
(
Ayoyo Zah, hang pun nak jadi saksi kah? Jam Omega dah jumpa?)
    Salam 2 all. 
 
Teman tersenyum  melihat gelagat manusia yang ditabal bininya sendiri sebagai anugerah  tuhan akhir-akhir ini yang merapunya semakin menjadi-jadi. Mutakhir Mat  CD memohon kepada Mahkamah untuk mengheret YAB Dato' Sri Najib dan YABhg  Datin Sri Rosmah Mansor sebagai saksi beliau dalam kes pertuduhan  beliau meliwat stafnya Saiful Bkhori Azlan. 
 
Mungkin ramai yang  akan terpinga-pinga kenapa Mat CD dan juaknya Karpal Singh nak memanggil  PM sebagai saksi mereka kerana ramai yang tidak faham apa kaitan PM  dengan liwatan Anwar terhadap Saiful. Bak kata seorang kawan, "dia yang sedap menyondol, PM nak kena pikul!". 
 
Pertama  kita perlu faham, bila seseorang Orang Kena Tuduh (OKT) saperti Anwar  memanggil seseorang sebagai saksi beliau dalam pembelaan, itu bermakna  ianya bertujuan untuk memberi keterangan menyokong pembelaan beliau. Adalah satu kebodohan dan kebangangan yang melampau jika  seorang OKT memanggil seorang saksi yang bukan sahaja tidak akan  menyokong pembelaan beliau, malah akan memberi keterangan menentang  beliau. Melainkan dia mempunyai niat lain! 
 

Apa  pembelaan Anwar? Alibi - beliau mendakwa tidak ada ditempat kejadian.  Pihak pendakwa mengemukakan bukti bahawa Anwar berada ditempat kejadian,  malahan ujud kesan airmani  dalam karung kunyit Saiful yang DNAnya  disahkan milik Mat CD. Jadi Anwar berhadapan dengan satu masalah besar  untuk menafikan dia tidak ada ditempat kejadian. Tambah pulak Mahkamah  telahpun menyabitkan ujud kes prima facie Anwar meliwat stafnya Saiful.  Bermakna jika Anwar tidak mendatangkan keterangan dan bukti dia memang  tidak ada ditempat kejadian, hampir pasti Mahkamah akan menyabitkan  kesalahan meliwat stafnya Saiful, dan disumbat kedalam Sg. Buloh!!! 
  Jadi  apa relevannya Mat CD  nak panggil PM sebagai saksi? Anwar tidak pernah  kata pada masa kejadian dia sedang bermesyuarat, atau makan kuaci  dengan PM. Atau pada masa kejadian Datin Sri Rosmah sedang masak nasi  untuk dia dan Wan Azizah makan. Itu maksud pembelaan alibi. Maknanya dia  tiada ditempat kejadian tetapi sebaliknya mendakwa sedang berada dengan  PM dan Datin Sri Rosmah. Tapi itu bukan keterangan Anwar. Jadi PM dan  Datin Sri Rosmah bukan saksi alibi Anwar. Oleh itu, apa tujuan dipanggil  PM dan Datin Sri Rosmah? Tentu ada niat lain bukan! 
 
Atau Anwar  nak kata PM dan Datin Sri Rosmah yang sumbat airmani dia kedalam karung  kunyit Saiful? Persoalan besarnya ialah, mana PM dan Datin Sri Rosmah  dapat airmani Anwar? Dia poskan ke PM ke? Atau Wan Azizah bagi sampel  kat Datin Sri Rosmah? Gila bukan? Jadi itu juga pun tidak menasabah?  Jadi apa tujuan Anwar panggil PM dan Datin Sri Rosmah sebagai saksi  pembelaan Anwar? Tentu ada niat lain bukan! 
 
Teman kenal Anwar ni  yop.  Pada perbicaraan tahun 1998,  kami merancang memanggil YAB Tun Mahathir, Tan Sri Megat Junid, dan  ramai lagi Menteri, pimpinan kerajaan dan lain-lain sebagai saksi  pembelaan Anwar.  Apa tujuan nak panggil Tun M dan lain-lain tu? Untuk  pembelaan alibi? Bukan, tapi ada sebab lain. Tunggulah nanti teman  disapina ke Mahkamah, teman akan bongkarkan semua itu dalam keterangan.  Ringkasnya bak saperti kata Anwar sendiri, "kita pulun mamak kutty ni  dalam Mahkamah!". 
 
Banyak lagilah yop perkara yang teman boleh  sebut disini, yang rumusannya ialah tujuan memanggil YAB PM dan Datin  Sri Rosmah bukan bertujuan untuk pembelaan alibi. Tetapi untuk tujuan  lain. Tambah-tambah dengan si Karpal menjadi loyer. Karpal Pengerusi DAP  yang UMNO menjadi musuh nombor wahid dia. Karpal yang pada 22.10.1997  boleh kata Anwar kaki liwat tetapi tetiba jadi loyer membela Anwar.  Teman cukup yakin mereka mempunyai agenda "udang sebalik mee". Pada  teman, Pendakwaraya patut mintak permohonan Anwar untuk panggil YAB PM dan Datin Sri Rosmah wajib  dicampak ke Laut Mati, tempat kaum Lut kena benam!! 
 Yang peliknya, kenapa Anwar tidak berani panggil bini dia sendiri sebagai saksi? Pa

nggillah  Wan Azizah untuk bagi keterangan, mungkin Wan Azizah boleh datang  dengan pakai jam Omega. Maklumlah dengar cerita ramai yang pernah mendapat hadiah jam mahal-mahal dari Mat CD ni. Teman  cadangkan kepada Pendakwaraya supaya  memanggil Wan Azizah beri  keterangan jika Anwar tidak mahu memanggil "isteri tercinta" dia. Kita  tengok macam mana Wan Azizah nak mengalibikan manusia yang dia tabal sebagai anugerah tuhan yop!! 
  Teman bertambah pelik kenapa saksi  alibi saperti Haji Hasanuddin, Mohd. Sani dan lain-lain juga perlu  diminta melalui Mahkamah. Mereka ini adalah kawan-kawan Anwar. Haji  Hasanuddin adalah pemilik kondo tempat Saiful kena liwat. Sani pulak  adalah pemandu Anwar sendiri. Persoalannya, mengapa Anwar perlu memohon  Mahkamah supaya mereka ini, kawan-kawan dia sendiri, hadir dan datang  beri keterangan untuk dia. Apakah mereka pun dah cabut dari Anwar?  Memang pelik yop..pelik bin hairan bin ajaib bin majnun yang kawan-kawan dia sendiri kena dipanggil melalui Mahkamah! 
 
Dan bertambah-tambah teman pelik kenapa teman sendiri dan rakan-rakan lain tidak dipanggil sebagai saksi? Contohnya: 
 
1.  Rahimi - beliau adalah pegawai khas di pejabat Anwar di Seksyen 16  Petaling Jaya semasa kejadian berlaku. Rahimi yang rekemen Saiful  bekerja di pejabat Anwar. Rahimi telah membuat lapuran polis yang beliau  disuruh membuat Surat Akuan Sumpah palsu untuk mengaitkan YAB PM dalam  kes liwat tersebut. Mengapa Anwar tidak memanggil Rahimi sebagai saksi? 
 
2.  Rasid - juga seorang lagi pembantu Anwar. Rasid juga telah membuat  lapuran polis beliau disuruh buat Surat Akuan Sumpah palsu berkaitan kes  liwat terhadap Saiful ini. Kenapa Anwar tidak memanggil Rasid, rakan  banduan penjara Sg. Buloh bersama dengan Anwar dahulu? Mengapa Anwar tidak mahu memanggil Rasid sebagai saksi? 
 
3.  YB Senator Ezam Mohd. Nor - bekas Ketua Pemuda PKR, mantan panglima  kanan Anwar. Saiful berjumpa dengan Ezam menceritakan bagaimana dia  diliwat oleh Anwar. Mengapa Anwar tidak mahu memanggil Ezam sebagai saksi? 
 4. Wan Azizah - is

teri  Anwar dan Presiden pepatung PKR. Beliau boleh memberi keterangan apa  jadi dengan Anwar pada hari kejadian, dan hari Saiful buat repot polis.  Wan Azizah juga boleh ceritakan apa bukti beliau ada untuk buat  kenyataan Anwar perlu menyorok di Kedutaan Turki kerana konon ada sniper  assasin nak tembak Anwar. Mungkin Wan Azizah boleh perkuatkan  keterangan sambil memakai jam Omega sekali!
 Mengapa Anwar tidak mahu memanggil Wan Azizah sebagai saksi?   5.  Anuar Saari - bekas pegawai khas Anwar. Beliau boleh berikan keterangan  mengenai pengalaman "ngeri" yang beliau lalui bersama Anwar. Apa  pengalaman "ngeri" itu teman tak boleh nak cerita yop, elok Anuar  dedahkan bila dipanggil sebagai saksi dalam Mahkamah. Sure menggemparkan  negara dan dunia kalau mendengar "pengalaman ngeri" Anuar Saari. Mengapa Anwar tidak mahu memanggil Anuar Saari sebagai saksi? 
 
6.  YB Wee Choo Keong - Ahli Parlimen Wangsa Maju, juga seorang loyer.  Beliau boleh ceritakan bagaimana beliau dipanggil untuk menjadi saksi  untuk surat akuan sumpah Rahimi, kebetulan pada masa itu YB Wee adalah  Pesuruhjaya Sumpah. YB Wee boleh ceritakan mengenai surat Akuan Sumpah  yang Rahimi dakwa palsu itu. Kebetulan YB Wee masih menyimpan salinan  asal surat Akuan Sumpah itu yang disangka hilang oleh "sesetengah  pihak". Tengok apa akan jadi kalau YB Wee datang ke Mahkamah beri  keterangan dan mengemukakan surat Akuan Sumpah itu? Mengapa Anwar tidak mahu memanggil YB Wee sebagai saksi? 
 
Teman juga mahu bertanya, mengapa Anwar tidak mahu panggil teman sebagai saksi?  Teman bersedia bila-bila masa. Malahan teman cabar Anwar dan Karpal  supaya memanggil teman sebagai saksi. Tak sabar teman nak ke Mahkamah  memberi keterangan. Dan bila dipanggil nanti, teman akan beritahu  Mahkamah perkara berikut: 
 
1. bagaimana keadaan Anwar apabila  mendapat maklumat Saiful telah membuat lapuran polis yang dia diliwat  Anwar. Apa rupa dia masa tu? Ramai yang tahu tu yop. Teman akan  ceritakan macam mana Anwar pada hari Saiful membuat lapuran polis itu.  Teman tidak akan lupa tarikh 28.06.2008 itu, masih segar dalam ingatan  teman; 
 
2. Teman juga akan ceritakan apa berlaku dalam bilik hotel  Quality Inn, Shah Alam malam 28.06.2008 itu selepas Saiful membuat  lapuran polis itu. Bagaimana keadaan Anwar masa itu? Apa Wan Azizah buat  malam tu? 
 
3. Teman juga nak ceritakan kepada Mahkamah apa yang  dibincangkan malam itu. Bagaimana Rahimi dibawa datang ke Quality Inn  Hotel malam itu? Apa yang dia disuruh buat oleh beberapa orang tertentu  pada malam itu, siapa orang tertentu tu dan apa peranan YB Wee Choo  Keong pada malam itu? 
 
4. Teman juga akan menceritakan kepada  Mahkamah bagaimana timbul kisah Anwar nak lari ke Turki, kemudiannya  ditukar ke Kedutaan Turki, kemudiannya ditukar ke rumah Duta Besar  Turki. Kenapa Anwar nak lari? 
 
5. Teman juga nak beri keterangan  bagaimana timbul cerita Anwar hendak ditembak mati oleh penempak  "sniper" upahan. Siapa yang mencadangkan kisah itu? Dan apa sebab cerita  itu didedahkan? 
 
6. Teman juga nak ceritakan kepada Mahkamah  bagaimana Anwar menceritakan kemungkinan ada airmani dia didalam karung  kunyit Saiful, dan kemungkinan ada airmani lain bersama. Ya yop, Anwar  awal-awal dah ceritakan yang kononnya polis akan bawa keterangan akan  ada airmani dia didalam karung kunyit Saiful. Macam mana Anwar tahu?  Kenapa Anwar ceritakan begitu? Apa tujuan dia ceritakan? 
 
Eh yop,  banyak yang teman boleh ceritakan yop. Dan semua itu relevan dengan kes  liwat terhadap Saiful. Tunggulah bila Anwar & Karpal sapina teman,  dan saksi-saksi lain yang teman sebut diatas. Tak sabar teman nak  Mahkamah yop. Dah lama teman nunggu nak bagi keterangan ni, tapi dema  tak panggil pun!!! Teman cabar Anwar & Karpal supaya panggil teman dan rakan-rakan lain diatas sebagai saksi dalam perbicaraan dia meliwat  Saiful!!! 
 
Jadi pokok pangkal kisahnya yop, kenapa kami  saksi-saksi yang relevan ni langsung tidak dipanggil oleh Anwar,  sedangkan kami yang tahu sedikit sebanyak, malah ada yang terlibat  secara langsung. Kenapa YAB Dato' Sri Najib dan YABhg Datin Sri Rosmah  yang langsung tak ada kena mengena dengan kes liwat ini hendak dipanggil  sebagai saksi? 
 
Teman berpendapat Pendakwaraya patut membantah  pemanggilan YAB PM dan Datin Sri Rosmah sebagai saksi. Gunakan alasan  yang teman bagi ni, kenapa kami yang relevan ni dia tak mau panggil  sebagai saksi, tau-tau nak panggil YAB PM dan YABhg Datin Sri Rosmah.  Teman juga menasihatkan YAB PM dan YABhg Datin Sri Rosmah supaya jangan  layan Mat CD yang tengah meroyan ni. Kalau sapina dikeluarkan, elok  mohon dibatalkan sapina itu macam yang dibuat oleh Tun Mahathir pada  tahun 1999. Teman cukup yakin Mat CD akan gunakan alasan ini untuk  menangguhkan kes. 
 
Oh ya, ramai yang tertanya-tanya kenapa Mat CD  nak menangguhkan kes dia? Dia nak tunggu apa? Senang je jawapannya.  Teman cukup yakin Anwar akan mencari jalan menangguhkan kes dia sehingga  ke PRU 13. Sebab apa? Sebab dia berharap akan menang pilihanraya ke 13  dan jadi PM, dan lepas itu bolehlah semua kes dia ditutup; dan kalau  boleh sumbat Saiful  (dan juga Datuk Eskay) dan yang lain-lain dalam  tahanan. Itulah yang dibuatnya terhadap Umi Hafilda & Azizan pada  tahun 1997, sehingga menyalahgunakan pihak Cawangan Khas PDRM untuk  menyumbat Umi & Azizan kedalam tahanan dan membuat surat Akuan Palsu  untuk melepaskan Anwar. Itulah sebab YA Augustine Paul menyumbat Anwar  ke penjara Sg. Buloh selama 6 tahun, kerana menyalahgunakan kuasa  mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan akuan Palsu daripada Umi  & Azizan! 
 
Oleh itu yop, teman nasihatkan supaya gunakanlah  otak. Janganlah terima bulat-bulat apa yang Anwar kelentong. Jangan lupa  dia pernah bohong dan tipu satu dunia pasal 16 Sept. Dia boleh buat  macam-macam yop! Janganlah jadi macam kaum Anwarinas dan Koonyet:2, bila  ditanya soalan kenapa tak tanya atau double-check, dia akan kata "ketuk  kepala tanya lutut" (sebab otak dema letak kat lutut yop, itu pun kalau  ada otak!). Tapi kita yang ada aqal ni senang saja, "tepok dada tanya  iman masing-masing yop". Insyallah ALLAH akan berikan petunjuk dan  hidayahnya, tambah-tambah bula puasa ni yop. 
 
Adios amigos, grasias senor. 
 
Wallahua'lam & wassalam. 
 
Zulkifli Bin Noordin 
Selasa 
09 Ramadhan 1432 
09 Ogos 2011
  
1 ulasan:
Υοur агticlе pгoviԁes ρroven hеlpful tο mе.
It’ѕ quitе eԁucational аnd you are obvіously very еduсated of this tyρe.
You posѕess οpened my eye in ordеr to ѵагiοus opinіon of this spеcifiс subject with
intгiguing and relіable content.
My homepage buy Valium
Catat Ulasan