Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak |
Posted: 12 Jul 2011 06:39 AM PDT Ceramah peneranan dari Keadilan Cabang Bukit Gantang dengan tema "Gelombang Kuning" dijadualkan akan diadakan pada 15hb Jul 2011 pada hari Jumaat bertempat di Taman Sungai Mas, Taiping. Program ini dijadual bermula pada jam 9:00 malam. Taman Sungai Mas terletak 1km simpang sebelah kiri sebelum Taman Kaya dan merupakan kawasan baru dan belum pernah diadakan apa-apa program ceramah besar. Keadilan Bukit Gantang menampilkan penceramah-penceramah antaranya:- Penasihat ekonomi di pejabat Mentri Besar Selangor, En Rafizi Ramli yang merupakan seorang yang mahir dalam memberi penerangan berkenaan program Buku Jingga. Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng yang pada sebelum perhimpunan bersih 2.0 telah ditahan polis hanya kerana beliau memakai baju berwarna kuning, walaupun tidak tercetak berkataan bersih pada baju tersebut. Dr Mohamad Noor Manuti, Pengerusi Perhubungan Keadilan Negeri Perak dan Ustz Nordin Jaafar, YDP PAS Bukit Gantang. Keadilan Bukit Gantang juga akan memberi peluang anak-anak muda yang telah menjayakan perhimpunan bersih 2.0 sabtu lalu untuk menceritakan pengalaman mereka semasa perhimpunan. Semua dijemput hadir pada program ini. |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan