Anwar Ibrahim |
- Isu Scorpene : Peguam Perancis Dihantar Pulang Tanpa Sebab
- Polis Tayang ‘Detik Terpilih’, Bukan Menyeluruh
- Peguam ‘Scorpene’ Ditahan Di KLIA
Isu Scorpene : Peguam Perancis Dihantar Pulang Tanpa Sebab Posted: 22 Jul 2011 01:50 AM PDT Peguam dari Perancis, Wiliam Bourdon yang mendedahkan skandal pembelian kapal selam Scorpene, akan dihantar pulang ke negaranya setelah ditahan Pegawai Imegresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi. Bagaimanapun, tiada sebarang alasan diberikan oleh pihak imegresen terhadap tindakan menghantar pulang peguam tersebut. Peguam Hak Asasi, Latheefa Koya ketika dihubungi Tv Selangor berkata, tindakan tanpa sebab itu menunjukkan kerajaan pemerintah takut dengan pendedahan yang dibuat Bourdon dan menguatkan lagi spekulasi yang timbul selama ini. “Kerajaan nampaknya takut pada pendedahan yang bakal dibuat Bourdan bersabit penyelewengan dalam urusan pembelian kapal selam itu dan hubungkait dengan pembunuhan kejam wanita Monggolia, Altantuya Sharibbu,” katanya. Latheefa mengutuk tindakan kerjaan yang menyalahguna kuasa yang ada dengan menahan dan menghantar Bourdan pulang ke negaranya, semata- mata mahu menghalang peguam hak asasi Perancis itu daripada mengetengahkan pelbagai penemuannya bersabit kes itu. “Bourdon datang ke Malaysia secara sah. Kerajaan salah guna kuasa dengan hantar balik beliau untuk tutup dakwaan penyelewengan ini,” tegasnya. Bourdon merupakan peguam yang dilantik Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), untuk memfailkan kes itu ke mahkamah terbuka di Perancis. Kapal selam Scorpene buatan Perancis itu dikatakan dicemari dengan penyelewengan yang melibatkan jumlah komisyen RM540 juta ringgit. Ia juga dikaitkan dengan pembunuhan kejam wanita Monggolia, Altantuya Sharibbu. Bourdon sebelum ini berkata, di Perancis apa- apa transaksi melibat komisyen dianggap perbuatan jenayah. Bourdon semalam berada di Bayan baru, Pulau Pinang untuk membongkarkan kes berprofil tinggi itu kepada umum dan beliau sepatutnya dijadualkan berbuat demikian di Petaling Jaya malam ini. |
Polis Tayang ‘Detik Terpilih’, Bukan Menyeluruh Posted: 22 Jul 2011 12:57 AM PDT Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menayangkan keseluruhan video perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai, bukan menayangkan ‘detik-detik terpilih’. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, video yang ditayangkan pihak polis semalam tidak menggambarkan secara keseluruhan situasi pada hari tersebut. “Tayangan video itu tidak memberi apa-apa makna kerana yang ditayangkan hanya saat-saat dan detik-detik pilihan yang tidak menceritakan keseluruhannya. “Sepatutnya polis kalau dah ada video tunjuk semua, jangan hanya detik-detik tertentu.Kita minta polis tunjuk semua, jangan hanya detik-detik pilihan yang nak tunjukkan mereka baik sahaja,” kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas sesi tayangan dan taklimat selama satu jam 30 minit yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dekat sini petang semalam yang dikatakan bagi menjawab segala dakwaan terhadap salah laku polis. Video klip itu bagaimanapun hanya menunjukkan ‘layanan baik’ polis terhadap peserta himpunan termasuk menjawab dakwaan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bahawa beliau dilanggar pajero polis. “Saya nampak ianya tidak menujukkan apa-apa konklusi. Video itu tidak menunjukkan saat Mat Sabu jatuh, tak tunjuk sama ada dia jatuh, pajero undur dan langgar dia dan dia jatuh ataupun ada dua buah kereta waja yang langgar dia dan dia jatuh. “Saya ingat dari segi apa yang ditunjukkan dalam video itu menujukkan bahawa tak ada bukti untuk menunjukkan bahawa Mat Sabu menipu malahan nampak macam polis nak menipu,” katanya yang turut cedera di kepala akibat terkena kanister gas pemedih mata dan menerima enam jahitan. Tambahnya, tindakan polis memilih video sebelum ditayangkan sehingga mengambil masa selama dua minggu amat menimbulkan keraguan. “Kenapa saat-saat tertentu sahaja yang polis tunujuk? Masa polis tembak gas masa perhimpunan kenapa tak tunjuk?” soalnya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat. Dalam taklimat semalam, polis tutut mendakwa peserta perhimpunan yang banyak melakukan provokasi supaya polis menangkap mereka. Polis bagaimanapun mengakui kemungkinan melepaskan meriam air ke lorong-lorong di belakang hospital Tung Shin manakala asap gas pemedih mata yang ditembak meresapi perkarangan hospital itu. |
Peguam ‘Scorpene’ Ditahan Di KLIA Posted: 22 Jul 2011 12:31 AM PDT Peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon (kiri) sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA. “Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA,” kata Gabriel. Pada mulanya, pegawai imigresen tidak membenarkan isteri Bourdon, juga seorang peguam, mengikutnya ke pusat tersebut. Selepas beberapa rundingan, beliau dibenarkan menemani suaminya. Menurut Gabriel, pegawai imigresen “menyoal Bourdon”. Bourdon mendarat di Pulau Pinang semalam dan berucap mengenai ‘Ops Scorpene’ di Bayan Baru malam tadi. Peguam Perancis yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan – Sherpa – dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan. Bourdon dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapalselam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS. Syarikat itu didakwa membayar komisyen "yang amat tinggi" kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu. Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis. Suaram berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 daripada majlis berkenaan yang juga dijadualkan di Ipoh dan Kuala Lumpur hari ini dan esok, bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris yang akan dibicarakan di mahkamah terbuka pada September ini. Kes berkenaan difailkan tahun lalu oleh Suaram, melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar. Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda (kanan). Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan