Anwar Ibrahim |
- KEADILAN Terbit Dokumentari Dedah Tembelang Datuk T
- Kesudahan Kes Video Yang Menepati Jangkaan
- Refusal To Probe Bala Over Altantuya: Who is The Govt Trying To Protect
- Democratic Transitions in the Muslim World
- Pembelian Scorpene Malapetaka Negara- Azmin Ali
- BERSIH 2.0 Announcements: Upcoming Road Shows & Global Solidarity
- Langkah-Langkah Menggalakkan Pembinaan Rumah Di Bawah Konsep “Bina Dan Jual” Di Negeri- Negeri Pakatan
KEADILAN Terbit Dokumentari Dedah Tembelang Datuk T Posted: 24 Jun 2011 07:42 PM PDT
Dari KeadilanDaily KEADILAN menerbitkan video dokumentari bagi membuktikan keraguan video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia bertujuan menangkis usaha jahat Umno-BN menerusi trio Datuk T, sekaligus mengesahkan lelaki dalam video seks berkenaan bukan Anwar. Dokumentari itu menampilkan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul sebagai pengulas dengan memaparkan analisa video seks berkenaan. Perkara itu diumumkan Johari dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN sebentar tadi. Dokumentari itu sebagai respon kepada laporan pakar lantikan polis di Amerika Syarikat yang mendakwa lelaki dalam video seks yang ditayangkan Datuk T,adalah Anwar. Video berdurasi selama 37 minit itu mendedahkan pelbagai persoalan- antaranya bayang-bayang yang muncul dari dalam bilik ketika aksi seks itu dirakamkan dan penggunaan remote control oleh pelaku. Dokumentari itu juga mendedahkan bahawa rakaman video seks itu sengaja dihitam putihkan supaya wajah pelaku terbabit, kelihatan samar, selain pelbagai kelemahan antaranya bentuk tubuh pelaku yang lebih besar, berperut boroi dan berhidung mancung. Dalam dokumentari itu juga Johari menimbulkan persoalan mengapa lelaki X memakai cermin mata di awal rakaman, sedangkan Anwar sudah lama tidak memakai cermin mata selepas menjalani pembedahan mata. Johari merupakan satu-satunya Ahli Parlimen KEADILAN yang ditunjukkan rakaman berkenaan oleh Trio Datuk T yang terdiri daripada Tan Sri Rahim Tamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuaib Lazim pada Mac lalu. Menjadi P Ramlee Beginilah wajah Johari Abdul apabila disolek menjadi P Ramlee. Untuk mengesahkan dakwaannya, Johari dalam dokumentari itu 'mencuba' menukar dirinya untuk menjadi P Ramlee dengan menggunakan khidmat jurusolek di Bangkok, Thailand. Meskipun mengakui raut wajah antara mereka sangat berbeza, namun juru solek berkenaan berjaya mengubah wajahnya, mirip kepada seniman agung itu. "Transformasi ini dibuat tanpa juru solek menggunakan silkon yang akan menambah lagi keserupaan saya dengan Allahyarham P. Ramlee," ujarnya dalam dokumentari itu. Selain menimbulkan pelbagai kepincangan, Johari dalam dokumentari itu juga mendedahkan sebab dan punca mengapa trio Datuk T bertindak menayangkan video seks mengaitkan Anwar. Antaranya disebabkan dendam Eskay, malah menurut JOhari, Eskay sendiri memberitahunya bahawa akan menjatuhkan Anwar dalam apa cara sekali pun. Pada babak lain, dokumentari yang dihasilkan Johari mendedahkan pengakuan Mohd Mahte Abdul Rahim, pegawai polis dan bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid. Mahte memberikan petunjuk awal bahawa video itu dirakam di Thailand dan kaitan konspirasi yang disusun Eskay berikutan keengganan Anwar untuk membantunya dalam kes saman jambatan bengkok. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Kesudahan Kes Video Yang Menepati Jangkaan Posted: 24 Jun 2011 07:33 PM PDT Dari Merdeka Review Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim mendakwa bahawa keputusan pertuduhan “Datuk T” lantaran penayangan satu klip video seks yang mengheret nama dirinya itu “sudah dijangka”. Malah, Anwar berkata, “Saya tak terkesan sama sekali. Eekmal (pembantunya) lebih terkesan, dia yang beritahu saya apa yang berlaku secara terperinci. Dan saya jangka…” Beliau meneruskan, “Siapa yang tidak tahu sistem yang ada sekarang? Dan tentunya media UMNO akan menyerang, cuba nak hidupkan balik kes yang sudah mati…” Ketika diminta untuk mengulas isu ini, Anwar berkata, “Saya jangka, sebab tu semalam saya sebut, ini hanya satu wayang kerana yang mendakwa ialah Gani Patail. Rundingan Rahim dan Dato Seri Najib sudah berlaku mengambil masa lebih dari tiga bulan, (untuk) kes yang semudah ini. Jadi, sewajarnya rakyat tahu, apa permainan mereka. Dan tentunya digunakan medan mahkamah ini sekadar untuk melemparkan fitnah.” Beliau mempersoalkan, “Hal-hal yang melibatkan yang nyata, bukti, mengenai pembunuhan, rogol, penyeksaan, itu semua ditutup. Yang digembar-gemburkan ialah fitnah, walaupun saya sudah menafikan sekeras-kerasnya, itu yang menyebabkan saya terdorong untuk buat laporan polis. Walaupun saya tahu, keterbatasan sistem ini, tetapi kalau kita tak buat laporan polis, mereka akan berkata ‘maknanya sudah bersalah’. Anwar (gambar kanan) diminta wartawan untuk mengulas isu ini, selepas berucap dalam seminar bertajuk “Social Market Economy; an Alternative for Malaysia?” anjuran Kajian Dasar & Konrad Adenauer Stiftung, di Quality Hotel, Shah Alam, tadi. Datuk T didenda Bekas Ketua Menteri Melaka Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari PERKASA Shuib Lazim pada hari ini didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34, atas kesalahan menayangkan video lucah di bilik Seri Makmur Hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur antara jam 10 pagi dan 12 tengah hari, pada 21 Mac 2011. Ketiga-tiga mereka mengaku bersalah, dan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman seperti berikut, Eskay (kanan) didenda RM3,000, Shuib (kiri) RM1,500 dan Rahim (tengah) sebanyak RM1,000. Bagaimanapun, perbicaraan kes ini tidak berhenti di situ. Peguambela Rahim iaitu Muhammad Shafee Abdullah mendakwa bahawa pelaku dalam video seks adalah “99.99% mirip rupa Anwar”, memetik laporan pakar dari Amerika Syarikat, menurutnya. Malah, video seks tersebut ditayangkan di dalam mahkamah, cuma dicepatkan (fast-forward) apabila wujud aksi seks. Meskipun tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah, Rahim mendakwa misi mereka telah disempurnakan kerana telah mendedahkan “kemaksiatan Anwar”. Bagaimanapun, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyelar bahawa prosedur mahkamah telah disalahgunakan, dan menuntut penjelasan polis dan Peguam Negara mengapa kes ini ditangguhkan sehingga tiga bulan? Malah, Lim Kit Siang mengkritik kenyataan memetik laporan pakar bahawa pelaku video seks 99.99% mirip Anwar, kerana laporan tersebut tidak dibuka untuk dicabar. |
Refusal To Probe Bala Over Altantuya: Who is The Govt Trying To Protect Posted: 24 Jun 2011 07:21 PM PDT From Malaysia Chronicle The de-facto Law Minister Nazri Aziz, in a written reply to Parliament, has stated that there was 'no case' in the investigations into the authenticity of P Balasubramaniam’s two statutory declarations in regards to the Altantuya murder. Thus, the Attorney-General has decided not to investigate further, effectively closing the case into the private investigator’s declarations. Nazri also mentioned that the AG decided not to pursue the case as the two conflicting SDs would have “no effect” on the Altantuya Shaaribuu murder trial. This has further dumb-founded lawmakers as the basis for dropping the case does seem flimsy and illogical. Nazri’s rationale For Bala to be charged, it must be proven that the contents of his SD are not only false but also legally admissible as testimony in a court of law, Nazri added. “However, the statutory declarations made by P Balasubramaniam were not intended to be used as testimony in any proceedings,” he said. Nazri also quoted and made references to Section 199 of the Penal Code. Section 199 of the Penal Code reads: "Whoever, in any declaration made or subscribed by him, which declaration any court, or any public servant or other person, is bound or authorised by law to receive as evidence of any fact, makes any statement which is false, and which he either knows or believes to be false or does not believe to be true, touching any point material to the object for which the declaration is made or used, shall be punished in the same manner as if he gave false evidence." Nazri and the government's statements are baffling. Bala's statutory declarations were clearly made in the context of the Altantuya murder trial. So how can there be no effect? Bala was the private investigator employed by Razak Baginda to protect him and his family from Altantuya, who at the time of employment was in Kuala Lumpur to demand her commission for assisting Razak Baginda in the purchase of the Scorpene submarines. Bala's testimonies are central to understanding the case since he had access to all involved in the murder case. For the AG to say that Bala's statutory declaration has "no effect" on the Altantuya murder case is illogical. Also, if the declarations did not have an effect, than why did the AG bother to have Bala investigated for making a false statement in the first place? Covering up the sins of a leader Nazri's contention the declarations were never intended to be used as testimony in any proceedings is also not true. After making his first statutory declaration, Bala was hauled up and coerced into making a second statutory declaration, retracting the first. In London last year, he stated very clearly that it is the first SD which is the true one, not the second. If the statutory declarations pose no threat or were of no use in any proceedings, then why the rough treatment from the authorities towards Bala and his family. They were told to leave the country immediately and Bala later on even pin-pointed Najib’s brother Nazim as among those who arranged his departure from Malaysia. Why the retraction of the first SD and the obvious dropping of references to Najib Razak and Rosmah Mansor in the second? Nazri and the AG should be reminded that any statutory declaration made by any individual has to be proven true or false and it is evidence in a court of law against or for the individual, or else we will be making statutory declarations with impunity. And the biggest question of it all is – is the Bala statutory declaration true or false? Bala has said it is the first one that is true. Why has this matter never been answered by the AG or Nazri? The case is closed but the authenticity of the two statutory declarations is still anyone's guess as far as the government is concerned. And in the absence of a firm denial, we can all surmise that they were either true or hold enough truth to have the AG sweep them under the rug. This whole affair by Nazri and the AG smells of a massive cover-up of vital information in the Altantuya murder case. Further investigation could flush out links to the exobitantly priced Scorpenes purchase, for which Najib has been accused of taking kickbacks. Sad to day, but it certainly looks like the truth has been sacrificed in order to cover-up the sins of a leader desperately trying to hold onto power. |
Democratic Transitions in the Muslim World Posted: 24 Jun 2011 04:17 AM PDT The Democracy and Islam Programme Cordially Invites You to a Lecture by Dato' Seri Anwar Ibrahim on the topic Democratic Transitions in the Muslim World At 5:30 pm A world renowned intellectual and reform politician, Anwar is architect and leader of Malaysia's Opposition Coalition, which made spectacular and unprecedented electoral gains in the 2008 elections. Highly respected for his reformist and anti-corruption credentials, as well as his management of the Malaysian economy during the 1990s financial crisis, Anwar is also viewed as one of the forefathers of the Asian Renaissance and a leading proponent of greater cooperation among civilizations. He is an ardent supporter of democracy and is an authoritative voice in the dialogue between East and West. Anwar Ibrahim served as Malaysia's Deputy Prime Minister and Minister of Finance from 1993-1998, and before that had occupied a number of ministerial positions since 1983. He was also Chairman of the Development Committee of World Bank and International Monetary Fund in 1998 and President of UNESCO's General Conference. As a student leader he was the founder of Malaysia's Muslim Youth Movement and has extensive experience working with Muslim political parties. From August 2005-December 2006, he was the Malaysia Professor of Islam in Southeast Asia at the Prince Alwaleed bin Talal Center for Muslim-Christian Understanding in Washington, DC. He remains involved in the Center's activities and lectures on American campuses during his frequent visits to the United States |
Pembelian Scorpene Malapetaka Negara- Azmin Ali Posted: 24 Jun 2011 12:51 AM PDT Dari KeadilanDaily Pembelian dua kapal Scorpene bernilai 1.14 bilion Euro merupakan malapetaka kepada negara kerana mendatangkan pelbagai masalah kewangan dan politik, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali. "Akibat daripada proses yang tidak telus serta diselubungi pelbagai masalah, pembelian kapal selam Scorpene ini merupakan satu malapetaka bagi negara," kata Ahli Parlimen Gombak itu. "Sudahlah kapal selam tersebut tidak dapat menyelam, sekarang ini negara dibebani dengan kos-kos tambahan atau kos-kos yang dipadamkan daripada kontrak asal atau bajet asal perolehan serta penyeliaan kapal selam tersebut," kata Azmin berkata demikian sewaktu membahaskan Perbekalan Tambahan hampir RM500 juta yang diminta Kementerian Pertahanan, di Dewan Rakyat semalam. Beliau mempersoal permohonan RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene dan RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1). Sedangkan sebelum ini, kata Azmin, kerajaan sudah membayar 999.15 juta Euro kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002. Azmin menggesa kerajaan Umno mendedahkan kontrak pembelian kapal selam berkenaan kerana sejumlah wang yang begitu banyak dibelanjakan. Beliau juga percaya pendedahan butiran kewangan tidak mengancam keselamatan negara kerana ia merupakan tanggungjawab kerajaan menjelaskan kepada rakyat. Dalam masa yang sama, beliau juga menuntut supaya kerajaan Malaysia memberikan kerjasama kepada siasatan antarabangsa dalam skandal rasuah pembelian kapal selam berkenaan. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang sempat mencelah, menyebut peningkatan kos penyelenggaraan lapan kali ganda berbanding 2002. "Perlu ada rasional kenapa perbezaannya begitu besar," kata Nurul Izzah. Pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia mencuri perhatian antarabangsa apabila seorang warga Mongolia, Altantuya Shaaribu yang menjadi orang tengah dalam urusniaga itu ditemui dibunuh di Malaysia. Beliau dikatakan menuntut komisennya daripada Abdul Razak Baginda, rakan karib Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terlibat dalam urusniaga itu melalui Syarikat Perimekar. Altantuya disahkan dibunuh dua pegawai polis yang kini menanti hukuman gantung dan merupakan pengawal peribadi Najib sewaktu kejadian itu berlaku. Razak bagaimanapun dibebaskan dari tuduhan membunuh Altantuya. Siasatan pemberian komisen pembelian kapal selam Scorpene itu kini memasuki peringkat perbicaraan terbuka di mahkamah Perancis. |
BERSIH 2.0 Announcements: Upcoming Road Shows & Global Solidarity Posted: 23 Jun 2011 11:46 PM PDT Press Statement: 23 June 2011 BERSIH 2.0 Announcements: Upcoming Road Shows & Global Solidarity It is 16 days before Perhimpunan BERSIH 2.0 on 9 July 2011. We are increasing activities on the ground in ensuring that as many people as possible receives information regarding the demands of BERSIH 2.0. Road shows Our road shows are intended to spread awareness to the general public the issues pertaining to the Malaysian electoral system and explain our demands for electoral reform. The road show will also promote the upcoming Perhimpunan BERSIH 2.0. Details for this week's road shows: 1. Shah Alam, Selangor 2. Kuala Selangor, Selangor 3. Johor Bahru, Johor 4. Sungai Siput, Perak BERSIH 2.0 hopes that residents of this area will attend our road shows to find out for themselves why electoral reform is needed in Malaysia. BERSIH 2.0 merchandise will be available at the road shows. Global Solidarity All the overseas solidarity rallies held were initiated by Malaysian citizens living abroad who supported the demands for Perhimpunan BERSIH 2.0. They personally contacted BERSIH 2.0 and expressed interest in organising a rally where they were. We regard this wide interest by the Malaysian diaspora as an indication that Malaysians from all walks of life believe in the need for electoral reform and the upholding of democracy. We would like to announce that there are rallies confirmed in more countries: 1. Korea 2. Australia 3. Japan 4. USA b. San Francisco c. New York City BERSIH 2.0 calls on all Malaysian citizens living in UK, USA, Taiwan, Japan, Korea and Australia to attend the rallies if they too believe in the need for clean, free and fair elections in Malaysia. Malaysian citizens living abroad should rise to the occasion and demand for their right to vote via postal ballot in the upcoming 13th General Elections. Issued by, Steering Committee The Steering Committee of BERSIH 2.0 comprises: BERSIH 2.0 UK: https://www.facebook.com/event.php?eid=168396233224639 FB: https://www.facebook.com/pages/BERSIH-20-OFFICIAL/213938935311531 ** Jemputan ke Ceramah dan Forum BERSIH 2.0 di Pulau Pinang untuk menyuntik semangat ke arah Himpunan Bersih pada 9 Julai 2011. Sila sebarkan Program melalui email, FB dan sms. Program-program adalah seperti berikut:
1. Ceramah Perdana BERSIH, Bayan Baru
Tarikh: 30hb Jun (Khamis) Masa: 8.30mlm Tempat: Tapak PESTA, Sg Nibong (Bayan Baru)
Penceramah: 1. Datuk Dr Toh Kin Woon, 2. YAB Lim Guan Eng, 3. YB Azmin Ali, 4. Mat Sabu, 5. YB Dato Mansor Othman 6. YB Nurul Izzah, 7. YB Sim Tze Tzin,
2. Forum BERSIH 2.0: Bersihkan Pilihan Raya di Jalan Raya 30hb Jun 2011 ?Hari Khamis) Jam 8.30mlm Tapak Ekspo, Seberang Jaya
Panelis: |
Posted: 23 Jun 2011 11:34 PM PDT Ramai rakyat Malaysia yang kini tidak lagi berkemampuan membeli rumah yang sesuai terutamanya bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Harga rumah terus meningkat secara berterusan sedangkan purata kenaikan gaji rakyat Malaysia adalah lebih rendah sehingga menyukarkan rakyat Malaysia memiliki sebuah kediaman yang sesuai dengan keperluan mereka. Bagi mereka yang berjaya membeli rumah pertama, mereka terpaksa berdepan pula dengan risiko hutang yang berpanjangan apabila projek rumah yang dibeli akhirnya terbengkalai. Keadaan ini memburukkan lagi nasib pembeli dari golongan berpendapatan rendah kerana mereka terpaksa membayar pinjaman rumah sementara masih menyewa. Ramai dari mereka akhirnya tidak mampu meneruskan bayaran pinjaman rumah dan disenaraihitamkan dari mendapat pinjaman di masa hadapan. Bagi mereka ini, memiliki rumah yang sesuai menjadi satu kemustahilan. Statistik terkini dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menunjukkan bahawa sehingga 31 Disember 2009, terdapat 115,788 unit rumah yang tidak siap melibatkan 492 projek di seluruh negara.Walaupun ada beberapa langkah di peringkat persekutuan dan negeri untuk memulihkan projek-projek ini, ia tidak dapat menyelesaikan masalah projek perumahan terbengkalai kerana struktur industri perumahan tidak banyak berubah. Pakatan Rakyat percaya campur tangan yang berterusan diperlukan untuk memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai yang sedia ada. Namun, beberapa langkah proaktif juga diperlukan untuk melindungi rakyat dari risiko keberhutangan akibat rumah terbengkalai; apatah lagi dalam suasana harga barang naik dan gaji rendah yang semakin menekan rakyat. Beberapa langkah boleh dilaksanakan di peringkat negeri termasuklah kemudahan untuk mendapatkan kelulusan perancangan dari pihak berkuasa tempatan dengan cepat bagi projek-projek yang dibina di bawah konsep ini. Anak-anak syarikat yang terlibat dalam industri perumahan juga boleh diminta melaksanakan projek di bawah konsep ini mengikut sasaran yang ditetapkan kerajaan negeri. Isu ini akan dibawa ke dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat akan datang untuk mencari konsensus bahawa negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat akan menggalakkan pembinaan rumah di bawah konsep "bina dan jual" secara berperingkat, agar industri perumahan dapat membiasakan diri untuk melaksanakan konsep ini sepenuhnya dalam masa terdekat. Pakatan Rakyat mengakui bahawa masih terdapat beberapa isu pokok yang perlu diselesaikan sebelum konsep "bina dan jual" ini boleh dilaksanakan sepenuhnya. Keperluan mendesak melindungi hak pembeli mesti diseimbangkan dengan langkah-langkah memastikan harga rumah tidak naik mendadak atas alasan kos pembiayaan projek yang lebih tinggi di bawah konsep ini. Pelaksanaan konsep ini juga perlu mengambil kira keperluan nasional untuk menjamin keterlibatan pemaju-pemaju yang lebih kecil; dengan memastikan mereka juga diberi ruang untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan projek pada kadar yang berpatutan. Semua ini memerlukan peralihan sikap dan struktur dalam industri perbankan dan perumahan, yang hanya boleh dicapai jika kerajaan persekutuan ada kemahuan politik. Sementara itu, Pakatan Rakyat akan menumpukan kepada langkah-langkah di dalam bidang kuasa dan pengaruhnya yang boleh dilaksanakan segera untuk melindungi hak pembeli rumah. ANWAR IBRAHIM == MEASURES TO ENCOURAGE "BUILD AND SELL" CONCEPT BY PAKATAN STATES Owning a suitable and liveable home is fast becoming a luxury dream Even those who make it to the property ladder face the risk of The latest official statistics from the Ministry of Housing and Local Pakatan Rakyat believes that while intervention is necessary to A combination of measures can be introduced including the facility for This issue shall be brought up at the next Pakatan Rakyat leadership Pakatan Rakyat acknowledges that there are issues that have to be This will require a concerted change in the attitude of the housing In the mean time, Pakatan Rakyat will concentrate on what it can do ANWAR IBRAHIM |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan