Salam 2 all.
Teman menjunjung kasih dan angkat tabik kepada Tuanku YDP Agong atas keprihatinan Tuanku untuk memastikan keselamatan, keamanan dan keharmonian kehidupan rakyat akibat agenda jahat kaum yang mahu menganjurkan perhimpunan haram 09 Julai. Titah Tuanku sangat jelas, dan cukup bijak. Tuanku tidak melarang, tetapi menasihat dan memberi panduan. Nak buat boleh, tapi jangan sampai menyusahkan rakyat Tuanku. Buatlah di tempat yang terkepung dan terkawal, lebih kurang macam dalam zoo. Sebab yang beriya-iya nak berhimpun haram ni adalah golongan yang sedara-mara mereka kat zoo pun malu nak ngaku sedara yop! Sebab dema ni kaum yang sesama sejenis dema tak balun yop ;))
BERSHIT-2 TETAP HARAMPerkara pertama yang perlu kita sedar ialah majlis perkenan mengadap oleh Tuanku YDP Agong bukan bermakna kaum ini sudah jadi sah. Kaum yang melabel diri mereka "Bersih-2" (tapi punya niat kotor ini) sebenarnya masih berstatus tidak sah @ haram. Kerana pihak Pendaftar Pertubuhan telah mengisytiharkan mereka haram menurut undang-undang. Jadi level mereka sama dengan komunis, sama dengan Kumpulan Ayah-Pin. Oleh itu sebarang aktiviti yang dibuat atas nama itu adalah haram dan boleh dikenakan tindakan.
Kedua, setelah mengadap Tuanku YDP Agong, kaum ini masih berkeras mahu mengadakan perhimpunan. Ambega Sreenavasan sebagai peguam patut tahu bahawa sebarang perhimpunan ditempat awam mesti mendapat permit polis berdasarkan peruntukkan Perlembagaan dan Akta Polis. Pihak polis, dan hanya pihak polis sahaja yang berhak memberi permit atau menolaknya jika didapati ianya memudaratkan keselamatan negara dan ketenteraman awam.
KESELAMATAN & KETENTERAMAN TIDAK TERJAMINTuntutan mereka mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka bukan sahaja perbuatan biaDAP dan angkuh, malah tidak menghormati titah Tuanku YDP Agong. Yang menjadi keprihatinan Tuanku ialah keselamatan dan keharmonian rakyat dan negara. Adakah Ambega boleh memastikan itu? Mungkin perhimpunan didalam tempat tertutup dan terkepung saperti di stadium boleh dikawal, tetapi bagaimana dengan sebelum dan selepas, diluar kawasan stadium. Kita dapat melihat dalam himpunan aman dan pesta saperti bolasepak pun boleh berlaku rusuhan dan kekacauan. Bagaimana dengan pergerakan selepas perhimpunan, adakah Ambega boleh kawal?
Apatah lagi jika dibuat di Stadium Merdeka yang terletak didalam bandar, begitu hampir dengan tempat awam saperti Bus Stand Klang, China Town Petaling Street, Jalan Hang Kasturi, Puduraya, dan hanya beberap minit berjalan kaki ke Jalan Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman, tempat dimana orang ramai akan turun dihujung minggu bersama keluarga dan lain-lain. Adakah Ambega boleh pastikan kaum himpunan ini tidak bertindak diluar batasan setelah mendengar ceramah maki hamun dan caci-maki didalam stadium? Pengalaman lampau membuktikan tidak. Sebab itu teman desak pihak polis supaya tidak memberikan kebenaran perhimpunan dibuat di Stadium Merdeka. Sebaliknya kalau nak buat juga, buatlah di Stadium Shah Alam. Menteri Besar sudah pun memberikan tawaran menggunakan Stadium Shah Alam. Itupun negeri pemerintahan pembangkang. Ianya jauh dari tempat orang ramai, dan tidak menganggu kegiatan dan aktiviti rakyat biasa.
PAS & AMBEGAApa pun, yang paling patut malu dengan majlis mengadap Tuanku YDP Agong oleh Ambega ialah PAS. Cuba bayang yop, Ambega sikit pun tak pandang kepada Timbalan setia dia Matsabu. Sepatutnya Ambega wajib bawa Matsabu bersama semasa mengadap Tuanku, kerana Matsabu tanpa rasa malu beriya-iya menjadi pembantu setia Ambega. Tetiba bila time glamer nak mengadap Tuanku, nama Matsabu pun Ambega tak sebut, jauh sekali nak bawa sekali. Tinggal Matsabu terkonteng-konteng sorang-sorang bersama kaumnya yang tak abis bertakbeer nak ngikut mama Ambega, tapi akhirnya kena koner je yop.
Takkanlah kaum Anwarinas tak nampak-nampak, masih terhegeh-hegeh nak membontoti si Ambega ni. Ni lah orangnya yang kaum Anwarinas dan kaum Kunyit-2 maki hamun dulu. Siap isytihar jihad. Orang yang mendalangi IFC, menyokong murtadnya Lina Joy, penganjur forum "masuk Islam" yang jelas menghina Islam. Kini dinobatkan oleh kaum Anwarinas dan Kunyit-2 sebagai kalipah dema yop, dengan diiringi gema takbeer yang membuatkan iblis pun menangis yop! Ni kerja gila babi yop, babi gila pun tak buat kerja macam ni.
Tapi nak kata apa lagi yop, bila dah gila nak berkuasa, kalkatu pun akhirnya musnah kepada api yang dikejarnya! Nasihat teman kepada kekawan kaum Kunyit-2 dan Anwarinas, hentikanlah tindakan memperbodohkan diri ini membontoti si Ambega ni. Dia ada agenda tersendiri, buat apa mike memperlembukan diri kepada agenda dia. Kalau nak sangat, buat himpunan sendiri. Kan mike semua dah biasa buat solat hajat dan himpunan dalam stadium. Tak perlu bergantung, apatah lagi nak membontoti orang lain, tambah-tambah kapior harbi laknatullah yop.
TIADA JUSTIFIKASI TERUSKAN HIMPUNANApa pun, teman sudah tidak nampak apa rasional untuk himpunan haram mahu diteruskan lagi. Ambega dan kaumnya mendakwa himpunan haram itu dibuat untuk menyerahkan memorandum kepada Tuanku YDP Agong. Semalam mereka dah dibenarkan mengadap Tuanku sendiri. Siap dapat makan kuih minum teh lagi. Jadi apa rasional nak dibuat lagi perhimpunan haram tersebut. Tunggu sahaja lah langkah selanjutnya yang akan dititahkan oleh Tuanku kepada mana-mana pihak yang Tuanku pertimbang wajar.
Jadi rancangan Ambega untuk meneruskan himpunan haram di stadium, dengan mengheret sekali kaum Anwarinas dan Kunyit-2 yang mangalipahkan dia jelas adalah tindakan yang sangat biaDAP dan angkuh. Siap nak mintak buat kat Stadium Merdeka lagi. Stadium keramat tempat bergemanya laungan merdeka umat Melayu dan rakyat Malaysia. Pada teman, kaum Kunyit-2 sudah tidak adalah alasan dan justifikasi untuk meneruskan lagi himpunan haram tersebut. Teman mendesak pihak berkuasa supaya jangan melayan mereka ini. Sudah pasti mereka ada agenda lain; kerana maksud mahu berjumpa Tuanku sudahpun dipenuhi oleh Tuanku YDP Agong sendiri.
BIAYA OLEH GEORGE SOROSTeman juga mendesak pihak berkuasa supaya menyiasat mengapa Maureen Aung-Thwin, pegawai tinggi Open Society Foundation yang dikuasai penyangak matawang Yahudi George Soros yang dilapurkan berada di Kuala Lumpur 27.06.2011 - 02.07.2011 dan dikatakan menemui beberapa pemimpin pembangkang dan Bershit-2 baru-baru ini. Wanita ini adalah orang yang sama menemui kepimpinan PKR dalam tahun 1999 bagi maksud membiayai PKR untuk Pilihanraya Umum ke 10. Adakah George Soros turut terlibat membiayai himpunan haram ini? Ini sesuatu yang serius yang perlu disiasat dengan teliti oleh pihak berkuasa; jangan dibiarkan anasir-anasir luar membiayai aktiviti untuk mengkhianati negara!PEMANTAUAN AKTIVITIMalahan teman rasa pihak polis elok teruskan pemantauan dan tindakan pencegahan dan preventif yang sedang diambil. Bukti jelas yang ditemui polis menunjukkan memang ada pihak cuba mengambil kesempatan daripada himpunan haram ini. Penemuan senjata saperti parang, bom botol dan molotov koktel jelas membuktikan niat jahat segelintir pihak yang terdesak.
Teman juga meminta pihak polis dan pihak berkuasa memantau semua masjid di dalam Kuala Lumpur dan Selangor khususnya Jumaat ini. Teman dimaklumkan ada segelintir kaum Anwarinas dan Kunyit-2 akan membuat porak peranda dengan mengadakan himpunan haram diperkarangan masjid-masjid selepas solat Jumaat untuk menyampaikan ceramah maki-hamun mereka. Mereka juga akan menyebarkan risalah dan bahan-bahan caci-maki kepimpinan dan sistem pemerintahan negara ini. Malah teman mendapat maklumat, ada pihak sedang mengusahakan khutbah di mimbar-mimbar masjid di Selangor Jumaat ini menyentuh tentang hak berhimpun dan hak memprotes. Teman berharap pihak berkuasa agama akan memantau dan mengambil tindakan sewajarnya.
RUMUSAN
Apa pun, teman berpendapat isu sistem pilihanraya yang cuba dibangkitkan sebenarnya sengaja diada-adakan. Kita tidak menafikan ada beberapa perkara dalam perlaksanaan pilihanraya yang kita amalkan boleh diperbaiki lagi, sebagaimana juga dinegara-negara lain termasuk negara maju saperti Amerika, Britain, Turki dan lain-lain. Contohnya teman pernah mengusulkan didalam Dewan Rakyat supaya sistem undi pos ditambah-baik dengan membenarkan wakil calon hadir sewaktu pengiraan dan menandatangani Borang 14 sebelum dimasukkan dalam penjumlahan undi semasa hari mengundi. Teman juga pernah mengusulkan supaya amalan mengadakan pilihanraya kecil dihapuskan kerana sangat membazir dan menambahkan kegiatan politiking yang tidak berkesudahan dalam negara ini.
Tetapi semua ini boleh dibuat dengan cara yang lebih bertamaddun, tanpa perlu himpunan haram apatah rusuhan. Pihak Suruhanjaya Pilihanraya sudah menyatakan kesediaan untuk berunding dengan semua pihak untuk menambah baik sistem perlaksanaan pilihanraya. Jadi tidak ada sebab mengapa perlu mahu diadakan perhimpunan haram atau rusuhan yang akan menyusahkan semua rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian.
Apa pun, kaum yang melabel diri mereka sebagai "Bersih-2" (tetapi yang berniat kotor ini) tetap haram. Himpunan yang mahu dibuat juga haram selagi tidak mendapat permit. Semua justifikasi untuk mengadakan perhimpunan itu sudah tiada apabila Tuanku YDP Agong berkenan menerima mereka mengadap semalam. Dan kita khuatir ada elemen dan pengaruh asing yang mendalangi dan membiayai himpunan haram oleh segelintir mereka yang gilakan kuasa ini yop. Saperti yang pernah teman sebut, kita bukan gila kuasa, tetapi kita nak haling orang gila daripada berkuasa!!!
Adios amigos, grasias senor.
Wallahua'lam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
04 Sya'ban 1432
06 Julai 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan