Ahad, 26 Jun 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Cucuku Annuar.

Posted: 26 Jun 2011 06:53 PM PDT

Annuar sungguh gembira dengan skaf dikepalanya
Dia kecil, baru 1 tahun, tapi seolah-olah dia sangat faham dengan perjuangan rakyat.
Annuar bersama akinya. Kakaknya sudah pergi Tadika, dan sebelum dia pergi tadi dia laungkan LEFORMASI (dia belum pandai sebut R).

Kursus Jatidiri - Felda Task Force Selangor Bergambar

Posted: 26 Jun 2011 04:12 PM PDT

(Dari Kiri: Fariz Musa, Suhaimi Said, Ismail Yusof dan Rebin Birham - bergambar selepas satu sesi Kursus Jatidiri anjuran Task Force Felda Negeri Selangor dan SELKAD di Kem Laman Bestari, Gombak pada 24 -26 Jun 2011)
Peserta-peserta Kursus
Peserta-peserta Kursus
Peserta-peserta Kursus bersama Rebin Birham (tengah)
Peserta-peserta wanita

Sayang, cukup sayang. Suatu kursus memperkasakan diri dan organisasi khusus untuk memperkasakan perjuangan PKR dikalangan peneroka-peneroka Felda dan Generasi Baru Felda hanya dihadiri oleh anggota-anggota biasa PKR.

Ketua-Ketua Cabang dan JK Cabang tidak berminat, mereka terdiri daripada orang-orang yang sudah hebat yang tidak layak menyertai kursus lagi.

Kernapa mereka tidak mahu hadir? Kerana didalam kursus itu tidak ada ada tokoh-t0koh besar seperti Dato Seri Anwar Ibrahim yang merasmikannya. Kursus ini hanya dikendalikan oleh kumpulan profesional yang mahir dibidang jatidiri, organisasi dan gerak kerja. Peserta kursus sudah tentu memahami apa yang mereka perlu lakukan didalam menghadapi Pilihanraya.

Kalaulah Ketua-Ketua Cabang yang hadir, pertamanya, mereka akan berubah sikap daripada sikap selesa, malas dan layu kepada sikap yang positif, dinamik dan segar untuk menyusun strategi, taktik dan gerakan berhadapan dengan PRU yang mengandungi elemen-elemen penyelewengan.

Kursus ini menjurus kapada gerak kerja didalam rancangan-rancangan Felda. Ada 46 kawasan Parlimen yang melibatkan kawasan Felda dan ada 62 kawasan yang memerlukan undi peneroka untuk menang, maka antara 46 hingga 62 Ketua-Ketua Cabang dan Jawatankuasa merka sepatutnya berada di Kursus itu.

Anggota-anggota biasa mungkin boleh membawa kembali dengan ilmu yang mereka timba untuk kegunaan diri mereka sendiri sahaja, kalau Ketua Cabang yang hadir dan menimba ilmu itu, sudah tentu Jentera Pilihanraya di kawasan Cabang itu memperolehi menfaat.

Putrajaya? Begitu jauh jika Ketua-Ketua Cabang masih diselubungi dengan suasana selesa!

Tiada ulasan: