The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Posted: 05 Jul 2011 07:56 AM PDT Kelakar, kelakar sungguh. Tiba-tiba Najib mengesyorkan supaya Himpunan BERSIH dibuat didalam Stadium. Inilah kelakar kelas pertama, boleh dapat award the best joke of the year. Kalau 4 tahun lalu, penganjur-penganjur BERSIH memohon supaya HIMPUNAN Bersih dibuat didalam stadium. UMNO kata tak boleh, BN kata tak boleh. Najib kata tak boleh. Tak boleh, tak boleh, tak boleh. Tiba-tiba bila mahu berhadapan dengan BERSIH 2.0 yang memungkinkan lebih dari satu juta manusia akan turun ke jalanraya, Najib yang anjurkan supaya HIMPUNAN besar itu diadakan di Stadium. Tapi boleh percaya ke HIMPUNAN BERSIH 2.0 ini akan berlangsung didalam stadium tanpa gangguan? Polis dengan senyum membenarkan peserta-peserta memasukki stadium. Polis tidak buat apa-apa sekatan. Polis tidak akan buat apa-apa halangan. Polis tidak akan buat ugutan. Polis tidak akan buat kerenah. Polis akan biarkan HIMPUNAN didalam stadium ini dengan hati terbuka. Tidak ada lagi Polis terkejar kesana kesini di Kota Bharu, di Kuantan, di Seremban, di Melaka, di Johor Bahru, di Shah Alam, di Ipoh, di George Town, di Alor Star dan di Kangar. Tidak akan berlaku sekatan keatas sebarang kenderaan. Dari Kota Bharu peserta-peserta akan boleh dengan tenangnya pergi ke Kuala Lumpur. Dari Johor Bahru mereka boleh pergi ke Kuala Lumpur tanpa gangguan. Dari Kangar mereka boleh pergi ke Kuala Lumpur dengan aman tanpa gangguan Polis. Baju kuning baik yang ada cop BERSIH, mahupun yang tiada cop BERSIH akan dibenarkan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Tidak ada lagi tangkapan, tidak ada lagi rampasan baju, dan tidak ada lagi sekatan-sekatan dijalan raya. Bolehkah perkara sebegini berlaku? Seperkara yang perlu diingat, motif BERSIH adalah untuk pembersihan sistem Pilihanraya. Bolehkah UMNO/BN tidak lagi mencengkam SPR supaya SPR boleh menjadi Badan yang benar-benar BEBAS yang menjadikan tugas utamanya menganjurkan Pilihanraya yang bersih tanpa sebarang penipuan? Ataukah SPR bukan saja tidak boleh menjadi badan BEBAS bahkan mengeluarkan kukunya dengan tajam menjalankan manipulasi dan penipuan yang terbuka dan tersorok. Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini menyaksikan Pilihanraya paling kotor, tetapi oleh kerana Pembangkang sudah menjadi begitu kuat, ia berjaya memenangi 15 kerusi, dan jika berlaku Pilihanraya yang bersih, berkemungkinannya Kerajaan BN Sarawak yang begitu korup dan zalim sudah pun ditumbangkan oleh rakyat Sarawak. Tidak ada gunanya HIMPUNAN itu boleh dilaksanakan didalam Stadium, jika sistem Pilihanraya tetap didalam keadaan KOTOR dan SPR berlagak sebagai salah satu parti komponen Barisan Nasional. SPR tidak lagi nampak menjaga kebersihan DEMOKRASI tetapi menjadi alat untuk kemudahan Barisan Nasional menjalankan penipuan dan rasuah politik. So, Najib janganlah berkelakar. BERSIHKAN sistem pilihanraya di Negara ini. Usah tiru Mubarak yang boleh menang 90% dari undi walaupun sebenarnya rakyat Mesir sudah meluat kepada kehadirannya. Turun panggung hasil perjalanan demokrasi adalah dihormati, tetapi hilang kuasa kerana diyakini menipu dan digulingkan secara tidak melalui proses demokrasi amatlah pedih dan hinanya. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan