Jumaat, 19 Ogos 2011

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


Wawancara di TV3: Hakim mesti bertindak, kata Karpal

Posted: 18 Aug 2011 07:54 PM PDT


Peguam utama dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim - Karpal Singh, mahu hakim yang membicarakan kes itu bertindak terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana muncul dalam wawancara dengan TV3, baru-baru ini.

"Saya rasa hakim itu patut lakukan sesuatu ... hakim mempunyai tanggungjawab, anda tahu, dengan serta-merta keluarkan surat tunjuk sebab. Saya fikiritu yang patut oleh hakim," kata Karpal.

Selasa dan Rabu lalu, Mohd Saiful keudara menerusi program berita TV3 Buletin Utama. Dalam wawancara eksklusif itu, beliau menceritakan kesukaran yang ditanggungnya akibat kes liwat itu.

Bagaimanapun, Karpal enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, kerana berkata bahawa kes berkenaan masih dalam proses perbicaraan.

Beliau berkata demikian kepada wartawan di kompleks mahkamah di Jalan Duta di Kuala Lumpur selepas menemu bual seorang lagi saksi, hari ini, iaitu jururawat Pusrawi Yazihan Jusoh, bersama peguam kanan Param Cumaraswamy dan Sankara Nair.

Ditanya sama ada pihak pembelaan akan menimbulkan wawancara TV3 dengan Saiful apabila perbicaraan bersambung Isnin ini, Karpal berkata beliau akan mengkaji temu bual itu, terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Polis Trafik Malaysia Terima Rasuah Dari Pemandu Singapura

Posted: 18 Aug 2011 07:53 PM PDT


Sebuah laman web, The Straits Times singaporeseen.stomp.com.sg , dipercayai berpangkalan di Singapura hari ini menyiarkan sebuah video klip yang memaparkan seorang anggota polis trafik Malaysia yang berpakaian lengkap, menahan dan menerima @meminta 'duit kopi' dari pemandu warga republik itu.

Klip video selama 1.59 minit tersebut memperlihatkan seorang pemandu warga Singapura yang menyeberang ke Malaysia melalui Tambak Johor telah ditahan polis trafik kerana memandu laju, 125 kilometer sejam, berbanding 110 kilometer sejam seperti yang dibenarkan undang-undang.Rakaman tersebut tidak menyatakan secara tepat di mana kejadian itu berlaku tetapi laman web berkenaan turut memuatkan beberapa keping gambar operasi polis trafik di tempat kejadian.

Di dalam klip video yang dirakamkan pada tarikh 8 Julai lalu, namun baru dimuatkan di internet ini pada mulanya, menunjukkan anggota trafik berkenaan telah meminta sesuatu dipercayai kad pengenalan atau lesen memandu dari pemandu tersebut, sebagaimana prosedur biasa.

Namun beberapa saat kemudiannya, anggota polis trafik itu bagaikan sudah biasa mengamalkan rasuah jalanan, menebalkan muka meminta 'duit kopi' sebanyak RM100 untuk mengelak pemandu itu disaman, namun jumlah tersebut tidak dipersetujui oleh pemandu itu.

Kemudiannya proses tawar menawar berlaku dan jumlah 'duit kopi' itu berjaya dikurangkan kepada RM50 oleh pemandu warga Singapura tersebut. Setelah membayar wang berjumlah RM50, pemandu warga Singapura itu dilepaskan pergi oleh anggota polis trafik itu sambil menyelitkan wang yang diterima di bawah buku saman miliknya.

Video klip berkenaan turut menggunakan lagu tema 'Truly Asian' sebagai muzik latarnya sebagai satu sindiran sinis kepada Malaysia, di mana lagu itu digunakan oleh Kementerian Pelancongan untuk mempromosikan negara ke mata dunia.

Tindakan itu secara tidak langsung mampu memberikan kesan buruk terhadap industri pelancongan yang merupakan industri kedua yang memberikan pendapatan paling tinggi kepada Malaysia.

Kementerian Dalam Negeri, sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan undang-undang dan tindak-tanduk anggota polis trafik wajar memberikan perhatian serius kepada insiden yang memalukan negara ini.

Perlakuan buruk anggota polis trafik itu juga tidak dapat dikompromikan lagi memandangkan pihak Polis DiRaja Malaysia bergitu giat menjalankan kempen Benci Rasuah dan boleh dikatakan setiap anggotanya dibekalkan lencana bertulis 'Intergriti Amalan Kita'.

Penipuan undi pos, panglima ATM tak perlu melatah

Posted: 18 Aug 2011 07:50 PM PDT

Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengingatkan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin supaya tidak melatah berhubung penipuan undi pos.

Shamsul merujuk kenyataan Zulkifeli yang menyifatkan tindakan empat bekas anggota tentera yang mendedahkan penglibatan mereka dalam undi pos semalam, sebagai satu pengkhianatan.

"Panglima Angkatan Tentera tidak perlu melatah, saya cabar dia apakah dia akan menafikan kaedah penyelewengan dalam undi pos ini tidak pernah berlaku di dalam kem-kem tentera.


"Kalau pendedahan ini dikatakan pengkhianatan, dia harus belajar lima rukun negara, antara asasnya iaitu keluhuran undang-undang dan kedaulatan perlembagaan. Dia harus berlapang dada dan beri ruang untuk mengakui kesilapan," katanya kepada Keadilandaily.

Shamsul yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka menambah, pendedahan dilakukan anggota tentera itu dilakukan secara terang-terangan dan bukan berselindung.

Justeru itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof wajar menjawab isu mengenai penyelewengan undi pos yang didedahkan.

"Kita mahu pengerusi SPR menjawab, pendedahan ini sudah cukup kuat untuk memberitahu kepada kerajaan bahawa sudah sampai masanya sistem undi pos ini dihapuskan. Saya percaya rakyat di bawah marah dan tidak puas hati dengan penipuan yang dilakukan," ujarnya.

Beliau dalam pada itu mengkritik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mewujudkan Jawatankuasa khas parlimen bagi menambahbaik sistem pilihan raya.

Menurut Shamsul (gambar), pengumuman Najib sekadar memuaskan hati pembangkang dan tidak mencerminkan kesungguhan sekiranya SPR masih dikongkong.

"Sebab itu kita mendesak supaya SPR diletakkan di bawah parlimen dan bukannya menjadi badan kerajaan yang akhirnya akur kepada perdana menteri selaku Ketua Eksekutif.

"Saya percaya jawatankuasa ini tidak boleh berbuat apa kecuali cadangan yang tidak boleh membantu dalam usaha untuk memastikan sesuatu yang lebih baik kepada sistem pilihan raya," ujarnya.

Semalam, empat bekas tentera mengaku memangkah undi pos bagi pihak anggota lain semasa pilihan raya bermula pada tahun 1978 hingga 1999.

Mereka mengaku berbuat demikain di kem-kem tentera, di markas sempadan antara Malaysia-Thaland, Pengkalan TUDM di Pulau Pinang, Kem Terendak, Melaka dan Sandakan, Sabah dalam tempoh tersebut. -KeadilanDaily

Undi pos dibantah kerana proses meragukan- Suhaizan

Posted: 18 Aug 2011 07:48 PM PDT

Pengerusi Pemulihan Mobilisasi & Demokrasi, Pas Pusat, Suhaizan Kayat berkata pendedahan 4 bekas anggota tentera yang mengundi untuk pihak tentera lain membuktikan undi pos terdedah kepada proses manipulasi dan penyelewengan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh menjadikan keputusan undi pos yang menyebelahi pembangkang sebagai alasan meneruskan kaedah mengundi yang meragukan.
"Tak benar apa yang dikatakan oleh SPR, kononnya kenapa Pas bising, sedangkan mereka pun menang undi pos?

"Ada orang lain yang mengundi bagi pihak tentera. Ia bukan isu sama ada yang menang itu Barisan Nasional atau pembangkang. Ia soal proses," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas semalam.


Suhaizan berkata, proses itu tidak lagi menjadi rahsia kerana pada sampul surat undi pos terdapat kertas undi dan borang 2 yang merekodkan nama, nombor anggota dan nombor siri kertas undi.

"Ini melanggar hak asasi anggota tentera, kerana siapa yang diundi mereka akan diketahui oleh pihak atasan," kata Suhaizan.

Terdapat tiga golongan pengundi pos iaitu anggota tentera, kakitangan awam yang dan pelajar yang berada diluar negara serta petugas SPR.

Ketika ditanya mengenai penubuhan jawatankuasa khas Parlimen penambahbaikan undang-undang pilihan raya, Suhaizan berkata pihaknya mengambil sikap untuk tunggu dan lihat.
"Pembentukan jawatankuasa khas ini bukannya kuasa kabinet. Maka, satu usul mesti dibuat dalam parlimen. Masalahnya sidang parlimen tergempar telah ditolak oleh Perdana Menteri.

"Tempoh yang ada hanyalah selepas 3 Oktober, selepas belanjawab pembentangan 2012. Tetapi Najib ada berkata bahawa pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh terdekat," kata Suhaizan.

Dalam pada itu, Suhaizan menyatakan pihaknya masih menunggu reaksi Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang membisu terhadap isu kelulusan permohonan kewarganegaraan, seperti dalam isu Mismah baru-baru ini.

"Persoalannya ialah, kepada JPN mengemaskini data selepas 7 bulan? Bagaimana status seorang penduduk tetap bertukar menjadi warganegara Malaysia hanya dalam tempoh setengah jam?," soal Suhaizan.

"Kalau isu Mismah ini tak bleh diselesaikan, data individu dalam JPN boleh dimanipulasi, apa jaminan sistem biometrik akan selamat?"

"Sampai hari ini tak jawab lagi. Saya dengar Pengarah JPN sedang 'demam' sekarang,"tambahnya.-

Tiada ulasan: