Anwar Ibrahim |
- Kenyataan Media Pakatan Rakyat
- Najib, Rosmah Muncul Di Mahkamah Tapi Enggan Ditemubual
- Pakatan Invites PR-Turned- Voters To Come Forward
- Arah Berjimat, Tapi Bil Elektrik Najib RM10 Juta Setahun
Kenyataan Media Pakatan Rakyat Posted: 12 Aug 2011 08:40 AM PDT 12 Ogos 2011 Pertama sekali, Pakatan Rakyat mengucapkan tahniah kepada Warganegara-warganegara Baru BN (WBB), antara lain, penduduk tetap Malaysia yang berasal daripada negara-negara jiran dan baru-baru ini telah dianugerahkan kerakyatan oleh agen-agen pengkhianat kerajaan Malaysia. Menerusi pengamatan kami, skim pemberian kewarganegaraan maha cepat ini mempunyai dua ciri istimewa: (i) Mampu menjadi warganegara Malaysia dalam beberapa jam; Kedua, Pakatan Rakyat akan mengadakan kempen ‘penjernihan’ untuk mendidik setiap WBB ini untuk mengetahui hak-hak mereka sebagai rakyat baru dan membongkar penyalahgunaan kuasa imigresen ataupun penggunaan ugutan politik untuk kertas undi oleh mana-mana ejen pengkhianat di Malaysia. Kempen ‘penjernihan’ ini akan memastikan tidak ada pihak yang boleh menarik balik secara semberono kewarganegaraan Malaysia setiap WBB atau menggunakan pemberian ini sebagai ugutan politik di dalam Pilihanraya Umum. Ketiga dan akhir sekali, Pakatan Rakyat juga berjanji akan memperluaskan jaminan yang termaktub di dalam Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 kepada semua WBB dan juga kakitangan kerajaan yang terlibat dalam program pemberian ‘kerakyatan untuk undi’ yang tergerak hati untuk mendedahkan perkara ini demi kebenaran dan masa depan Malaysia. Bagi memastikan perkara-perkara ini dapat dilaksanakan diminta semua WBB mendaftar dengan Biro Guaman dibawah Pakatan Rakyat yang akan menyediakan tempat aduan di kesemua tempat terbuka. Sekretariat Pakatan Rakyat |
Najib, Rosmah Muncul Di Mahkamah Tapi Enggan Ditemubual Posted: 12 Aug 2011 03:12 AM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya hadir ke mahkamah tetapi enggan memberikan kerjasama untuk ditemubual peguam Anwar. Karpal Singh yang bertindak sebagai peguam bela utama Ketua Umum KEADILAN itu berkata, kedua-duanya yang ditemui secara berasingan menyatakan mereka tidak mahu ditemuramah mahu pun menjadi saksi perbicaraan kes Fitnah II. "Kedua-duanya memberitahu mereka tidak mahu ditemubual dan juga tidak mahu menjadi saksi. "Saya tidak tahu kenapa mereka begitu takut untuk hadir ke mahkamah (dan menjadi saksi)," kata Karpal. Najib dan Rosmah hadir ke mahkamah secara senyap-senyap dan bersembunyi kerana nama mereka tiada dalam senarai saksi yang akan ditemubual hari ini. Malah, peguam Anwar juga sedikit terkejut apabila mengetahui mereka hadir ke mahkamah hari ini. "Kami tak diberikan notis (lebih awal) tentang kehadiran beliau dan isteri. "Lebih kurang lagi lima minit ke pukul tiga petang saya diberitahu polis yang PM dan isterinya sudah menunggu di bilik sebelah untuk ditemubual," kata Sankara Nair. Selain Rosmah, peguam bela Anwar menemubual bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rodhwan Yusof petang tadi, kata Karpal. Mereka kini masih mempunyai baki enam orang saksi untuk ditemubual, kata Karpal. Mereka termasuklah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, pemilik kondominium, Haji Hasanuddin Hamid dan isterinya, serta kakak ipar beliau, dan dua orang bekas pembantu rumahnya yang kini berada di Indonesia. Sewaktu ditanya langkah seterusnya yang akan diambil peguam bela memandangkan Najib dan Rosmah enggan ditemubual, Karpal memberitahu perkara itu hanya akan diputuskan selepas semua saksi selesai ditemubual. Namun, perbicaraan tidak dapat diteruskan Isnin ini kerana baki enam saksi itu. "Kita akan minta hakim tangguh kes ke beberapa hari kemudian," kata Karpal. |
Pakatan Invites PR-Turned- Voters To Come Forward Posted: 12 Aug 2011 12:27 AM PDT Pakatan Rakyat today called for all former permanent residents allegedly given citizenships in return for votes to come forward to avoid being held to ransom by "treacherous agents". Speaking in Petaling Jaya, PKR vice-president Nurul Izzah Anwar (right) said that by coming forward the new citizens will help expose those involved, and will no longer face threats of having their citizenships revoked. "We will continue with our campaign to clean up and expose abuse of immigration powers. "I appeal to these ‘BN citizens’ to give us information on how they were naturalised so that those involved can no longer revoke their citizenships at will and make political threats," she said. Pakatan previously claimed to have found evidence of permanent residents and foreigners being offered citizenships in return for votes for BN. The ruling coalition has vehemently denied such a practice exists. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Arah Berjimat, Tapi Bil Elektrik Najib RM10 Juta Setahun Posted: 12 Aug 2011 12:20 AM PDT Arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya semua pejabat kerajaan menjimatkan tenaga elektrik, dianggap sebagai cakap tak serupa bikin. Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua mengulas keputusan kerajaan mengarahkan semua bangunan miliknya agar tidak membuka suhu penghawa dingin di bawah paras 24 darjah selsius, sebagai langkah berjimat cermat. Menurut Tian Chua, arahan tersebut dianggap tidak konsisten kerana kos penyelenggaraan kediaman rasmi Najib dan timbalannya sahaja menjangkau RM49 juta setahun, manakala kos penyelenggaraan bil elektrik dan air di kediamannya pula mencecah RM10 juta setahun. "Perdana Menteri sendiri tak jimat, berapa bil elektrik dia? Dia (Najib) suruh rakyat ubah cara hidup, suruh hidup berhemah tapi dia sendiri cakap tak serupa bikin," kata Tian Chua ketika dihubungi Keadilandaily. Menurutnya, kerajaan sepatutnya perlu lebih fokus untuk menyelesaikan isu yang lebih besar bagi menyelesaikan masalah rakyat. "Najib tidak ambil tindakan tentang isu yang lebih besar berkaitan dengan pembangunan negara dan ekonomi tetapi hanya tampil dengan idea-idea yang remeh seperti ini, sedangkan dia sendiri melakukan pembaziran," katanya. Sementara itu Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menyifatkan Kerajaan sebagai sudah bercelaru dan tidak mampu untuk menyelesaikan isu pembaziran yang lebih utama. "Mereka sudah bercelaru dan tidak ada idea selain selesai isu-isu kecil. Ini termasuk juga dengan kenaikan harga barang seperti gula dan minyak," Zuraida juga kesal dengan tindakan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang tidak menjawab dakwaan tentang pembelian cincinnya yang bernilai RM24.45 juta. "Najib hanya boleh suruh kurangkan makan gula, kurangkan pakai elektrik, tapi isteri dia pakai cincin RM24 juta, sampai sekarang dia tak jawab," kata Zuraida. Semalam, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui mengumumkan akta baru tentang penguatkuasaan pejabat kerajaan agar tidak membuka suhu penghawa dingin di bawah paras 24 darjah selsius. Keputusan tersebut dicapai selepas mesyuarat Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Menjustifikasikan keputusan terbaru ini, Peter Chin berkata, di setiap pejabat, sekurang-kurangnya 40% daripada tenaga elektrik disalurkan untuk menjana alat penghawa dingin. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan