The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
- Orang Yahudi cakna dengan agama dan negara mereka
- Orang Yahudi cakna dengan agama dan negara mereka
- Temerloh di tahun 50-an
Orang Yahudi cakna dengan agama dan negara mereka Posted: 22 Aug 2011 09:29 AM PDT Semasa saya belajar di Kota London, saya sempat bergerak didalam pertubuhan NGO peringkat antarabangsa. Diantara badan-badan yang saya libatkan diri adalah Free Palestine bergerak bersama-sama dengan pelajar seluruh dunia memperjuangkan hak rakyat Palestin. Disana pelajar-pelajar Islam dari Negara-Negara Islam dan pelajar-pelajar bukan Islam dari Eropah dan Amerika bersatu memperjuangkan hak rakyat Palestin menentang kejahatan Zionism. Badan lain yang saya libatkan diri adalah Badan Pelajar Sedunia Menentang American Imperialism terdiri daripada golongan pelajar progresif dari universiti-univerisit seluruh United Kingdom yang benci kepada dasar jahat Amerika di Negara-Negara Asia-Afrika-Amerika Latin. Pada waktu itu Perang Vietnam sedang memuncak, dan kami mengambil "stand" menentang keganasan Amerika di Vietnam. Bukan sahaja kami mengadakan perjumpaan-perjumpaan pelajar menentang American Aggression di Vietnam, kami juga mengadakan tunjuk-tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Amerika di London. Didalam pertubuhan ini terdapat juga pelajar-pelajar Yahudi yang menentang Zionisme (mereka bukan menentang Yahudi, tetapi menentang Zionisme, iaitu dasar perluasan kuasa dan penindasan terhadap rakyat Palestin) dan yang menentang American Imperialisme. Tetapi mereka itu tetap cinta kepada Negara mereka iaitu Israel. Mereka adalah bersama-sama dengan komuniti Yahudi di Kota London melalui Synagog mereka mengutip derma untuk Israel, setiap dari mereka membuat sumbangan bulanan demi Negara Israel. Seorang wanita sosialis berbangsa Yahudi bernama Marion adalah seorang yang cukup hebat menentang Zionisme tetapi beliau juga menyayangi Israel dan turut bergerak mengutip derma untuk Israel. Marion memahami bahawa Israel dan Palestin boleh hidup bersama secara aman dan damai jika dasar Zionisme Israel diberhentikan dan Israel menghormati keujudan Negara Palestin, dan di waktu yang sama, dia tidak mahu puak-puak ekstremis Palestin memusuhi rakyat Israel. Walaupun nampak dilema didalam perkara ini tetapi Marion menyatakan bahawa Israel itu adalah Negara bagi kaum Yahudi, tetapi Zionisme itu adalah dasar keganasan terhadap Palestin. Israel tanpa Zionisme boleh hidup "side by side" aman damai, hormat menghormati. Didalam tunjuk-tunjuk perasaan di Kota London, Marion dan golongan kaum Yahudinya akan turun ke jalan-jalan raya dan memberikan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin. Pada waktu itu George Habash seorang beragama Krisitian sedang memimpin satu gerakan pembebasan Palestin yang bergabung dengan PLO bersama Al-Fateh iaitu Popular Front for the Liberation of Palestin. Justeru itu ramai pelajar-pelajar Kristian menyokong George Habash dari Popular Front untuk pembebasan Palestin. Ramai rakan-rakan dari Turkey, Iran, India, Pakistan, Mesir, Amerika dan Eropah dan dari Amerika Latin serta dari Afrika berada didalam kumpulan pelajar-pelajar progresif ini. Kami menentang Zionisme dan kami menentang American Imperialism. Kami tidak menentang rakyat Amerika tetapi dasar keganasan dan penaklukan Amerika dibawah American Imperialism itu. Orang Yahudi yang menentang Zionisme tetap mempertahan Israel (tanpa Zionis). Mari kita ukur dengan tindakan orang Islam di Malaysia. Kita haru-biru dengan isu Murtad tetapi kita tidak perihatin kepada sebab-sebab kenapa ada orang jatuh Murtad. Islam yang diperjuangkan oleh Kerajaan hanya berbentuk forma sahaja tetapi isinya "hollow" (kosong) tidak mempunyai apa-apa kesan. Saya diberitahu bahawa di Sabah, mubaligh-mubaligh Kristian sanggup bersusah-berpayah menjalankan program kemanusiaan dan kebajikan bagi memenangkan hati dikalangan umat Islam yang papa-kedana. Tetapi apakah yang dilakukan oleh Kerajaan Islam (UMNO) bagi mengatasi mesalah kemiskinan melampau itu selain dari memberikan upahan yang tak sebanyak mana semasa Pilihanraya? Kenapakah menjadi riuh-rendah apakala ada orang Islam Murtad sedangkan punca mereka Murtad itu tidak diatasi. Kemudian UMNO mahu menjadikan isu Murtad ini sebagai isu politik, menyalahkan Pembangkang, walhal selama 50 tahun ini merekalah yang berkuasa, mereka tidak mengambil tindakan serius membendung punca manusia boleh jadi Murtad. Isu Murtad ini bukan isu politik kepartian. Ia adalah isu yang ada hubungkait dengan kemanusiaan dan kebajikan dan akhirnya barulah boleh dikatakan isu agama. Orang yang tidak cukup makan, tidak cukup pakai, tidak cukup untuk persekolahan anak-anak, tidak cukup bekalan untuk hidup, jangan disalahkan kepada mereka jika mereka akhirnya jatuh Murtad, sedangkan kebajikan mereka dibiarkan sehinggalah mereka mendapat pembantu yang bermurah hati atas nama NGO atau Mubaligh Kristian. Ubah sekarang untuk membetulkan keadaan ini, tengok disekeliling kita, apa yang berlaku; kerajaan Islam (UMNO) hanya mementingkan tengkolok sendiri dan kroni-kroni, maka kedudukan Orang Miskin diberikan bantuan kebajikan oleh mereka yang mempunyai agenda tersendiri! |

Posted: 22 Aug 2011 03:51 AM PDT Inilah Jambatan Temerloh seperti yang ada sekarang menghubungkan Bandar Temerloh dengan seberang Temerloh merentangi Sungai Pahang. Cuba lihat rangka-rangka Jambatan dibawah Jambatan yang tinggi itu. Itu adalah Jambatan asal yang telah dibawa arus didalam banjir besar di tahun 1960-an. Sekarang ini Temerloh dikenali sebagai Bandar Ikan Patin kerana di kawasan Daerah Temerloh ini samada di Sungai Pahang atau di Sungai Semantan terdapat beratus-ratus rakit pemeliharaan ikan patin dinamakan Ikan Patin Sangkar. Harga ikan patin sangkar tidaklah begitu mahal, sekilo ikan patin sangkar berharga RM15.00 berbanding ikan patin ori yang berharga diantara RM75.00 hingga RM100.00 sekilo. Di Bandar ini ada restoren yang begitu popular menjual ikan patin ori. Harganya amat tinggi, sedap memang sedap, tetapi kalau tak bertanya harga terlebih dahulu, nanti kalau makan 2 atau 3 orang boleh mengambil kos hingga melebihi RM100.00; jangan terperanjat! Inilah Sungai Pahang di Temerloh dipertemuan muara Pahang di Temerloh dengan muara Sg Semantan. Apabila Sg Pahang memuntahkan airnya, Sg Semantan akan menjadi tersenak dan banjir besar akan berlaku, jika banjir berlaku di Sg Semantan, maka banjir itu hanya membanjirkan kawasan-kawasan di tebing Sungai Semantan sahaja, walaupun banjir itu besar tetapi tidaklah sebesar banjir yang disebabkan Sg Pahang yang sebak. Tetapi kalau kedua-dua sungai ini banjir, maka habis seluruh Daerah Temerloh ini ditenggelami air. Air Semantan mengalir dari ulu di Barat Negeri Pahang dari Raub dan Bentong dan ada juga air dari Pelangai; dan air Pahang datang dari Sg Jelai dan Sg Lipis, serta Ulu Tahan di Sg Tembeling, jika ke semua anak-anak Sungai ini memuntahkan airnya, maka Temerloh akan mengalami banjir yang besar; dan beberapa hari kemudian Bandar Pekan pula akan menjadi mangsanya. Ada sebuah pantun yang dirikacipta oleh Arwah Talib Ariffin yang lebih dikenali sebagai Talib Belengu tetapi selepas tahun 70-an dikenali dengan nama General Talib. Ada orang mengatakan bahawa beliau adalah Jenderal Talib. Sebenarnya beliau bukan Jenderal, nama General itu diberikan oleh anggota-anggota Parti Rakyat Malaya kepadanya, kerana beliau ini terkenal dengan bengisnya menghentam Parti Rakyat. Beliau adalah ahli UMNO. Sanggup bertumbuk, sanggup mengoyakkan poster, sanggup melakukan apa saja menghentam Pembangkang asalkan beliau mendapat sedikit upahan daripada pemimpin UMNO. Tetapi sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya, beliau turut menolong kempen Parti Keadilan Rakyat; beliau telah berceramah di tempat saya bertanding dan cara beliau berceramah penuh dengan sindiran yang lucu dan penuh dengan pantun. Pantun yang terkenal oleh Arwah Talib Ariffin adalah seperti berikut, dan harap orang Pahang janganlah terasa hati: Sungai Pahang airnya deras Sungguh deras libang-libu Orang Pahang hatinya keras Sungguh keras senang ditipu. Apa tidaknya, kata Talib, dengan sekadar sehelai kain pelikat atau kain batik dan duit RM10.00 orang Pahang terutama orang kampong yang hidup didalam kesusahan boleh melupakan 5 tahun penderitaan dan terus mengundi UMNO. Boat ini digunakan sebagai penambang membawa penumpang-penumpang dari tebing Sungai Semantan di sebelah Bandar Temerloh ke Tg Keramat di seberang sana Sg Semantan untuk membawa penumpang-penumpang dari Kg Bangau, Kg Lubok Kawah, Kg Paya Banir, Kg Paya Jejawi, Kg Tebing Tinggi, Kg Kuala Sanggang, Kg Sanggang dll yang berurusan di Bandar Temerloh, semasa itu tidak ada jalan raya dari kampong-kampong itu untuk ke Bandar Temerloh dan juga tidak ada Jambatan. Sekarang ini sudah ada Jambatan merentangi Sungai Semantan dari kampong-kampong itu ke Bandar Temerloh. Lagipun ada lagi jalan dari kampong-kampong itu ke Bandar Temerloh dan Bandar Mentakab melalui Jambatan Sg Semantan di Kg Raja, Songsang. Inilah Pejabat Daerah semasa pentadbiran Penjajah dahulu dan Pejabat ini diteruskan hinggalah ke zaman Merdeka. Inilah Pengkalan untuk boat dari kampong-kampong di Hulu Temerloh, dan boat-boat ini bolehlah dianggap sebagai teksi air, tambangnya murah, tetapi kalau saya mahu ke Temerloh dengan boat seperti ini mengambil masa tidak kurang dari 1 jam menghilir sungai sejauh lebih kurang 3 batu, tetapi melebihi 2 jam untuk mudik dari Bandar Temerloh. Kalau dilihat diatas pengkalan ini, itulah tempat Balai Polis Temerloh dizaman 50-an, Balai ini dikenali sebagai Rumah Pasung, ertinya semua orang yang ditangkap akan dilock-up disini sebelum dihantar ke penjara. Ayah saya, seorang Anggota API, ditangkap di hujung tahun 40-an mula-mula dibawa ke rumah Pasong ini, sebelum dipindahkan ke Ibu Negeri Pahang di Kuala Lipis, dan kemudiannya dengan ribuan tahanan-tahanan lain dihantar ke Tg Beruas, di dalam satu kem yang besar terdiri daripada semua pejuang-pejuang menuntut kemerdekaan. Ayah saya bertugas sebagai anggota perisik bagi API yang pada waktu itu sudah mengambil jalan bersenjata untuk memerdekakan Tanah air selepas PKMM, API dan AWAS diharamkan oleh Inggeris. Ayah saya dibebaskan bersyarat pada awal tahun 1953, dan tidak dibenarkan pulang ke Kampong Lubok Kawah, maka, Aki saya mengambil keputusan untuk semua pindah ke Bandar Temerloh dengan membina rumah rakit di muara Sg Semantan. Ayah saya bekerja sebagai Tukang Masak di Restoran Antarabangsa di Bandar Temerloh, beliau memang pandai memasak kerana pengalaman bertahun-tahun semasa didalam tahanan Inggeris, wan (nenek) saya berniaga di warong di Bandar Temerloh (kedai lesen), Aki saya meneruskan tugasnya sebagai pengajar membaca Quraan, ramai pemuda-pemuda datang mengaji dengannya pagi, tengah hari dan malam. Aki saya adalah seorang berpencen Guru Agama. Aki saya yang dikenali sebagai Haji Ibrahim Ahmad atau Pak Alang Ibrahim mempunyai kelulusan dalam Bahasa Inggeris, tetapi oleh kerana beliau dicemuh oleh penduduk kampong kononnya mereka yang belajar bahasa Inggeris adalah berpihak kepada ugama Kristian. Aki saya bertugas beberapa tahun di Pejabat Tanah Temerloh dan selepas itu menghilangkan diri ke Kelantan lebih kurang 15 tahun, belajar agama, berpondok disana sehingga faseh berbahasa Arab, dan kembali ke Pahang sebagai Guru Agama. Inilah teksi air yang membawa penumpang hilir-mudik 2 kali sehari ke Bandar Temerloh, dan teksi air ini juga digunakan oleh kami kanak-kanak sekolah yang pada waktu itu bersekolah di Abu Bakar School; jam 5.00 pagi kami sudah berada didalam teksi air ini untuk pergi ke sekolah. Masjid ini tidak jauh dari Rumah Rakit tempat penginapan saya semasa berada di Form Three hingga Form Five.Semasa saya Form Five sudah menghampiri Peperiksaan Overseas School Certificate (sekarang ni semacam SPM) saya tinggal di Kg Batu 4, di rumah bapa saudara-cum-bapa angkat saya, Pak Itam Deraman, beliau adalah Ketua Kampong dan juga Imam Masjid, beliau juga mengetuai Ranting Parti Rakyat Malaya di Kg Batu 4. Dia meninggal dunia sebagai Tok Imam dan Ketua PAS Cawangan Kg Batu 4. Dari Batu 4 ke Sekolah Menengah Abu Bakar mengambil masa lebih kurang 45 minit, dan untuk sampai ke Sekolah kena menyeberangi Sungai Pahang. Pada waktu itu belum ada Jambatan. Untuk menyeberangi Sungai Pahang ke Bandar Temerloh kena menggunakan boyar (ferry) dan untuk menyeberangi Sungai Pahang itu mengambil masa 15 minit. Itulah sedikit sebanyak kisah Sungai Pahang di Temerloh, Sg Pahang airnya deras, sungguh deras libang libu, Orang Pahang hatinya keras sungguh keras senang ditipu. Hati orang Pahang terbentuk seperti bendera Pahang; ia ikhlas dan bersih seperti simbol putih pada benderanya; tetapi apabila dia sudah marah dan meruap, maka simbolnya ialah hitam seperti dibenderanya, maka kerana itu Pahang mempunyai Pahlawan Kemerdekaan seperti Dato Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah dsb diperingkat awalan, dan ada pula Ishak Haji Muhammad, Kamaruzzaman Hj Teh, Ibrahim Yaakob dan ribuan pejuang-pejuang Melayu didalam PKMM, API dan AWAS! |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan