Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan |
- Bangangnya Timbalan Pengerusi SPR
- TERKINI!! SAMBUTAN KUNING NAJIB ALTANTUYA: KESEMUA 10 TAHANAN DIBEBASKAN!!
- Ust Zamri Di BERS✔H, TV9 Hentikan Program "Adik & Al-Quran"
- 10 ditahan ketika cuba serah surat pada Najib
- REMBAT!
Bangangnya Timbalan Pengerusi SPR Posted: 27 Jul 2011 06:08 AM PDT Dalam Wacana Apa Selepas 9 Julai, apabila ditanya seorang lelaki berhubung "bukti" bahawa seorang anggota tentera didapati mengundi dua kali menggunakan kad pengenalan awam dan tentera, Timbalan Pengerusi SPR telah mengeluarkan jawapan yang paling bangang, "Saya suruhanjaya, kami bincang tentang dasar tapi tuan bawa kerani punya isu." Ini bukan sahaja jawapan bangang dari Timbalan Pengerusi SPR itu, malah kalau menggunakan istilah yang pernah digunakan oleh wartawan TV Wan Kamaruddin satu ketika dahulu, jawapan itu adalah jawapan 'haramjadah' namanya! Orang yang tidak serius sambil membuli dan mempermain-mainkan kecerdikan minda rakyat, tidak layak berada di kerusi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi apa yang dipanggil Suruhanjaya Pilihanraya yang berintegriti atau tukarkan sahaja nama Suruhanjaya Pilihanraya itu kepada Jabatan atau Biro Pilihanraya Umno/Bn ! |
TERKINI!! SAMBUTAN KUNING NAJIB ALTANTUYA: KESEMUA 10 TAHANAN DIBEBASKAN!! Posted: 27 Jul 2011 06:07 AM PDT Kesemua 10 tahanan yang ditangkap ketika cuba menyerahkan memorandum mendesak Najib Altantuya membebaskan tahanan di bawah Ordinan Darurat kini telah dibebaskan. Mereka diiringi keluar oleh Naib Presiden PKR, N Surendran dan Latheefa Koya serta Fadiah Nadwa Fikri. Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis. Polis pun tak dapat nak mendakwa mereka kerana tiada sebarang kesalahan dilakukan semasa tangkapan dibuat. Mereka hanya memakai baju kuning tanpa logo Bersih 2.0 10 orang temasuk enam anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang ditahan polis di stesen Sentral Kuala Lumpur siang tadi dibebaskan kira-kira jam 5.50 petang selepas diambil keterangan. Kesemua mereka yang ditahan di Balai Polis Travers itu sebelum ini disoal siasat dibawah Seksyen 105, Kanun Prosedur Jenayah. Terdahulu, mereka ditahan kira-kira jam 2.50 petang ketika sedang berbaris bersama pelatih PLKN menyambut ketibaan Datuk Seri Najib Razak untuk merasmikan kempen Kibarkan Jalur Gemilang di sini. Antara yang ditahan termasuklah Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azin Mat Rasip, Exco AMK Pusat, Zaki Yamani, Zulfikar Ali Ariffin, Manivannan Gowindasamy, Chegu Sekar dan pembantu ahli parlimen Ampang, Mohamad Fareez Kamal Intidzan. Insiden berlaku apabila Zaki cuba masuk ke dalam laluan Najib bagi menyerahkan sepucuk surat kepada Perdana Menteri itu. Sebaik sahaja beliau masuk sambil memanggil "Datuk Seri", empat pengawal peribadi Najib terus memegangnya dan mengheret beliau keluar dari tempat tersebut dan diserahkan kepada anggota polis yang sedia berkawal. Najib juga dilihat sempat melihat ke arah Zaki dan pergelutan yang berlaku yang hanya berjarak kira-kira satu meter darinya. Seorang rakannya, Zulfikar pula ditahan apabila cuba menayakan kepada polis kenapa Zaki ditahan dengan cara kasar. Ekoran itu kesemua mereka yang memakai baju kuning itu ditahan pihak polis. |
Ust Zamri Di BERS✔H, TV9 Hentikan Program "Adik & Al-Quran" Posted: 27 Jul 2011 06:00 AM PDT Mungkin ramai yang terkejut apabila program keagamaan, Adik & al-Quran yang disiarkan di TV9, telah dihentikan siarannya sejak seminggu lalu. Perkara itu dikatakan berpunca daripada penyebaran gambar hosnya, Ustaz Haji Mohd Zamri Haji Mohd Zainuldin (gambar) atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Zamri, ketika terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu. Penerbit eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy, yang dihubungi berkata, arahan menghentikan program itu dikeluarkan oleh pihak atasan Prime Works atas sebab tertentu. Namun beliau tidak pula menafikan atau mengesahkan ia berpunca dari penyebaran gambar hosnya dalam perhimpunan Bersih itu. "Pihak produksi telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Makluman dalam bentuk arahan ini sudah pasti ada sebab yang kukuh mengapa ia tidak dapat diteruskan, cuma ia tidak boleh diuar-uarkan kepada umum. "Program Adik & al Quran sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan antara program yang mendapat rating tertinggi di kalangan penonton, tetapi stesen TV lebih mementingkan isu sensitiviti dan perlu memberi penekanan kepadanya," katanya kepada Sinar Harian semalam. Katanya lagi, memandangkan program tersebut telah mencapai satu rating yang baik, namun ia sedikit terjejas berikutan timbulnya perkara sebegini. "Pada pandangan peribadi saya, seseorang yang bergelar ikon harus lebih berwaspada agar tidak terjadinya kejadian yang tidak diingini. "Adalah wajar menjaga personaliti diri dan imej agar ia tidak memberikan sebarang perspektif tidak baik," katanya kepada Sinar Harian. Tambahnya, program itu akan disiarkan semula cuma masih tidak mendapat tarikh yang baru. "Berehat itu ada kalanya tidak mengambil masa. Namun, ia bergantung pada keputusan pihak atasan. Kadang-kadang cuma seminggu, ada juga yang tiga minggu. Semua itu bergantung pada keputusan mereka. "Sebagai menggantikan program itu, ia digantikan dengan program Mari Bertarranum," katanya. Terima apa saja keputusan Ustaz Zamri Sementara, Ustaz Zamri, berkata, dia sudah pun berbincang dengan pihak TV9 dan mengharapkan agar perkara itu tidak berlarutan. "Saya telah dipanggil untuk berbincang dengan pihak TV9 beberapa hari selepas gambar itu tersebar. Alhamdulillah, kami berbincang secara mahabbah (aman). Apa sebenarnya yang berlaku pada 9 Julai itu sudah saya terangkan kepada mereka dan tidak perlu saya ceritakan kepada umum. "Saya faham situasi ini. Mungkin ia nampak lebih berat apabila ia mendapat komen yang agak mendalam menerusi Facebook, saya sendiri tidak pasti mengenai hal ini dan terima apa sahaja keputusan," katanya yang kini sedang menuntut pengajian dalam bidang tafsir Ulumul Quran di Universiti Antarabangsa Madinah, Malaysia. |
10 ditahan ketika cuba serah surat pada Najib Posted: 27 Jul 2011 05:20 AM PDT KUALA LUMPUR, 27 Julai: 10 orang termasuk enam anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis di stesen Sentral Kuala Lumpur hari ini. Mereka ditahan kira-kira jam 2.50 petang ketika sedang berbaris bersama pelatih PLKN menyambut ketibaan Datuk Seri Najib Razak untuk merasmikan kempen Kibarkan Jalur Gemilang di sini. Antara yang ditahan termasuklah Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azin Mat Rasip, Exco AMK Pusat, Zaki Yamani, Zulfikar Ali Ariffin, Manivannan Gowindasamy dan pembantu ahli parlimen Ampang, Mohamad Fareez Kamal Intidzan. Insiden berlaku apabila Zaki cuba masuk ke dalam laluan Najib bagi menyerahkan sepucuk surat kepada Perdana Menteri itu. Sebaik sahaja beliau masuk sambil memanggil "Datuk Seri", empat pengawal peribadi Najib terus memegangnya dan mengheret beliau keluar dari tempat tersebut dan diserahkan kepada anggota polis yang sedia berkawal. Najib juga dilihat sempat melihat ke arah Zaki dan pergelutan yang berlaku yang hanya berjarak kira-kira satu meter darinya. Seorang rakannya, Zulfikar pula ditahan apabila cuba menayakan kepada polis kenapa Zaki ditahan dengan cara kasar. Ekoran itu kesemua mereka yang memakai baju kuning itu ditahan pihak polis. Kesemuanya difahamkan dibawa ke Balai Polis Jalan Travers. |
Posted: 27 Jul 2011 05:07 AM PDT Baru sangat-sangat kita dengar cerita dan cadangan nak tukar jet-jet MiG29, lepas tu cerita nak 'make-over' duit syiling pula timbul. Gurkah-gurkah di'port' pun tertanya-tanya sesama sendiri, apa kah PERLU? di-tukar bentuk duit syiling kita ini dalam keadaan kantung kewangan negara yang dah nak mamposss?? Tak pernah pun gurkah-gurkah ini ada dengar yang orang ramai serta rakyat kita komplen kata duit syiling kita ini terlalu berat untuk di-usung dalam poket atau pun warna duit syiling itu macam haramjadah. Tak kan lah hanya kerana bentuk duit syiling yang baru ini yang lebih ringan dan sedikit kecil adalah alasan yang munasabah dan alasan yang siuman untuk mereka tukarkan?? Gurkah-gurkah pun tertanya-tanya lagi sesama sendiri, apakah Bank Negara telah mengambil kira implikasi dan kos-kos yang bakal ditanggung untuk mereka menukarkan duit syiling bentuk baru ini?? Bila dah di-tukar kepada syiling yang lebih ringan dan bentuk yang sedikit kecil itu, macam mana pula dengan jabatan-jabatan kerajaan atau pihak-pihak berkuasa majlis perbandaran tempatan akan menyelesaikan masalah baru yang bakal timbul kepada pengguna atau rakyat ketika rakyat mahu menggunakan meter parking yang menggunakan duit-duit syiling?? Apakah parking-parking bermeter yang menggunakan dan menerima duit syiling lama ini juga perlu di-tukar agar boleh menerima duit syiling bentuk baru ini?? Kalau laa parking meter ini juga kena tukar, mak oii!! gurkah-gurkah boleh bayangkan berapa banyak pula kos nak ganti parking meter yang baru!! Berapa banyak pula lagi duit yang akan di-REMBAT untuk projek nak ganti parking meter yang lama?? Bila dah tiga empat benda ini tak memuaskan hati gurkah-gurkah, mereka pun kata KEPALA BUTOH! HARAM JADAH! dekat kita, kita dinasihat supaya berjimat-cermat atau ikat perut dalam menghadapi inflasi. |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan