Selasa, 13 September 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Filem perjuangan Askar Melayu tak dapat perhatian PM

Posted: 13 Sep 2011 01:34 AM PDT






Nampaknya Perdana Menteri dan pemimpin Umno tak berminat untuk bersungguh-sungguh membantu industri perfileman yang ingin memaparkan semangat juang Askar Melayu mempertahankan kedaulatan Malaysia. Agaknya mereka hanya seronok tengok filem perjuangan polis di Bukit Kepong. Askar ni berguna pada mereka untuk undi pos agaknya.

Projek Filem Sejarah Tertangguh

Produksi 1963: Kalabakan masih menunggu lampu hijau dapatkan dana

WALAUPUN kerja pra-produksi bagi pembikinan cereka sejarah, 1963: Kalabakan, sudah diselesaikan, filem terbitan syarikat KalamAriff Holdings Sdn Bhd itu belum dapat dimulakan penggambarannya kerana pihak produksi masih menunggu keputusan mendapatkan geran kerajaan. Selepas menghantar kertas cadangan dan dipanggil membentangkan projek filem yang mengambil lokasi di Tawau, Sabah itu pada November lalu, hingga kini mereka belum mendapat sebarang jawapan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

Jika tiada kata putus, filem bersandarkan tragedi yang berlaku 48 tahun lalu di Kalabakan, Tawau, sempadan antara Sabah dan Kalimantan membabitkan pembunuhan lapan askar Melayu yang diserang hendap musuh ketika solat Maghrib masih tertangguh. Peristiwa hitam itu berlaku sesudah tercetusnya konflik Ganyang Malaysia akibat isu politik antara negara ini, Indonesia dan Filipina, berikutan cadangan penubuhan Malaysia yang menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah) serta Sarawak.

Pengarahnya, Jurey Latiff Rosli berkata, penghasilan filem berkaitan sejarah perlu dilakukan secara teliti kerana ia memerlukan kajian mendalam supaya tidak memesongkan fakta, malah memerlukan kos tinggi dari segi latar lokasi, props dan kostum yang harus dipadankan dengan situasi asal. "Dana ini amat penting bagi kami kerana kerajaan juga menggalakkan penghasilan filem kenegaraan dan apabila pihak berkaitan mengambil masa panjang hingga berbulan-bulan untuk mempertimbangkan keputusan, ia memberi kesan terhadap produksi ini.

"Ikut perancangan asal jika penggambaran dapat dimulakan pada Mac, filem ini diharap dapat menemui khalayak pada 16 September ini bertepatan sambutan Hari Malaysia. Namun nampaknya jadual yang dirancang sudah 'lari' jauh," katanya dengan nada sedikit terkilan. Tanpa sebarang niat mahu mendesak, pengarah filem Libas itu berharap FINAS tidak melengahkan lagi keputusan kerana daripada penerangan selepas sesi pembentangan kertas kerja 1963: Kalabakan, difahamkan proses terbabit hanya dalam tempoh dua minggu hingga sebulan.

Katanya lagi, pihaknya tertanya-tanya mengenai status permohonan itu. Walaupun tidak bertanya secara rasmi, sebaliknya hanya sekadar menghubungi individu tertentu di perbadanan itu, dimaklumkan kertas kerjanya kini sudah berada pada peringkat tertinggi untuk diperhalusi. "Kami anggap semua ini sebahagian daripada dugaan untuk merealisasikan sejarah hitam Kalabakan.

Kami mahu generasi masa kini mengetahui semangat pahlawan di Kalabakan dan menyoroti semula perjuangan anak bangsa dari perspektif sebenar. "Sekurang-kurangnya geran ini juga menjadi bukti sokongan jitu kementerian berkaitan terhadap usaha ini apatah lagi Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Negeri Sabah juga sedia memberikan kerjasama memastikan 1963: Kalabakan direalisasikan," katanya.

Rosyam antara pelakon pilihan

AKUI Jurey lagi, produksi terbabit turut mempunyai modal dan berusaha mencari penaja, tetapi masih mengharapkan geran atau pembiayaan apatah lagi bagi filem bercorak sedemikian, sekurang-kurangnya suntikan dana mampu melegakan penerbit. "Jika memikirkan keuntungan lebih baik kita ikut arus semasa - buat filem komersial yang pasti jika tidak box-office, tetap balik modal. Filem 1963: Kalabakan tetap mahu diterbitkan tahun ini kerana ia mempunyai nilai sentimental yang sewajarnya dikongsi bersama.

"Kami tidak akan patah semangat. Bagai dijanjikan penerbitnya dulu, kita tidak akan berkompromi dalam soal kualiti mahu pun penghasilan keseluruhan filem ini kerana alang-alang membuat filem kenegaraan, biarlah ia jadi warisan hingga anak cucu," katanya lagi mengenai filem yang turut menggunakan teknik imejan janaan komputer (CGI) itu. Skrip 1963: Kalabakan disempurnakan Martias Ali manakala lokasinya 100 peratus di tapak kawasan tragedi sekitar Tawau, malah bagi mendapatkan gambaran sebenar, selain meninjau set pada Ogos lalu, rombongan Jurey turut bertemu dengan saksi insiden berkenaan untuk mendapatkan gambaran sebenar.

Bagi menambah rencah kronologi penceritaan, elemen komersial tidak diketepikan apabila diselitkan juga fantasi dan cinta yang menjurus kepada nilai persahabatan, kasih sayang dan kemanusiaan, supaya tidak menjadi seperti dokumentari. Mengenai barisan tunjang utama, Jurey berkata Rosyam Nor antara aktor yang menjadi pilihannya selain beberapa nama lain seperti Zamarul Hisham dan Zul Huzaimy. Namun segala-galanya belum ditentukan kerana menunggu keputusan daripada FINAS.

Sumber : http://www.sinemamalaysia.com.my/main/clippingnews/Projek_filem_sejarah_tertangguh_4820

Serangan Biologi di pejabat JPA Cyberjaya

Posted: 12 Sep 2011 07:54 PM PDT



Sejenis kulat misteri telah menyerang beberapa bahagian di pejabat JPA di Cyberjaya menyebabkan ramai kakitangan telah diarahkan supaya tidak datang ke pejabat tersebut. Kulat adalah sejenis mikrob biologi. Terdapat kulat yang boleh digunakan sebagai senjata biologi. Adakah serangan ini hanya serangan mikrob biologi atau senjata biologi?

Adakah Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kesihatan telah bersedia menghadapi serangan senjata biologi? Adakah H1N1, Adenovirus, Melioidosis, Leptospirosis, Kencing Tikus dan sebagainya sebahagian daripada senjata biologi? Beberapa kejadian serangan biologi sebelum ini di Malaysia di http://amkns.blogspot.com/2011/04/persiapan-serangan-senjata-biologi-di.html






Serangan Kulat di pejabat JPA Cyberjaya http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=613025

Fungi as Biological Weapons Agents
Spores of mycotoxin-producing fungi are possible anti-personnel biological weapons agents due to their stability, ease of manufacture, and ease of dissemination in aerosol form.
http://www.globalsecurity.org/wmd/intro/bio_fungi.htm

Fungi
There are only two fungal pathogens currently considered of significance as biological weapons against humans:

Coccidioides immitis
Histoplasma capsulatum
http://www.cbwinfo.com/Biological/BWList.shtml

Maklum Balas JPA Kepada Artikel Dalam Akhbar Berita Harian Bertajuk "JPA Diserang Kulat, 300 Diarah Bercuti"
12 September 2011

Merujuk kepada Artikel bertajuk "JPA Diserang Kulat, 300 Diarah Bercuti" yang telah disiarkan melalui Berita Harian bertarikh 12 September 2011.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memohon untuk memperbetulkan kenyataan akhbar tersebut yang merujuk kepada perkataan 'diarah bercuti'. Bagi usaha alternatif pihak Pengurusan JPA menghadapi masalah serangan kulat tersebut, Pegawai dan kakitangan JPA diarahkan bekerja dari rumah dan melaksanakan tugas seperti biasa.

Warga JPA meningkatkan komunikasi berterusan melalui penggunaan ICT meliputi e-mel, Sistem Maklum Balas di Portal JPA dan laman sosial (Facebook) bagi sebarang urusan pelanggan JPA.

Selain itu, dalam usaha mengekalkan mutu perkhidmatan, JPA telah membuka Bilik Operasi yang berpusat di Ibu Pejabat Putrajaya bagi Bahagian-bahagian yang terlibat dan menyediakan 15 talian khas untuk dihubungi mulai 12 hingga 23 September 2011 (8.30 pagi hingga 5.30 petang) seperti berikut:
Bahagian Saraan: 03-8885 3194/ 3201/ 3227/ 3232/ 3283/ 3072 No Faks: 03-8885 3737
Bahagian Pengurusan Maklumat: 03-8885 3786/ 3807/ 3887/ 3896/ 3898/ 3899 No Faks: 03-8889 3159
Bahagian Pengurusan Psikologi: 03-8885 3824 No Faks: 03-8885 3824
Unit Audit Dalam: 03-8885 3902/ 3903 No Faks: 03-8889 2182

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
12 September 2011

Sumber : JPA

Tiada ulasan: