Anak Muda Kampung Nak Senang |
Dah 100 tahun masih tiada bekalan air di Johor Posted: 31 Aug 2011 04:35 PM PDT Penduduk Orang Asli tadah hujan untuk minum 31 Ogos 2011 - Ulu Tiram, Johor : Lebih 140 Orang Asli Seletar di Kampung Pasir Salam, di sini, masih mengalami masalah mendapatkan bekalan air bersih walaupun sudah mendiami kampung berkenaan sejak lebih 100 tahun lalu. Ketiadaan bekalan air yang disalurkan ke kampung itu menyebabkan penduduk terpaksa menadah air hujan untuk mendapatkan sumber bekalan minuman dan keperluan harian lain seperti memasak dan membasuh. Malah, mereka dihantui kebimbangan setiap kali musim kemarau hingga terpaksa mencari sumber air di kawasan hutan paya berhampiran. Penduduk, Tipah Tammat, 40, berkata, penduduk kampung turut mengalami nasib buruk apabila terpaksa meminum air hujan kerana tiada bekalan air bersih di penempatan mereka. "Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan ialah terpaksa minum air hujan yang ditadah kerana kami sendiri tidak tahu bila akan hujan. "Jika tidak hujan berhari-hari bekalan air yang ditadah akan habis menyebabkan penduduk terpaksa ke hutan berdekatan bagi mencari air di paya bakau," katanya. Menurutnya, ketiadaan air menyulitkan urusan harian penduduk seperti mandi, memasak dan membasuh baju. "Susah hidup kami kerana segalanya memang perlukan air dan kadang-kadang kesihatan kami tidak dihiraukan lagi kerana terpaksa tidak mandi atau membasuh pakaian dan pinggan mangkuk kerana ketiadaan air," katanya. Sementara itu, Tok Batin, Sotti Akun, 48, berkata, ketika musim kemarau penduduk terpaksa menempuh perjalanan sejauh lapan kilometer semata-mata mahu membeli bekalan air bersih di hujung kampung. "Kami terpaksa membeli air dengan harga kira-kira RM5 bagi setong 20 liter air bersih. Penduduk yang tidak mampu bayar bergantung ihsan pemilik kedai yang bermurah hati memberikan air secara percuma," katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PendudukOrangAslitadahhujanuntukminum/Article/index_html |
Iran Produksi Massal Rudal Anti Tank Posted: 31 Aug 2011 04:34 PM PDT 30 Agustus 2011, Tehran (Berita HanKam): Kementrian Pertahanan Iran mulai memproduksi massal rudal anti-tank 73 mm, Senin (29/8), peresmian dihadiri Menteri Pertahanan Iran Brigadir Jenderal Ahmad Vahidi. Rudal memiliki hulu ledak khusus dimana dapat menembus sasaran sedalam 300 milimeter dan menghancurkannya, diungkapkan Menhan Vahidi, dalam sambutannya. Rudal dapat menghancurkan sasaran berupa tank, ranpur pengangkut pasukan, ranpur ringan dan gudang senjata. Rudal dapat dibawa kendaraan maupun prajurit dan mampu menjangkau sasaran sejauh 1300 meter. http://beritahankam.blogspot.com/2011/08/iran-produksi-massal-rudal-anti-tank.html |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan