Isnin, 4 Julai 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Anak Tun Dr Mahathir sokong Perhimpunan BERSIH

Posted: 03 Jul 2011 11:10 PM PDT



Marina Tun Dr Mahathir hari ini mengecam tindakan kerajaan terhadap penyokong Perhimpunan BERSIH. Marina berkata tindakan yang dilakukan oleh kerajaan sekarang ini umpama para diktator dari dunia ketiga. Demikian dilaporkan oleh akhbar portal Free Malaysia Today

July 4, 2011.
Dr M's daughter slams crackdown.

Marina Mahathir says the action taken by the authorities was similar to that used by third-world dictators.

Marina Mahathir, the daughter of former premier Dr Mahathir Mohamad – who had little tolerance for dissenting voices – criticised the clampdown on Bersih 2.0 supporters.

"Only those in fear would resort to such things… we are behaving like a third world country or less," she told a packed press conference here, flanked by several representatives from Bersih.

More than 150 people were detained, mostly for wearing yellow T- shirts with the word "Bersih" in connection with the polls watchdog's planned rally on July 9.

Opposition leaders, some of whom had been hauled up for questioning for backing Bersih's call for a rally to demand electoral reforms, said the mass arrests was one of the harshest crackdowns in the country's political history.

Marina said the government's crackdown was not reflective of Prime Minister Najib Tun Razak's efforts to transform Malaysia into a developed country.

"We are a developing country, we should behave like one and rise above (all this) and have some faith in our people," she said.

Marina also condemned the personal attacks on Bersih chairperson S Ambiga, whom she praised for having an excellent track record in fighting for human rights.

"The personal attacks are unwarranted. They should use better arguments to resolve the issue and not resort to personal attacks," she said.

Najib had called Ambiga, the former Bar Council president, a stooge of Pakatan Rakyat.

Marina's stand on this issue ran contrary to her father's position. The latter had echoed Najib's accusation that the planned rally was not to demand electoral reforms but to create another "political tsunami" to wrest power.

At the press conference today, Bersih representatives denied that the rally had any hidden political agendas and reiterated that it would be peaceful.

They also called on the authorities to find an amicable solution without calling off the rally.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/07/04/dr-ms-daughter-slams-crackdown/

Nyawa rakyat diperjudi, polis sibuk BERSIH, pengancam terbiar

Posted: 03 Jul 2011 07:57 PM PDT



Pengancam sebenar keselamatan rakyat Malaysia ialah pemandu bas dan pemandu lori yang bermaharajalela di jalanraya. Ada menteri nak arahkan polis dan JPJ tangkap pemandu ini sampai ke lubang cacing? Tangkap orang baju BERSIH adalah sampai ke lubang bakteria, bukan lubang cacing lagi. Menteri apa kisah, mereka tak naik bas ekspres, pergi mana-mana, polis juga yang escort. Polis escort juga yang selalu kemalangan.

Gila merebut kuasa, atau gila mempertahankan kuasa?

**************
MINTA JPJ SENTIASA PANTAU KELAJUAN BAS EKSPRES
Berita Harian 4 Julai 2011

SAYA seorang pelajar yang sering berulang alik dari Kuala Lumpur ke Butterworth atau Parit Buntar, Perak dengan menaiki bas ekspres. Sepanjang saya berulang alik selama lebih empat tahun, saya mendapati beberapa bas ekspres daripada beberapa syarikat terkemuka sering dipandu laju melebihi 110 kilometer (km) sejam.

Kadangkala kelajuan bas ekspres itu meningkat sehingga 130km sejam sehinggakan bas ekspres itu dapat memotong kereta di lorong kanan. Ketika berada di dalam bas ekspres, saya sentiasa berdoa supaya Allah SWT melindungi saya daripada malapetaka seperti kemalangan.

Ini kerana seorang sahabat saya pernah menjadi korban kemalangan bas ekspres di Melaka pada tahun lalu. Saya sering duduk berhampiran pemandu bas untuk melihat panel meter kelajuan bas itu tetapi pemandu mengarahkan saya untuk duduk di tempat yang terlindung daripada ruang pemandu.

Saya ingin mencadangkan kepada pihak berkuasa supaya mengkaji semula waktu jangkaan ketibaan (ETA) bas ekspres untuk sesuatu syarikat bas ekspres. Kebanyakan waktu itu agak singkat untuk kenderaan besar dan berat seperti bas ekspres.

Waktu ketibaan bas ekspres seharusnya lebih lama berbanding kereta kerana bas hanya boleh dipandu sehingga 90km sejam saja dan bas itu berhenti di hentian rehat dan rawat. Faktor ini menjadi ukuran kepada waktu ketibaan bas yang sebenarnya.

Jika bas itu tiba mengikut waktu ketibaan kereta, maka bas itu berkemungkinan dipandu dengan laju. Pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hendaklah sentiasa menjalankan operasi secara berterusan agar pemandu bas sentiasa sedar pemanduan mereka diperhatikan oleh pihak berkuasa.

Tumpuan hendaklah juga diberikan kepada bas yang berenjin besar yang boleh dipecut laju walaupun ketika di kawasan berbukit seperti di sekitar Ipoh kerana kuasa enjin yang tinggi.

Saya berharap pihak berkuasa sentiasa menjalankan operasi secara berterusan dan kerap. Kami penumpang bas ekspres sentiasa berasa takut ketika berada di dalam bas.

PENUMPANG PRIHATIN,
Parit Buntar, Perak.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MintaJPJsentiasapantaukelajuanbasekspres/Article

Bahana Larian 1Malaysia, pelajar disengat tebuan

Posted: 03 Jul 2011 07:53 PM PDT



Terlalu sangat hendak mencipta rekod, arahkan semua sekolah, semua pelajar, semua guru buat larian 1Malaysia nak pecah rekod konon. Akhirnya para pelajar yang disengat tebuan. Ada Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri pergi melawat pelajar ini, atau menyalahkan guru-guru kerana tidak menjaga keselamatan para pelajar?

21 PELAJAR DISENGAT TEBUAN KETIKA LARIAN 1MURID 1SUKAN
Mstar Ahad Julai 3, 2011

KOTA BAHARU: Seramai 21 murid dan pelajar dari dua sekolah di Bachok dimasukkan ke hospital selepas mereka disengat tebuan ketika menyertai Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia pagi Sabtu.

Pegawai Perhubungan Awam Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) ZaidAhmad berkata kesemua pelajar itu terdiri daripada pelajar Sekolah Kebangsaan(SK) Badak dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badak, yang diserang sejenistebuan tanah dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu.

"Lapan pelajar perempuan adalah dari SMK Badak dan bakinya dari SK Badakyang dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut. Tiada yang cedera serius," katanya kepada Bernama di Wad 5 HRPZII di sini.

Zaid berkata mereka yang terlibat merupakan murid Tahun Empat dan Tahun Limaserta pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.

Menurutnya kesemua pelajar itu akan dibenar pulang secara berperingkatpetang ini.

Sementara itu, murid Tahun Empat SK Badak Mohd Farid Firdaus berkata beliaumenerima tujuh sengatan tebuan tanah itu ketika berlari beramai-ramai di satukawasan semak di satu laluan berdekatan sekolah.

Beliau berkata mereka kemudian dihantar ke Hospital Bachok sebelum dihantarke HRPZII di sini.

Rakannya Nur Syafiqah Azmi, 10, berkata beliau hampir pengsan dan menjeritkesakitan ketika serangan tebuan itu berlaku.

"Saya kena tiga sengatan di badan dan cikgu hantar ke hospital," katanya.

Pelajar SMK Badak, Aishah Mansor, 13, berkata ketika larian dia tiba-tibamelihat tebuan itu menyengat rakan-rakannya termasuk beliau. "Semua pelajar menjerit dan kami semua kembali ke sekolah sebelum dihantarke hospital," katanya yang terkena empat sengatan tebuan. - BERNAMA
http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2011/7/3/mstar_jenayah/20110703152150&sec=mstar_jenayah

LARIAN 1MURID 1SUKAN PECAH REKOD MBOR


TAIPING 2 Julai - Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang berlangsung di seluruh negara berjaya mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai larian terbesar yang disertai oleh 4,137,126 pelajar daripada 9,980 buah sekolah.

Larian yang diadakan sempena pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan di Padang Dataran Perbandaran Taiping itu turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin awal pagi ini.

Muhyiddin sewaktu berucap pada majlis tersebut menegaskan, sukan merupakan satu platform pembentukan sahsiah pelajar dan memupuk integrasi sosial seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0703&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm&arc=hive

Tiada ulasan: