Khamis, 7 Julai 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Kemajuan yang membanggakan untuk 2020

Posted: 07 Jul 2011 07:59 PM PDT

Inilah rumah yang paling moden di Malaysia dibawah pemerintahan UMNO/BN. Rumah ini lengkap dengan air-cond apabila berlaku tiupan angin dan elektrik yang terang benderang apabila matahari panas menerik, dan ada kemudahan air bersih apabila hujan menimpa bumi. Inilah kemajuan kebanggaan Kerajaan UMNO/BN hadiah untuk rakyat setelah 53 tahun memerintah Negara.
Rumah bungalow yang besar ini dengan sebuah kereta mercedes yang diparkir diluar rumah adalah kebanggaan penghuninya yang duduk dengan mewah dan ketenangan hidup. Pendapatan isi rumah sekeluarga tidak kurang dari RM200,000.00 sebulan sama dengan elaun Pengerusi FELDA. Penghuni rumah ini sangat berbangga dan berterima kasih dengan Kerajaan UMNO/Barisan Nasional kerana berjaya menjadi mereka rakyat yang hidup mewah dan senang-lenang.
Rumah bungalow rumah 2 tingkat ini berharga RM3.5 juta sama mahal dengan harga rumah Khir Toyo, beberapa buah kereta mewah milik penghuninya tidak kelihatan waktu ini kerana penghuninya sedang berada di Pejabatnya.


Orang Asal Tolak Dasar Tanah di bawah Akta 134

Posted: 07 Jul 2011 06:38 PM PDT

Mesyuarat Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat/Negeri/Cabang berlangsung di Pejabat PKR Negeri Sembilan di Seremban. Mesyuarat itu meluluskan jadual lawatan kerja Biro ke Negeri-Negeri Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Perak dan Melaka dan didalam Forum yang diadakan untuk penyelesai Dasar Tanah untuk Orang Asal, telah dipersetujukan bahawa Tanah Orang Asal hendaklah diwartakan dan didalamnya jika ada keperluan oleh individu penduduk mendapatkan geran tanah bagi kawasan kampong dan ladang, manakala kawasan adat dan rayau diletakkan dibawah Warta.
Mesyuarat Biro Masyaraka Felda dan Orang Asal PKR sedang berjalan dipengerusikan oleh Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro.
Memakai baju kuning disebelah kanan: Bob Manolan, Timbalan Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR.
Yusri Ahon berbaju gelap ditengah-tengah. Beliau adalah AJK POASM dan Naib Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR.

Sdr Ismail Leh, pemimpin Orang Asal dari Pekan, beliau merupakan pendatang baru kepada PKR dan selama ini menjadi ahli UMNO.
Pn Fatimah a/p Bah Sin, bekas Ketua Wanita UMNO Cawangan yang kini memimpin masyarakatnya didalam PKR dari Pekan, Pahang.
Sdr Basri Hok, Ketua PKR Ranting Kg Pasu, Kuala Krau, beliau adalah AJK PKR Cabang Kuala Krau
Sdr Kin Kasim, Ketua PKR Ranting Kg Penderas, Kuala Krau, beliau adalah juga AJK PKR Cabang Kuala Krau.


Majlis Forum yang membincangkan dasar tanah Orang Asal yang diadakan di Pejabat Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan di Seremban anjuran Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal semalam (7hb Julai 2011) menolak sebulat suara dasar tanah yang dinyatakan didalam Akta 134.

Mereka sepakat menyatakan bahawa dasar tanah yang diterapkan oleh Barisan Nasional itu merugikan Orang Asal dan dari segi jangka pendek dan panjangnya dasar itu memerangkap Orang Asal dengan belenggu kemiskinan.

Dua orang ahli Panel Forum iaitu Sdr Bob Manolan, Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal dan Sdr Yusri Ahon, Ahli Jawatankuasa Persatuan Orang Asal Semenanjung Malaysia (POASM) telah memberikan pandangan masing-masing untuk perbahasan.

Bob Manolan berpendapat bahawa Orang Asal mahu tanah yang mereka diami dan tanah ladang yang sudah mereka jayakan di kawasan perkampongan mereka diberikan geran tanah seperti tanah-tanah kaum lain di Negara ini dan beliau memberikan contoh-contoh tanah-tanah mereka yang diceroboh oleh manusia lain dengan kebenaran kerajaan tetapi tidak memperolehi apa-apa pampasan atau diberikan pampasan yang sangat kecil.

Yusri Ahon membentangkan pandangannya dengan menolak dasar tanah yang ditetapkan didalam Akta 134 dimana Ketua Isi Keluarga sahaja yang boleh memiliki tanah dengan keluasan antara 2 ekar hingga 6 ekar, dan bagi yang sudah menerima pemilikan itu tidak lagi dibenarkan memohon atau memiliki lain-lain tanah dan jika berlaku apa-apa pertikaian diatas pemberian itu, tidak boleh dibawa ke Mahkamah.

Yusri menyatakan bahawa selaku Orang Asal mereka sudah pun memiliki tanah yang terkandung didalamnya tanah adat, tanah rayau, tanah ladang dan tanah kampong. Tanah mereka telah pun direzabkan semasa pemerintahan Inggeris, tetapi semua Rezab Orang Asli telah ditarik balik oleh Kerajaan Barisan Nasional menyebabkan tanah-tanah mereka diluluskan kepada syarikat-syarikat dan berlaku berbagai pencerobohan termasuk pencerobohan apabila kerajaan Negeri meluluskan pembalakan dikawasan yang dahulunya Rezab Orang Asli.

Orang Asal memikul tanggungjawab bagi mengekalkan kawasan hutan. Dan mereka mahu kawasan hutan yang mereka pelihara itu kekal sebagai kawasan hutan dan disana mereka boleh meneruskan kehidupan dan adat resam orang Asal yang berteraskan hutan.

Yusri kurang berkenan dengan ide untuk mengeluarkan geran tanah bagi tanah Orang Asal tetapi memperjuangkan agar kawasan Orang Asal dengan hutan rayau dan adat, tanah kubur, tanah ladang dan tanah kampong diwartakan dan tidak boleh diceroboh.

Ada pandangan dari perbahasan Forum itu agar Warta yang dicadangkan itu dibuat didalam bentuk Akta, seumpamanya, Akta GSA dimana tanah didalam rancangan Felda diletakkan dibawah Akta tersebut dan masing-masing pemiliknya memiliki geran keatas ladang dan rumah dan didalam kawasan itu terdapat pula kawasan-kawasan untuk kemudahan awam, sekolah, klinik, padang permainan, bangunan untuk kemasyarakatan dan sebagainya dan tidak boleh diganggu-gugat oleh mana-mana pihak dari luar.

Dihujung Forum tersebut dipersetujukan bahawa tanah Orang Asal termasuk kawasan tanah adat/rayau, ladang, kubur dan kampong hendaklah diwartakan samada melalui gazet atau dikawal oleh sesuatu Akta menyerupai GSA dan dibawah kawasan yang digazetkan itu mana-mana pihak yang berhajat kepada geran boleh membuat permohonan untuk menggerankan tanah mereka, dan ada cadangan juga supaya mana-mana pihak yang tidak mampu untuk permohonan geran kerana premium yang mungkin tinggi dapat dikecualikan atau dengan bayaran secara beransur-ansur.

Forum ini telah memutuskan dasar untuk diterima pakai oleh Pakatan Rakyat apabila memerintah Malaysia dan sebagai menandakan bahawa Pakatan Rakyat bertanggungjawab dengan janjinya maka Borang Permohonan untuk mendapatkan geran tanah disediakan dan diedarkan kepada semua penduduk Orang Asal di Negara ini dan Borang ini akan diproses sebaik sahaja Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia.

Forum itu juga memutuskan dasar Tanah Orang Asal yang diluluskan oleh Forum ini dimasukkan kedalam Manifestoi Pakatan Rakyat untuk Pilihanraya akan datang.

113 orang Peneroka Felda Palong 9 Saman Felda, Pengurus Felda dan JKKR

Posted: 07 Jul 2011 05:15 PM PDT

Seramai 113 orang peneroka-peneroka dari Felda Palong 9 memfailkan saman terhadap Felda, Pengurus Felda dan JKKR untuk menuntut gantirugi bagi perbezaan harga yang dipilih dan diterima melalui proses tender dengan harga pasaran semasa kayu-kayu getah milik mereka.

Defendan-defendan didalam tuntutan telah menerima bidaan yang rendah dari penawar-penawar.

Peneroka-peneroka hanya dibayar dengan RM33,000.00 untuk 10 ekar tanah mereka iaiatu dengan harga RM3,300.00 bagi setiap ekar.

Terbukti bahawa kontraktor-kontraktor membeli kayu getah didalam kawasan yang sama sanggup dan telah membeli dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga yang diterima oleh peneroka-peneroka yang dimanipulasi harga oleh defendan-defendan.

Pihak defendan telah melakukan perbuatan yang keji dengan mengugut dan menakut-nakutkan peneroka-peneroka supaya menerima tawaran yang sangat rendah.

Didalam saman ini ada perkara yang sangat menarik kerana kesemua 113 orang peneroka yang menyaman itu adalah anggota-anggota UMNO dan bagi pihak Defendan pula iaitu Anggota-Anggota JKKR pula adalah pimpinan UMNO peringkat Felda Palong 9.

Sikap kurang senang ahli-ahli UMNO terhadap pimpinan UMNO itu akan disuarakan didalam Majlis Ceramah yang akan diadakan pada 12hb Julai 2011 di rumah salah seorang ahli UMNO yaqng terlibat sebagai Plaintiff dan akan hadir memberi ceramah adalah Sdr T. Kumar, Sdr Rebin Birham dan Haji Suhaimi Said selain dari Dato Kamarul Bahrain Abas dan peguam Razlan.

Tiada ulasan: