Sabtu, 16 Julai 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Helah Media Merekayasa Berita Akhirnya Terbungkam

Posted: 16 Jul 2011 04:31 PM PDT

Akhbar gagah News of the World yg mencecah 2.6 juta jualan harian akhirnya dibungkam! Ini berikutan pendedahan betapa media milik korporat media ulung dunia Rupert Murdoch terkait dengan skandal pemalsuan maklumat dalam satu kes pembunuhan ngeri di Britain.

Namun yang lebih memprihatinkan ialah helah dan pendekatan media milik Murdoch yang berhasil melonjakkan penjualan akbar dan khalayak tv melalui kaedah yang melanggar etika kewartanan, merekayasa berita malah sanggup terjerobos ketahap kewartawanan paling hina!

Dalam beberapa tweet saya tadi, saya merujuk rencana Carl Bernstein (masyhur dalam pembongkaran skandal Watergate Presiden R Nixon) dalam Newsweek “Murdoch’s Watergate”. Beliau menyanggah budaya berita Empayar Murdoch yang tampak angkuh dan mengganas. Pemerintah Inggeris, dunia kewartawanan tercegat dengan skandal terbaru ini. Ada kemungkinan siasatan akan dilanjutkan ke Amerika Syarikat.

Bayangkan seandainya wujud penyiasatan rapi, pemantaun etika, dan badan kehakiman bebas di Malaysia. Mampukah media Umno-Bn utamanya Utusan Malaysia dan TV3 terselamat?

ANWAR IBRAHIM

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Tiada ulasan: