Isnin, 11 Julai 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Nak makan sedap, jadilah tahanan polis, sertai BERSIH

Posted: 10 Jul 2011 09:21 PM PDT



Kenyataan polis ini seolah-olah menggalakkan orang ramai menyertai apa-apa perhimpunan tanpa permit selepas ini, terutama warga kota yang kelaparan. Makanan untuk peserta perhimpunan BERSIH 2.0 yang ditahan polis lebih baik dari anggota polis yang bertugas. RM 23 belanja makan setiap tahanan, hidangan buffet ke?

*********
Polis belanja RM41,475 untuk kos makanan tahanan
Harian Metro 11 Julai 2011

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM41,475 diperuntukkan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bagi menampung kos makanan 1,659 individu yang ditahan kerana menyertai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) di ibu kota, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh berkata, pihaknya memperuntukkan RM23 bagi setiap individu yang ditahan untuk menampung kos makanan dan minuman.

"INI MEMBUKTIKAN LAYANAN MESRA KEPADA SEMUA TAHANAN MALAH MAKANAN YANG DISEDIAKAN KEPADA MEREKA LEBIH BAIK JIKA DIBANDINGKAN DENGAN ANGGOTA POLIS BERTUGAS.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PolisbelanjaRM41_475untukkosmakanantahanan/Article/index_html

70 isteri wakil rakyat keracunan makanan

Posted: 10 Jul 2011 09:21 PM PDT



Kosmo 11 Julai 2011 , KUALA TERENGGANU - Lebih 70 orang isteri wakil rakyat yang terbabit dalam Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011 di sini kelmarin, mengalami keracunan makanan.

Kejadian mula disedari kira-kira puku1 1 pagi apabila beberapa mangsa mula muntah-muntah dan cirit-birit sebelum mereka dirujuk kepada petugas di klinik statik hotel penginapan iaitu Primula dan Permai.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar memberitahu, daripada jumlah itu, seramai 17 mangsa terpaksa dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

"Bagaimanapun, hanya 15 yang ditahan di wad kerana simpton yang dialami mereka lebih serius namun, keadaan mereka stabil dan tidak membimbangkan," katanya yang ditemui ketika melawat mangsa di HSNZ semalam.

Menurut A. Rahman, punca kejadian masih disiasat namun, beliau tidak menolak ia mungkin berpunca daripada makanan yang dihidangkan dalam satu majlis makan malam sebelum itu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0711&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Pengalaman Marina Tun Dr Mahathir sertai BERSIH 2.0

Posted: 10 Jul 2011 08:25 PM PDT



Baca pengalaman peribadi anak Tun Dr Mahathir serta cucu beliau yang menyertai Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 di http://rantingsbymm.blogspot.com/2011/07/my-bersih-20-experience.html

Tiada ulasan: