Anak Muda Kampung Nak Senang |
Najib disambut ribut luar biasa di PD 30 Julai 2011 Posted: 31 Jul 2011 08:29 AM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berada di Port Dickson pada 30 Julai 2011 kerana buat pertama kali dalam sejarah Perbarisan Tamat Latihan bersama ATM dan PDRM. Tidak lama selepas itu ribut luar biasa yang amat dahsyat melanda Port Dickson hingga kubah menara masjid jatuh, kereta-kereta remuk dihempap pokok, tiang elektrik tumbang, pokok tumbang, khemah berterbangan. Saksikan gambar-gambar eksklusif tersebut yang tidak terdapat di TV1, TV3, Utusan pada pautan di bawah ini : RIBUT DI PORT DICKSON : RENUNGAN BUAT DIRI YANG LALAI http://lobai-kampung.blogspot.com/2011/07/ribut-di-port-dickson-renungan-buat.html RIBUT LUAR BIASA SAMBUT ROSMAH DAN NAJIB KE PD ? http://chegubard.blogspot.com/2011/07/ribut-luar-biasa-sambut-rosmah-dan.html PERBARISAN ATM-PDRM DAN HUJAN RIBUT http://adampelik.blogspot.com/2011/07/perbarisan-atm-pdrm-dan-hujan-ribut.html MAKSIAT DI NEGERI SEMBILAN MENGUNDANG BALA http://amkns.blogspot.com/2011/06/maksiat-di-negeri-sembilan-mengundang.html ISLAM MAKIN TERPINGGIR DI N.SEMBILAN, MAKSIAT MAKIN BERLELUASA http://amkns.blogspot.com/2011/02/islam-makin-terpinggir-di-nsembilan.html Ribut landa PD Sinar Harian 31 Julai 2011 PORT DICKSON – Hujan lebat dan angin kuat yang berlaku sekitar kira-kira 11 pagi semalam mengakibatkan banyak pokok tumbang dan menghalang lalu lintas. Tinjauan Sinar Harian mendapati, pokok tumbang menghempap kenderaan yang di parkir di bawahnya, malah ada yang menimpa rumah dan mengakibatkan kerosakan teruk. Bumbung beberapa rumah dan bangunan banyak diterbangkan angin kuat berkenaan sementara beberapa kawasan rendah juga dinaiki air serta berlaku banjir kilat. Dalam pada itu, kejadian hujan berterusan hampir dua jam itu mengakibatkan beberapa orang cedera dan dikejarkan ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut. Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Abd Wahab Shamsuddin berkata, MPPD mengerahkan petugas terlibat untuk menggerakkan kerja pembersihan terutamanya di kawasan tumpuan ramai seperti jalan raya dan kawasan pantai. "Petugas daripada Majlis Perbandaran Seremban (MPS) juga disalurkan untuk membantu mempercepat kerja pembersihan dilakukan MPPD," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam. Abd Wahab berkata, kerja pembersihan akan dilakukan secara berterusan dan memfokuskan dikawasan tumpuan ramai sebelum masuk ke kawasan perumahan dan perkampungan. "Kerja pembersihan tidak dapat dilakukan serentak memandangkan kejadian seumpama ini adalah antara terburuk pernah berlaku dan membabitkan kawasan sangat luas di samping kekangan petugas. "Bagaimanapun, kerja pembersihan akan dilakukan dengan segera bagi menjamin keselesaan orang ramai," katanya. Dalam pada itu, seorang pengunjung, Siti Shamsiah Shaharuddin, 50, yang datang dari Pulau Pinang untuk melihat anaknya tamat latihan pada Majlis Tamat Latihan Perdana Siri 1/2011 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) semalam berkata, dia melihat kejadian bumbung di pentas utama padang kawat kaki Pusasda diterbangkan angin. "Keadaan sangat kelam kabut ketika itu, masing-masing berlari menyelamatkan diri. "Beberapa guruh kuat juga menakutkan ramai orang sebelum kejadian pokok tumbang dan menghempap beberapa kenderaan yang di parkir di kawasan padang," katanya. Dalam pada itu, seorang peniaga pasar malam di Batu 4, yang hanya mahu dikenali sebagai Azizah berkata, semua kuih-muih untuk dijual diterbangkan angin dan bertaburan di tanah. "Kejadian berlaku dengan cepat dan tidak boleh berbuat apa-apa, mujur tidak berlaku sebarang kecederaan," katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9388276.asp ATM, PDRM cipta sejarah Mingguan Malaysia 31 Julai 2011 TELUK KEMANG 30 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Perbarisan Tamat Latihan Perdana membabitkan dua pasukan keselamatan iaitu tentera dan polis buat julung- julung kalinya telah memahat satu sejarah penting dalam bidang keselamatan negara. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0731&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan