Anak Muda Kampung Nak Senang |
TV3, Surau untuk orang Kafir, Surau Al-Musyrikin Posted: 25 Aug 2011 06:48 PM PDT Dari Blog Milosuam - TV3 Kantoi! Surau Al-Musyrikin tidak wujud! SEBELUM ini media propaganda, TV3 ada menyiarkan berita kononnya ada sebuah kelas tuisyen di Jalan Klang lama yang menyebarkan agama Kristian kepada pelajarnya. Tambah melucukan bercampur hairan, TV3 mendakwa sekumpulan QARIAH SURAU AL-MUSYRIKIN (kafir) telah berhimpun di hadapan kelas tuisyen berkenaan kerana membantah tindakan kelas tuisyen itu yang didakwa kononnya menyebarkan agama Kristian kepada pelajar yang beragama Islam. Saksikan video laporan media propaganda TV3 di http://milosuam.blogspot.com/2011/08/tv3-kantoi-surau-al-musyrikin-tidak.html#ixzz1W5ezee5M Oleh kerana tidak berpuas hati dengan laporan pelik dan melucukan dari TV3 ini, ReJaM© telah mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri kebenarannya. Selepas kira-kira setengah hari mencari, ReJaM© berjaya menemukan kelas tuisyen yang dilaporkan. Kelas tuisyen itu terletak di sebuah kawasan setinggan yang didiami oleh majoriti kaum Cina dan India serta pendatang asing termasuk warga Indonesia. Di sebelah kelas tuisyen itu, tinggal seorang warga asing yang sudah mendapat taraf penduduk tetap. Beliau mendakwa tiada satu pun surau di kawasan tersebut, kerana ia merupakan kawasan yang didiami oleh Cina dan India. Malah masjid juga terletak jauh dari penempatan itu. Di bawah ini rakaman perbualan yang sempat dirakamkan. Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana TV3 tanpa rasa bersalah mencipta nama surau yang tidak wujud iaitu SURAU AL-MUSYRIKIN. Sifirnya mudah, Jalan Klang Lama terletak di bawah Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok. Maka TV3 mahu rakyat percaya bahawa Teresa Kok cuba menyebarkan Kristian di kawasannya. Sila gunakan akal anda sendiri, masuk akal atau tidak pelajar yang beragama Islam pergi ke kelas tuisyen di kawasan setinggan yang didiami oleh Cina, India dan warga asing untuk mempelajari agama Kristian? Mana-mana ibu bapa beragama Islam yang menghantar anak mereka ke kelas tuisyen Kristian memang nak mampos! Kelas tuisyen itu sudah wujud di situ bertahun-tahun untuk anak orang-orang Cina dan India setempat yang beragama Kristian. |
Polis tendang perut ibu tunggal dalam serbuan Posted: 25 Aug 2011 05:43 PM PDT Ibu tunggal mendakwa diserbu lelaki bersenjata RANTAU PANJANG, 25 Ogos 2011 : Seorang armalah bagaikan bermimpi apabila rumahnya di sini tiba-tiba diserbu sekumpulan lelaki bersenjata kira-kira jam 8.30 pagi semalam. Pintu rumahnya ditendang kumpulan lelaki terbabit yang datang tanpa diundang. Lebih parah lagi dakwa Noraisiah Che Ghani, 40 salah seorang lelaki bertopeng lengkap bersenjata itu menendang di bahagian perutnya sehingga terduduk. "Kesannya saya mengalami sakit di bahagian pinggang dan perut sehingga sekarang. Ketika kejadian saya sedang tidur di ruang tamu tiba-tiba terperanjat mendengar bunyi kenderaan yang kuat di halaman rumah. "Sebaik sahaja bangun dua anggota polis bertopeng menendang pintu rumah dan tendangan terkena perut sehingga saya terduduk. "Sampai hari ini saya tidak boleh duduk lama kerana sakit di bahagian pinggang dan perut," ujarnya berniaga sayur di Pasar Rantau Panjang. Armalah kepada tiga anak yang berusia antara sembilan dan setahun setengah itu pada mulanya panik tidak tahu apa punca kedatangan lelaki bertopeng lengkap bersenjata. Ujar beliau tanpa memberitahu apa sebab kedatangan mereka terus bertindak. "Selepas lama mengeledah kemudian salah seorang anggota polis terbabit memohon maaf di atas kesilapan mereka, lalu meninggalkan rumah saya. "Seorang anggota polis pada awalnya mendakwa kononnya saya terlibat menyeludup senjata api," katanya yang masih tidak dapat melupakan peristiwa berkenaan ketika ditemui di rumahnya hari ini. Ketika kejadian turut berada di rumahnya tiga anaknya, emak yang cacat penglihatan, dua adik beradiknya. Kumpulan bersenjata itu menyelongkar segenap ruang di dalam rumahnya hampir dua jam sebelum beredar tanpa menemui sebarang barangan disyaki. Mencerita lanjut saat-saat mencemas itu Noraisiah memberitahu beliau kemudian ditawarkan sejumlah bayaran sebagai kos perubatan bagi menutup kes tersebut ketika datang membuat laporan polis di Balai Polis Rantau Panjang. Menurut beliau adiknya Numi Che Ghani juga turut ditawarkan sejumlah bayaran yang sama. Serbuan itu juga turut menjadikan adik iparnya Sopian Sautar, 31 sebagai mangsa apabila dipaksa meminum air empat botol kerana disyaki penagih dadah ketika datang menemankan Norasiah di Balai Polis. "Pada mulanya saya enggan sebab saya berpuasa, tetapi saya dipaksa juga minum empat botol air kosong dalam botol besar selepas ujian kali pertama didapati saya negatif sebarang dadah," ujarnya. Menurut Norasiah selepas kejadian kira-kira jam 11 pagi beliau ke klinik berhampiran rumahnya untuk mendapatkan rawatan dan kira-kira 11 malam pula membuat laporan polis. Sementara itu anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berharap kerajaan dan pihak polis bertanggungjawab ke atas mangsa yang ditendang sekumpulan lelaki bersenjata alasan disyaki sebagai penyeludup senjata. "Kita minta kerajaan dan pasukan polis bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Mereka juga meninggalkan mangsa begitu sahaja tanpa membantunya membawa ke hospital biar pun tercedera," katanya ketika menziarahi mangsa di rumahnya di sini. Siti Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat turut melahirkan rasa hairan apabila salinan laporan polis yang diterima mangsa tidak sama dengan apa yang dilapor semalam. "Dalam laporan itu, mangsa memberitahu anggota polis yang bertopeng menyerbu rumahnya dengan diacu senjata seramai hampir 20 orang, tetapi dalam laporan yang diberi kepada pengadu hanya dua orang sahaja," katanya. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5114-ibu-tunggal-mendakwa-diserbu-lelaki-bersenjata |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan