Keadilan Cabang Rasah |
Program 100 Hari Pakatan Rakyat Posted: 31 Jul 2011 07:47 PM PDT Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama. Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut: 1. Mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan. 2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). 3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol. 4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat. 5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa. 6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan. 7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar. 8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda. 9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%. 10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah. |
BN menerus dasar pecah-perintah kaum India melalui parti politik Posted: 31 Jul 2011 09:46 AM PDT 'MIC bantah keahlian penuh parti serpihan dalam BN' Itu adalah tajuk berita yang dilaporkan dalam Malaysiakini.com semalam. Jelas sekali Malaysian Indian Congress (MIC) telah mula menyedari niat BN melalui dominasi gerombolan Umno sentiasa berusaha melaksanakan 'dasar pecah-perintah' ke atas kaum India di negara ini melalui politik. Mengapa ini berlaku? Jawapannya mudah adalah untuk terus mengukuhkan dominasi Umno dalam BN dengan melemahkan pengaruh politik kaum India dengan mewujudkan parti-parti berasaskan kaum India. Mungkin kenyataan itu agak rambang tetapi jika dilihat dari penghayatan politik, secara tidak langsung parti-parti tersebut ditaja secara belakang tabir oleh BN. MIC diwujudkan seiring keberadaan Umno dan MCA yang dilaksanakan secara licik oleh penjajah British untuk menjadi 'kuasa politik kanan' melawan arus kuasa politik rakyat yang kuat ketika itu yang dianggotai oleh barisan bersatu AMCJA-PUTERA untuk menuntut kemerdekaan negara dengan perlembagaan rakyat yang dibentuk. Penyatuan padu 'kuasa politik kiri' yang dilihat kukuh mengancam British telah menyuntik idea pihak penjajah itu merangka politik perkauman (racial politics) sebagai langkah 'dasar pecah-perintah' rakyat negara ini mengikut ras perkauman. Kewujudan ruang politik sebegini akan memudahkan pihak British melaksana dan merangka strategi pengukuhan pengaruh secara tidak langsung walaupun Malaya 'dimerdekakan'. Maka politik perkauman ini akan disulami dengan elemen keagamaan, kuasa ketuanan bangsa dan lain-lain isu sensitif yang menjadi bom jangka masa panjang sebagai peledak pemusnah masa depan negara ini. Tsunami Politik 2008 telah membawa perubahan sokongan kaum India dengan berganjak dari menyokong BN dan memberi sokongan itu kepada PR. Perubahan itu telah menjadikan rakyat kembali kepada suasana untuk memahami perbezaan budaya, fahaman agama dan cara hidup untuk membentuk kembali persefahaman antara kaum sebagai rakyat sebuah negara. Jika dahulu MIC seakan mendominasi politik kaum India dalam BN, namun selepas tahun 2008 kemunculan beberapa parti berasaskan kaum India seakan diberi 'sokongan secara tak langsung' oleh BN yang dikira sebagai isyarat politik menolak peranan MIC iaitu Parti Makkal Sakhti dan HRP (walaupun mengakui parti multi-racial tetapi kebanyakan jawatankuasa pimpinan utama adalah berasakan kaum India.) Sebelum itu juga telah wujud IPF dan MIUP yang dipimpin oleh Nalla Karuppan (beliau sendiri pernah terlupa nama parti sendiri!). Kimma juga adalah parti berasaskan kaum India-Muslim dan kini merupakan anggota bersekutu Umno. Tawaran politik yang disogokkan oleh BN menjadikan parti-parti tersebut berusaha menyaingi MIC. Memang tidak salah kepada individu-individu dalam parti-parti tersebut untuk menubuhkan pertubuhan politik sebegitu namun ia adalah satu kerugian besar kepada kaum India dan seluruh rakyat negara ini kerana ia akan terus menjadi 'peledak' perkauman masa depan. Sebagai masyarakat kecil tetapi ia telah dipecahkan oleh politik BN melalui kewujudan parti-parti politik kaum India. Kerugian itu boleh diambil contoh sebagaimana yang pernah diheboh-kecohkan oleh Gobalakrishnan, Ahli Parlimen Padang Serai yang melompat dari PKR yang menuduh PKR didominasi 70 peratus kaum Melayu dalam barisan kepimpinan utamanya. Itu adalah salah satu 'kerosakan minda' yang dipengaruhi oleh sentimen perkauman. Sedangkan dalam organisasi, PKR dianggaotai oleh pelbagai kaum dengan 56 peratus Melayu dan selebihnya dianggotai oleh lain-lain kaum iaitu Cina, India, Orang Asal, Bumiputera Sabah dan Sarawak. Keupayaan PKR mendapat sokongan dan undi seluruh rakyat termasuk kaum India pada PRU 2008 lalu telah mengejutkan BN khususnya Najib Razak sendiri kerana beliau paling lantang menyatakan PKR bakal berkubur pada PRU 2008. Namun sebaliknya telah berlaku. Politik ini seperti perniagaan. Jika hendak barangan atau jualan laku, ia perlu mendapat sokongan daripada semua orang bukan hanya sekelompok pihak. Mungkin perniagaan itu berjalan tetapi tidak mendapat keuntungan yang banyak kerna segelintir yang membeli. Inilah pandangan dan ulasan semata-mata. Jika ada pandangan & pendapat sebagai membetulkan persepsi adalah digalakkan untuk membentuk perspektif positif memahami politik secara timbang rasa. |
You are subscribed to email updates from Keadilan Cabang Rasah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan