Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan |
- Saya tetap lawan, tak terkejut arah bayar Rais RM400,000
- Tekanan antarabangsa jika tidak bebaskan tahanan EO- Peguam
- Selangor lancar slogan baru ‘Selangorku’ Ahad ini
- Kenapa sokong Bersih 2.0
- PEMBERI MAKLUMAT DIPERLUKAN!!!!
- Pakatan Rakyat Sedia Berperang Dalam Pilihanraya Umum Ke 13!!
- Scandal Scorpene : Berita Buruk buat Najib..
- BERSIH 2.0 - Agong Akhirnya Terima Memo
- BOS Pengerusi SPR bagi datang ke???
- Saman Judi: Mana PERKASA, Patriot & Silat Lincah..?
- Kewibawaan Pasukan Polis
- PR boleh menang PRU 13-DSAI
- Ku Li : Kerajaan Wajar Timbang Tuntutan Bersih 2.0
- PAK SAMAD HENTAM UMNGOK (VIDEO)
Saya tetap lawan, tak terkejut arah bayar Rais RM400,000 Posted: 20 Jul 2011 06:26 AM PDT KUALA LUMPUR, 20 Julai — Amizudin Ahmat yang semalam diarah membayar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim RM400,000 berhubung satu artikel berkaitan dakwaan merogol pembantu rumah Indonesia berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan itu, sebaliknya menegaskan akan "terus lawan." "Saya akan terus lawan. Saya akan meneruskan perjuangan... akan membuat rayuan," kata Amizudin ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi. "Sebenarnya saya tidak terkejut dengan keputusan ini... jumlah RM400,000 yang diarah dibayar pak menteri (kepada Rais)," kata beliau. Pengendali laman sharpshooterblogger.blogspot.com ini menambah, keputusan mahkamah mengarahkannya membayar RM400,000 juga tidak akan menghalangnya daripada terus menyiarkan tulisan-tulisan kritikal mengenai pemimpin-pemimpin kerajaan. "Saya akan terus menulis. Tindakan pak menteri hanya mahu menakut-nakutkan blogger Pakatan Rakyat, saya tidak akan patah semangat," katanya lagi. The Malaysian Insider difahamkan beliau sudah berbincang dengan peguamnya untuk membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah semalam. Rayuan dijangka difailka hari ini ataupun esok. Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Amizudin membayar ganti rugi RM300,000 kepada Rais. Selain itu, mahkamah juga memerintahkan Amizudin membayar kos RM100,000 kepada Rais. Pada 1 Januari lalu, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga ahli jawatankuasa Angkatan Muda PKR, berhubung artikel yang disiarkan dalam blognya pada atau sekitar 28 Disember lalu. Rais diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan Azad Bashir manakala Amizudin diwakili peguam William Leong. Dalam komen disiarkan di blognya, Amizudin berkata, "sebenarnya kalah sebab gagal bawa saksi Migrant Care dan Robengah ke mahkamah dan semua tahu bahawa laporan yang menuduh pak menteri rogol itu adalah laporan tiga muka surat Migrant Care." "'Sharpshooter' diberi pilihan sebelum perbicaraan pada Isnin 4 Julai 2011 lalu untuk mohon maaf secara terbuka kepada Rais Yatim, namun 'sharpshooter' tolak pilihan tersebut kerana sudah pasti jika 'sharpshooter' mohon maaf secara terbuka... akan ada tuduhan 'berapa ribu sharpshooter terima duit daripada Rais Yatim untuk minta maaf'." "Walau bagaimanapun 'sharpshooter' akan keluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat setelah berbincang dengan peguam di Pulau Pinang. Lawan tetap lawan," katanya. Menurut laporan media semalam, dalam penghakimannya, Hakim Zabariah Mohd Yusof berkata, setelah mengambil kira fakta dan bentuk fitnah yang dilakukan oleh Amizudin dalam blognya dan juga nilai wang semasa, jumlah yang diberikan kepada Rais adalah munasabah. Katanya, fitnah yang dibuat itu adalah sangat serius, dan jika seseorang itu mempercayainya, bukan sahaja reputasi Rais akan terjejas di peringkat nasional dan antarabangsa, tetapi yang lebih penting ialah kesannya terhadap kehidupan Rais dan keluarga. Zabariah berkata bahawa dalam menetapkan jumlah ganti rugi itu, mahkamah mendapati tidak ada keterangan yang boleh mengaitkan Rais dengan perbuatan salah laku sehingga mendorong Amizudin mengeluarkan artikel berkenaan. "Apa yang jelas ialah defendan ini berada dalam kem politik yang berlainan," katanya dipetik Bernama Online. Beliau berkata fitnah itu melibatkan perbuatan merogol seorang individu dari negara lain dan ini merupakan satu tuduhan paling kotor yang dibuat terhadap seseorang. Malah menurut Zabariah, tuduhan itu juga tidak sihat daripada segi hubungan diplomatik dan ia menambah lagi kemarahan negara jiran itu memandangkan terdapat kes-kes warga negara berkenaan didera ketika bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini. Katanya artikel itu diterbitkan dalam satu laman blog yang dapat diakses oleh sesiapa saja termasuk di luar negara. Zabariah berkata bahawa daripada keterangan yang ada, perbuatan Amizudin mengeluarkan artikel itu dahulu sebelum memastikan kesahihannya, merupakan satu tindakan yang cuai. "Ini jelas daripada keterangannya bahawa dia telah pergi ke Jakarta untuk menyiasat hanya selepas dia mengeluarkan artikel itu dalam blognya. Dia berada di sana selama tiga hari dan gagal mendapatkan pengesahan terhadap dakwaannya itu daripada wanita yang dikatakan mangsa," katanya. Selepas itu Amizudin tidak lagi mengambil apa-apa tindakan dan ini menunjukkan bahawa dia tidak kisah tentang kesahihan artikelnya terhadap Rais, kata Zabariah lagi. Sharpshooter - Kepada semua blogger pro Pakatan Rakyat, usah takut untuk terus menulis.. Jazakallah kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan yang memberi sokongan dan sumbangan ikhlas melalui hebahan di facebook.. Allah sahajalah yang dapat membalasnya..God Bless all of you.. Lawan tetap lawan.. |
Tekanan antarabangsa jika tidak bebaskan tahanan EO- Peguam Posted: 20 Jul 2011 06:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia akan menerima tekanan antarabangsa sekiranya masih tidak membebaskan 6 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO), kata peguamnya, Edmund Bon. "Tuntutan bagi pembebasan tahanan EO6 ini bukan hanya berkumandang di Malaysia, bahkan mula kedengaran di luar negara terutamanya di United Kingdom dan negara Eropah lain. "Petisyen secara dalam talian (online) dan bertulis juga mulai diedarkan untuk ditandatangani," kata Edmund kepada Keadilandaily. Sementara itu, Edmund berkata Ordinan Darurat tidak jauh beza dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari segi tuduhan dan kaedah lanjutan tempoh penahanan. "Ada kemungkinan tahanan EO6 ditempatkan bersama dengan pesalah jenayah yang turut ditahan di bawah Ordinan Darurat. "Persoalannya, mengapa tahanan ini disoal berhubung aktiviti politik parti termasuk penyumbang dana, hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat dan Anwar Ibrahim?," soal beliau. Justeru, beliau berkata, pihaknya akan memfailkan 'Habeas Corpus' iaitu perintah mahkamah untuk membawa keenam-enam aktivis PSM membela diri bagi mendapatkan perbicaraan adil. "Kita akan failkan Habeas Corpus pada hari Jumaat jam 9.30 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. "Ini kerana Menteri Dalam Negeri melalui Jabatan Peguam Negara boleh menyambung perintah tahanan sehingga 2 tahun sebelum tempoh penahanan 60 hari itu berakhir. "Kepada simpatisan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik perlu meneruskan tekanan bagi pembebasan mereka," kata Edmund. Sementara itu, Parti Sosialis Malaysia melancarkan petisyen online mendesak Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara membebaskan 6 tahanan tersebut menerusi – http://www.petitiononline.com/eo6/petition.html Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar dan lima anggota PSM ditangkap mengikut EO sebaik mereka dibebaskan pada 2 Julai lalu. Antaranya termasuk Timbalan Pengerusi PSM, M Saraswathy, Ahli Jawatankuasa Pusat Choo Chon Kai dan M Sukumaran, Setiausaha bahagian Sungai Siput, A. Letchumanan dan pemimpin pemuda Sarat Babu. Sebelum itu, mereka bersama 24 yang lain ditahan di Tangkak Johor semasa program 'Udah lah..bersaralah', menjelang himpunan Bersih pada 9 Julai lalu. |
Selangor lancar slogan baru ‘Selangorku’ Ahad ini Posted: 20 Jul 2011 06:19 AM PDT KUALA LUMPUR, 20 Julai — Kerajaan Selangor diterajui Pakatan Rakyat, yang pentadbirannya kini masuk tahun keempat, akan melancarkan slogan baru — Selangorku Ahad ini - dilihat mendekatkan rakyat menjelang pilihan raya umum. Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) berkata pelancaran slogan itu adalah kesinambungan kepada program "Merakyatkan Ekonomi Selangor" dan "Hasil Negeri untuk Rakyat" yang telah dilaksanakan semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada Mac 2008. Kerajaan negeri mengambil pendekatan itu ketika spekulasi menyebut bahawa pilihan raya umum akan dipanggil bila-bila masa selepas Ramadan ini. "Slogan ini mengajak seluruh rakyat Selangor agar bersama sama bertanggungjawab dan mempertahankan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab. "Adalah diharapkan slogan ini dapat menambah kecintaan dan sayang rakyat kerana negeri ini adalah hak mutlak rakyat," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Khalid berkata selepas dilancarkan, slogan itu akan diguna pakai untuk urusan rasmi melibatkan kerajaan negeri dan anak-anak syarikatnya. Majlis pelancaran akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam. |
Posted: 20 Jul 2011 06:13 AM PDT BERSIH 2.0 bukan sebuah pertubuhan sebagaimana yang didakwa oleh pihak UMNO dan BN kononnya BERSIH adalah sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan R.O.S, sebaliknya BERSIH 2.0 adalah satu kempen yang digerakkan oleh sekurang - kurangnya 62 Ngo yang bergabung untuk menuntut pemulihan sistem demokrasi dan pengurusan pilihanraya yang adil dan telus. Kempen ini berpaksi kepada 8 tuntutan yang telah dikemukakan kepada pihak berkenaan samaada kerajaan mahupun pihak SPR. Apa yang lebih penting juga ialah 8 tuntutan mesti difahami dan diperjuangkan oleh rakyat demi masa depan negara dan kepimpinannya. 8 tuntutan itu ialah : 1-Bersihkan Senarai undi 2-Mereformasikan undi pos 3-Penggunaan Dakwat Kekal 4-Masa kempen minima 21 hari 5-Akses media yang bebas dan adil 6-Kukuhkan Institusi awam 7-Hentikan rasuah 8-Hentikan politik kotor |
PEMBERI MAKLUMAT DIPERLUKAN!!!! Posted: 20 Jul 2011 06:05 AM PDT Teman mohon pada teman-teman yang celik IT.. Untuk membuat suatu kunjungan hormat ke mana-mana balai polis di seluruh Malaysia.. Bukan apa.. Nampak gayanye.. pihak berkenaan tak jumpa langsung video klip Himpunan BERSIH 2.0 hari tu.. kena la kita bantu.. so, pada yang handal IT tu.. gi la tolong.. Teman tak tau nengok youtube! wakakakakaka! |
Pakatan Rakyat Sedia Berperang Dalam Pilihanraya Umum Ke 13!! Posted: 20 Jul 2011 06:00 AM PDT Susulan dari sesi permukiman Pakatan Rakyat semalam, ketiga-tiga parti dalam gabungan pembangkang itu sudah bersedia dengan senarai calon masing-masing untuk dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang akan diadakan tidak lama lagi. Adalah penting untuk Pakatan Rakyat memperolehi sekurang-kurangnya 115 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen yang bakal dipertandingkan dalam pilihanraya umum akan datang. Untuk memperolehi majoriti dua per tiga, Pakatan Rakyat mesti memenangi 148 kerusi atau lebih bagi memperoleh kuasa meminda perlembagaan di Parlimen. Secara asasnya, tiada apa yang perlu dibimbangkan mengenai sasaran majoriti mudah yang mampu digapai, oleh kerana selain Umno-APCO yang agak lemah dari segi imej, MCA, MIC dan Gerakan dilihat masih belum dapat memulihkan kekalahan memalukan pada pilihanraya umum lalu. MCA bergelut dengan skandal imej Presidennya, Chua Soi Lek dan pertentangan tiga penjuru antara timbalannya, Liow Tiong Lai dengan beks presiden, Ong Tee Keat yang dilihat masih berpengaruh dalam parti perkauman Cina itu. MIC pula masih terdiam dengan kemaraan Hindraf dan Makkal Sakhti selepas pemergian bekas presiden, Samy Vellu untuk dilantik Duta Tugas-Tugas Khas ke India sejak lebih setahun lalu. G Palanivel tidak dapat meyakinkan masyarakat India di Malaysia mengapa orang India mesti kembali kepada parti itu dan Barisan Najis, selain daripada perpecahan antara puak S Subramaniam, M Saravanan dan bekas "presiden" PPP, T Murugiah. Gerakan sudah dianggap "berkubur" terutamanya di Pulau Pinang hinggakan Koh Tsu Koon tidak dapat memberi keyakinan terhadap ahli parti bagaimana hendak menawan kembali Pulau Muitara itu dari tangan DAP dan Pakatan Rakyat. Ketidak seriusan Tsu Koon ditambah lagi beban sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menuntut lebih masa di Kuala Lumpur berbanding Georgetown sudah semestinya melegakan kem Lim Guan Eng dan Pakatan Rakyat yang dilihat semakin yakin dengan penerimaan rakyat terhadap dasar-dasar baru yang mementingkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Yang perlu dibimbangkan Pakatan Rakyat hanyalah bagaimana kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak mampu ditawan seberapa banyak mungkin. Keputusan pilihan raya negeri Sarawak, BN menang 55 kerusi tapi popular votes hanya 53.9%. "Jika peratusan 46.1% yang tidak mengundi BN diterjemahkan kepada undi kawasan parlimen, Sarawak akan kehilangan sekurang-kurangnya 12 kerusi parlimen" Kata seorang AJK Pemuda Umno Malaysia yang telah mengadakan post mortem PRN Sarawak Penganalisis politik juga meramalkan Sabah akan kehilangan sekurang-kurangnya 6 kerusi parlimen iaitu Kota Kinabalu, Sepanggar, Penampang, Pensiangan, Tawau, dan Sandakan. Jumlah kerusi-kerusi parlimen yang boleh ditawan pembangkang di Sabah dan Sarawak sekurang-kurangnya 18 kerusi parlimen. Pada pilihan raya umum 2008, Barisan Nasional menang 140 kerusi daripada 222 kerusi parlimen. Keputusan terburuk dalam sejarah pilihan raya BN. UMNO menang 79 kerusi, MCA 15 kerusi, MIC 3 kerusi, Gerakan 2 kerusi dan PPP tidak menang sebarang kerusi. Secara keseluruhan popular votes BN 51.2% sahaja dan gagal dapat majority 2/3 dalam parlimen. Parti pembangkang menang 83 kerusi. PKR 31, DAP 28 dan PAS 24 kerusi. Untuk memperolehi majoriti 2/3, BN perlu mendapat sekurang-kurangnya 8 kerusi tambahan. Bagaimanapun keputusan 4 pilihan raya kecil parlimen, BN mempertahan Batu Sapi dan menawan Hulu Selangor tetapi gagal pertahankan Kuala Terengganu dan Sibu. Persoalannya, mampukah Barisan Nasional memperolehi kemenangan 2/3 pada PRU akan datang? Jika jawapannya YA dan mampu, parti mana yang boleh menyumbang kerusi itu kepada BN? Bolehkah MCA menambah bilangan kerusinya daripada 15 kerusi yang dimenanginya pada 2008? Mampukah MIC tambah 4 kerusinya (termasuk Hulu Selangor)? Bolehkah Gerakan menambah daripada 2 kerusinya? PPP mungkin tiada kawasan yang boleh ditandingi. Jawapan kepada persoalan-persoalan diatas bukan sahaja "diragui" tapi hampir mustahil parti MCA, MIC, dan Gerakan merampas kerusi yang telah ditawan DAP dan PKR. Kini hanya parti UMNO sahaja harapan BN boleh merampas kerusi PAS dan PKR. Persoalannya juga, mampukah UMNO? Jika sentimen rakyat tidak berubah cateris paribus, sekurang-kurangnya 18 kerusi dari Sarawak dan Sabah jatuh kepada pembangkang menjadikan jumlah kerusi BN sekarang 139 - 2 (SAPP) - 18=119. Manakala PR 84 + 2 +18 = 104 Dengan kiraan itu, BN masih boleh memerintah dengan simple majority. Dalam sebuah negara yang matured democracy, kemenangan dua pertiga tidaklah perlu. Saya yakin secara psikologinya kaum Cina yang menjadi "king maker" di Malaysia lebih suka keadaan kerajaan yang memerintah tidak memperolehi majority 2/3. Mereka selsa dengan keadaan sekarang. Terbukti kerajaan hari ini terutama by election yang diadakan dengan mudah tunduk terhadap setiap tuntutan dan desakan mereka. Jika ditakdir PR menang sekalipun, kaum Cina dan India lebih suka kemenangan yang simple majority untuk teruskan kuasa mereka sebagai "king maker". Sungguhpun begitu, jumlah kerusi BN 119 dan Pakatan Rakyat 104 itu hanya mengambil kira perubahan sentiment di dua negeri yang diwar-warkan sebagai Fixed Deposit, semata-mata berdasarkan keputusan pilihan raya Sarawak dan krisis kepimpinan yang berlaku di Sabah. Apa sekalipun analisis yang dikemukakan kesemua parti yang akan bertanding, hanya masa dan situasi yang akan menentukan. Selebihnya, dengan harapan SPR dapat menguruskan pilihanraya yang adil dan BERSIH, sebelum Najib Altantuya menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi pembubaran parlimen. JALAN PULANG Kepimpinan Pakatan Rakyat yakin pembahagian kerusi pilihan raya - kedua-dua peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen antara PKR, PAS dan DAP akan dimuktamadkan hujung bulan ini sebagai persiapan pilihan raya umum ke-13. The Malaysian Insider difahamkan perkara itu telah dibincangkan dalam sesi pemukiman kepimpinan parti perikatan itu semalam - di mana pemimpin Pakatan Rakyat mengatakan peruntukan kerusi akan dibuat secara rundingan secepat mungkin bagi mengelakkan konflik antara mereka. "Peruntukan kerusi dibincangkan secara umum, tidak secara terperinci... kami mahu selesaikan ia hujung bulan ini. Sebaiknya kami mahu ia (rundingan kerusi) diselesaikan di peringkat negeri," kata pemimpin DAP Zairil Khir Johari kepada The Malaysian Insider. Setiausaha politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ini berkata pemimpin Pakatan Rakyat semalam telah bersetuju peruntukan kerusi itu akan dibuat dengan elok bagi mengelakkan konflik yang berlaku dalam isu pembahagian kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak April lalu. "Jika kami mampu menyelesaikan rundingan kerusi, kami boleh elakkan situasi seperti di Sarawak," kata Zairil. Sebelum ini kelihatan PKR dan DAP cuba mendapatkan beberapa kerusi penting yang menyebabkan perbalahan antara kedua-dua pemimpin parti itu, "Saya rasa dalam soal kerusi Parlimen ia tidak banyak masalah tapi kerusi negeri berbeza. Kepimpinan negeri sering mempunyai pandangan yang berbeza tentang kawasan mana parti harus bertanding. "Jadi jika pembahagian kerusi selesai, kemudian kami boleh putuskan siapa calon yang akan bertanding," tambah Zairil. Difahamkan PAS mahu bertanding di kerusi Parlimen "lompat" yang dimenangi PKR sejak pilihan raya umum 2008. Umno juga telah mengumumkan akan menawan kembali kerusi PKR yang dilihat lemah dalam Pakatan Rakyat. Pada pilihan raya umum 2008, PKR mendapat kemenangan terbesar di Parlimen dengan 31 kerusi, yang mana Pakatan Rakyat menang di lima negeri dan 82 kerusi Parlimen. PAS punyai 23 kerusi Parlimen. |
Scandal Scorpene : Berita Buruk buat Najib.. Posted: 20 Jul 2011 05:59 AM PDT Polis Perancis diberitakan telah menemui "dokumen yang agak penting" dalam siasatannya berhubung skandal pembelian kapal selam Scorpene,yang disifatkan sebagai "bayaran komisyen" oleh gergasi pengeluar senjata Perancis, DCN kepada pegawai tertinggi Malaysia termasuk Perdana Menteri Najib untuk melengkapkan perjanjian. Najib yang ketika itu Menteri Pertahanan dikatakan antara "pemain utama" dalam skandal tersebut di samping bekas orang kanannya, Abdul Razak Baginda, hingga membawa kepada pertikaian komisen pembayaran sekitar Euro114 juta (RM500 juta) melalui Perimekar Sdn Bhd yang dimiliki isteri Razak Baginda, Mazlinda Makhzan yang akhirnya membawa kepada pembunuhan bekas penterjemah dan model dari Mongolia, Altantuya Shaariibu pada 2006. Adalah dipercayai, pihak berkuasa Perancis akan melengkapkan segala kertas siasatan pada September tahun ini dan dipercayai sudah mengambil masa selama 18 bulan untuk mencari bukti kukuh bagi mengheret Najib ke Mahkamah Awam Perancis di Paris. |
BERSIH 2.0 - Agong Akhirnya Terima Memo Posted: 20 Jul 2011 05:55 AM PDT Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 semalam berjaya menyerahkan memorandumnya yang mengandungi lapan perkara kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, lapor sebuah laman berita setempat. Encik Richard Yeoh dan Encik Liau Kok Fah, dua anggota jawatankuasa pandu Bersih 2.0, menyerahkan memorandum itu kepada seorang pembantu setiausaha peribadi Sultan Mizan pada sebelah petang. 'Memorandum itu menggesa agar diadakan pembaharuan (proses) pilihan raya,' kata Encik Liau kepada laman berita dalam talian Free Malaysia Today (FMT), semalam. Antara lain, memorandum Bersih 2.0 itu menggesa agar dikemaskinikan senarai pengundi bagi pilihan raya mendatang, membaharui amalan undi pos dan menghentikan politik kotor dan rasuah. Ia juga mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia menggunakan dakwat tidak boleh dikikis bagi setiap pengundi, mengadakan tempoh berkempen selama 21 hari, akses media yang bebas dan adil, serta pengukuhan institusi awam seperti SPR. Selain itu, Bersih 2.0 turut menggesa agar enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), termasuk seorang Ahli Parlimen (AP), Dr Michael Jeyakumar Devaraj, dibebaskan daripada tahanan di bawah Ordinan Darurat. Dalam satu perkembangan lain pula, Datuk Marina Mahathir, anak mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata beliau marah dengan serangan peribadi para pemimpin Barisan Nasional, termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, terhadap Ketua Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan. 'Saya rasa rakyat Malaysia sangat terkejut dengan tindakan ini. Juga tindakan kerajaan menahan anggota-anggota Parti Sosialis Malaysia dengan alasan mereka 'komunis'. Satu tuduhan yang sangat tidak berasas,' kata Datuk Marina, seperti yang disiarkan oleh laman berita Indonesia, VIVANews.com. Anak sulung Dr Mahathir itu menyertai perhimpunan Bersih di Kuala Kumpur pada 9 Julai lalu bagi menuntut pilihan raya adil dan bersih tetapi mengakui dirinya bernasib baik kerana menyertai perhimpunan itu di kawasan polis tidak langsung bertindak keras. Namun, menurutnya, para pembantah di tempat lain mengalami tindakan kekerasan berlebihan daripada polis. 'Ada banyak cerita daripada peserta lain, termasuk rakan kerja saya. Mereka terkenan gas pemedih mata, meriam air dan keadaan kacau bilau,' katanya. Datuk Marina berkata, walaupun mereka tidak melakukan hal-hal yang provokatif, mereka tetap diserang polis, walaupun telah melarikan diri, dengan tembakan gas pemedih mata hingga dalam pekarangan Hospital Tung Shin. |
BOS Pengerusi SPR bagi datang ke??? Posted: 20 Jul 2011 05:54 AM PDT Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berpeluang berdepan dan berdebat dengan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Datuk Wan Ahmad Wan Omar pada 26 Julai ini. Mereka akan berdebat berhubung sistem pilihan raya negara ini dalam majlis yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, yang menerbitkan akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain. Majlis itu juga akan disertai oleh Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin dari UKM. Kehadiran Wan Ahmad disahkan dalam laporan Utusan Malaysia hari yang berkata mereka akan berdebat dalam program berjudul 'Apa Selepas 9 Julai...' yang dijadualkan berlangsung di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam. Sebelum ini, kedua-dua pihak itu sering kali bertelagah berhubung ketelusan dan keberkecualian SPR. Ambiga pada kemuncaknya memmpin perhimpunan BERSIH pada 9 Julai lalu sehingga menyebabkan beliau dan hampir 1,700 orang yang lain ditangkap. |
Saman Judi: Mana PERKASA, Patriot & Silat Lincah..? Posted: 20 Jul 2011 05:52 AM PDT Hari tu bila BERSIH 2.0 nak buat Perhimpunan Aman, PERKASA, PATRIOT, SENI SILAT LINCAH & macam2 pertubuhan "Pembela Agama Islam & Bangsa MeLAYU" timbul... Hari ni bila 3 ekor (dipercayai Ahli MCA) saman Kerajaan Kelantan sebab tak benarkan aktiviti Judi di Kelantan mana Haram-Jadah2 "Pembela Agama Islam & Bangsa MeLAYU" hilang..? Mana Brahim Ali Puk1m4k...??? Mana geng "Eee"..? Mana geng Keris..? Pettuih...!!! Dua ahli perniagaan dan seorang individu menyaman kerajaan Pas Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) berhubung pengharaman aktiviti perjudian di negeri itu yang berkuatkuasa Februari lepas. Saman pemula itu difailkan oleh Wong Meng Yit, 47, dan Lee Khim Haw@Lee Khim Hwa, 58, kedua-duanya ahli perniagaan serta Gan Han Chuan, 44, di Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Sheng Lee Law pada 6 Jun lepas. Ketiga-tiga plaintif diwakili peguam Lee Kien Han dan peguam Rueben Mathiavaranam manakala kerajaan negeri Kelantan diwakili Penasihat Undang-undang Negeri dan MPKB diwakili oleh sebuah firma guaman. Dalam saman pemula itu, ketiga-tiga plaintif memohon satu deklarasi bahawa kerajaan negeri Kelantan, tidak berkuasa untuk mengeluarkan arahan atau polisi bagi meluluskan atau menggubal apa-apa enakmen yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri di negeri itu. Mereka juga memohon satu deklarasi bahawa perkara-perkara mengenai perjudian dan loteri adalah dalam bidang kuasa eksklusif Parlimen yang mengecualikan badan perundangan negeri Kelantan. Plaintif turut memohon satu deklarasi bahawa defendan tidak mempunyai bidang kuasa dan tidak berkuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk meluluskan atau menggubal apa-apa undang-undang serta undang-undang kecil, peraturan, arahan atau polisi yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri. Mereka menuntut ganti rugi am, kos bagi tindakan dan perintah lain yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah. Lee, yang ditemui pemberita di lobi Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini, berkata bahawa mahkamah telah menetapkan 17 Ogos ini untuk pengurusan kes berkenaan. Kes itu akan didengar di hadapan Hakim Abang Iskandar Abang Hashim di Mahkamah Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas 1 di sini, katanya |
Posted: 20 Jul 2011 05:50 AM PDT Sesebuah negara perlu mempunyai pasukan polis yang kuat. Polis memikul tanggungjawab yang amat tinggi, memastikan keamanan sesebuah negara dan masyarakat, melindungi rakyat dan memerangi penjenayah. Sudah tentu polis terutama pegawai di peringkat tinggi mengikuti kursus undang-undang dan perundangan untuk menjalankan tugas pemeliharaan kedaulatan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Kita mahu pasukan polis adalah satu pasukan yang cekap, kuat dan beramanah. Mereka perlu dilatih samada mencapai kecekapan mental dan fizikal yang maksima. Sudah tentu latihan-latihan untuk membina fizikal yang tampan, kuat, gagah dan berhemah perlu ada kepada setiap anggota polis. Sebagai rakyat kita amat berbangga melihat polis yang segak, tampan dan berdisiplin. Rakyat akan lebih berbangga dan melihat polis sebagai rakan pelindung kepada keselamatan dan keamanan mereka, sebaliknya penjenayah pula melihat anggota polis yang menakutkan mereka. Oleh itu anggota polis dan pasukannya mesti hebat, kuat, berhemah, bergaya dan berprestasi. Apa yang berlaku di Malaysia, pasukan polis yang kuat disalahgunakan oleh pemerintah Umno dan Barisan Nasional untuk melawan rakyat yang bertangan kosong di samping kerja-kerja memerangi penjenayah. Himpunan BERSIH 2.0 dapat dilihat kekuatan fizikal pasukan polis digunakan untuk melawan rakyat yang tidak bersenjata. Rakyat yang tidak suka kepada Barisan Nasional dianggap sebagai musuh negara. Mereka (pasukan polis) didoktrin untuk memerangi rakyat (pembayar cukai) yang tidak suka atau sealiran dengan parti pemerintah. Pasukan polis boleh menafikan ini, tetapi sebahagian rakyat melihat keadaan pasukan polis digunakan untuk memerangi mereka yang tidak sealiran dengan parti-parti Barisan Nasional. Tugas menjaga keselamatan rakyat sudah mula bertukar kepada menjaga keselamatan parti pemerintah. Inilah yang berlaku kepada pasukan polis dalam dunia ketiga sebelum demokrasi sebenar dapat dikecap. Thailand, Indonesia, Filipina sudah mula melepasi "period" pasukan keselamatan menjaga parti pemerintah. Hanyalah tingggal Malaysia dan Burma di rantau ini yang masih menggunakan pasukan polis untuk melindungi parti pemerintah. Saya yakin pasukan polis bersedia untuk merubah keadaan ini, supaya mereka dapat dilihat menjadi pelindung kepada perlembagaan dan rakyat jelata, daripada melindungi parti pemerintah. Saya yakin pasukan polis Malaysia juga berwibawa dan berintergriti untuk melakukan perubahan ini. Apabila saya berada di lokap Balai Polis Jinjang, saya amat berasa amat malu di mana bebrapa orang-orang tua yang berumur 60 hingga 70 tahun dibawa ke lokap semata-mata orang-orang tua ini disyaki menyertai Himpunan BERSIH 2.0. Apakah pasukan polis yang gagah perkasa ini, tugas mereka untuk memerangi orang-orang tua seperti itu? Kekuatan pasukan keselamatan sepatutnya digunakan untuk melindungi rakyat, menentang penjenayah? Sebaliknya digunakan untuk melawan rakyat. Sayang, arahan ALLAH… " hendaklah kamu menyediakan segala bentuk kekuatan, termasuk kuda kuat yang ditambat, untuk menggerunkan musuh ALLAH dan musuh kamu" , perintah ALLAH itu dilihat dilaksanakan di negara-negara barat, di mana bila berlaku himpunan aman seperti di England, Perancis, Belanda, Itali, German, Switzland, Autralia dan lain-lain lagi, pasukan polis melindungi himpunan dan perarakan rakyat sebaliknya mereka menyediakan kekuatan untuk membantu Israel menyerang Iraq, menyerang Afganistan dan menyerang Vietnam. Apa yang berlaku di negara orang Islam, pasukan keselamatan memerangi rakyat dan rakyat yang tidak sealiran dengan pemerintah dianggap musuh oleh pasukan keselamatan. Rakyat menjadi gerun kepada pasukan keselamatan khususnya polis, sebaliknya musuh ALLAH dan musuh negara pula tidak gerun kepada pasukan keselamatan kita. Sampai bila keadaan ini akan berubah, dan rakyat menunggu perubahan ini….. |
Posted: 20 Jul 2011 05:48 AM PDT Ketua pembangkang mengeluarkan kenyataan di atas dalam satu temuramah dengan The Associated Press hari ini. Ini memandangkan kerajaan yang ada sekarang menerima tekanan demi tekanan dari dalam dan juga luar negara terutamanya setelah apa yang berlaku pada perhimpunan aman Bersih pada 9 Julai lalu. Pembangkang telah mendapatkan momentumnya semula dengan lebih hebat lagi berikutan peristiwa tersebut. Jika sebelum ini, Husam Musa, exco kanan kerajaan Kelantan memberikan analisisnya terhadap perkembangan politik Malaysia berdasarkan suasana dan keputusan pilihan raya yang berlaku selepas 2008, bahawa PR bakal menanbahkan kerusi parlimen sebanyak 25 kerusi lagi menjadikan mereka hanya kurang 5 kerusi untuk membentuk kerajaan. Kini dengan momentum yang lebih tinggi tidak mustahil, PR mampu meraih kemenangan yang lebih besar dan mampu membentuk kerajaan. Momentum yang ada cukup untuk dipertahankan memandangkan PRU 13 bakal berlansung dalam masa terdekat samada dalam tahun ini ataupun awal tahun depan. |
Ku Li : Kerajaan Wajar Timbang Tuntutan Bersih 2.0 Posted: 20 Jul 2011 05:46 AM PDT SHAH ALAM 20 JULAI : Tokoh Umno Tengku Razaleigh Hamzah sekali lagi "melawan arus" pendirian kepimpinan Umno, apabila menzahirkan sokongannya terhadap tuntutan Bersih 2.0 mahukan pilihanraya adil dan telus. Bekas Menteri Kewangan itu menyifatkan desakan gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan itu sebagai sesuatu yang harus diberi pertimbangan wajar demi menyuburkan demokrasi. "Sebagai seorang demokrat yang melihat kepada keadaan ini dan UMNO sendiri juga menjanjikan supaya demokrasi dipertahankan dalam negara kita, wajar kita timbang semua tuntutan yang dibuat (oleh Bersih)," kata Tengku Razaleigh kepada pemberita. Pendirian Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu dijangka menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin Umno, khususnya di peringkat Majlis Tertinggi parti. Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi Umno mengisyhtiarkan Bersih sebuah pertubuhan haram. Lebih 1,600 orang yang menyertai perhimpunan aman itu pada 9 Julai lalu ditangkap manakala ribuan lagi ditembak dengan gas pemedih mata dan air berkimia. Ku Li berkata lapan tuntutan Bersih yang termasuk kempen minima pilihanraya selama 21 hari bukanlah keterlaluan. "Tujuan (Bersih) supaya perjalanan pilihan raya dilakukan secara adil dan bersih, terbuka, supaya rakyat turun mengundi mana-mana calon pilihan mereka, dapat berbuat demikian tanpa ugutan, tanpa sebarang perasaan tak puas hati selepas itu," kata beliau. "Tuntutan yang dibuat oleh mereka ini…ialah supaya kempen pilihan raya dilanjutkan sedikit, bukan 7 hari. kalau 7-8 hari tak sempat orang-orang nak berkempen. "Saya boleh menerima pendapat ini. Misalnya kalau kita datang dari Kelantan nak tolong kempen di Sabah ataupun di pedalaman Sarawak, tak sempat nak balik, apatah lagi perjalanan sukar ke tempat-tempat yang dihajati untuk melawat," tambah beliau yang juga bekas naib presiden Umno. "Jadi untuk berlaku adil supaya rakyat yang berada di kawasan seumpama itu mendengar penerangan daripada pihak yang menawar khidmat dalam pilihan raya berkesempatan mendengar penerangan penerangan mereka dengan memberi masa yang lebih lanjut. Kalau 7 hari tak sempat, macam mana nak kata adil?," ujar beliau. Ku Li berkata pemerintah harus mengakui kekangan-kekangan yang dihadapi oleh parti pembangkang ketika pilihanraya. "Mereka (pembangkang) tidak berhak bercakap menerusi TV, radio. Sebab itu mereka buat juga tuntutan semua pihak dibenar masa yang sama untuk menyampai pandangan dan pendapatan mereka mengenai sesuatu hal kepada rakyat menerusi TV, media masa yang dikawal oleh kerajaan," jelas beliau. "Dulu zaman Tengku dulu, samada pemerintah ataupun parti lawan, bergantung kepada jumlah kerusi yang kita bertanding dan jumlah undi yang diperolehi sebelum ini, jadi kita diberi masa untuk bercakap," tambahnya. . Ku Li berkata peredaran masa dan perubahan teknoloji memerlukan Umno-Barisan Nasional lebih peka kepada realiti politik semasa. Beliau berkata tindakan menafikan parti pembangkang ruang di media arus perdana akan hanya memakan diri pemerintah. "Dulu zaman Tunku Abdul Rahman, samada pemerintah ataupun parti lawan, bergantung kepada jumlah kerusi yang kita bertanding dan jumlah undi yang diperolehi sebelum ini, kita diberi masa untuk bercakap," di dalam media, kata beliau. "Saya tak boleh cari sebab mengapa (pembangkang) tak boleh dibenarkan sekarang, sebab kalau tak dibenar pun mereka boleh guna internet, emel, facebook macam-macam," kata Ku Li. "Keadaan sudah berubah. Namun untuk nak berlaku adil kepada semua pihak, saya rasa elok diberi layanan yang sama kepada semua pihak yang menawar diri untuk bertanding dalam pilihan raya," tegas beliau. |
PAK SAMAD HENTAM UMNGOK (VIDEO) Posted: 19 Jul 2011 07:16 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan