anjung setiawangsa |
- DR. LO' LO' KRITIKAL?
- ANAK ALLAHYARHAM BAHARUDIN BERSIH 2.0 ADU KE SUHAKAM
- LIHAT GAMBAR NI, PENGIRING ANWAR BERLAKON SAKIT
- SEBELAS DOKTOR SAHKAN DUA HOSPITAL DISERANG
Posted: 14 Jul 2011 02:56 AM PDT Menurut berita yang diterima dari rakan-rakan, Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Dr. Lo' Lo' berada dalam keadaan kritikal di Hospital Selayang kerana barah paru-paru. berita lanjut akan menyusul |
ANAK ALLAHYARHAM BAHARUDIN BERSIH 2.0 ADU KE SUHAKAM Posted: 14 Jul 2011 01:38 AM PDT Anak dan anak saudara kepada Allahyarham Baharuddin, suami kepada Ketua Wanita PKR Cabang Setiawangsa, yang meninggal dunia ketika menyertai BERSIH 2.0 bersama-sama dengan 30 orang yang lain telah menyerahkan memorandum kepada Timbalan pengerusi SUHAKAM, Datuk Dr. Khaw Lake Tee di ibupejabat suruhanjaya itu pada hari ini, 14 Julai 2011. Kesemua mereka menggesa supaya SUHAKAM menyiasat dengan telus terhadap insiden yang berlaku pada Sabtu 9 Julai lalu. Sama-samalah kita berdoa semoga keluarga Puan Rosni Malan mendapat pembelaan. |
LIHAT GAMBAR NI, PENGIRING ANWAR BERLAKON SAKIT Posted: 13 Jul 2011 07:19 PM PDT ![]() Akibatnya pengiring Anwar ini mengalami pendarahan dan kecederaan yang teruk di bahagian tulang pipinya. Rakyat biasa yang berhimpun secara aman, tanpa senjata, ditembak dengan peluru gas pemedih mata. Beliau dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan plastik. Di bawah ini dua keping gambar terbaru Fayad Al-Bakri yang sedang menjalani rawatan di hospital yang dikongsikan oleh salah seorang kawan yang melawat beliau di hospital. ![]() Menurut sumber, Fayad Al-Bakri kini di dalam keadaan tidak sedarkan diri. ![]() ReJaM© "Kata Polis, mereka telah menjalankan tugas secara profesional, betul ke...?" CILOK DARI BLOG MILO SUAM |
SEBELAS DOKTOR SAHKAN DUA HOSPITAL DISERANG Posted: 13 Jul 2011 06:37 PM PDT DARI MALAYSIAKINI Sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung 'serangan polis' ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah hospital. ![]() Mereka mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang. Malah menurut sebeles doktor berkenaan, semasa peperangan hospital juga tidak akan diserang tetapi dalam kes di Malaysia, polis memasuki bangunan hospital bagi mencari peserta yang melarikan diri daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia. Ini adalah reaksi pertama oleh sekumpulan pakar perubatan berikutan penafian pihak polis dan kerajaan bahawa tidak ada gas pemedih mata dilontarkan ke perkarangan hospital berkenaan pada 9 Julai lalu. Isnin lalu, menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0. ![]() Liow juga berkata sebenarnya polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan. Beberapa rakaman video dan gambar yang dikemukakan terus diperlekehkan oleh kerajaan termasuk anggota jemaah menteri. Menurut kesebelas-sebelas doktor berkenaan, pihak berkuasa tanpa rasa malu terus menafikan serangan itu di sebalik pelbagai bukti yang dikemukakan dan ramai saksi yang tampil membuat pengakuan. Kenyataan media itu ditandatangani oleh Datuk Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Jeffrey Abu Hassan, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Ahmad Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Datin Low Low Paik See dan Dr Steve Wong. ![]() Doktor-doktor itu berkata mereka tidak berhasrat menyertai polemik selepas perhimpunan itu, tetapi sebahagian daripada mereka yang sedang bertugas ketika kejadian, bersedia memberi keterangan bersumpah, jika diperlukan bagi memberitahu apa yang sebenarnya berlaku. |
You are subscribed to email updates from anjung setiawangsa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan