The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Posted: 19 Aug 2011 03:48 PM PDT Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal diperingkat awalnya ditubuhkan oleh Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang dibawah pimpinan Dato Fauzi Abdul Rahman, dengan nama asalnya, Biro Felda dan Orang Asal. Biro ini telah menggerakkan kerja-kerja untuk PKR Pahang dengan menubuhkan 3 sekretariat mengikut zon, iaitu Zon Pahang Timur terdiri daripada PKR Rompin, Pekan, dan Paya Besar. Kuantan dan Indera Mahkota tidak terlibat kerana tidak ada rancangan Felda di kawasan itu. Zon Tengah pula mengandungi PKR Cabang Jerantut, Maran, Kuala Krau, Temerloh dan Bera; manakala Zon Barat terdiri daripada Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Bentong. Dengan penubuhan Biro ini kejayaan-kejayaan telah diperolehi dengan penubuhan ranting-ranting baru bagi PKR di rancangan-rancangan Felda dan juga perkampongan Orang Asal di seluruh Pahang. Kejayaan ini mempengaruhi Parti Keadilan Rakyat di peringkat Pusat; dan Biro Politik PKR bersetuju menubuhkan Biro Felda di peringkat PKR Pusat dengan Suhaimi Said dilantik sebagai Pengerusi dan T. Kumar sebagai Timbalan Pengerusi pada tahun 2010. Biro Orang Asal tidak digabungkan dengan Biro Felda. Tetapi pada tahun 2011, kedua-dua Biro ini telah disatukan dengan nama Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal. Sehingga hari ini, Negeri-Negeri Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan Perak telah pun menubuhkan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal diperingkat Negeri masing-masing, dan mulai bulan April 2011, Biro ini telah membuat lawatan-lawatan kerja kebeberapa buah Negeri secara bersiri untuk bertemu peneroka-peneroka Felda dan orang Asal. Didalam siri lawatan yang terakhir, Biro ini berjaya menubuhkan ranting-ranting baru di rancangan Felda dan perkampongan Orang Asal di Negeri Pahang, Negeri Sembilan dan Negeri Johor dan memperkukuhkan ranting-ranting sedia ada di Negeri Selangor. Siri lawatan seterusnya akan bermula di Negeri Pahang selama 6 hari dari 10hb September hingga 16hb September 2011. Program ini mengandungi majlis-majlis dialog dan ceramah. Cabang-cabang PKR di Negeri Pahang akan melengkapkan senarai rancangan-rancangan Felda di Negeri itu serta mengaturkan majlis-majlis ceramah, dan paling minima 12 Majlis Dialog dan Ceramah akan diadakan setiap hari. Beberapa buah ranting baru sudah pun dikenalpasti untuk penubuhannya. Lawatan ini akan melibatkan tenaga kerja dan tenaga penceramah Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal di peringkat Pusat dan Negeri Pahang juga melibatkan pimpinan PKR Negeri Pahang dan Cabang-Cabang. Lawatan ini mungkin siri terakhir sebelum Pilihanraya Umum yang mungkin berlaku di masa yang terdekat. Selepas lawatan kerja ke Negeri Pahang, Biro ini akan melawat Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Ketetapan jadual akan diputuskan didalam Mesyuarat Biro ini pada 20hb Ogos 2011 jam 5.00 petang di Sekolah Al Mukmin, Temerloh. Pelancaran Pengiktirafan Tanah Orang Asal akan dilancarkan oleh Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi MPN PKR Pahang pada jam 2.00 petang, 20.8.11 di tempat yang sama. Sementara itu Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR telah melancarkan blognya sendiri diatas nama feldamadani.blogspot.com dan juga face book diatas nama Biro Felda. Semua pihak dialu-alukan melayari blog dan fb ini dan digalakkan untuk menyertai didalam perbincangan, pandangan, komen, secara jujur dan ikhlas; tidak ada penapisan dikenakan melainkan menyertailah dengan ikhlas dan beretika dengan menolak sebarang bentuk ekstremisme. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan