Ahad, 31 Julai 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Rumusan Lawatan Kerja Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal ke Negeri Johor

Posted: 30 Jul 2011 06:22 PM PDT













Lawatan kerja Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat Pusat ke Negeri Johor siri ke-2 selama 4 hari dari 27hb Julai dan berakhir 30hb Julai telah berjaya menubuhkan 2 buah Ranting iaitu di Felda Lok Heng dan Felda Nitar 2, sementara di Kg Selai, sebuah perkampongan Orang Asal di Bekok, Labis seramai 40 Orang Asal menyertai keanggotaan Parti Keadilan Rakyat dan penubuhan Ranting PKR di kampong itu ditangguhkan sehingga diadakan semula pertemuan dengan penduduk Orang Asal di 5 buah perkampongan di Mukim Bekok untuk diadakan satu keanggotaan yang lebih luas merangkumi ke lima-lima kampong tersebut; dan perjumpaan kedua itu akan diadakan pada awal bulan Oktober 2011 didalam lawatan kerja siri ke-3 Biro ini ke Negeri Johor.

Didalam lawatan kali ini, tenaga kerja Biro ini di peringkat Pusat dan Negeri Johor telah bergabung dan dipecah-pecahkan kepada tiga kumpulan dengan setiap kumpulan diketuai oleh pimpinan pweringkat Pusat.

Pada hari pertama kami telah memberikan tumpuan kepada rancangan-rancangan Felda di utara Negeri Johor; pada hari kedua di zon tengah Negeri Johor, manakala pada hari ketiga kami menumpukan ke kawasan-kawasan Felda di Selatan Negeri Johor.

Program kami terbahagi kepada majlis-majlis Dialog di sebelah petang dan ceramah di sebelah malam. Didalam tempoh 3 hari dari 27hb hingga 29hb Julai 2011, kami berjaya menziarahi 18 buah rancangan-rancangan Felda meliputi gugusan-gugusan keseluruhan Johor. Manakala pada 30hb Julai 2011 pula kami mengadakan mesyuarat bersama diantara Biro ini diperingkat pusat dan peringkat Negeri, bagi menerima laporan gerak kerja semua kumpulan dan membuat rumusan-rumusan.

Laporan-laporan yang kami terima dari setiap kumpulan adalah positif, di kebanyakan rancangan Felda di Negeri Johor peneroka-peneroka Felda menerima peratusan perahan KPG yang rendah dan mereka berhajat untuk mengambil tindakan saman terhadap Felda.

Peneroka-peneroka juga ingin menuntut wang dari tabung tanam semula yang masih gagal dibayar oleh Felda.

Ada beberapa buah rancangan mengadu bahawa Felda Technoplant telah gagal menjalankan tanam semula walaupun ladang mereka sudah ditebang beberapa tahun yang lepas. Peneroka-peneroka juga mengadu bahawa mereka tidak diberikan Penyata Kira-Kira mengenai hutang masing-masing dan tidak puas hati dengan jumlah hutang yang begitu tinggi.

Di Felda Cahaya Baru didalam kawasan Parlimen Tebrau, peneroka-peneroka mengadu bahawa mereka telah ditipu, dan tanah ladang mereka sudah tergadai oleh syarikat-syarikat kroni-UMNO kononnya untuk membangunkan tanah-tanah itu untuk dijadikan kawasan perindustrian dan perumahan dengan setiap pemilik dijanjikan dengan pampasan sejumlah RM1.2 juta, dan mereka menyatakan bahawa bukan sahaja mereka kehilangan tanah tetapi juta mata pencarian.

Peneroka-peneroka itu diberikan 2 ekar tanah sawit, tetapi mereka hanya diberikan sekadar RM55.00 sebulan, walhal kebun sawit seluas 2 ekar boleh memberikan pendapatan tidak kurang dari RM1200.00 setiap bulan.

Pimpinan UMNO diperingkat Negeri Johor dan Pusat telah menutup segala pintu bantuan kepada peneroka-peneroka Felda Cahaya Baru.

Juga dapat dikesan didalam lawatan ini perbuatan gangsterisme telah dilakukan oleh pihak UMNO di Felda Maokil apabila ceramah di Felda itu telah digagalkan oleh mereka apabila kumpulan pemuda tahan lasak mereka menjerit-jerit dan mengacau ceramah itu; dan peneroka-peneroka di Felda Maokil menyatakan bahawa pemuda-pemuda itu bukan terdiri daripada anak-anak muda dari rancangan itu, tetapi yang dibawa dari luar untuk mengacau semua ceramah pembangkang didalam kawasan Parlimen Pagoh, iaitu kawasan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri.

Memandangkan bahawa peneroka-peneroka di Johor disesetengah rancangan berhajat untuk menubuhkan ranting PKR, dan sesetengahnya telah menubuhkan jawatankuasa bertindak untuk mengumpulkan peneroka-peneroka untuk memfailkan saman, maka Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat akan mengadakan lawatan kerja siri ke-3 di penghujung September-Awal Oktober 2011.


Tiada ulasan: