Jumaat, 9 September 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ceramah Ir Nizar 15 Sep 2011 Johol, N.Sembilan

Posted: 08 Sep 2011 09:30 PM PDT



CERAMAH UMUM
Tarikh : 15 Sept 2011 (Khamis)
Masa : 9 mlm
Tempat : Lot 1456, Kg Kabong (Jln Inas-Senaling) Johol, N.Sembilan
Penceramah
1. YB Dato Seri Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Bukit Gantang
2. Dr Rosli Yaakob, Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Sumber : http://lobai-kampung.blogspot.com/2011/09/jemputan-ceramah-umum-bersama-dato-seri.html

Balu anggota polis tunggu pencen sejak 12 tahun

Posted: 08 Sep 2011 07:05 PM PDT

Kisah balu dan waris anggota keselamatan yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya bukan perkara baru. Mungkin ramai lagi yang mengalami nasib yang sama seperti nenek Janainah Ngah Kassim seperti di bawah ini. Sudah-sudahlah menjadi juara membela rakyat umpama tin kosong. Pergilah cari bekas anggota keselamatan dan keluarga mereka yang hidup merempat, kudung kaki, kudung tangan.

Janainah Ngah Kassim dan Muhamad Anuar Kamaruddin menunjukan surat pengesahan jawatan Allahyarham Kamaruddin Awang Kechik sebagai Konstabel Khas sewaktu ditemui di Kampung Delek baru, Klang kelmarin.

BALU ANGGOTA POLIS TUNTUT TUNGGAKAN PENCEN 12 TAHUN

KLANG 8 Sept. 2011 - Pengorbanan anggota polis yang terlibat dalam memerangi pengganas komunis pada zaman darurat tidak perlu diragui oleh mana-mana pihak dan waris mereka juga perlu mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Balu kepada seorang anggota polis, Janainah Ngah Kassim, 80, yang suaminya Allahyarham Kamaruddin Awang Kechik yang pernah berkhidmat pada zaman darurat memohon supaya dipertimbangkan tuntutan bayaran pencen suaminya yang tidak diterima sejak arwah meninggal dunia pada 1968.

Anaknya, Muhamad Anuar Kamaruddin, 50, berkata, ibunya pernah menyatakan dia kecewa kerana pencen arwah suaminya itu hanya diterima mulai 1980 dengan bayaran RM103 sebulan sebelum dinaikkan kepada RM375 beberapa tahun lalu.

Menurut Muhamad Anuar, bapanya yang merupakan anggota Konstabel Khas (SC) di antara 1948 dan 1951 sebelum meneruskan perkhidmatan dalam pasukan polis meninggal dunia akibat sakit jantung semasa berkhidmat di Pulau Pinang.

"Kami pernah menuntut semula pencen bapa yang tidak pernah diterima ibu selama 12 tahun kepada pihak bertanggungjawab di Putrajaya beberapa tahun lalu, namun sehingga kini tiada sebarang jawapan.

"Bagi pihak ibu, saya amat berharap kadar bayaran pencen arwah bapa saya dapat dinaikkan sehingga RM700 sebulan memandangkan tahap kesihatan ibu yang sedang uzur," katanya kepada wartawan di kediamannya di Kampung Delek Baru di sini, semalam.

Kata beliau, ibunya kini tidak berdaya lagi menguruskan diri sendiri kerana tidak mampu berjalan akibat sakit sendi dan terpaksa memakai lampin pakai buang.

Bagaimanapun, Muhamad Anuar berkata, pada 2004, ibunya pernah menerima wang sagu hati khas sebanyak RM1,000 daripada kerajaan sebagai mengenang jasa dan pengorbanan bekas anggota polis yang pernah berjuang menentang komunis.

"Pada 1997, saya telah membawa ibu ke sini dari kampung halaman kami di Sungai Siput, Perak kerana mahu menguruskan segala keperluan dan makan minumnya selain membeli ubat-ubatan," ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0909&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_07.htm

Tiada ulasan: