Khamis, 4 Ogos 2011

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


Senarai Pembaziran Najib-Rosmah

Posted: 03 Aug 2011 05:44 PM PDT


Akhbar Suara Keadilan 27 bertarikh 2 Ogos mendakwa bahawa Najib-Rosmah memboroskan duit rakyat sewenang-wenangnya. Antaranya ialah :-


1) Lawatan Rasmi Perdana Menteri dan Rosmah ke luar negeri 2008-2011 - RM17 juta


2) Kos selenggara rumah rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri - RM49 juta


3) Bil elektrik dan air Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri - RM10 juta setahun


4) Peruntukan Program Permata Negara - Rosmah - RM111 juta


5) Penginapan Rosmah di Hotel Atlantis, Dubai - RM140,000 satu malam


6) Beg tangan Rosmah berjenama 'Hermezz Matte' - RM361,259.99


7) Cincin berlian - RM24 juta


8) Penganjuran Persidangan Wanita Pertama dunia yang dihadiri 14 wanita pertama majoritinya dari Afrika - RM4.5 juta


9) Gelang tangan - RM1.65 juta


Jika dakwaan di atas tidak benar kita minta Najib-Rosmah membuat penafian dan menyaman akhbar milik PKR ini.

Kerakyatan Segera: Petaka dan Bala kepada Negara

Posted: 03 Aug 2011 05:39 PM PDT


Kemuncak kepada pembohongan dan penipu terbongkar dan dibongkarkan. Tindakan menjual negara dengan cara 'mudah' memberi kerakyatan kepada 'orang luar' atas operasi mendaftar mereka melalu kaedah biometrik.

Penipuan ini sudah tidak dapat disusup dan disorok. Sebabnya mereka yang dipaksa 'bekerja' untuk Umno Bn dan kerajaan sudah engkar dan enggan lagi berselinkuh dengan kerajaan.

Dapatan dan pembuktian bagaimana Mismah yang memegang kad pengenalan PR dalam masa 3 jam sudah mendapat Mykad (bermutu tinggi). Ini semua dibuktikan dengan pembuktian yang tidak dapat lagi didolak dalik kan.

Satu masa dahulu , dalam buku sejarah orang melayu dan pejuang Melayu khasnya Umno menempelak pemimpin2 Melayu yang memberi kerakyatan secara 'jus soli' kepada orang Cina dan India waktu itu.

Isu ini menjadi sensitif sehinggalah ke tahun-tahun 1980an masih belum reda dan padam. Marahnya para pejuang terhadap hal ini bukan kepalang. Banyak buku-buku makalah rencana di dalam media membelasah pemimpin kita waktu itu yang pendek akal dan kesannya sehingga sekarang.

Kini sejarah kembali berulang, dan kerakyatan amat dahsyat melanda negara. ini adalah salah satu malapetaka pada masa depan rakyat Malaysia.

Marah sahaja tidak ada guna, ayuh lakukan perubahan. Tolak Umno Barisan pada PRU akan datang

Keegoan Umno tersungkur di kaki Palanivel

Posted: 03 Aug 2011 05:38 PM PDT


Akhirnya Umno tunduk kepada parti sekutu Barisan Nasional (BN) yang paling kerdil dan lemah iaitu MIC apabila presiden Umno terpaksa melantik presiden MIC, Datuk G Palanivel sebagai menteri penuh.


Najib lantik Palanivel sebagai menteri penuh kerana bimbang dengan ugutan Palanivel.
Semuanya kerana gelabah Najib terhadap ugutan Palanivel yang dikatakan mahu keluar dari parti perikatan BN.

Ketua Penerangan Dewan Ula

mak PAS Pusat, Ustaz Hj. Nik Muhammad Zawawi Hj. Salleh menyifatkan lantikan Palanivel oleh Najib sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai tanda UMNO sedang menggelabah.

"Saya ucapkan syabas kepada kaum India kerana menzahirkan penentangan kepada kerajaan UMNO sehinggakan Najib terpaksa menjanjikan jawatan menteri kepada MIC," kata Nik Zawawi.

Jelas, kehebatan dan kekuasaan Umno yang didakwa oleh barua mereka selama ini adalah pembohongan semata-mata, konon Umno berkuasa dalam komponen BN. Rupanya Umno sekadar tunggul yang menjadi ketua tetapi pengecut dengan sekutu yang diketuainya. Dengan kata lain, Umno sekadar kuda tunggangan sahaja dalam BN oleh rakan sekutunya.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS itu turut meminta kaum India berhati-hati dengan parti rasis Umno yang gagal membela kaum minoriti itu. Umno hanya akan memandang kaum minoriti ketika pilihanraya bakal menjelang. Berbeza dengan Pakatan Rakyat (PR) yang mempunyai rekod baik dalam membela semua kaum di negara ini.

"Tapi masyarakat India hendaklah sedar bahawa parti rasis UMNO gagal dalam membela nasib mereka," tegas Nik Zawawi.

"PAS dan Pakatan Rakyat menawarkan kebajikan dan keadilan kepada semua kaum sejajar dengan tuntutan Islam itu sendiri, rata-rata masyarakat India yang berada di negeri-negeri pakatan telah merasai nikmat di bawah pemerintahan pakatan... tanyalah masyarakat India di Kelantan dan Kedah mereka telah merasai keadilannya," ujar beliau lagi

Tu Dia.. 29,290 Orang Diberi Kerakyatan Malaysia Oleh Hishamuddin

Posted: 03 Aug 2011 05:36 PM PDT


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menjelaskan dakwaan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah tetapi didaftarkan sebagai pengundi baru, dan kemudiannya diberikan taraf kewarganegaraan dalam tempoh empat jam, sebenarnya tidak benar.

Ketua pengarahnya, Datin Jariah Mohd Said berkata rekod JPN menunjukkan dalam kes Mismah, individu itu sebenarnya telah mendapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982.

"Beliau telah diluluskan taraf kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf penduduk tetap Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam, semasa semakan Malaysiakini pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238).

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang semalam menunjukkan Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

Jariah dalam kenyataan medianya juga berkata sepanjang tempoh 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011, kementeriannya telah menerima 72,334 permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia.

Daripada jumlah itu, katanya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein telah meluluskan sebanyak 29,290 permohonan.

Jariah juga menghuraikan pertimbangan permohonan taraf warganegara tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan berdasarkan perkara-perkara berikut:Perkara 15 : Isteri kepada Warganegara

Perkara 16: Mereka yang lahir di Malaysia sebelum tarikh kemerdekaan (sebelum 31 Ogos 1957)

Perkara 19: Warga Asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang dari 12 tahun.

PAS hari ini mempertikaikan pendaftaran 1,597 pengundi dalam draf daftar pemilih tambahan bagi pemilih berdaftar sehingga akhir bulan Jun, yang disenaraikan di lamanweb JPN sebagai penduduk tetap.

Ini termasuk Mismah, yang statusnya telah ditukar dari penduduk tetap kepada warganegara di JPN semalam, dalam tempoh beberapa jam selepas Malaysiakini melaporkan mengenainya.

Dalam reaksinya, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata ini disebabkan oleh "kecuaian teknikal" di mana sistem sistem JPN tidak dikemaskini.

Sistem akses awam di lamanwebnya, jelas beliau, adalah berasingan dari sistem sambungan secara automatik antara SPR dan J

RM1 Juta Untuk Lawan Daftar Hantu SPR Di Mahkamah

Posted: 03 Aug 2011 05:34 PM PDT

SHAH ALAM: Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Selasa bersetuju untuk menubuhkan satu geran tidak lebih RM1 juta bagi membiayai usaha menfailkan bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap senarai daftar pengundi baru yang mencurigakan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, geran itu ditubuhkan kerana kerajaan negeri memandang serius aduan mengenai kepincangan pada daftar pengundi sedia ada dan pengundi baru.

"Aduan dan tuduhan termasuk rakyat negera jiran yang mendapat taraf pemastautin tetap dan disenarai sebagai pengundi amat merungsingkan dan perlu diatasi dengan segera.


"Kami berpendapat bahawa rakyat berhak menuntut satu daftar pemilih yang bersih untuk membuka laluan kepada sistem pilihan raya yang bersih dan adil," katanya.

Menurut beliau, geran itu terbuka kepada orang ramai tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan parti politik.

"Oleh kerana dana kerajaan negeri digunakan, bantahan ini hanya melibatkan kawasan di Selangor saja," katanya.

Khalid berkata, pilihan raya bersih dan adil merupakan tiang utama kepada demokrasi sebenar dan apa jua usaha perlu diambil demi memastikan kredibiliti pilihan raya terus terpelihara serta pilihan rakyat dihormati.

"Pilihan raya bukan saja perlu bersih dan adil tetapi harus kelihatan bersih dan adil di mata masyarakat," ujarnya.

50 Bekas Ahli Parlimen UMNO Mahu Najib Letak Jawatan

Posted: 03 Aug 2011 05:29 PM PDT

PETALING JAYA - Spekulasi telah bertiup kencang bahawa kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Umno sedang terancam. Orang dalaman parti mendakwa bahawa sokongan terhadap Muhyiddin Yassin begitu kuat di samping sokongan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi tekanan kepada Najib. Cengkaman kuasa Perdana Menteri menurun berikutan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai manakala kontroversi berkaitan isterinya Rosmah Mansor juga membelenggu beliau. Kini, sebuah organisasi yang mewakili bekas ahli UMNO Parlimen telah menyuarakan kekurangan keyakinan terhadap kepimpinan Najib dan mahu beliau meletakkan jawatan.

Organisasi yang dipanggil Penawar yang diketuai oleh bekas Menteri Kabinet Aziz Shamsuddin, yang merupakan Setiausaha Politik Mahathir dari tahun 1981 hingga 2002.

Bercakap mengenai isu ini, ahli Penawar berkata organisasi ini memutuskan dalam mesyuarat minggu lalu bahawa ini adalah masa untuk Najib melepaskan jawatan."Terpulang kepada Najib. Jika dia mencintai negara dan orang Melayu, beliau harus meletakkan jawatan secepat mungkin.


"Jika dia tidak beliau adalah orang yang mementingkan diri sendiri, maka dia mesti berhenti," kata bekas Ahli Parlimen kepada FMT, sambil menambah bahawa mesyuarat itu dihadiri oleh bekas menteri dari era Mahathir.

Menurut beliau, Penawar, yang mewakili kira-kira 50 bekas Ahli Parlimen, tidak berpuas hati dengan kepimpinan Najib kerana beberapa sebab. Apabila ditanya, beliau enggan mengulas lanjut mengenai sebab-sebab, yang menyatakan bahawa ini adalah pengetahuan umum.

Dihubungi kemudiannya, Aziz memberitahu yang merupakan pengerusi Penawar, enggan mengulas mengenai perkara itu tetapi mendedahkan bahawa organisasi akan mengadakan satu lagi mesyuarat esok.

Tiada ulasan: