AMKBayanBaru |
AMKPP Menjunjung TitahSeri Paduka Baginda YDP Agong Posted: 04 Jul 2011 04:25 AM PDT AMKPP Menjunjung TitahSeri Paduka Baginda YDP Agong 4 Julai 2011 Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) hari ini menyatakan taat setia dan menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan al-Mukhtafi Billah Shah semalam. Sungguh ia merupakan satu titah dari baginda yang benar-benar seluruh hamba rakyat nantikan. Kami, selaku anak muda tidak akan berbelah bahagi dalam menyatakan sokongan terhadap gesaan, saranan dan nasihat Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dalam titah berkenaan. Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) juga ingin mempersembahkan ucapan penghargaan atas keprihatinan dan pemedulian Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dalam memastikan keamanan negara kekal terpelihara, suara rakyat didengar dan nasihat baginda agar pihak berkaitan perhimpunan BERSIH 2.0, berunding demi merungkai segala permasalahan yang ada. Dengan mengambil semangat dari titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, AMKPP menyeru agar perkara berikut dapat dilaksanakan oleh setiap individu demi memastikan keamanan dan hak rakyat bersuara terus terpelihara. Maka, AMKPP menyeru agar perkara-perkara ini perlu dilaksanakan segera; 1. AMKPP menyeru seluruh rakyat Malaysia agar memahami titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke arah Malaysia yang aman. 2. AMKPP menggesa, 'perang mulut' & perdebatan mengenai titah baginda ini di media massa & media elektronik seperti blog, facebook & twitter dihentikan serta-merta. 3. AMKPP menyokong penuh usul Pakatan Rakyat (PR) agar panitia penganjur bersih mengadap Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bagi menjelaskan kepada baginda akan matlamat murni perhimpunan aman rakyat Malaysia pada 9 Julai ini. 4. AMKPP menyeru semua pihak, taat dan patuh pada saranan baginda agar pihak-pihak yang menutup pintu rundingan sebelum ini, terutamanya pihak PDRM & SPR kembali membuka pintu untuk perbincangan dalam menangani konflik yang berlaku. Justeru, dengan ini AMKPP yakin dan percaya bahawasanya Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, dengan tulus mahu mendengar rintihan dan membantu menyelesaikan penderitaan yang rakyat baginda alami selama ini. Untuk itu, AMKPP dengan ini memohon untuk menjunjung kasih dan menyatakan Daulat Tuanku! Ahmad Azrizal Tahir Tim Ketua Angkatan Muda Keadilan Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang |
You are subscribed to email updates from AMKBayanBaru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan