Isnin, 27 Jun 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Bersih 2.0: Polis Memanggil Dato Seri Anwar Jam 5 Petang Ini Ke IPD Dang Wangi

Posted: 27 Jun 2011 07:07 PM PDT

Malaysian Insider

Polis meneruskan siasatan berhubung tiga perhimpunan serentak 9 Julai ini dengan yang terbaru memanggil Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan dikeluarkan ibu pejabat PKR malam tadi menyebut Anwar akan berada di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini, petang ini.

"Adalah dimaklumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipanggil ke IPD Dang Wangi untuk membantu siasatan berkaitan ucapan beliau di Brickfields (awal bulan ini).

"Ucapan tersebut dikatakan ada menyentuh persoalan mengenai perhimpunan Bersih," kata kenyataan itu lagi,

Kenyataan itu menambah, Notis 111 yang dikeluarkan polis menyebut siasatan dibuat di bawah Akta Polis dan Akta Hasutan.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke IPD Dang Wangi esok (hari ini), pukul 5 petang," katanya lagi.

Semalam, pihak polis telah mengambil keterangan daripada pengerusi Bersih, presiden Perkasa dan ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan.

Himpunan Bersih 2.0 akan diadakan pada 9 Julai ini manakala Perkasa dan Pemuda Umno dengan sokongan beberapa komponen Barisan Nasional mahu mengadakan perhimpunan balas.

Selain tiga wakil itu polis juga menyoal siasat Sasterawan Negara Datuk A Samad Said semalam.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Bersih 2.0: Suhakam Mahu Putrajaya Benar Himpunan Aman 9 Julai

Posted: 27 Jun 2011 06:45 AM PDT

Malaysian Insider

Di sebalik tindakan keras pihak berkuasa yang dilihat semakin meningkat, Suhakam mahu pentadbiran Najib membenarkan perhimpunan-perhimpunan aman termasuk anjuran Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Pada masa yang sama, Suhakam berkata pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab.

"Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu (dengan) sewajarnya," kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini merujuk kepada perhimpunan aman yang dirancang oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai dan juga perhimpunan-perhimpunan yang dilaporkan dirancang oleh Pemuda Umno dan Perkasa.

Pemuda Umno dan Perkasa mahu mengadakan perhimpunan balas membantah Himpunan Bersih 2.0 pada tarikh dan masa yang sama.

Bersih 2.0 mendakwa pihaknya hanya mengadakan perhimpunan aman bagi menuntut sistem pilihan raya yang bebas dan adil dengan diletakkan lapan tuntutan.

Hasmy berkata Suhakam mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub ddalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Kata beliau, Suhakam mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun seperti yang terkandung dalam, antara lain laporan tahunannya kepada Parlimen serta permintaan bagi pemansuhan Subseksyen (2), (2A) hingga (2D), (4), (4A), (5), (5A) – (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967.

"Dan, mengesyorkan agar pihak polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ia perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan," katanya lagi.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan pihak polis tidak akan mengeluarkan permit kepada mana-mana kumpulan yang mahu mengadakan perhimpunan pada tarikh tersebut.

Pihak polis sudah mula memanggil pihak penganjur ketiga-tiga perhimpunan itu.

Malah pihak polis juga sudah mula menahan mereka yang memakai kemeja-T Bersih 2.0.

Kakitangan Awam Jana Ekonomi Rakyat Selangor

Posted: 27 Jun 2011 06:40 AM PDT

TV Selangor

Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan negeri supaya melaksanakan tugas dengan penuh tatkelola yang baik dalam memastikan unjuran peningkatan ekonomi negeri dapat berlangsung baik.

Menurutnya, perbelanjaan kerajaan negeri perlu mengambilkira keupayaan menjana pendapatan agar hasil yang diperolehi dapat dinikmati semua pihak.

"Kita menyeru dan merayu rakan-rakan pimpinan dan para pegawai supaya ruang untuk mempertingkatkan kecekapan kita dapat diterjemahkan dengan kelulusan itu dibuat dengan cara secepat mungkin. Melengahkan pemberian khidmat itu, membebankan rakyat jelata," katanya.

"Kalau perbelanjaan itu tidak bertanggungjawab misalnya dalam pengurusan ekonomi rumah tangga, yang menjadi bebannya adalah kepada anak dan dikelilingi dengan hutang piutang. Maka perbelanjaan kita perlu mengambilkira keupayaan kita menjana pertumbuhan dan mendapatkan pendapatan," katanya.

Majlis Dialog Bajet Selangor 2012 yang dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dianjurkan untuk membuka ruang kepada semua pihak bagi mengemukkan pandangan untuk dipertimbangkan kerajaan Negeri sebelum dirumuskan dalam Belanjawan 2012.

Menurut beliau, segala pandangan pelbagai pihak sama ada dari peringkat pelabur sehingga ke akar umbi suara rakyat perlu didengar dan dipertimbangkan agar tidak ada yang terpinggir dan perlaksanaan yang baik dapat dilakukan.

"Kerangka ini harus dijelaskan kerana dasar yang dibentangkan pimpinan harus difahami. Dialog ini memberikan ruang agar dasar dan aspek yang dibentangkan boleh diubahsuai memandangkan ianya peluang untuk memperoleh input daripada khalayak yang akhirnya rakyat akan memperoleh manafaat daripadanya," katanya.

Tegas Anwar, prinsip kebertanggungjawaban dalam melaksanakan amanah yang dipegang dan pengamalan etika yang tempang merupakan dua kerangka utama yang perlu diberikan perhatian memandangkan perkara ini merupakan pokok utama kepada ketirisan dan kegagalan pengurusan ekonomi.

"Bila ia dirumuskan, maka dua perkara tertonjol. Yang pertama adalah etika, kerana isu pengurusan ekonomi itu tidak berdasarkan ketelusan, prinsip dan kerangka dasar yang jelas maka dorongannya adalah ketamakkan, dimana peringkat sekalipun berjangkit, pimpinan dengan keinginan untuk mendapat keuntungan maka rasuah, penipuan akan menjadi peraturan. Mengambil tanah rakyat, mengambil komisyen daripada kontrak, itu menjadi lumrahnya. Sama ada caranya canggih atau tidak. Dan ini mesti dihindari.

"Kedua, Kerajaan Negeri dan pengursan kewangan adalah pemegang amanah. Kalau prinsip ketidak bertanggungjawaban itu tidak ada maka dia akan mengambil keputusan yang difikirkan wajar tanpa rasa bertanggungjawab dan beranggapan bahawa wang itu bukan wang dia," tegasnya lagi.

Ujar Anwar lagi, kekayaan ekonomi dan dana yang pesat mampu meningkatkan hasil zakat negeri seperti sistem pemerintahan yang diamalkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz dalam membantu mengurangkan beban kemiskinan yang ditanggung rakyat.

"Pendekatan yang ingin saya sentuh, dana mesti menjana pertumbuhan. Negeri mesti kaya kalau tidak zakat akan kecil. Falsafah zakat yang dikupas oleh Sheikh Yusof al-Qardawi cukup jelas, kalau ekonomi tidak berkembang zakat kecil. Kalau pelaburan besar, ekonomi berkembang, pentadbiran juga cekap dan efisyen.

"Kita berbangga kita mewarisi satu sistem pentadbiran yang mampu memberikan khidmat yang cekap dan kita harap ianya akan dapat dipertingkatkan agar lebih cepat dan berkesan. Hanya dengan pelaburan dan menjana pertumbuhan pendapatan yang pesat maka hasil zakat akan bertambah," katanya.

Majlis Dialog Bajet Selangor 2012 merupakan anjuran Perbendaharaan Negeri Selangor dihadri seluruh kepimpinan kerajaan negeri termasuk barisan Exco dan Adun.

Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan Selangor pada Mac 2008, dasar 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' diperkenalkan dalam memastikan segala usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dinikmati dan dikembalikan kepada rakyat.

Kita Perlu Mempersuci Demokrasi, Bukan Keruhkannya- A Samad Said

Posted: 27 Jun 2011 03:36 AM PDT

Keadilan Daily

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said hairan apabila  dipanggil memberi keterangan oleh polis hanya kerana membaca puisi yang menyeru kepada demokrasi yang lebih baik.

Sasterawan yang lebih mesra dengan panggilan  Pak Samad itu berkata demikian selesai memberi keterangan di Balai Polis Dang Wangi  berkaitan Perhimpunan Bersih, 9 Julai.

Beliau disoal siasat polis di bawah Akta Hasutan dan Akta Polis kerana hadir dan membacakan puisi pada Pelancaran Bersih 2.0 yang diadakan 19 Jun lalu.

Ketika ditemui pemberita, Pak Samad berkata, beliau hadir pada majlis itu bukan dengan niat menghasut, sebaliknya dengan tujuan yang murni untuk demokrasi di negara ini

"Bagi saya sendiri, saya pun merasa aneh juga mengapa hal ini harus berlaku. Dalam puisi itu adalah saranan-saranan yang saya fikir amat suci dan sepatutnya dihargai dan bukan dicurigai.

"Kita sebenarnya perlu mempersuci demokrasi dan bukan memperkeruhkannya atau mencemarinya,"  tegas Pak Samad.

Sambil menyatakan demikian, beliau menegaskan tetap akan turut serta menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai ini, meskipun ditekan pihak berkuasa itu.

"Saya akan hadir Bersih nanti. Gerakan ini membantu menyuburkan suasana yang lebih bagus. Sepatutnya disokong, bukan dibantah," katanya.

Dalam pada itu, Pak Samad menyeru rakyat Malaysia tanpa mengira kaum supaya melihat perhimpunan Bersih bukan sesuatu yang memudaratkan.

"Saya tak mahu cakap soal bangsa, kita semua orang Malaysia.

"Tentunya dari satu pihak akan menghebohkan bahawa ini akan membahayakan. Jikalau itu alasannya sampai bila pun kita tak akan buat apa-apa.

"Orang itu pun harus memahami cita-cita kita juga. Orang mesti ada rasa bersedia untuk berkorban kepada sesuatu yang akan membela nasib mereka," kata Pak Samad.

Lawatan Rasmi: Najib, Muhyiddin Belanja RM25 Juta Sejak 2008

Posted: 27 Jun 2011 03:32 AM PDT

Malaysian Insider

Jabatan Perdana Menteri mendedahkan Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pasangan mereka telah menghabiskan RM25.1 juta bagi tujuan lawatan rasmi ke luar negara sejak 2008 hingga Jun tahun ini.

Dalam jawapan bertulis kepada Chua Tian Chang (PKR-Batu), daripada jumlah itu Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan RM17,118,650.58 manakala Muhyiddin dan isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman pula RM8,020,328.07.

Chua telah meminta perdana menteri agar menyenaraikan jumlah kos lawatan rasmi beliau dan timbalannya mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari 2008 hingga 2011.

Malah, beliau juga bertanya butiran perbelanjaan Rosmah sepanjang tempoh itu.

Najib, yang merupakan timbalan perdana menteri pada 2008, menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada April 2009.

Menurut respons Jabatan Perdana Menteri yang diperoleh hari ini, Najib dan Rosmah telah membelanjakan RM1.7 juta pada 2008, RM4.8 juta (2009), RM5.1 juta (2010) dan RM5.4 juta sehingga Jun tahun ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin dan Norainee telah membelanjakan RM2.7 juta pada 2008, RM609,185 (2009), RM1.38 juta (2010) dan RM3.27 juta sehingga Jun tahun ini.

"Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan sebarang peruntukan khas bagi perbelanjaan isteri perdana menteri. Jabatan hanya membiayai perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri," kata respons itu.

Soal Siasat A Samad Said, Intimidasi Polis Takutkan Rakyat- Peguam

Posted: 26 Jun 2011 10:00 PM PDT

Keadilan Daily

Tindakan polis memanggil Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said untuk memberi keterangan berhubung Himpunan Bersih 9 Julai ini, merupakan satu bentuk intimidasi dan bertujuan menakutkan rakyat.

Peguam yang mewakili beliau, Fadiah Nadwa Fitri berkata demikian mengulas tindakan polis menyoal siasat Pak Samad berhubung kehadirannya pada pelancaran Bersih 2.0, 19 Jun lalu.

Menurut Fadiah, pada majlis tersebut A Samad Said atau lebih mesra dengan panggilan pak samad antara lain menyampaikan ucapan dan puisi berjudul Unggun Bersih.

"Soal siasat ini tidak bersebab dan bukanlah sesuatu yang munasabah. Tiada apa kesalahan yang dilakukan pak Samad selain daripada menyokong gerakan untuk sistem pilihan raya yang telus dan adil"

"Ini jelas menunjukkan polis telah menyalah gunakan kuasa untuk mengekang gerakan ini dengan taktik berniat jahat dan intimidasi," jelas Fadiah kepada Keadilandaily.com.

Fadiah yang mewakili pertubuhan Lawyers For Liberty juga berkata,  beliau  kesal kerana banyak tangkapan dilakukan polis ke atas orang awam kerana memakai T Shirt Bersih, yang bukan merupakan satu kesalahan jenayah.

"Ianya sama seperti memakai baju kuning. Adakah ianya juga menjadi satu kesalahan? Mereka bukannya mengancam keselamatan dan membuat huru-hara," ujar beliau.

A Samad Said  akan hadir di ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada jam 2.30 petang ini untuk memberi keterangan.

Turut dipanggil Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan yang diwakili oleh peguamnya, Pura Valen.

Why The Bersih March Must Go On Despite The Intimidation

Posted: 26 Jun 2011 09:47 PM PDT

Malaysia Chronicle

Bersih 2.0 never had a political undertone. The first march in 2007 was a gathering of 50,000 like-minded people who were yearning for a change in the way the election process was conducted. They were concerned citizens, voicing their reservations at irregularities clearly allowed for by the Election Commission. This was a stand for fair and free elections, to make sure that every vote was accounted for and not merely used to further the political ambitions of a few.

Bersih 1.0 was a success, in that it gave everyday Malaysians a platform from which to take part in nation building.

The second installation of Bersih this July 9 will gather even more like minded people with various NGOs and political parties already committing numbers to the march. The opposition has taken to heart this march, encouraging their members to be part of history whilst the BN federal government has been quick to condemn and demonise the march.

It was the BN government and their supporters especially Perkasa who slapped on Bersih their political undertones even to the extent of painting the Bersih’s Walk for Democracy a move to topple the government. Ibrahim Ali added a racist tune to the whole matter by telling the Chinese to stay home and stock up on food, or risk a reprisal of the ethnic cleansing that took place on May 13, 1969.

Both Prime Minister Najib Razak and his deputy Muhyiddin Yassin have called the Bersih march a threat to national security but they remained silent on the other two rallies – Perkasa’s and UMNO Youth’s. Both are marching on the same day but not together with Bersih, and Perkasa has already made known its intention to stop Bersih.

What a mockery then for the PM and DPM to paint a civil movement a security threat while they ignore two other politically-motivated bodies planning counter-marches to the Bersih’s.

Good thing Big Bird is not in town

Meanwhile, police are already arresting anyone who happens to be wearing a yellow shirt (good thing Big Bird is not in town or it would have been nabbed too!). Police roadblocks are already in place to check the movements of Bersih symphatizers on their way to roadshows across the nation. Yes, the police are busy rounding up Bersih marchers while thieves, rapists and acid throwers are still at large in the country.

Pro-UMNO NGOs and even people affliated with MATTA have come out to issue statements that the Bersih march would be bad for business and scare away tourists from visiting our fair country. A day's march does more damage than RM1.8 million spent on setting up 6 Facebook pages by the Tourism Ministry? A day's march does more damage to business in Kuala Lumpur than spending billions on submarines that have trouble diving?

With all that going against it, none of the Bersih detractors are really saying anything about the real reasons for the march. No-one is commenting on the 8 points Bersih is marching for. Not one of the critics, whether it is UMNO, Perkasa, Najib, Muhyiddin, Ibrahim Ali or Khairy Jamaluddin have brought to the table what they dislike about any of these 8 points that Bersih is handing over in the form of a memorandum to the Yang Di-Pertuan Agong come July 9th.

And this is why Bersih is important. It is a march to uphold civil liberties. A march initiated by the people, organised by the people and participated by everyday Malaysians. It is a march by Malaysians to ensure a better and more matured election process.

It is only logical that when a system is broken, the system needs to be fixed. The people of Malaysia know the whole election process, the system is broken and it needs to be fixed. So what is wrong for like-minded people to march and present their ideas?

Too many ignored and broken promises

If the Election Commission counters and says that it has provided avenues for Bersih to hold dialogue in a closed setting, then the question to ask is – this has been done before, the dialogue over long ago and yet, what changes have we seen?

Case in hand – Point 3 of Bersih’s 8 demands: The use of indelible ink. This suggestion was brought forward to the EC in March 2007. It is now 2011, and the EC has the gall to say the use of indelible ink requires a change to the Federal Constitution! Since when did putting ink on someone’s finger require amendments to the Federal Consitution?

And even if there is a grain of truth to this, then amend the Constitution – the parliamentarians should debate this and vote on it and decide once and for all the necessity for the use of indelible ink. The thing is, will such a motion be allowed to get past the Speaker of the Parliament. Now, you know why citizens must come out to the streets and gather peacefully on July 9. BN lawmakers do not respect their wishes.

How hard is really to listen to the people and make their wishes a reality? For the duration that the UMNO-BN government has held two thirds majority in Parliament, the Federal Constitution has seen no less than 650 amendments. How much harm can one more amendment have when the current Federal Constitution is a shadow of its original, due to the devices of the UMNO-BN government.

Malaysians must reclaim their own rights

The Bersih march is not partisan, nor does it have a political agenda. No doubt, it is supported by the Pakatan Rakyat who have much to gain from a cleanup of the system. But if Pakatan opposed and refused to send their members, Bersih would still go on. Ambiga would still chair the committeee and exhort Malaysians to stand for their rights.

Malaysians must understand and not listen to either BN or even Pakatan. The quality of their lives is in their own hands. And until they realise this and reclaim their rights, no one can help them – they are at the mercy of the BN. But this country is their country, they are the boss and BN, Pakatan and all the others are merely elected flunkeys.

It is the people who get to choose who they want to represent them and not be forced to accept whoever is selected for them. And this is why they must turn up on July 9 and once and for all, force out that piece of dirt suffocating the entire country and their lives.

Bersih is a march that lives within the spirit of civil liberties. It allows the common citizen to come together and voice their views. It allows Malaysians to stand as one for a noble cause and for this Malaysians should not be afraid of their government.

‘People should not be afraid of their governments. Governments should be afraid of their people.’

Bersih 2.0: Sasterawan Negara Samad Said Dipanggil Polis

Posted: 26 Jun 2011 08:46 PM PDT

Malaysian Insider

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said turut dipanggil polis untuk diambil percakapan berhubung Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.

The Malaysian Insider difahamkan polis mahu bertemu dengan beliau berhubung ucapannya pada majlis pelancaran Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 19 Jun lalu.

Pada majlis tersebut beliau antara lain menyampaikan ucapan dan puisi berjudul "Unggun Bersih".

Dalam akaun Twitternya lewat malam tadi juga dihantar mesej merujuk kepada puisinya itu dan blognya di bawah alamat "Hujan Pagi http://samadsaid.wordpress.com/2011/06/26/unggun-bersih/".

Ia seterusnya membawa pengunjung kepada teks ucapan ringkas beliau.

Beberapa pengunjung laman mikro Twitter juga mengulas mengenai perkara tersebut malam tadi.

Peguam dan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Latheefa Koya dalam mesej menerusi akaun Twitternya berkata, Samad dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan akan disoal siasat oleh polis hari ini.

Mereka dijangka akan hadir di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini, petang ini.

Minggu lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata polis tidak akan memberi permit bagi Himpunan Bersih 2.0 dan dua perhimpunan balas yang akan diadakan pada hari yang sama, anjuran Perkasa dan Pemuda Umno.

"Sasterawan Negara Malaysia berusia 76 tahun, A Samad Said dan pemenang terbaru anugerah International Women of Courage Ambiga akan disoal siasat oleh polis (berkaitan Bersih 2.0) esok (hari ini)," kata beliau dalam mesej Twitternya.

Naib Presiden PKR N Surendran pula mengemukakan persoalan mengapa Sasterawan Negara itu perlu dipanggil polis.

"Apa salah Pak Samad Said, diheret ke balai polis esok (hari ini)? Kerana membaca puisi di majlis Bersih!," kata beliau dalam mesej Twitternya.

Berdasarkan teks ucapan yang diperoleh dari blog Samad, beliau antara lain menyentuh bahawa "murbawan Malaysia tidak senang dengan apa yang sedang berlaku di negara ini."

"Kita menghantar pesanan yang sangat waras. Demokrasi perlu murni dan terus dimurnikan," kata beliau.

Beliau seterusnya berkata, "kenapa kita tidak boleh memperbaik situasi?"

"Kenapa kita harus membiarkan demokrasi diperkuda oleh segelintir kuasawan yang tampaknya bermaharajalela?

"Telah lama kita tidak senang dengan aliran demokrasi yang diperkuda ini. Telah lama kita inginkan demokrasi yang bersih, bergerak atas landas yang murni," kata Samad lagi.

Tiada ulasan: