Selasa, 16 Ogos 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Terengganu kekurangan doktor, ramai bayi mati

Posted: 16 Aug 2011 01:48 AM PDT

16 Ogos 2011 -Nisbah seorang doktor bagi setiap 2,145 pesakit di Terengganu menjadi antara faktor kadar kematian bayi yang baru lahir meningkat sejak setahun lalu, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata kajian menunjukkan kadar kematian bagi bayi yang baru lahir di Terengganu kini mencatatkan sebanyak 9.2 peratus bagi setiap 1,000 kelahiran dalam jangka waktu setahun.

"Angka tersebut telah meletakkan negeri Terengganu di kedudukan yang kedua tercorot dalam negara selepas Sabah dalam kadar kematian bayi selepas lahir hidup," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 120 pesakit di Hospital Daerah Besut di sini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr A Rahman Mokhtar, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri yang juga Anggota Parlimen Besut, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin dan wakil-wakil rakyat daerah Besut.

Menurutnya, ini menunjukkan bahawa taraf kesihatan bayi di Terengganu masih rendah berbanding dengan taraf negara yang merekodkan hanya 6.3 peratus kematian daripada 1,000 kelahiran bayi hidup.

Ahmad berharap kerajaan pusat membantu Terengganu menambah bilangan doktor pakar dan pegawai perubatan berpengalaman sebagaimana Kuala Lumpur, Selangor, Johor atau Pulau Pinang.

Beliau turut meminta kerajaan pusat mempertimbangkan permohonan kerajaan negeri bagi mendapatkan sebuah hospital pakar dan sebuah hospital latihan khusus untuk pengajaran dalam bidang perubatan.

Beliau berkata, hospital latihan itu selaras dengan usaha mewujudkan kampus perubatan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) di Kuala Terengganu sejak tiga tahun yang lalu. - BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/8/16/mstar_berita/20110816123344&sec=mstar_berita

Dah 8 bulan elaun JKKK di Terengganu tertunggak

Posted: 16 Aug 2011 01:47 AM PDT

16 Ogos 2011 - Kerajaan negeri akan membayar elaun pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang tertunggak selama lapan bulan sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata pembayaran akan dibayar secepat mungkin kepada semua pengerusi JKKK di seluruh negeri.

"Kerajaan akan bayar semua elaun berkenaan walaupun jumlahnya banyak kerana ia tertunggak sejak awal tahun ini lagi," katanya ketika menyampaikan surat pelantikan kepada Pengerusi JKKK Daerah Besut di sini semalam.

Ahmad ketika menjelaskan perkara itu berkata, bayaran tunggakan itu akan dibayar kepada penyandang jawatan pengerusi yang dikekalkan berkuatkuasa Januari lalu manakala mereka yang baru dilantik, bayaran akan bermula pada Jun lepas.

Seramai 2,500 Pengerusi JKKK Terengganu yang sebelum ini menerima elaun RM450 sebulan akan diberikan bayaran elaun baru sebanyak RM800 sebulan bermula Januari tahun ini. – BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=608393

Terengganu kaya, Notebook percuma tapi sekolah bocor

Posted: 15 Aug 2011 05:31 PM PDT

KUALA TERENGGANU 15 Ogos 2011 - Tingkat atas salah satu blok bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Kapas di sini yang terpaksa dikosongkan akibat kerosakan bumbungnya LEBIH DUA TAHUN LALU sehingga kini masih belum dibaiki. Malah dengan keadaannya yang terbiar begitu sahaja SEMENTARA MENUNGGU KELULUSAN DAN PERUNTUKAN, keadaannya semakin buruk apabila banyak atap pecah dan air hujan bertakung.

Blok lama itu yang tingkat atasnya menempatkan empat buah kelas untuk murid tahun dua, tiga dan kelas Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-Qaf).

Aras bawah yang dijadikan dewan untuk majlis perjumpaan serta penyampaian hadiah selain mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) turut berdepan risiko apabila air hujan dari bumbung bocor telah meresap ke lantai konkrit dan pernah berlaku litar pintas.

Berikutan masalah itu, LEBIH 100 MURID TAHUN DUA, TIGA DAN J-QAF TERPAKSA DITEMPATKAN KE KELAS LAIN TERMASUK DI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP (KH) serta muzik di sekolah yang pernah merangkul anugerah Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2009 itu.

Utusan Malaysia difahamkan, pihak sekolah telah memaklumkan masalah tersebut kepada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) pada 2009 sebelum pihak jabatan menghantar surat kepada Kementerian Pelajaran pada tahun yang sama.

Bagaimanapun, permohonan daripada JPNT agar masalah itu segera diperbaiki tidak mendapat maklum balas positif daripada Kementerian Pelajaran sehingga sekarang.

Seorang ahli jawatankuasa PIBG sekolah berkenaan, Abdullah Muda, 56, berkata, masalah bumbung rosak itu bukan sahaja mengancam keselamatan pelajar malah turut menjejaskan sesi pembelajaran mereka.

Katanya, lebih 100 murid terlibat terpaksa menumpang di bengkel kemahiran hidup (KH) dan muzik yang tidak kondusif sejak dua tahun lalu.

"Biarlah masalah itu ditangani segera, jangan biar ia berlaku baru kita nak bertindak. Kalau masalah ini dibaiki pada awal lagi (2009) ia tak mungkin seteruk sekarang," ujarnya.

Beliau turut mencadangkan supaya sebuah blok baru di sekolah itu yang kini diserahkan kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) beroperasi di situ dijadikan sebagai kelas tetap untuk murid-murid terbabit.

"Bayangkan, murid-murid ini terpaksa berpindah randah dari bengkel KH ke kelas lain sekiranya ada murid lain yang akan menggunakan bengkel ini," jelasnya.




Abdullah Muda menunjukkan serpihan bumbung yang tertanggal dan jatuh ke dalam bilik darjah di sebuah bangunan SK Gong Kapas yang tidak dibaiki sejak 2009.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0816&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_03.htm

Tiada ulasan: