Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan |
- 13 orang pemimpin Pakatan Rakyat sertai himpunan BERSIH 2.0 lepas hadapi waran tangkap PDRM
- TEMUBUAL MARINA M. BERSAMA WARTAWAN LUAR
- Ditahan Keranan BERSIH Dan Bukannya Komunis
13 orang pemimpin Pakatan Rakyat sertai himpunan BERSIH 2.0 lepas hadapi waran tangkap PDRM Posted: 20 Jul 2011 11:42 PM PDT Segak,Gagah, Berani..malangnya MEMBANTAI RAKYAT sendiri!!!! KUALA LUMPUR: Polis akan mendapatkan waran tangkap ke atas 13 individu yang terbabit dalam perhimpunan haram 9 Julai lalu selepas gagal menghadirkan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membantu siasatan seperti diminta. Antara mereka ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said; Exco Pemuda UMNO, Datuk Reezal Merican Naina Merican; Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli; Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar; aktivis Wong Chin Huat; pengendali blog, Haris Ibrahim; peguam Latifah Koya dan Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegu Bard. Semua 13 individu terbabit dipanggil untuk hadir di IPD Dang Wangi sejak 11 Julai lalu bagi membantu siasatan berhubung pembabitan mereka dalam perhimpunan haram itu, namun sehingga sekarang belum berbuat demikian. Sebelum ini, polis menyenaraikan 14 individu bagi melengkapkan kertas siasatan mereka, bagaimanapun Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo Ghazali meninggal dunia, Ahad lalu. Semalam, Polis Kuala Lumpur menghantar kertas siasatan dan laporan berhubung kegagalan 13 individu terbabit kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan susulan, termasuk cadangan untuk mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka. Sebelum ini, polis sudah mengambil keterangan Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Mohamad Sabu serta anak bongsu Anwar, Nurul Iman selain dua pemimpin HIMPUNAN PATRIOT iaitu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. Sementara itu, beberapa individu terbabit yang dihubungi semalam mendakwa tidak menerima sebarang arahan untuk menghadirkan diri ke IPD Dang Wangi. |
TEMUBUAL MARINA M. BERSAMA WARTAWAN LUAR Posted: 20 Jul 2011 11:34 PM PDT Marina Mahathir turut menghadirkan diri ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 julai lalu. Beliau yg menganggapkan diri nya non-partisan dan berhak untuk turut serta juga tidak berpihak keatas mana mana parti politik. Walaupun agenda demo itu sebahagian besar nya dihadiri kumpulan pembangkang, Marina merasa tergerak untuk datang, dan juga demo kali itu disertai lebih banyak badan badan NGO. "Saya juga berfikir memakai baju kuning, tapi pergi ke tempat lain," katanya kepada Faisal Assegaf dari Tempo melalui telepon bimbit hari ini, Rabu, 20 Juli 2011. ... dan kita ikuti temubual nya dengan wartawan akhbar luar negeri, TEMPO lndonesia. Kenapa Anda turut serta dalam perhimpunan Bersih 2.0? Saya pergi sebab saya percaya kita perlu pilihan raya yang lebih bersih dan adil. Saya mau bergabung sama kerana pergerakan ini disokong oleh banyak NGO. Bukannya ini demo yang dipelupori oleh pihak pembangkang? Bukan, itu propaganda dari pihak kerajaan (pemerintah) dan media. Bererti selama ini pilihan raya tidak berlaku adil? Bukan tidak jujur, tetapi ada masalah yang perlu diperbaiki. Seperti rakyat Malaysia di luar negeri dibolehkan memilih. Saya rasa semua tuntutan itu masuk akal dan merupakan sesuatu yang baik. Anda yakin tuntutan itu akan dipenuhi? Belum pasti lagi. Saya melihat pihak kerajaan masih menolak dan beranggapan tuntutan itu untuk meruntuhkan pihak kerajaan. Anda cedera dalam demonstrasi yang sukar dikawal itu? Tidak, saya bernasib baik. Apalagi saya tidak mendekati pasukan polis. Memang saya sempat merasa bau aroma gas air pemedih mata yang ditembakkan tidak jauh dari tempat saya. Anda datang dengan siapa? Dengan teman dan Jiran. Kami sebenarnya tidak tahu berapa ramai yang bakal hadir. Ini pengalaman yg sangat mengharukan bagi saya kerana yang datang beribu-ribu. Bila Anda merasakan tergerak kali akhir untuk ikut demo? Sehari sebelumnya. Tapi saya sempat berfikir pakai baju kuning, namun pergi ke tempat lain. Apa tanggapan dari Ayah Anda? Dia (Mahathir) saat itu dalam kapalterbang menuju luar negeri. Hanya ibu saya yang mengirim SMS. Ia khuwatir kerana tangan kiri saya bekas patah enam bulan lalu. Jika ada demo lagi, Anda akan ikut? Kalau dianjur parti politik, saya tidak pergi. Tapi, saya menyokong orang yang berdemonstrasi kerana kami berhak mengadakan kumpulan. Jika sesatu isu yang dituntut pembangkang adalah sama? Mungkin tidak. Saya pergi (berdemo) bukan untuk siapa-siapa. Apa Anda menyokong tuntutan agar Najib Razak berundur? Saya rasa ia (Najib) tidak mengindahkan itu, tapi ia harus sedar rakyat tidak berpuas hati. Ia harus mendengar hasrat rakyat. Jika tuntutan Bersih tidak dipenuhi, apakah anda bakal memilih pembangkang dalam pilihanraya nanti? Saya tidak begitu gembira dengan pihak pembangkang. Saya rasa tidak perlu nyatakan sekarang apa yang akan saya pilih. Kenapa Anda tidak terkesan dengan pembangkang? Mereka seperti parti politik manapun, hanya mengkritik tanpa memberi gagasan. Saya non-partisan, jadi saya juga mengkritik pihak kerajaan. Bila tuntutan tidak dipenuhi dan pembangkang juga tidak menarik minat Anda, apa Anda bakal buat pada pilihan dipilihanraya akan datang? Tengoklah, itu satu pilihan juga. |
Ditahan Keranan BERSIH Dan Bukannya Komunis Posted: 20 Jul 2011 11:29 PM PDT Satu afidavit yang difailkan oleh pihak polis mengesahkan bahawa enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan di bawah Ordinan Darurat atas dakwaan peranan mereka dalam BERSIH 2.0, dan bukannya kerana aktiviti yang berkaitan dengan komunisme. Dalam sidang akhbar PSM di Kuala Lumpur hari ini, peguam Edmund Bon (dua dari kanan) - yang mewakili PSM6 mendedahkan kandungan afidavit tersebut. Afidavit itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam oleh penolong pengarah tahanan (D7B) di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibupejabat polis Bukit Aman, ACP Kamarul zaman Mamat. Ia adalah jawapan kepada afidavit yang dikemukakan oleh ahli keluarga PSM6 untuk menyokong permohonan habeas corpus mereka, yang akan didengar pada hari Jumaat. Dokumen tersebut dengan jelas menyatakan sebab-sebab penahanan enam aktivis PSM itu. "...kerana saya percaya terdapat alasan-alasan bahawa pemohon pertama, pemohon kedua, pemohon ketiga, pemohon keempat, pemohon kelima dan pemohon keenam terlibat sebagai penggerak kepada pertubuhan tidak berdaftar BERSIH yang telah menggerakkan gabungan kumpulan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) supaya orang ramai hadir Perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9hb Julai 2011," kata ACP Kamarul Zaman Mamat. Afidavit Kamarul juga berkata perhimpunan itu harus dielakkan kerana ia akan menyebabkan ketakutan dan kegentaran awam serta boleh mengakibatkan gangguan terhadap kehidupan harian masyarakat yang boleh memudaratkan ketenteraman awam, sehingga ramai orang awam membuat laporan polis menyatakan kegusaran mereka. Bagi menyokong dakwaannya itu, ACP Kamarul berkata, perhimpunan pertama Bersih pada November 2007 telah mengakibatkan huru-hara, kemusnahan harta benda dan memudaratkan ketenteraman awam. Menteri de facto Undang-undang, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz sebelum ini berkata enam aktivis PSM itu disyaki bertindak untuk memulihkan komunisme. Bon berkata, afidavit itu membuktikan bahawa kenyataan Nazri adalah satu pembohongan. "Semua ini adalah pembohongan kerana pihak polis sendiri tidak menyebut satu perkataan pun tentang komunisme, Chin Peng atau semua perkara mengenainya (dalam afidavit tersebut)," kata peguam tersebut. Bon mendakwa, kerajaan menggunakan BERSIH 2.0 sebagai sebab yang mudah dan enam tahanan PSM itu sebagai kambing-hitam, hanya untuk mewujudkan keadaan seolah-olah darurat, untuk tidak menggalakkan orang ramai menyertai (perhimpunan) 9 Julai." |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan