Anwar Ibrahim |
- Menggesa Bebaskan Segera 6 Yang Ditahan Bawah Ordinan Darurat
- Wakil SPR Kena ‘Boo’ Dalam Debat Dengan Ambiga
- Najib guna blogger Amerika pro Israel
- CIJ Gesa Editor Tolak ‘Majlis Propaganda Media’
- Menyokong Pembentukan Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk Ahmad Sarbaini Mohamed
- Inflasi Yang Mendadak: Golongan Muda Akan Terus Terbeban Dengan Kenaikkan Kadar Faedah
Menggesa Bebaskan Segera 6 Yang Ditahan Bawah Ordinan Darurat Posted: 26 Jul 2011 04:16 PM PDT Saya menuntut pemerintah agar segera membebaskan enam pemimpin Parti Sosialis, iaitu Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar, M Sarasvathy, Choo Chon Kai, M Sugumaran, A Letchumanan dan R Saras Babu tanpa sebarang syarat. Sebelum ini alasan menahan enam yang terbabit dikatakan kerana terlibat dengan aktiviti subversif. Akan tetapi ternyata itu merupakan helah pemerintah untuk memburuk burukkan Bersih 2.0. semata-mata. Selepas permohonan Habeas Corpus, alasan penahanan bertukar pula kepada terbabit merancang Perhimpunan Aman Bersih. Alasan yang berdolak dalik ini menjadi bukti penahanan 6 orang tersebut tidak berasas sama sekali. Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam meningkatkan kempen di seluruh negara, demi menerangkan kepada rakyat, kezaliman yang dilakukan pemerintah, bukan sahaja terhadap 6 individu tersebut, akan tetapi juga terhadap seluruh mangsa tahanan tanpa bicara seumpama yang terkandung dalam Ordinan Darurat ini. Undang-undang usang yang menindas itu, tidak lagi untuk melindungi keselamatan negara, bahkan sebaliknya dimanipulasi demi membungkam suara-suara yang tidak sependapat dengan pemerintah. Kini wujud kebimbangan bahawa 6 yang ditahan itu, termasuk Dr Michael Jeyakumar, Ahli Parlimen Sungai Siput, kemungkinannya dikasari pihak polis semasa disoal siasat. Kita perihatin dengan perkembangan mutakhir ini, apabila ada antara mereka yang kini mendapatkan rawatan di hospital namun tidak dibenarkan bertemu hatta dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ( SUHAKAM ). Adalah tidak munasabah buat polis tidak membenarkan pihak keluarga bertemu dengan enam pemimpin Parti Sosialis itu semenjak dari 15hb Julai 2011 lagi. Tidak ada sebab untuk menghalang mereka dari bertemu kecualilah kebimbangan kita bahawa tahanan tersebut dianiaya punya asasnya. Sewajarnya Menteri Dalam Negeri perihatin dengan gesaan rakyat yang kini menuntut pemerintah tidak bertindak sewenang wenangnya dan menyalahguna kuasa yang ada. Ketika Perhimpunan Bersih 2.0 itu rakyat menyaksikan ada sesegelintir dari pihak polis bertindak keterlaluan dan melampaui batas. Kita tidak mahu tugas pasukan polis, iaitu untuk melindungi keselamatan orang awam terjejas akibat manipulasi politik pemerintah. ANWAR IBRAHIM |
Wakil SPR Kena ‘Boo’ Dalam Debat Dengan Ambiga Posted: 26 Jul 2011 02:37 AM PDT Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini berdepan dengan hadirin yang mencemuhnya dalam debat dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan. |
Najib guna blogger Amerika pro Israel Posted: 25 Jul 2011 10:21 PM PDT Belum pun reda isu kerajaan menggunakan khidmat Apco dengan bayaran RM77 juta setahun, terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didedah menggunakan khidmat sekumpulan blogger Amerika pro Israel. Selain Najib, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga dikatakan menggunakan khidmat blogger yang sama bagi tujuan meningkatkan imej, seperti dilapor sebuah portal berita semalam, Free Malaysia Today. Lebih memalukan, salah seorang blogger itu, Caleb Howe, dikesan memburuk Islam pada laman twitternya 23 April tahun lepas dengan menghina junjungan besar umat Islam, Nabi Muhammad. "Saya melukis gambar (nabi) Muhammad hari ini. Saya menunjukkan beliau mengahwini kanak-kanak sebelum sunti. Pada mesej twitter yang sama selepas itu, beliau menulis "Boleh kah saya berkahwin dengan pra-sunti? Maaf…itu kesalahan ejaan saya. Maksud saya merogol". Howe dan blogger lain dilihat bukan kali pertama telah membuat kenyataan yang menghina dan memburukkan Islam secara keterlaluan terutama di laman twitter. Beliau juga dikaitkan dengan Josh Trevino, penulis blog berhaluan kanan di belakang blog Amerika 'Red State' dan 'New Ledger' dan juga syarikat yang dipanggil Rogue Strategic Services. Rogue Services dilapor menyediakan perkhidmatan untuk Barisan Nasional sejak zaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Howe juga penyumbang tetap kepada laman web utama Trevino 'Red State' , juga pembantu akaun Twitter 'Malaysia Matters' yang mana berkait dengan laman web Malaysia Matters- satu daripada projek Trevino untuk mempromosikan pemimpin BN. Laman web Malaysia Matters telah dimulakan dalam 2008 oleh Trevino dan seorang rakan sekerja Jerome Amstrong. Armsrong, yang juga profesional 'blogger upahan', ditugaskan oleh kerajaan Malaysia untuk khidmat berkenaan- beliau menyenaraikan Malaysia sebagai pelanggan di laman web syarikatnya, Webstrong. Trevino sendiri bukan lagi menjadi rahsia dengan pandangannya yang pro israel sehingga dia berbalas cicipan twitter sesama rakan Amerika yang berasa kasihan dengan rakyat Palestin dan isu kapal flotilla yang diserang tentera Israel. ===== http://www.freemalaysiatoday.com/2011/07/25/anti-islam-bloggers-in-us-on-najibbn-payroll/'Anti-Islam bloggers in US on Najib/BN payroll'Clare Rewcastle Brown | July 25, 2011 A team of American bloggers allegedly hired by Prime Minister Najib Tun Razak and Sarawak Chief Minister Abdul Taib Mahmud to improve their respective images, are in fact pro-Israel and known to publicly slander Islam. One member of the team, Caleb Howe, indulged in a sustained, childish rant on his public Twitter page on April 23 last year, in which he said: "I drew a picture of Mohammed today. I showed him marrying a pre-tween. Might as well be historically correct right?" Eighteen minutes later on the same twitter message, he posted: "Did I say marrying a pre-tween? Sorry.. that was my typo.I meant raping." Caleb's outburst against Islam is not an isolated incident (see image below). He and his team have indulged in a number of such anti-Islamic rants on Twitter that are clearly designed to give extreme offence to Muslims. Few would dream of engaging in such an unpleasant and offensive attack. It thus comes as a surprise that Najib and Taib would hire Howe and his colleagues who sustain other blogs such as Red State, New Ledger, Sarawak Report(s), Malaysia Matters as their professional promoters. It seems somewhat a misjudgement that Najib, who sees himself as the great protector of his own Muslim religion, continues to be associated with this team of Americans. Pro-Israeli views Howe [photo below] is closely linked to Josh Trevino, the right-wing blogger behind the American 'Red State' and 'New Ledger' blogs and also a PR company called Rogue Strategic Services. Rogue Services have been in employ with Barisan Nasional since the days of former Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi. Now their portfolio includes Najib and Taib. They have been allegedly hired to create 'positive publicity' on their behalf. This is achieved through a network of websites. These websites have been engaged by Najib and Taib to promote them by publishing favourable articles in their blogs in the US. These reports are then carried in Malaysian blogs. Local media then quote these blogs, giving Malaysians the impression that Najib and Taib have positive international endorsement. Howe, who is a regular contributor to Trevino's flagship 'Red State' website, also curates a Twitter account called Malaysia Matters which is linked to the Malaysia Matters website, one of Trevino's projects to promote BN leaders. The Malaysia Matters website (which has just been re-launched) was started in 2008 by Trevino and a colleague Jerome Armstrong. Armstrong, who is also a professional 'blogger for hire', has made no secret of the fact that the project was commissioned by the Malaysian government – he lists them as a client on the website of his company WebStrong. Trevino himself has made no secret of his rabid pro-Israeli views – to the extent that he tweeted that fellow Americans who felt sorry for the Palestinians and took part in the mercy ship flotilla deserved to be shot dead. Clare Rewcastle Brown is the founder/editor of Sarawak Report http://www.freemalaysiatoday.com/2011/07/25/anti-islam-bloggers-in-us-on-najibbn-payroll/ |
CIJ Gesa Editor Tolak ‘Majlis Propaganda Media’ Posted: 25 Jul 2011 09:33 PM PDT Berikutan sambutan dingin daripada editor kanan media arus perdana, pertubuhan pemantau media – Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) – berkata majlis rundingan yang dibentuk kerajaan itu sebenarnya "majlis propaganda media" yang bakal bertindak sebagai satu lagi bentuk kawalan ke atas media. "Jika kerajaan yang memerintah itu serius bagi memupuk kebebasan media, ia sepatutnya menghapuskan atau meminda undang-undang (berkaitan media) dan membiarkan media sendiri mengawal diri mereka sendiri, dengan input daripada masyarakat sivil dan kepentingan masyarakat diambil kira,” kata pengarah eksekutif CIJ, Masjaliza Hamzah. Justeru, beliau menggesa semua mereka yang diundang oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Kamaruddin Siaraf semalam supaya menolak inisiatif kerajaan itu. "Rakyat berhak mendapatkan media yang bebas dan meletakkan kepentingan orang ramai dahulu daripada media yang terpaksa menjawap kepada tuan politik mereka," katanya. |
Menyokong Pembentukan Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk Ahmad Sarbaini Mohamed Posted: 25 Jul 2011 09:21 PM PDT –Kenyataan Media– Saya ingin menyokong permintaan keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed agar dibentuk sebuah Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyiasat kematian beliau ketika disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi kematian mendiang Teoh Beng Hock ketika siasatan SPRM memperkuatkan lagi hujah agar siasatan bebas dan berwibawa dapat dibuat terhadap kematian Allahyharham Sarbaini. Ini ditambah pula dengan pendedahan mendalam yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin di dalam blognya. Suruhanjaya Siasatan Di Raja Teoh Beng Hock telah mendapati pegawai-pegawai SPRM bertanggungjawab terhadap kematian mendiang. Polis Di Raja Malaysia telah menolak sebarang tindakan terhadap tiga orang pegawai SPRM yang dinamakan di dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Di Raja Teoh Beng Hock, Hishamuddin Hashim, Mohamad Anuar Ismail and Mohd Ashraf Mohd Yunus memandangkan polis menganggap mereka tidak menyalahi sebarang undang-undang dan bergantung kepada siasatan dalaman SPRM. Pun begitu SPRM hanya menggantung ketiga-tiga individu tersebut. Sebenarnya mereka boleh disiasat di bawah Seksyen 304 dan 304A Kanun Keseksaan iaitu homisid salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh (culpable homicide not amounting to murder) dan boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun. Balu Allahyarham Sarbaini, Maziah Manap juga mengadu bahawa laporan polisnya mengenai kenyataan pegawai SPRM Abdul Ghani Ali yang mengatakan kakitangan SPRM yang bertanggungjawab dalam kematian Allahyarham tidak disiasat sehingga ke hari ini. Bagaimanakah pengumuman penubuhan Jawatankuasa Eksekutif Transformasi SPRM dapat mengembalikan imej dan kewibawaan SPRM apabila jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri? Memandangkan isu ini isu serius yang sudah timbul berkali-kali, nyata sekali siasatan dalaman bukanlah penyelesaiannya. Seperti kata pepatah Inggeris, who will guard the guards? Harus diingat permintaan untuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja Teoh Beng Hock juga memakan masa yang lama dan hanya selepas keputusan Koroner yang tidak muktamad dan tekanan politik barulah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju dengan penubuhannya. Saya juga berharap kerajaan dapat mengambil serius laporan-laporan Suruhanjaya-Suruhanjaya Di Raja yang ditubuhkan selama ini dan tidak menjadikannya hanya sebagai 'public relations exercise' yang akhirnya tidak dihiraukan seperti Suruhanjaya Di Raja Video Klip Lingam, Reformasi Polis dan kecederaan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dalam tahanan polis. Justeru, hanya siasatan yang bebas, telus dan adil dapat membersihkan nama Allahyarham Sarbaini yang difitnah selama ini serta memastikan satu lagi tragedi malang seperti Teoh Beng Hock dan Sarbaini tidak berulang. NIK NAZMI NIK AHMAD |
Inflasi Yang Mendadak: Golongan Muda Akan Terus Terbeban Dengan Kenaikkan Kadar Faedah Posted: 25 Jul 2011 09:17 PM PDT –Kenyataan Media– Saya menyambut baik kenyataan terbuka YBhg Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bahawa masalah inflasi di Malaysia perlu diberi perhatian serius seperti yang dilaporkan oleh Reuters pada 25 Julai 2011. Kenyataan beliau yang berterus terang mengenai masalah kenaikan harga barang yang ditanggung oleh rakyat itu sangat berbeza dengan dolak dalih pimpinan Barisan Nasional yang sehingga kini tidak mahu menerima kenyataan bahawa kenaikan harga barang yang mendadak adalah satu masalah serius di negara ini. Pun begitu, tindakan Bank Negara Malaysia yang dijangkakan akan menaikkan kadar pinjaman asas/kadar faedah dalam masa terdekat untuk berdepan dengan masalah inflasi akan juga membawa kesan kepada golongan muda dan yang berkeluarga, sekiranya tindakan itu tidak disusuli dengan bantuan yang khusus kepada mereka. Contohnya, kenaikan sebanyak 25 mata asas (25 basis point) akan meningkatkan beban bayaran bulanan pinjaman rumah yang ditanggung oleh golongan muda. Rata-rata golongan muda masih lagi menanggung pelbagai hutang seperti hutang rumah dan hutang kereta. Bagi mereka yang mempunyai hutang pinjaman rumah sejumlah RM280,000 (iaitu kos rumah sederhana di bandar dan separa bandar), kenaikan 25 mata asas kadar pinjaman akan meningkatkan bayaran sekurang-kurangnya RM50 sebulan. Peningkatan ini akan menjadi lebih tinggi sekiranya jumlah hutang adalah lebih tinggi. Kesan berganda daripada peningkatan ini; apabila dicampur dengan kenaikan hampir sekali ganda bil elektrik bagi isi rumah yang bilnya melebihi RM77 sebulan, kenaikan harga minyak, kenaikan makanan, kos persekolahan anak-anak dan sebagainya sudah memuncak ke peringkat yang benar-benar membebankan golongan muda; apatah lagi bila mana gaji tidak meningkat selari dengan kenaikan harga barang. Walaupun tindakan konvensional mana-mana bank pusat dalam keadaan ini adalah menaikkan kadar pinjaman, sewajarnya pimpinan kerajaan Barisan Nasional juga mengambil langkah drastik mengurangkan kesan kenaikan harga barang kepada rakyat. Ini termasuklah mengkaji semula pemotongan peruntukan kepada sekolah-sekolah sehingga menyebabkan kos persekolahan naik mendadak apabila ibu bapa terpaksa menyumbang kepada sekolah untuk menjalankan aktiviti dan mengambil langkah lebih proaktif menyelesaikan masalah harga rumah yang terlalu tinggi bagi golongan muda di bandar dan separa bandar. Langkah yang diambil melalui Skim Rumah Pertama tidak lebih dari melepaskan batuk ditangga kerana ia tidak menyelesaikan masalah asas iaitu harga rumah yang terlampau tinggi, sebaliknya hanya menyediakan jaminan wang cengkeram yang hanya menambah hutang pembeli. Undi golongan muda adalah undi penentu dalam PRU13, jadi sewajarnya apa-apa tindakan yang merugikan golongan muda dikaji semula oleh Barisan Nasional. MOHD RAFIZI RAMLI |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan