Rabu, 13 Julai 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Dasar Tanah Untuk Orang Asal Semenanjung Malaysia

Posted: 13 Jul 2011 08:05 PM PDT

Forum Dasar Tanah untuk Orang Asal yang diadakan di Pejabat Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan di Seremban pada 7hb Julai 2011 berjaya menyatukan dua pandangan berbeza antara pemuka-pemuka Orang Asal Nasional.

Perpecahan di kalangan mereka bertunas apabila satu kumpulan Orang Asal yang sudah tidak yakin lagi dengan janji-janji Kerajaan Barisan Nasional untuk mengeluarkan geran tanah kepada mereka kerana apa yang berlaku adalah disebaliknya.

Mereka menyaksikan tanah-tanah hutan sekeliling mereka telah diceroboh untuk pengluaran kayu balak oleh pemegang-pemegang permit yang bertaut dengan parti pemerintah, UMNO/BN.

Mereka juga menyaksikan tanah-tanah hutan yang dahulunya digazetkan sebagai Rezab Orang Asli tiba-tiba dijadikan kawasan-kawasan Rancangan Felda dengan kemasukan ribuan peneroka-peneroka dari seluruh tanah air tetapi mereka sendiri tidak diberi peluang untuk menyertai rancangan Felda.

Mereka juga menyaksikan tanah-tanah hutan sekitar mereka yang dahulunya digazetkan sebagai Rezab Orang Asal sudah diluluskan kepada badan-badan yang bersangkut rapat dengan UMNO dijadikan ladang sawit dan getah tetapi mereka tidak diberi peluang untuk mendapatkan hutan-hutan itu untuk keperluan mereka.

Tanah-tanah Orang Asal yang sekangkang kera itu pun tidak diberikan geran tanah, bahkan kawasan-kawasan Rezab Orang Asal sudah ditarik balik dan di Negeri Pahang sudah tidak ada sebarang Rezab lagi untuk Orang Asal.

Tanah-tanah adat, hutan rimba tempat mereka memburu dan mengeluarkan hasil-hasil hutan seperti rotan, damar dan kayu-kayu herba dan yang menjadi sumber rezeki bagi mereka sudah diambil dari mereka dan dijadikan Rezab Perhilitan.

Hutan-hutan sekitar perkampongan mereka yang dijadikan Rezab Perhilitan menjadi kawasan larangan kepada Orang Asal baik untuk bercucuk tanam, mengeluarkan sumber-sumber hutan dan mengambil sedikit sebanyak pokok-pokok kayu dan daun-daun kayu untuk mereka membina rumah, dan jika mereka melanggar larangan itu, mereka ditangkap dan didakwa di Mahkamah.

Orang Asal sudah hilang sumber hutan, sudah hilang tanah dan sudah hilang amalan adat istiadat mereka kerana amalan adat istiadat mereka berkait rapat dengan hutan dan keluaran hutan.

Oleh kerana keadaan ini, wujud golongan yang mahukan tanah-tanah mereka seperti tanah kampong dan ladang-ladang yang mereka telah usahakan digerankan supaya tidak lagi diceroboh oleh mana-mana pihak termasuk pencerobohan yang dihalalkan oleh kerajaan-kerajaan negeri.

Mereka mempunyai sebab yang jelas kenapa mereka mahukan tanah-tanah mereka supaya dikeluarkan geran oleh Kerajaan Negeri, dan mereka menolak alasan daripada kerajaan-kerajaan Negeri bahawa mereka dibebankan membayar premium dan cukai tahunan jika diberikan geran tanah.

Tanpa geran tanah mereka tidak punyai apa-apa.

Pandangan ini ditentang oleh kumpulan Orang Asal yang lain yang mengatakan bahawa pengeluaran geran itu tidak menyelesaikan masalah tanah adat, hutan rayau, tanah perkuburan dan tanah untuk kepentingan awam dan sosial.

Mereka berjuang supaya tanah-tanah Orang Asal diwartakan dengan satu Warta yang tidak boleh ditarik balik dan pencerobohan terhadap tanah yang diwartakan itu akan menjadi satu kesalahan jenayah dan penceroboh-pencerobohnya menanggung hukuman yang berat.

Kedua-dua kumpulan ini mempertahankan pandangan masing-masing sehinggakan satu pihak sukar menerima pandangan dari pihak yang lain dan perpecahan ini menyukarkan perjuangan untuk mengujudkan satu dasar yang boleh diterima oleh semua Orang Asal.

Saya bersyukur kerana Forum Dasar Tanah yang diadakan di Seremban itu telah dapat menyelesaikan perbezaan ini. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa Tanah Orang Asal termasuk tanah adat, tanah perkuburan, tanah rayau, tanah untuk kemudahan awam, tanah ladang dan tanah perkampong, kesemuanya digazetkan dibawah satu Warta, dan bagi mereka yang berhajat untuk mendapatkan geran tanah di bawah tanah-tanah yang diwartakan ini, khususnya tanah kamppong dan ladang, mereka boleh membuat permohonan untuk dikeluarkan geran, dan bagi mereka yang tidak mahukan geran tanah, maka pemilikan mereka diberi perlindungan dibawah Warta yang tidak boleh lagi diceroboh oleh mana-mana pihak, termasuk pihak Kerajaan-Kerajaan Negeri.

Forum tersebut mengusulkan supaya dasar ini dijadikan dasar yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat, dan dasar ini hendaklah dimuatkan didalam Manifesto Pakatan Rakyat.

Semua kumpulan Orang Asal di Semenanjung Malaysia akan memikul tanggungjawab untuk memperjuangkan dasar ini dan jika Pakatan Rakyat bersetia dengan dasar ini, maka sokongan menyeluruh Orang Asal akan diberikan kepada Pakatan Rakyat didalam Pilihanraya Umum yang akan datang.

Forum itu menolak dasar tanah yang dimuatkan didalam Akta 134 yang dianggap tidak praktikal dan merugikan kedudukan Orang Asal terhadap tanah mereka.


Himpunan Orang Asal kawasan Parlimen Pekan dan Rompin 13.7.11

Posted: 13 Jul 2011 05:05 PM PDT















Tiada ulasan: