31 lagi daripada Kastam.

Langkah itu berikutan APMM kini menjadi agensi tunggal bagi mengawal perairan negara, katanya.

"Kami memberi masa kepada dua pihak berkenaan untuk melakukan kerja penyelenggaraan kapal-kapal itu sebelum ia diambil oleh APMM," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran dan Persidangan Mencari dan menyelamat Antarabangsa di sini, Rabu. Beliau berkata pengambilalihan itu tidak termasuk 23 jeti yang boleh diguna sama dengan agensi-agensi berkaitan perairan negara.

Ditanya mengenai anggota PGM dan KDRM yang akan menyertai agensi itu, Amdan berkata mereka (anggota) boleh membuat pilihan sama ada ingin menyertai APMM atau kekal di bawah agensi terbabit.

"Setakat ini anggota Marin dan Kastam tidak ramai yang menyertai kami (APMM)…bagaimanapun anggota sedia ada akan mengawal perairan negara yang mempunyai keluasan lebih 614,000 km persegi," katanya.

APMM yang menjangkau usia enam tahun pada 14 Feb lepas akan menjadi sebuah agensi penguatkuasaan tunggal mengawal perairan negara Ogos ini.

Sebelum APMM ditubuhkan, terdapat lapan agensi maritim yang menguatkuasakan lebih 100 undang-undang Persekutuan, Peraturan dan Perjanjian iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Marin, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Marin, Jabatan Perikanan, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Imigresen.

Mengenai persidangan itu, Amdan berkata matlamat persidangan yang berlangsung selama tiga hari itu ialah untuk berkongsi maklumat mengenai sistem keselamatan perairan negara dengan enam negara iaitu Brunei, Singapura, Kemboja, India, Indonesia dan New Zealand.- BERNAMA

http://mynewshub.my/bm/2011/07/27/apmm-ambil-alih-91-kapal-marin-dan-kastam-15-ogos-ini/

Ke arah Sifar Pembangkang di Negeri Sembilan

Posted: 20 Sep 2011 09:37 PM PDT



SENAWANG, 20 September 2011 – 'Majlis Pemimpin Bersama Rakyat serta Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 dan Sambutan Kemerdekaan ke 54 Peringkat DUN Paroi' bertempat di PADANG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SENAWANG dengan kehadiran Menteri Besar, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan.

MENTERI BESAR MENYERU AGAR PENDUDUK 15 CAWANGAN UMNO PETI UNDI SENAWANG DAN TAMAN MARIDA YANG HADIR MALAM INI SENTIASA BERSATU PADU DAN MENGEKALKAN MOMENTUM KERJASAMA DALAM USAHA SIFAR PEMBANGKANG.

Turut hadir di ialah isteri Menteri Besar, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin, YB Saudara Khairy Jamaludin, Ahli Parlimen Rembau merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Sahibus Samahah Dato' Haji Mohd Yusof Ahmad, Mufti Jabatan Agama Islam Negeri.

Petikan dari http://n9kini.com/?p=54010

(Komen : Syabas Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan kerana menjadikan SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SENAWANG sebagai tempat memberi ucapan politik)

Muhyiddin sibuk berpolitik, keluhan guru tak dipeduli

Posted: 20 Sep 2011 08:33 PM PDT



SISTEM Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dicipta untuk memudahkan guru akhirnya menyebabkan lebih ramai guru yang terseksa. Ada guru terpaksa bersengkang mata sehingga jam 3 pagi semata-mata untuk mengisi markah pelajar dan ada pula yang menghadapi masalah kerana tidak mempunyai komputer atau talian internet di rumah. Apakan daya Muhyiddin sibuk membela 3 pelajar tak dapat ambil UPSR tapi tak peduli keluhan ratusan ribu para guru. Itu BODOH namanya.

Berita berkaitan sebelum ini :
- Guru seMalaysia merana sistem lembap, nak juga Biometrik http://amkns.blogspot.com/2011/08/guru-semalaysia-merana-sistem-lembap.html
- Muhyiddin, tolonglah turun tengok masalah guru ni http://waghih.blogspot.com/2011/08/muhyiddin-tolonglah-turun-tengok.html
- Teachers fume over new directive http://waghih.blogspot.com/2011/08/teachers-fume-over-new-directive.html

Guru merungut program SAPS lebih sukar dari manual
Berita Harian 21 Sep 2011

Sistem kumpul data murid guna komputer tidak semudah seperti diuar-uarkan

SISTEM Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) diperkenalkan baru-baru ini bagi membolehkan tugas pengumpulan data dilakukan dengan secara lebih sistematik dan praktikal berkaitan data mata pelajaran, enrolmen murid, data guru mata pelajaran dan profil sekolah. Semua guru sekolah rendah dan menengah termasuk sekolah berasrama penuh perlu mengisi markah ujian Mac, peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan percubaan atau ujian Ogos dan peperiksaan akhir tahun di SAPS ini. Untuk menjadikan sistem ini lebih sistematik, tempoh masa ditetapkan dan guru perlu mematuhinya.

Kebaikan sistem ini ialah selepas guru memasukkan data dan markah pelajar, ia akan secara automatik membuat analisis dalam pelbagai aspek, sekali gus menjimatkan banyak masa guru yang mungkin pada sedekad dulu terpaksa membuat pengiraan analisis secara manual.

Tekan mesin pengira setiap kali mahu mencari peratusan dan purata. Berpinar mata mencari berapa jumlah A yang murid peroleh dan pelbagai lagi.

Malah, dulu guru kelas terpaksa meminta markah setiap mata pelajaran daripada guru yang mengajar dan mengisinya secara manual dalam borang khas. Semua perkiraan dilakukan secara manual dan diisi pula dalam buku laporan kemajuan murid. Sistem dalam talian diakui lebih memudahkan dan lebih sistematik serta menjimatkan banyak masa.

Namun, sistem yang sebenarnya dicipta untuk memudahkan mereka akhirnya menyebabkan lebih ramai yang terseksa. Ada guru terpaksa bersengkang mata sehingga jam 3 pagi semata-mata untuk mengisi markah pelajar dan ada pula yang menghadapi masalah kerana tidak mempunyai komputer atau talian internet di rumah.
Namun selepas menggunakan SAPS buat seketika, ramai guru merungut dan melepaskan kemarahan mereka dalam blog dan menulis surat kepada akhbar.

Antaranya, yang dipetik daripada blog adalah seperti berikut:

"Idea mewujudkan sistem ini memang baik tetapi program berkenaan susah untuk dicapai dan selalu terkeluar daripada talian dan ada banyak masalah lain.

"Sebagai guru yang terbabit dengan SAPS, saya sudah beberapa kali membuka sistem ini untuk memasukkan markah tetapi setiap kali markah mahu disimpan, sistem ini akan terkeluar daripada talian. Saya terpaksa mengisi semula markah dan ini ia berlaku beberapa kali.

"Kami terpaksa menunggu sehingga pagi semata-mata untuk mengisi markah ujian satu, peperiksaan pertengahan tahun, menentukan nilai letak kerja (TOV) dan jangkaan hasil sasaran akhiran (ETR) setiap pelajar. Bayangkan, jika ada enam kelas yang markah pelajarnya perlu diisi dan setiap satu kelas pula ada 40 pelajar.

"Yang peliknya dalam taklimat kami diberitahu ketika menggunakan SAPS, kami tidak boleh menekan butang 'enter' pada papan kekunci kerana akan mengganggu sistem. Ini adalah kali pertama saya mendengar satu sistem yang direka akan rosak jika tertekan butang 'enter'.

"Masalah lain yang dihadapi ialah ada pelajar yang tiada dalam senarai kelas tetapi apabila didaftar, jawapan yang diterima ialah 'pelajar telah didaftarkan' tetapi jika telah didaftarkan kenapa nama pelajar tiada dalam senarai?"

Di mana silapnya? Apakah sengaja kementerian mencipta satu sistem untuk menyusahkan guru sedangkan perlu diakui guru sudah terlalu banyak dibebankan. Rasanya bukan itu alasannya kerana yang paling tepat ialah sistem itu masih terlalu mentah dan perancangan untuknya tidak mengambil kira banyak perkara.

Dekan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Abdul Razak Hamdan, berkata kebanyakan sistem dalam talian (online) di negara ini tidak stabil pada peringkat permulaan dan menyebabkan masalah kepada pengguna, namun ia akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

"Kebanyakan sistem dibangunkan menggunakan teknologi sedia ada dan dirasakan memadai untuk kegunaan pada masa itu tetapi selepas digunakan secara meluas, ia tidak mampu menampung keperluan semasa dan perlu peningkatan.
Masalahnya, untuk mempertingkatkannya memerlukan kos tinggi dan itu yang menjadi halangan banyak pihak.

"Kita rujuk kepada sejarah Unit Pusat Universiti (UPU) pun pada mulanya ada masalah. Selalu tidak stabil tetapi selepas dipertingkatkan, ia sudah semakin baik dan stabil. Ia membabitkan sistem itu sendiri dan talian komunikasi. Jika salah satu tidak stabil atau lembab, ia akan menyusahkan pengguna.

"Kebanyakan sistem menggunakan talian terbuka (public). Jika ia sudah ditentukan untuk menerima sebanyak dua megabait (MB), tetapi yang menggunakannya melebihi jumlah itu, ia pasti akan menyebabkan sistem itu perlahan.
"Setiap sistem juga ada had penggunaan pada satu masa. Jika dihadkan sebanyak 1,000 pengguna tetapi pada satu masa pengguna melebihi jumlah itu, ia juga akan menyebabkan sistem menjadi lembab.

"Selalunya, pembangun sistem akan membuat anggaran berapa ramai pengguna akan gunakan sistem itu terutama pada waktu puncak dan menetapkan jumlah tertentu. Penetapan ini perlu kerana semakin besar ruang penggunaannya, semakin mahal sistem itu untuk dibangunkan. Malangnya, ada ketika berlaku, ramalan mereka tidak tepat dan pengguna melebihi anggaran," katanya.

Beliau berkata, ada sistem yang menggunakan kaedah 'server balancing' iaitu membolehkan ia dipindahkan ke pelayan lain jika kuota dalam satu pelayan sudah penuh. Ia membolehkan sistem tidak perlahan jika melebihi kuota yang sudah ditetapkan tetapi membabitkan kos yang tinggi.

Masalahnya, katanya, kebanyakan pengguna akan menggunakan sistem itu secara maksimum pada waktu puncak terutama ketika tarikh tamat tempoh semakin dekat. Ia pasti menyebabkan sistem itu tidak mampu menampung penggunaannya yang banyak. Justeru, pemantauan pada waktu itu perlu dipertingkatkan.

"Selalunya, masalah utama bermula daripada sistem komunikasi. Jika talian internet yang digunakan perlahan, ia juga akan memberi kesan. Masalah lain ialah kebanyakan pembangun sistem salah membuat perkiraan jumlah pengguna. Mereka boleh tinggikan had pengguna asalkan mampu memperuntukkan kos yang tinggi.

"Dalam kes ini, sewajarnya mereka buat percubaan tekanan (stress test) sebelum dilancarkan. Pastikan ia mampu menangani seramai mungkin pengguna termasuk guru terutama ketika waktu puncak. Perlu buat perkiraan secara tepat berapa banyak had diperlukan untuk menangani seberapa ramai guru dan sekolah.

"Selain itu, tidak semua sistem sesuai digunakan bagi semua negeri dengan kapasiti yang sama. Sudah pasti tidak sama jumlah pengguna di Perlis dan Selangor. Pelayan yang digunakan perlu stabil.

"Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah adalah untuk memasukkan data. Ia sewajarnya gunakan sistem simpanan secara automatik (autosave). Maksudnya, setiap kali data dimasukkan, ia disimpan secara automatik dan tidak hilang jika tiba-tiba berlaku masalah talian. Kosnya tinggi tetapi perlu dalam kes pengendalian data," katanya lagi.

"Kelemahan utama kebanyakan sistem di negara ini ialah ambil mudah dan jadikan pengguna sebagai bahan ujian. Asalkan ia nampak berkesan di sesetengah kementerian, ia secara mudah digunakan pula di kementerian yang lain. Cara ini salah kerana tidak semuanya sama," katanya.

Justeru, adalah wajar kementerian lebih peka dalam hal ini dan memastikan apa saja sistem yang mahu dibangunkan tidak menjadi beban kepada pengguna, sekali gus menambahkan tekanan mereka.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GurumerungutprogramSAPSlebihsukardarimanual/Article

Servis Keretapi Mengecewakan setelah 54 tahun Merdeka

Posted: 20 Sep 2011 08:32 PM PDT



Aduan Rakyat 19 Sep 2011 - Jika dilihat dari laman wikipedia, Keretapi Tanah Melayu sudah beroperasi lebih dari 50 tahun dan telah dikorporatkan pada 1992. Namun begitu, servis yang diterima oleh pengguna tidak menggambarkan pengalaman mereka seperti digembar gemburkan. Selepas 50 tahun, ia masih tidak efisien.

Saya faham tentang tundaan perjalanan oleh perkara tidak boleh dielakkan namun saya tidak menyangka ia boleh berlaku sebegitu kerap. Hampir setiap kali perjalanan saya dari utara tanahair ke Kuala Lumpur, pasti ada tundaan sama ada kelewatan bertolak atau kelewatan tiba.

Keduanya, tentang laman web. Lawan web KTMB masih kucar-kacir. Banyak 'link-link' tidak dapat dibuka. Apatah lagi untuk membuat online booking. Laman web KTMB kelihatan gah dan 'fancy' dengan animasi, dan pelbagai link namun apa gunanya cantik jika tidak boleh digunakan.

Laman web sangat penting kerana dengan cara inilah majoriti pelancong membuat tempahan. Saya puji dengan Syarikat bas express transnasional dan plusliner kerana website mereka sangat efisien dan mesra pengguna.

Menurut laman Wikipedia, tahun bermulanya operasi syarikat keretapi berikut adalah – Express Rail Link (ERL) :2002, STAR LRT:1996 ,Putra LRT:1998 dan KTM Komuter: 1995. berdasarkan tahun, KTM Komuter lebih berpengalaman.

Namun dari segi servis, jauh bezanya bukan. Saya faham jarak perlu dilalui oleh KTM Komuter lebih jauh dan lebih memakan masa. Namun sebagai pengguna, saya berharap dengan 16 tahun pengalaman KTM Komuter, sudah tentu mereka dapat mengagak masa dengan lebih tepat. Biarlah masa ditetapkan tepat, bukan masa ditetapkan awal dan ditangguh berulang-ulang kali.

Saya berharap agar KTMB dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dan laman web mereka kerana sebagai monopoli operator keretapi antara bandar di Malaysia, dan juga dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia, KTMB sepatutnya menjadi contoh kepada syarikat keretapi lain.

By: Mohd Safuan

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/servis-keretapi-tanah-melayu-mengecewakan

Jururawat stress, bebanan kerja bertambah

Posted: 20 Sep 2011 08:31 PM PDT



Aduan Rakyat 20 Sep 2011 - Salam 1 malaysia, Saya adalah warga HSNZ (Hospital Sultanah Nur Zahirah) Kuala Terengganu ingin mengadu tentang masalah yang membelenggu para jururawat di sebuah wad di sini.

Sebagai jururawat tanggungjawab adalah besar. Merawat dan menjaga pesakit adalah baru sebahagian daripada tugas kami dan yang menjadi keutamaan. Wad kami beroperasi dengan 1 jururawat untuk 1 pesakit.

Apa yang dirasakan membebankan di sini adalah, kami terpaksa membuat kerja perkeranian seperti update pelbagai borang dan bancian sehinggakan kami terpaksa balik lewat pada masanya.

Tugas membuang urin pesakit, mengemas katil yang sepatutnya dipertanggungjawabkan oleh PPK juga menjadi tanggungjawab kami kini sehinggakan kami tidak menang tangan.

Hal ini telah lama berlarutan dan tiada penyelesaiannya. Ini disebabkan oleh kekurangan staf dan pengagihan tugas yang tidak sama rata yang dibuat oleh pihak atasan walhal ketua jururawat melebihi daripada seorang.

Kebajikan kami juga tidak terjaga. Sudahlah tidak menang tangan bekerja, hendak mengambil cuti rehat pun susah.

Diharapkan pihak yang bertanggungjawab prihatin akan hal ini dan menyiasat isu ini. Semoga masalah yang diutarakan dapat diatasi dan diselesaikan segera.

By: yang kecewa

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/jururawat-stress-bebanan-kerja-bertambah

Mansuhkan Beban PTPTN, Bangkitlah wahai Mahasiswa

Posted: 20 Sep 2011 06:22 PM PDT



Kepada mahasiswa, mahasiswi para pelajar serta ibu bapa dan penjaga yang terbeban dengan PTPTN. Sila luahkan aduan serta pandangan anda di Facebook Jawatankuasa Isu PTPTN di http://www.facebook.com/Jawatankuasa.Isu.PTPTN.JIP

Antara isu yang sering dihadapi oleh peminjam PTPTN ialah :
Kos pentadbiran 3% PTPTN
Tempoh bertenang 6 bulan
Akta Had Masa pinjaman
Akta PTPTN 1997 (Akta 566)

Ulasan penuh Jawatankuasa Isu PTPTN (JIP) di http://mohdtaufek.blogspot.com/2011/09/ptptn-pas-gerakkan-referandum-rakyat.html

Tiada ulasan: