Sabtu, 25 Jun 2011

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


VIDEO AGEN ASING?

Posted: 25 Jun 2011 03:36 AM PDT

(Lee Kuan Yew pernah mendedahkan bahawa Bahagian Risikan Singapura mempunyai "bukti teknikal" kegiatan Anwar dan "Anwar walks into the trap!!!)

Salam 2 all.

Siapa sebenarnya yang merakamkan videoklip adengan "kondang-kondi" Anwar Ibrahim dengan China-Doll itu? Itulah persoalan besar yang bermain dalam fikiran rakyat. Prosiding perbicaraan Datuk Trio semalam, walaupun jelas membuktikan Jantan-X sebagai Anwar Ibrahim, tetapi meninggalkan persoalan besar; siapa dalang yang membikin rakaman tersebut? Kerana Mahkamah dimaklumkan bahawa dalang pembuat video itu tidak diketahui lagi!

Teman menerima banyak pertanyaan mengenai kemusykilan itu. Yang nyata, Datuk Eskay, rakan baik Anwar, tidak membuat rakaman tersebut. Beliau menjumpai alat perakam dan videoklip itu. Datuk Shuib dan Tan Sri Rahim lagi lah takde kena mengena, sebab prosiding semalam membuktikan mereka sekadar membantu menyiarkan videoklip tersebut. Jadi siapa dalang yang membuat rakaman tersebut?

Apa yang jelas ialah dalang pembuat rakaman tersebut sudah tentu bukan calang-calang orang, atau kumpulan, kerana:

1. sudah pasti mereka mempunyai maklumat tentang lokasi kegiatan Anwar;
2. mereka mempunyai akses ke bilik kegiatan tersebut;
3. mereka mempunyai kepakaran dan dana yang cukup untuk melaksanakan operasi.

Teman cukup yakin orang atau kumpulan yang melaksanakan operasi tersebut adalah agen-agen negara asing kerana:

1. sudah pasti mereka yang memasang alat perakam tersebut sudah tahu Anwar Ibrahim akan membuat "taklimat pelaburan" didalam bilik tersebut; maka mereka memasangnya didalam bilik itu. Ini menimbulkan persoalan, bagaimana mereka tahu Anwar akan "bercucuk-tanam" dalam bilik tersebut.

2. mengikut maklumat yang diperolehi, Anwar telah beberapa kali menggunakan bilik atau lokasi yang sama untuk tujuan "main kondang-kondi" ni. Bermakna samada pembawa Anwar, iaitu rakan baiknya Datuk Eskay yang bocorkan maklumat, atau kakitangan apartment yang membocorkan kegiatan Anwar disitu. Atau ada pihak yang sudah memang sedia memantau dan mengekori Anwar. Datuk Eskay langsung tidak mengetahui tentang adanya alat video perakam itu, jadi kemungkinan besarnya bukan Datuk Eskay. Mungkinkah kakitangan apartment itu sendiri?

3. Atau adakah agen negara asing sudah mengetahui tentang kegiatan Anwar ini? Dan memantau serta merakam "adengan kondang-kondi' Anwar itu? Kalau benar, apa matlamat mereka? Apa kepentingan mereka?

4. Kita perlu ingat bila Anwar sudah beberapa kali pergi ke lokasi yang sama, atau kegiatannya dilokasi yang sama sudah dibocorkan, maka mudah lah pihak agen asing yang memantau kegiatan Anwar melaksanakan operasi mereka.

5. Kita juga perlu ingat bukan mudah hendak memasang empat (4) buah alat perakam video "high-definition camera" didalam sebuah bilik yang disewakan saperti hotel atau servis apartment. Bermakna kumpulan agen asing ini sudah tahu Anwar akan ada disitu, dan mempunyai banyak masa untuk memasang alat perakam video itu.

6. Dan kita perlu ingat, untuk melaksanakan operasi saperti ini memerlukan kos yang sangat tinggi. Peralatan perakam yang canggih saperti yang digunakan sangat mahal. Untuk menampung anggota risikan yang melaksanakan operasi bukan murah yop. Nak membayar pemberi maklumat, tempat penginapan, mereka yang memberi akses kepada agen-agen ini masuk ke bilik adengan untuk memasang perakam video tersebut, kos logistik dan banyak lagi. Pendek cerita, bukan murah yop.

7. Oh ya, jangan lupa lokasi tempat adengan "kondang-kondi China-Doll" itu berlaku ada kedutaan negara asing yang berdekatan. Mike tahu kedutaan apa tu yop? Cuba mike lalu kat depan loksai tu dan tengok, jelas tertulis kedutaan negara mana!!!

Bila mengimbas kembali pendedahan oleh portal WikiLeaks, berderaulah darah teman! Kita jangan lupa dalam pendedahan yang menggegarkan dunia risikan, WikiLeaks antara lain pernah mendedahkan kabel pertukaran maklumat diantara mantan Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew, Bahagian Risikan Singapura/ Australia dengan Bahagian Risikan Amerika Syarikat.

Antara yang didedahkan ialah, Bahagian Risikan Singapura/ Australia mendedahkan bahawa "mereka mempunyai bukti & keterangan teknikal" tentang kegiatan Anwar Ibrahim. Apa dia "bukti teknikal" itu? Adakah ianya termasuk rakaman video Anwar Ibrahim. Kita perlu ingat yang perakam video dan rakaman videoklip yang dijumpai oleh Datuk Eskay, kawan baik Anwar itu hanyalah secara kebetulan beliau terjumpa. Persoalannya, adakah mereka, iaitu kumpulan agen asing ini sudah mempunyai rakaman-rakaman lain sebelum daripada itu?

Yang lebih parah, mantan Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew menyatakan dalam pendedahan WikiLeaks itu, bahawa bukan sahaja Bahagian Risikan Singapura mempunyai "bukti teknikal" mengenai kegiatan Anwar, malah beliau dengan jelas menyebut "Anwar termasuk didalam perangkap tersebut"!!! Apa perangkap yang dimaksudkan oleh Lee Kuan Yew? Adakah termasuk rakaman video 'adengan kondang-kondi dengan China-Doll" ini atau adengan lain-lain?

Teman teringat semasa lawatan Lee Kuan Yew ke Malaysia selepas pilihanraya 2008, beliau menemui beberapa pemimpin Pakatan pembangkang terutamanya dikalangan pimpinan PAS dan DAP, dan beliau langsung tidak menemui Anwar. Dan teman masih ingat kenyataan yang disampaikan kepada kami oleh pimpinan yang berjumpa Lee Kuan Yew mengenai apa yang telah disebut oleh Lee Kuan Yew, "everytime Anwar touchdown in Singapura, we have cameras monitoring him, and we know his activities. Be careful!".

Kalau tak percaya, cuba tanya beberapa kepimpinan Pakatan pembangkang. Malah antara mereka pernah membuat komen selepas pendedahan Lee Kuan Yew itu, "tak habis-habislah Anwar ni". Tak percaya cuba tanya dema yop! Itupun kalau dema masih nak bercakap benar lah. Paham-pahamlah kalau perjungan Negara Islam pun mereka boleh campak ke longkang kerana ugutan seorang punjabi tak berturban, bayangkanlah apa yang mereka mampu buat!!!

Jadi yop, persoalan besar yang rakyat perlu tanya sekarang ini ialah, apakah Bahagian Risikan Singapura mempunyai "bukti teknikal" kegiatan "kondang-kondi" Anwar Ibrahim? Dan berapa banyak bukti teknikal yang mereka ada tu? Apakah bukti teknikal itu boleh memudaratkan kedaulatan Malaysia dan mengamcam keselamatan negara?

Kalau benar mereka ada bukti teknikal berkenaan Anwar Ibrahim, mike tak nampak ke bahaya yang sedang negara hadapi? Kita semua tahu Singapura semakin terdesak dengan isu pembekalan air bersih dan perluasan tanah untuk penduduknya. Kontrak pembekalan air dari Malaysia ke Singapura akan tamat tidak lama lagi. Kesempitan tanah memaksa Singapura mendapatkan bekalan pasir untuk usaha penebusan dan tambakan laut, hinggakan aktiviti penyeludupan pasir dari Malaysia semakin berleluasa!

Dalam keadaan itu, cuba mike bayang kalau Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia! Orang yang paling tersenyum besar ialah Lee Kuan Yew dan kekawan dia. Sebab, semua masalah besar Singapura itu tadi akan selesai. Apa susah, dengan menggunakan "bukti teknikal" yang mereka ada, mudah sangat bagi mereka "memeras" dan "mengugut" Anwar Ibrahim.

Jangan lupa Anwar Ibrahim hampir memusnahkan negara dahulu apabila beriya-iya mahu melaksanakan preskripsi IMF dalam menangani krisis kewangan dan ekonomi 1998. Bayang apa akan jadi jika Anwar berjaya; kita akan jadi hamba IMF selama-lamanya. Persoalannya, adakah pihak asing tersebut mempunyai apap-apa "bukti" atau "bahan" untuk memeras Anwar, sehingga dia sanggup tunduk kepada telunjuk negara Barat dan IMF dengan prsekripsi yang boleh memperhambakan Malaysia kepada telunjuk asing?

Alhamdulillah Tun Dr. Mahathir bertindak pantas memintas dan mencantas Anwar; dan negara kita bukan sahaja terselamat, malah masih punya maruah dan harga diri kerana kita berjaya menyelesaikan masalah kita mengikut cara kita sendiri, tanpa bergantung atau tunduk kepada sesiapa.

Oleh itu jawapannya mudah yop; Anwar Ibrahim, manusia yang ditabal bininya sendiri sebagai anugerah tuhan wajib dipintas, wajib dicantas; sebelum negara kita tergadai, dan diletakkan dibawah ransom dan tebusan oleh negara asing!!!

Tepuk dada tanyalah iman masing-masing yop. Gunakanlah otak yang ALLAH beri itu untuk berfikir, bukan untuk dibuat sup otak masak lemak cili padi. Dan bila berfikir, tengoklah wajah anak zuriat masing-masing; apa nak jadi dengan masa depan mereka jika ini semua terjadi. Jangan nanti sampai ke peringkat anak cucu mike kencing diatas kubur mike yop; kerana mike menggadai masa depan mereka hanya kerana ketaksuban melampau kepada seorang manusia!!!

Kita bukan gila kuasa, tetapi kita nak halang orang gila daripada berkuasa!!! ALLAH huakbar
..ALLAH huakbar..ALLAH huakbar..!!!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
23 Rejab 1432
25 Jun 2011

Tiada ulasan: