The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Posted: 03 Aug 2011 06:26 AM PDT 1. Lawatan Rasmi PM & Rosmah 2008-2011 RM17 juta 2. Kos Selenggara kediaman rasmi PM & TPM RM49 juta setahun 3. Bil elektrik dan air PM & TPM RM10 juta setahun 4. Peruntukan program Permata Negara 2011 RM111 juta 5. Penginapan Rosmah di Hotel mewah Atlantis, Dubai RM140,000 satu malam 6. Beg tangan Rosmah jenama "Hermezz Matte" RM361,259.99 7. Cincin berlian RM24 juta 8. Penganjuran Persidangan Wanita Pertama Dunia yang dihadiri oleh 14 wanita pertama kebanyakannya daripada negara Afrika RM4.5 juta 9. Gelang tangan RM1.65 juta KEPERLUAN RAKYAT DITARIK 1. Harga petrol RON97 dinaikkan empat kali sehingga Mei 2011 menjadikannya RM2.90 seliter 2. Najib lupus subsidi harga gula RM116.6 juta Mei 2011 3. Kenaikan Gas Petroleum Cecair (LPG) Mei 2011 menjadikannya RM1.90 4. Kerajaan naikkan kadar purata taqrif elektrik sebanyak RM2.23/kw (7.12%) berkuatkuasa 1 Jun 2011. DIPETIK DARI SUARA KEADILAN, KELUARAN 2 OGOS 2011. |
Kisah seorang peneroka yang tanam bersendirian Posted: 03 Aug 2011 05:38 AM PDT "Saya adalah seorang peneroka yang tanam sendiri" kata Haji Fei," saya mahu hidup berdikari dan saya juga mahu bebas dari hutang." Ikutilah cerita Haji Shafei seorang peneroka Felda di gugusan Kota Gelanggi, Jerantut. Seperti peneroka-peneroka yang lain, beliau adalah peneroka yang dalam tempoh 20 tahun pertama sejak menjadi peneroka menyerahkan tanah ladangnya untuk diuruskan oleh Felda. Tetapi setelah 20 tahun, apabila sampai waktunya untuk tanam sendiri, beliau mengambil keputusan untuk menguruskan sendiri ladangnya. Semasa ladang-ladang jirannya mula ditebang Haji Fei membiarkan saja pokok-pokok sawitnya tidak ditebang, tetapi dia mula menanm anak-anak sawit di celah-celah pokok-pokok sawitnya yang sudah tinggi. Dia masih boleh mendapat hasil dari pokok-pokok sawitnya itu. Setelah selesai menanam anak-anak sawit itu beliau mula meletakkan racun pokok keatas 20% pokok-pokok sawitnya yang tinggi itu, dan tidak lama kemudian pokok-pokok yang diracun itu menjadi layu dan mati, memberikan ruang yang cukup untuk anak-anak sawitnya membesar. Beliau masih boleh bergantung kepada pokok-pok0k sawitnya untuk menyara hidupnya dan keluarganya. Kemudian Haji Fei "membunuh" lagi 20% daripada sawit-sawitnya yang tinggi itu bagi memberi ruang untuk anak-anak sawitnya membesar dengan mendapat cahaya matahari yang cukup. Sehinggalah anak-anak sawitnya membesar dengan subur dengan pembajaan yang cukup dan racun yang cukup membersihkan rumput rampai diladangnya. Sementara itu beliau masih boleh bergantung kepada buah sawit dari pokok yang tinggi itu untuk saraan hidupnya. Anak-anak sawitnya membesar dengan subur dan beliau "bunuh" lagi 20% pokok-pokok yang tinggi itu bagi memberi secukup ruang kepada anak-anak sawitnya membesar. Waktu berjalan menghampiri 3 tahun, dan anak-anak sawitnya membesar dengan segar, dan sudah mula mahu berbuah. Diwaktu itu beliau "membunuh" kesemua pokok-pokok sawit yang tinggi di kebunnya. Melepasi 3 tahun, anak-anak sawitnya sudah mulai mengeluarkan hasil. Dalam tempoh tahun pertama, buah-buah sawit dari pokok-pokok yang barunya itu tidaklah mengeluarkan hasil yang baik tetapi mencukupi untuk menyara Haji Fei dan keluarganya dan ada lagi lebihan untuk ibu-bapanya di Kelantan. Beliau boleh berpendapatan lebihkurang RM2000.00 sebulan tanpa menanggung sebarang hutang, maka dengan perbelanjaan untuk membeli baja dan racun, beliau masih boleh berpendapatan melebihi dari rakan-rakannya yang menanam melalui Felda. Kini pohon kelapa sawitnya sudah melepasi 10 tahun. Pendapatannya lumayan, tidak pernah jatuh dari RM5000.00 sebulan, dan kebiasaannya boleh berpendapatan sekitar RM8,000.00 sebulan. Beliau hidup lega. Memang beliau kerja letih sedikit tetapi sangat berbaloi. Rakan-rakannya yang menanam melalui Felda masih juga berpendapatan RM1500.00 sebulan sebagai elaun sara hidup yang dikirakan sebagai hutang, dan mereka itu berhutang semakin lama semakin membesar, dan kini sudahpun melebihi RM90,000.00. "Saya tidak menanggung sebarang hutang, dan pendapatan saya jauh, jauh, jauh lebih besar dari mereka yang tanam melalui Felda." kata Haji Fei. "Saya tidak faham kenapa Felda tidak galakkan peneroka berdikari, saya pun dulu bukan senang nak tanam sendiri, macam-macam halangan yang dikenakan oleh Felda, saya diugut bermacam-macam, tapi saya cekalkan juga pendirian saya untuk berdikari dan tanam sendiri, dan saya tidak menyesal kerana membuat pilihan menanam sendiri. Saya kasihan tengok kawan-kawan yang tanam melalui Felda. Pendapatan bulanan mereka kecil dan hutang mereka besar!" kata Haji Fei. "Saya sudah pergi ngerjakan Haji, dan sudah beberapa kali buat Umrah bersama isteri," dan semasa bertemu dengannya baru-baru ini dia masih bercita-cita untuk pergi sekali lagi pada tahun ini atau tahun hadapan. Beliau menasihatkan peneroka-peneroka Felda supaya memberanikan diri menanam sendiri dan tidak menyerahkan nasib kepada Felda yang belum tentu dapat memberikan pembelaan kepada peneroka. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan